Feeds:
Posts
Comments

Visual Cinta…

Meletssss sgt!Sangat sangat comel, menarik, terhibur, kelakar dan cukup menggambarkan betapa seronotnya kami menjadi sebahagian daripada klien WOW!Art Photography.

Thanks to the guys: Hafiz Ismail, Faris Fakri, Nazir Azhari, Nik Majid. You guys made our day!!

Cool~

Lawok~ But the best part is….

Lagu FANATIK tuu!My favourite band ever!Though depa dah kertuuuuuuuuuuu….

Opps, sekarang Aby bukan sahaja suka menrosakkan bahasa tetapi opppppppppppss….huhuhuhu

Gambar…

Serius, sekarang serius tahap malas gaban. Super duper!Sangat! Maha!Huh~

What a description? Tampar muka sekarang. Bab menrosakkan bahasa serah pada Abby sekarang, itu akibat malas benor la tu~ Tengok kasi rosak lagi bahasa. Eh apa kena ni? Kamu terlebih makan kari ka Abby? Hehehe…

Wah, sudah sebulan satu hari bergelar isteri. Sekejap sahaja rasanya, tup tap tup tap dah sebulan. Nanti setahun pula. Huhu..Setiap saat dirasakan terlalu cepat. Terlalu banyak lagi rasanya nak membebel, bertukar hobi dan etc la dgn Mr Hubby.

Masa tu dah jadi pengantin lama (kata orang…), tapi pada I, tetap ‘pengantin hari-hari’! Boleh gitu? Boleh ja!

Okay-okay malas cerita. Disebakan ada akak ituuuuuuuuuu (kakak segosip I bila di YM) gelar I pengantin fofular, so saya post gambar kahwin mana yg ada ya everyone.

Serius, gambar tak siap lg. Kalau tanya lagi, standard jawapan kami, 3 bulan? Eh bolehkah Hafiz? Kalau salah, minta maaf. (^_^)

Wah, tertipu semua!Serius takde niat, cuma suka sangat gambar terbaru kami yg WOW Team! ambil di Penang. Gambar-gambar lain pasti korang dah jemu tengok di facebook.Pasti jemu. Sure…Jangan tipu ah.

Tetapi, I ada kesah…. Hahahaahahaha

WOW Team , y’ll are awesome!Thanks~~~!

Rutin…

Rutin itu perkara yang dilalui setiap hari. Tidak kisahlah rutin kerja, rutin rumah, rutin isteri….

Opps, semua pun dah berubah sekarang. So sekarang apabila nak bercerita or membebel, cerita selok belok kehidupan seorang isteri itu kena ada okeyh?Setuju? Setuju!!!!!!!!! (Entah dari mana datang suara itu?)

Teringat, semalam majikan Abby ada bertanyakan satu soalan cepumas : ‘So far, how’s your new life?’

Pergh sumpah. Soalan susah giler nak jawab. Err…err..Ambo ini baru 13 hari kawinnya, ditanya pula oleh orang yang dah setahun kahwin. Err…err.. kaku beb, kaku!

Dipendekkan cerita, Abby menjawab soalan majikan itu seperti di bawah:

1. Ok, masih dalam peringkat kenal hati budi lagi. (Statement artis habis!!Sangat….)

2. Mula terasa penat dan terkejar-kejar lebih-lebih lagi soal makan, pakai dan minum Encik Suami. Dulu pewot sendiri, tak makan malam pun takpe. Paling tidak boleh skip 1-2 waktu makan. Tetapi sekarang, kasihan pula tengok Encik Suami cari rezeki siang malam nak tanggung isteri yang seorang ini. Makanya, pelbagai variasi hidangan memang tersedia lah utk Encik Suami I tu.

Wah, mcm bagus2 ja Chef Abby. Encik Suami, saya masak OK ka?huhuhu…senyum kambing dulu!

