Dua Puluh Sepuluh…
January 2, 2010 at 7:30 am | Posted in Ceritera Cinta | Leave a comment2010 atau year TwentyTen atau juga Dua Puluh Sepuluh.
Sedap juga kedengaran bunyinya. Seperti menjanjikan ‘buah tangan’, cerita-cerita menarik sahaja bukan tahun ini?. Insyallah…Amin. Ada usaha, tawakal dari kita & keredhaanNya, mungkin rezeki itu ada.
As stated at my facebook’s status, “…2009, is my 1st year without ANY specific resolution. But to my surprise I get a new stable job, get engaged and also MARRIED! Isn’t that great? I considered myself lucky and blessed (^_^) “, sumpah ianya betul. Kebetulan barangkali. Siapa duga ianya bagaikan gol hatrik dijaringkan….
Okay, okay tak kelakar. Saya tahu. Encik Suami sahaja terror bab-bab menulis laporan sukan. Ya, ya saya tidak mahir.
Rezeki, Tuhan kalau hendak bagi, kita manusia tidak boleh menolak. Sejauh mana kita merancang, kalau diredhaiNya pasti menjadi. Tanpa ketetapan apa-apa resolution tahun lalu, alhamdulilah Abby adalah di mana Abby sekarang. Abby dalam semua fasa baru kehidupan. Huhu…Kerjaya, Skop kerja, Status mahupun banyak lagi.
2010?
New year eve yang lalu, memang Abby dan Encik Suami di rumah sahaja. Masak juga biasa2 sahaja, tiada yang istimewa.
Azam/Resolution?
Tiada pula kami berdua menetapkan apa-apa yang spesific. Tetapi on my behalf, sempat juga berbisik…
Tahun ini, hendak jadi orang pandai. Pandai serba serbi.
Antaranya :
1. menjaga hati suami
2. menjaga makan minum suami
3. menjaga amal ibadat dan tambah baik yg mana kurang
3. memasak banyak hidangan dan desserts
3. pandai tackle, balance & expand kerjaya
The most challenging part. But I think I’ll appreciate and like it the most towards end of 2010. Apakah? Adalah…Harus jadi kerahsiaan saya seorang sahaja.
4. lebih dan lebih lagi menghargai kedua orang tua, Abah dan Mama. Kerap ziarah dan bercuti juga bersama mereka. Tidak dilupakan keluarga mertua yg jauh di Penang sana
& banyak lagi.
Tetapi ini bukanlah azam yang spesific. Sumpah!Tidak mahu apa2 yang spesific kerana Abby terlalu fleksibel. Hati juga mudah berubah. Keinginan apatah lagi.
Tengok, mana ada dalam resolution saya mahukan kereta Audi, Rush atau lain2. Tiada juga beg tangan LV atau sut kerja ZARA yang cantik itu. Fuh fuh, takde. (Bunyi macam bukan Abby je….kan?)
Tidak. Memang tidak pernah ada. Mcm lebih manis kalau tetiba sudah ada Honda City/ Jazz baru terpacak dalam garaj kereta & set perabot lengkap untuk ruang tamu & dapur ala2 mcm dalam IKEA nye showroom dalam tahun ini? Boleh!Yang penting tertulis dalam Planner 2010!! Maka, resolution itu takdelah signifikan mana kalau setakat atas diari and atas mulut sahaja? Buang karen sahaja lorh!Baik koyak-koyak masuk tong sampah.
Haha. Sebenarnya teringin juga Abby banyak benda. Lagi tak mahu ngaku. Standardlah manusia…Abby kan human? Bukannya mutant~ Huhu…
Akhir sekali, teringin ke Aussie / Korea hujung tahun depan. Sudah diberitahu pada Encik Suami. Pesannya, buatlah paperwork.
Baik!!!!!
Dengan segera Abby jawab.
Eh terlupa, ada 1 keinginan saya tulis dalam Planner. Mahu jadikan wordpress ini kepada…
http://www.abbythewifey.com
Insyallah, demikian saya butuh bantuan sepupu saya. Kalian tunggu ya. Color background biru belakang ini hanya berstatus sementara sahaja. Sekian.