3. Life is getting fun since kitaorg memang terlalu banyak perkara mahu dikongsikan bersama. Na na, kongsi passion da. Kongsi minat, kongsi kegilaan and paling senang, kongsi cerita la. Bekas wartawan ni still forever rasa dia wartawan, so pok pek pok pek aje kerjanya pagi petang.

Haha pok pek tu jadi lumrah. Enck Suami sudah sungguh terbiasa. Kalau saya diam, confirm dia wat muka pelik 1 hari. Paling tidak, pujuk-pujuk mcm Abby ni baby. Giler syiok dia kalau pujuk eden. Encik Suami memang pandai memujuk, serious tu sebab saya kahwin dengan dia. :-)

4. Eh ada lagi ka?

Panjang juga perbualan pasal soalan yang satu ini. Tetapi nama pun dipendekkan, so setakat itu sahaja ya?

Ada ke viewer yang berminat untuk tahu kehidupan Mrs Ismail ini? Wah, angkat tangan cepat!Biar saya kira!Giler korang perli gua eh? Underestimate saya eh? Huhu..well En Suami knows me best. Tak caya, tanya dia je…bluekkk ;-)

Begitulah kiranya perbualan kami. Pastu, rasanya lama dah kan Abby tak update dengan korang tentang my new workstation. Sekarang cun melecun. Nak nengok?

DSC_0016

Forever BOF spirit!!

DSC_0018 (2)

Eh manisnya gambar itu~ Eh eh bukan, saya memang tamak. Tidak cukup 1, 2 PC ya utk saya ;-)

Seronok kalau ada workstation. Moga-moga rasa seronok ini boleh bertahan sehingga 8 tahun lamanya. InsyaAllah..

8?? Kenapa 8?? Entah, Abby sendiri kurang pasti.

Ada sesuatu yg menarik berjaya Abby temui. Tengok ni!

Presentation1

CANTEKNYERRRRRRRRR………promo di atas!EH siapa tuh? Siapa tuh eh? Bagitau cepat!!hehe…

Keluarga…

Saya sangat sayang keluarga saya, keluarga besar saya dan semua lah!

Wah!Motif buat intro kekeluargaan ini kenapa? Tetiba ada idea bila membaca blog Nurulism terlebih dahulu. ;-) Padahal keluarga ku baru ada aku & suami..Apakah? hehehe…

Bila dilihat balik kembali gambar-gambar kekeluargaan yang ada dalam simpanan sepanjang hari perkahwinan minggu lalu, rasa bahagia sangat. Comel benar gambar itu ini.

Maaf ya kalau ada pembaca yang sudah meluat dengan cerita kekeluargaan Abby. Huhu..Saya suka dan akan selalu suka. Harap maaf.

Kalian ada terbaca tak status Facebook? Yang ada kt tepi tu. Yang tertulis, ” Nabilah Saleh strongly feels that Abah & Mama misses her so much~!. Time flies and it has been a week of us living as husband & wife (^_^)”.  Tidak percaya? Betul. In fact, adik-adik pun rindu keriuhan kakak diaorang yang gila-gila ini.

Itulah, dulu waktu aku ada, buat bo layan…Main gusti tak hengat. Sampai lebam-lebam. Ha sekarang masing-masing depan ‘kitab’ sampai lebam??Padan muka!

Ha sekarang, rindu-rinduan jadi kenang-kenangan……….Eh bukan, tiada maknanya kenangan. Selagi terdaya, Abby akan pastikan saat adik-beradik ini bergaul mesra akan jadi gemilang.

Ahh, ayat sangat tidak entah apa-apa. Inilah bahasa kalau berblogging tanpa suami di sisi ;-( (Dehh, alasan tul!)

DSC06796-5

Gambar tidak berapa nak ready. Ahh, cantiknya color turqoise ku……..

DSC06797-6

Syok kalau bergaduh selalu dengan diaorg ni. Sebabnya nanti baru wujud perasaan rindu. Haha..