Teruja Punya Pasal…
December 25, 2009 at 5:39 am | Posted in Ceritera Cinta, Kegemaran | Leave a commentOk, teruja punya pasal saya jadi tidak tentu hala. Ini pun curi-curi update blog. Tidak tentu hala bukan apa. Kau bayangkan, akibat clue yg saya tepek dalam entry post sebelum ini, adalah dalam 5-6 kali saya menukar dekstop wallpaper lappy saya. Kejap-kejap tukar.
Mr Hubby tidak ambil peduli. Dia tahu wifey dearie dia memang giler gambar. So, lebih mengambil dasar ‘mengabaikan isteri’ sahaja. Hahaha…Sweet2!
Nak dijadikan cerita, semalam akibat teruja punya pasal lah, kerja semua jadi dahulu. Sebab Hafiz dah kata, ‘Will be leaving at 6.30pm’. Ok2, ngerti!. Kalau ikut kapasiti kerja saya, memang saya takkan on time balik 5.30 pm. Tetapi mengenangkan ‘keterujaan’ itu, saya jadi laju menyiapkan kerja. Gosh! By 6pm, sudah ada di sini. Wee!
Rumah ka Abby? Santeknyerrrrrrrrrrrr….
Apa kau giler ini rumah? How I wish. Insyallah. Ada studio dalam rumah. Syiok wo!Angan-angan, boleh diusahakan. WOW Studio la apalagi. Saya belum pernah feature kan pasal WOW Studio kan. Orang perseorangan dalam WOW ini kalian pasti dah kenal. Al-maklum, publiti meluas oleh Abbythejournalist. Derhhhhhhhhhh~
Urusannya di sini, mahu mengambil CDs perkahwinan. Wee!Itulah ‘keterujaan’ saya maksudkan. Ada 5 CDs semuanya. Banyak kan? Bayangkan sahaja jumlah gambar. Masa dapat tu, rasa mahu bentang lappy dan belek-belek shj. Tetapi, tindakan ini hanya boleh dibuat di rumah sahaja, bukan di studio, okeyh?
Ok, ini namanya sesi berborak-tanpa-kopi. Jadi borak-borak sambil pegang, tunjuk album sahaja. Promosi dan servis perkhidmatan tidak pernah mengecewakan. Sepanjang berurusan, senang sahaja hati. Tidak adalah episod gundah-gulana kalau kau berurusan dengan WOW! TEAM. Lihat sahaja kami…Kami pertaruhkan sepenuh kepercayaan kepada team ini utk merakam hari bersejarah kami, Alhamdulilah….hasilnya, WALAWEIHH~~~ ( Ini quote kegemaran saya kalau saya terkesima, jangan tiru! hehe)
Sesi perjumpaan sebegini adalah sangat digalakkan. Bagi pasangan pengantin yang ingin mendapatkan khidmat jurugambar, nasihat saya:
1. Jangan pernah segan bertanya apa jua soalan yang anda fikirkan. Kerana saya percaya kalau jurugambar itu seorang yang profesional, dengan tenang dia boleh jawab apa jua pertanyaan kita.
2. Soal kewangan dan bajet juga jangan pernah segan. Walaupun kita (pasangan pengantin, kecuali saya yang masih perasan ‘pengantin baru’) sudah mengukur tahap kemampuan, tidak salah bertanya soal figure / digit dengan jurugambar. Sebab tanpa ada duga, mungkin 1. ada Promosi 2. ada Diskaun 3. ada banyak Goodies!. Ha, bukan kah rugi kalau tidak bertanya.
3. Kenapa sesi perjumpaan adalah digalakkan? Sebab anda sendiri boleh buat penilaian tentang jurugambar dan hasil kerja yang pernah mereka lakukan sebelum ini. Setakat melayari website, saya yakin itu tidak mencukupi. Maka, sila turun padang dengan pasangan anda. Kenalpasti jurugambar dan cara kerja mereka. Kerana, anda bakal ‘bekerjasama’ sepanjang hari perkahwinan. Sudah pasti anda mahukan jurugambar yang serba serbi tahu apa yg mereka lakukan, bukan? So kenali mereka, dengan berjumpa.