Lagi syok lagi bergaduh dengan minah genit ni…

DSC06804-12

Batrisya. Huhu..sangat genit, kepoche dan gedik! Mak mertua Abby sangat suka Icha ni. Petanda kah? Jeng jeng jeng.

Icha ni berlari keliling rumah masa kenduri hari tu bukan main. Malam, bila sesi ‘Buka Hadiah bersama Pengantin’ dah terbungkang tidur!. Tak comel dah waktu tu. Huhu..

More stories to come. Bersambung…Encik Suami mahu balik sekejap lagi. Adios~

Cerita baru…

Tup tup sudah seminggu kami tinggal serumah sebagai suami isteri. Cepat betul masa berlalu. Masih terngiang-ngiang lagi kemeriahan hari persandingan kami. Best ever di kalangan perkahwinan ahli keluarga sebelum-sebelum ini!

Masih teringat-ingat kemeriahan jiran tetangga dan ahli keluarga yang datang menolong, persalinan baju perkahwinan yang cantik-cantik belaka, keriuhan anak-anak kecil pangkat sepupu kepada Abby berlari keliling rumah, keceriaan sahabat dan kawan baik yang datang menemani Abby sepanjang 2 hari 2 malam majlis dan banyak lagi la.

Sangat seronok. Alhamdulilah, impian majlis perkahwinan yang sederhana tetapi MERIAH menjadi nyata. Terasa kebaikan kedua orang tua Abby berbayar melihat mereka gembira dengan kunjungan hadirin yang datang. Syukur.

Kehidupan bersuami?

Alhamdulilah, terasa ada pelindung sentiasa. Tidak perlu takut kerana dia ada di sisi.

Tipu je Abby tu. Kalau suami keje malam, penakut juga~ ;-)

Abby lagi sedang mencuba membiasakan diri dengan fasa kehidupan yang baru ini. Abby percaya Abby boleh melakukan dan melaluinya dengan baik.

Terasa seperti mahu membuat dedikasi khas kepada kalian yang sudi hadir ke majlis keraian kami minggu lalu. Lihat sahaja gambar-gambar di bawah:

Slide1

I heart what Mr Kyle Brachon has comment about the whole wedding of mine on Facebook. It sounds so cool till my parents feel touched by it. I bet it was sincere come from your heart, Mr Kyle. Thanks a lot to you and wife for coming the other day. :-) .

Tidak cukup dengan itu, zillion thanks to everyone who pray and wish for our happiness in marriage, including this:

Slide2

Slide4

Yang ini pula, moment yang paling best dan sangat sangat meninggalkan kesan pada Abby, Mr Hubby dan keluarga besar kami. Abby juga terhutang budi dengan Nayzi, kerana dengan bantuannya impian untuk membuat tarian poco-poco menjadi kenyataan. Siapa sangka sambutannya, sungguh luar biasa kan Izyan? ;-) Satu sahaja perkataan yang boleh menggambarkan bagaimana individu ceria dan sporting habis dalam video-video ini. Anda semua sangat ………..

COMEL!!!!!

Slide3

Pendek kata, saya dan suami gembira melihatkan tetamu yang hadir juga gembira. Terima kasih berbanyak-banyak. Kepada kawan baik kami dan rakan photografer, thanks sebab menceriakan suasana dan mood perkahwinan Abby & Mael.

You are all the best!!!!!

p/s: Tidak sabar pula untuk bersiap sedia ke majlis bertandang di Ayer Itam, Pulau Pinang Nov ini. Sebab kawan-kawan saya ada. Doa anda juga sentiasa ada bersama saya dan suami. Alhamdulilah.

1Kasih…

8222_191597217925_49012822925_3943570_6054563_n

Alhamdulilah, kami telah selamat disatukan. Tarikh keramat 23 Oktober menjadi saksi. Hubungan cinta yang terjalin lebih 3 tahun kini diikat kemas. Tiada lain melainkan rasa syukur pada Illahi kerana dipanjangkan usia dan umur untuk terus melayari kehidupan yang berlainan fasa dan rentak.