Wah, motif buat sesi tutorial macam ini?? Hafiz tak bayar tau publisiti begini. Huhu…How I wish dia bayar, mesti ramai yang mengaku mereka pernah jadi client Hafiz, kan3? Wah, betul katanya. Signature nanti laku lagi 10 tahun! Wee! Saya sudah ada. Jangan jeles. *Sekali lagi, saya poyo!
Ada orang sambut birthday la semalam. Ok, sila abaikan juga. Sebab dah jadi semalam. Abaikan
![]()
Kalau ikutkan hati, Abby dan Encik Suami mengambil banyak dasar & pendekatan juga (ayat tidak sedar, macam ahli politik) dalam menyenarai pendek senarai jurugambar. Macam seronok pula kalau dapat berkongsi tips-tips ‘Persiapan Sebelum Perkahwinan’. Lepas tu, kita agihkan topik, perihal Wanita, Abby handle. Perihal Lelaki, Encik Suami boleh cerita.
Asyik kan, kalau ilmu dan pengalaman itu dikongsi. Ilmu dari buku atau dari jalanan itu disimpan, diperap apa guna? Saya perlekeh la orang macam ini. Harap maaf.
In fact, Abby juga aktif beri ‘tutorial’ pada besties yang bakal berkahwin. Adalah seorang dua. Nanti Abby cerita panjang tentangnya, okeyh? Oleh itu, sekian sahaja episod teruja ini. Kalau mahu tahu, Abby sedang asyik ‘edit’, belek dan gambar-gambar dari CD. Haish, entah bila mahu selesai. Banyakkkkkkkkkkkk sungguh!
Ini Principal. Nampak garang ke? Dah nama Principal. Macam guru besar jugaklah peranannya. Ok, ok gambar comel. Comellah tu. Nak tengok lagi comel, ada2. Nanti saya tepek.
Thank you guys! Am SUPERCONTENTED with all the pictures. Semestinya tidak sabar melihat output terakhir dari kalian.
‘Syiok’ Ah…
December 21, 2009 at 5:52 am | Posted in Ceritera Cinta, Kegemaran | Leave a commentPagi-pagi, sebaik kaki dan punggung mencecah lantai office (to be spesific, my own workstation. Opps kaki yang cecah lantai, punggung cecah kerusi daaaaaa), Internet jadi target utama. Stumble upon itu ini, browse sana sini, check email serba-serbi..CUKUP!1 pakej ‘kerja wajib’ waktu pagi bila sampai di pejabat.
Blog hiburan tidak terkecuali. Baca juga, lagi-lagi sejak akhir-akhir ini banyak sangat cerita mengarut, lagi ‘sangat di luar kotak pemikiran’ jugalah gosipnya. Purffff~ Bosan kalau trend gosip terus-terusan mcm ini. Adalah lagi bermanfaat kalau baca blogger ibu-ibu, si pembuat kek atau pemborong tudung taw!
Klik, punya klik..terjumpa artikel ini.
Hoho. Sangat-sangat cemburu, okeyh? Bukan soal muka dapat tayang/tepek kat TV (derghh, bab itu paling tidak minat), tetapi teruja dengan AFC channel ituuuuuuu. Ini kalau dikaborkan pada Mr Hubby, confirm dia bilang;
Huhu..Best2. Kalah Siti (definitely!!). Makanan pun sure multi-cultural ah.
As everyone know, kaitannya antara artikel di atas dengan AFC adalah Chef Wan. Sangat kagum dengan pencapaian Chef Malaysia seorang ini. Memang lagi teruja sebab dia pernah muncul dalam rancangan feveret Abby & Mr Hubby (TOWS). Huhu. Chef Wan mmg layak berada dalam talk show itu pun. 1 dalam sejuta. Modal? Masakan sahaja. Sangat ironi dengan gender nya, bukan? Tetapi, mana kita tahu rezekinya sampai situ. Impress!!