Dinikahkan oleh bapa tercinta buat Abby terharu benar waktu saat diijabkabul. Tersentuh hati kerana Abah sudi ‘menyerahkan’ sendiri anak sulungnya kepada seorang lelaki. Terima kasih Abah!Dengan semerta, mata bergenang je. Mimik muka Abah & Mama bersilih ganti dalam kepala. Tup tup, selesai. Abby sah menjadi milik Muhd Ismail Ali.

Kini, usia perkahwinan baru masuk hari ke-3. Terlalu awal untuk menilai diri di tahap mana. Hari demi hari, ada sahaja azam dan angan yang ingin Abby realisasikan bersama-sama insan yg Abby cintai. Semua sudah senang, banyak aktiviti dapat dilakukan bersama dan sudah tiada kerisauan lagi. Terima kasih Mr Hubby kerana sudi menerima diri ini ;-)

Semoga perkahwinan kita kekal sampai hujung nyawa. Saya cinta kamu!

p/s: Sangat berterima kasih atas kehadiran semua kenalan dan sahabat di Hari Himpunan Bersejarah 24 Oktober lalu. Abby & Mr Hubby gembira kerana anda semua sudi berkongsi kegembiraan dan meraikan kami. Terhutang budi juga dengan jiran-jiran yang sudi membantu Abby sekeluarga. Paling tidak dilupakan, tarian ‘poco-poco’ berjaya mengeratkan cinta dan silaturahim sesama keluarga besar Abby. Thanks a lot!

Anda semua sangat sangat sangat COMEL!

Tiada lain yang dapat menggembirakan, meng’gula-gula’kan dan mem’bunga-bunga’ kan hati selain mendapat khidmat pesanan ringkas seperti di bawah;

Dear Abahku: Syukur & Tahniah. Work from your heart, soul, mind and body.

Lover: Tahniah sayang, B doakan sayang terus sukses.

Asyik. Seronok habis. Abby sah bergelar pekerja selepas tamat tempoh percubaan 3 bulan.

Rezeki. Alhamdulilah.

Walimatulurus…

Walimatulurus_Undangan

Salam sejahtera buat semua. Salam kebahagiaan juga buat anda dan seisi keluarga, mahupun insan yang anda cinta dan sayang.

Sungguh petang ini, bahasa yang Abby hendak gunakan biar yang baik-baik dan lembut sahaja. Ala penuh dengan belaian kasih sayang dan seribu rahmat kebahagiaan yang bakal muncul.

Arghh, padahal hati tidak. Mr fiancee pulang ke kampung halaman utk 4 hari. Kaget!Feeling tak besh benor! Jauh je rasa…okay, berpijak di bumi nyata Abby! hehe..

Dalam duk menghitung hari, Abby akui satu-persatu simptom kronik a.k.a ‘orang nak kahwin mmg alaminya kut’ berlaku, antaranya:

1. Tidak lena tidur malam. Masuk tido seawal jam 10pm. Tetapi selang dua jam mesti terjaga. Tepat jam 6am, terjaga terus tak fikir panjang, bersiap pergi kerja. Serius, tidur yang tidak ada kualiti sejak seminggu lepas.

2. Di tempat kerja, sudah mula ada tanda-tanda ‘haywire’

Arghh tidak, memang berlaku kesilapan. Mujur tidak membawa kepada kemarahan yang menggila. Ampun, sangat-sangat dikesali. Cis, haywire benor!

3. Buat apa pun serba tak kena. Contoh situasi: sangat-sangat nervous dan cuak bila tengok rumah bersepah.

Apakah? Faham tak? Serabut. Tengok penggunaan ayat pun dah macam wayar celaru.

Maksudnya, sendiri rasa tak confident, sendiri rasa ‘tidak perfect’ dan macam-macam lagilah.  Aishhhh…Shouldn’t be this way, kan kengkawan? Banyak juga Abby berdoa agar semuanya OK menjelang saat-saat akhir ini.

Sekian, tidak mahu cerita lebih pasal ini.

Hadirlah rakan-rakan blogger dan semua sahabat serta kenalan
ke Hari Himpunan Bersejarah saya dan pasangan mengikut keterangan di atas. Kehadiran anda sememangnya dinantikan pasangan mempelai serta tuan rumah. Moga kegembiraan hari bersejarah ini dapat saya kongsikan bersama anda semua, yang sudi hadir meraikan cinta kami. :-)

Oh tidak sabar rasanya untuk memanjakan diri di D’Ratu minggu hadapan. Juga ‘Hen’sParty’ bersama BFF di Cineleisure. Cant cant wait. Teruja!

Hitung hari…

Yang benar, lagi nyata. Hanya tinggal…

17 hari

sahaja lagi.

Ampun memang kaget sekejap rasanya. Memang lurve tengok ticker wedding, tetapi lurve juga hati ini untuk dup dap.

Bila berborak dengan Mr fiancee, kami siap bertekak macam orang tak percaya tarikh dah dekat.

Apa kau giler Abby? Makin nak kahwin, makin bertekak?! Argh bertekak mengada-ngada. Dulu beriya citer kat orang, ‘Lama lagi….’, ‘4 bulan lagi…’. Ha amik kau…sekarang, terdiam ja. Bila ditanya, senyum kambing kami.

Persiapan?

Alhamdulilah. Bilik Abby sudah tidak seperti bilik anak dara tetapi sudah seperti bilik pengantin. Kosong, sepi. Tiap-tiap hari pun kena bebel dengan Mama. Kalau tidak, sampai ke sudah Abby tidak keruan hendak mulakan langkah mengemas itu ini.

Untuk pengetahuan, Abby bercuti kahwin pun bermula Jumaat, hari nikah itu. 22hb, Abby masih lagi bekerja. Harap-harap tidak akan banyak tekanan hari itu. Balik kerja, berehat, tolong-tolong sambil tunggu saudara mara datang.

Ah asyik, anak-anak akan datang lagi umah Kak Bilah!Tidak sabar mahu bergambar kahwin bersama mereka semua.

Kembali bekerja semula pun pada Selasa, 27hb. Memang tidak dapat bercuti panjang.

Menunggu pula majlis bertandang selang 3 minggu. Itupun kes serupa. 21 Nov, tarikh sanding. 20 Nov Subuh baru kami bertolak pulang ke Penang. Menyusul di sebelah petangnya pula, saudara mara dan keluarga Abby bertolak ke pulau. Bermalam di satu pusat peranginan yang telah pihak keluarga mertua sediakan.

Kelainan ?

Majlis kahwin semua pun serupa. Ada upacara nikah, ada juga upacara bersanding.

Cuma..

Abby ingin lakukan sedikit kelainan. Moga-moga menjadi dan lancar semuanya. Kelainan yang dimaksudkan adalah yang setakat ini di dalam keluarga Abby, tiada siapa lagi yang pernah adakan seumpamanya.

Aku tahu, orang lain lagi sakan majlisnya. Beriya!Apalah sangat kelainan yang 2 ini. Tak apa, niatnya biar semua happy. Biar aku juga happy!

Oh ya, sebelum itu biar Abby perkenalkan tema perkahwinan iaitu…

Meriah tetapi penuh kesederhanaan!

Bila sudah diagih-agih kad jemputan, terasa tidak cukup print 1000 keping shj.

Ahhh stress…backup cards takde. Cis, itupun kau nak citer ke Abby? Huhu..

Berbalik pada soal  kelainan, tentatif program adalah seperti berikut :

23hb Oct (3pm) – Akad Nikah

23hb Oct (8pm) – Malam Berinai, Poco-poco dance

24hb Oct (10am) – Majlis Khatam Al-Quran

24hb Oct (2pm) – Majlis Persandingan

Ermm..ada kelainan ker? Ada ker? Lu pikirlah sendiri. Hehe

See you guys there! Cant wait!

Jantung hati…

Bila si jantung hati ada di depan mata, berlari ke arah mu, apa kau rasa?

Wah, belum apa-apa sudah bermadah. Angin rendang kus-kus separa masak ke Abby, yang kau makan?

Argh, mana ada rendang yang tak sedap pagi raya. Lagi-lagi rendang ayam & daging di kampung tempoh hari. Walaweihh….~ Nikmat!

Abby mana punya ramai jantung hati, yang ada yang itu sahajalah….yang seorang itu. Tetapi dia bermadu. Adat la bukan. Bermadu pun dia rela, baik sungguh si jantung hati saya. Mana tidaknya bermadu dengan seramai ini, mahu tak mahu kenalah rela…Tak begitu, mr fiancee?

Ramai kan ‘madu’ you, cubalah you kira…

DSC_0646-3

Kesian Mr fiancee, belum lagi memulakan perjalanan hidup bersama Abby, sudah dimadukan. Tetapi tidak mengapa, kerana Mr fiancee serba memahami bakal isterinya. Pantang tengok budak kecil, Mr fiancee sudah tahu tunangannya akan ‘naik hantu’.

Terjerit-jerit, sama jerit dengan si kecil. Mr fiancee juga tahu, kalau kami sekeluarga besar sudah berkumpul beramai-ramai, tukang jerit dan teriak bertukar jadi ramai lebih-lebih lagi time bebudak di atas tengah buas. Huhu…

Meriah, kawan-kawan!

Bukan bebudak sahaja yang buas, makcik-makcik pun lebih kurang. Mujur pakcik-pakcik pendiam and senyum atau gelak ala-ala gadis melayu sahaja (nasib…kecuali pakcik giloz yang seorang tu, yg syg benar dengan KLCC, sampai tidak beraya dengan kami ;-p ).

Ini semua gambaran suasana raya apabila kesemua ‘madu-madu’ Mr fiancee, serta pakcik makcik yang datang beraya ke rumah Abby semalam.

Abby yang sudah bekerja semalam, diambil oleh Mr fiancee waktu balik kerja (so shweet of you!). Di rumah, sudah terbayang dalam kepala confirm hingar bingar jadinya dengan si kecil berlari keluar masuk rumah Pak Ngah yang bersegi-segi itu.

Memang betul!. Sesampai sahaja di rumah, Abby jadi tak keruan hendak peluk yang mana satu anak-anak yang ada.

Wah, statement. Sorry, anak orang ngaku anak sendiri!I peduli apa. Nak tunggu anak sendiri, lama lagi. Hehe…Kalau ada (InsyaAllah), bila join ‘madu-madu’ yang ramai ini, huhu…tidak terbayang dalam kepala macam mana rupanyer ;-)

Mereka semua datang empat kereta. Tetapi perjumpaan untuk sekejap cuma. But what I loike best, bila bersalaman untuk balik, semua pun berkata ;

Kita jumpa bulan 10 nanti!

Abby balas :

Ok!Sayang sikit?

Ada juga anak-anak yang menjerit ;

Kak Bilah, nanti cuti sekolah kita datang lagi eh. Kak Bilah bawak jalan-jalan okeyh?

Abby pun balas ;

Belajar rajin-rajin dulu, jangan lawan cakap mak abah, baru boleh datang rumah Pak Ngah. Nanti kak Bilah bawak jejalan.

Yang tidak menahannya, ada pula yang sudah pun berkata begini ;

Selamat Pengantin Baru!

Eh tetiba sangat. Sungguh saya tidak bersedia. Mr fiancee lagi lah tersipu malu mendengarnya. Hahaha…

DSC_0688-11

Luqman paling genit, paling comel and paling diam dalam banyak anak-anak yang ada.

Cukup ke episod Jantung Hati setakat ini?

Tadi cam banyak giler idea nk citer pasal anak-anak. Bersambung ah…Putus idea.

xoxo

Older Posts »