Haish, bertuah badan si Serena bukan? Tetapi bertuah lagi Abby bersuamikan Mr Hubby. Eh Serena beruntung juga. Bukan mahu mendoakan yang tidak baik utk rumahtangga para artis. Tetapi bertuahnye lagi lah hai dapat disiarkan di AFC tuuuu. Akur, memang cemburu. Huhu…
Mr Hubby mmg gemarkan saluran TV yang sangat-sangat bertentangan dgn wifey nya. Sejak duduk bersama ni, kadang-kadang kelakar juga pun ada. Kalau kerja berlainan syif, asal Abby balik rumah dan turn on TV, mesti Discovery Turbo yg ter’tepek’ kat TV. Channel Turbo ni mmg tidak ketahuan la si isteri sejak zaman anak dara lagi. Abah dulu pun tak pernah langgan. Rancangan ini Abby tidak berapa gemor.
Harap maaf, Abby gemar bab-bab beli kereta. Bab-bab tukar, modify or accessories, I know nothing~!!hehe..
1 lg rancangan TV feveretnya, Restaurant Makeover. Instead of, makeover people yg sudah biasa sampai Malaysia pun meniru-niru, overseas people renovate restoran. Alahai, cantik betul kalau lepas renovate tu. Berbunga-bunga rasa nak ada kedai mini dobi.
Ahhh, angan-angan habis. Insyallah, setakat ni banyak niat terpasang. Dobi dulu jadi minat.
Hehe…
Pendek kata, kalian tonton je AFC channel. 1 lg BIO, channel baru tu. Best jugak! Layan lah, kalau rasa-rasa nak tambah ilmu. (^_^)
Berhari minggu di ‘Korea’…
December 13, 2009 at 4:26 am | Posted in Ceritera Cinta, Cuti-cuti Malaysia, Kegemaran | Leave a commentYa ya, saya sekarang di Korea. Penerbangan seminggu lalu. Kalian tidak tahu?Buat apa nak hebahkan, betul tak?Sehinggalah pagi ini, Mr Hubby bagi ucapan termanis sebelum dia bertolak ke tempat kerja.
Selamat Ber’Korea’. Selamat berbulan madu dengan ‘Korea’!
Wah, bunyi cemburu habis kan? Tidak cukup dengan itu, dikatanya lagi, selepas saya bersalaman dan mengucup tanggannya…
Tengok, sebab Korea punya pasal, senyum lebar ha muka~
Wahahaha. Mr Hubby sudah kenal benar dengan isterinya kalau datang hari minggu. Bukan sahaja hari saya berada di ‘Korea’, tetapi juga di ‘Las Vegas’, ‘New York’ dan even ‘Miami’!Gosh! Jauh sungguh saya ‘berjalan’ setiap minggu. Manakan tidak suami saya cemburuuuuu, sedangkan dia fix sudah di Jalan Tun Razak setiap Ahad.
Kuang3..Sudah jadi tabiat saya tak lekang depan TV lepas mengemas rumah apa yang patut setiap pagi Ahad. Sudah semestinya melayang berbox-box Korea yang dibeli utk ditonton, kemudian pause kan sekejap bagi laluan utk Supreme Sunday: CSI! Asyik!!!Itu dah jadi rutin Mrs Ismail taw. Tak leh ganggu!
Saya tidak tipu. Buktinya, baru habis nonton cerita ini.
Baru sahaja habis nonton 16 cd setengah jam yang lalu. Next, will be watching this…..
Sungguh, Abby dapat juga ‘membazir masa’ depan TV. Puas rasanya selepas seminggu bekerja. Jangan risau kewajipan tetap isteri tetap dipenuhi. Heh, walaupun Encik Suami sentiasa berasa diri ‘dimadukan’ dengan hero dan heroin Korea yang best. Hehehe…Buktinya…
Sekarang cakap kena ada bukti ma, tak gitu? Saya mahu juga jadi surirumah berkaliber. Hahaha…
Bihun goreng!Yummy!Bihun goreng pertama hasil masakan saya untuk Encik Suami. SO signifikan, maka kena simpan elok-elok dalam blog. Semalam, gerangannya kedua-dua tidak mahu makan nasi. Maka, Abby usahakan buat bihun. Sedap, tetapi pedas!Huhu..Maaf, tersilap bajet cili. Mujur ada perkataan ‘SEDAP’, hahahaha..
Entah-entah mahu sedapkan sahaja hati kut. Tak apa, bihun pertama mesti boleh dimaafkan? Tetapi kalau dah sedap, resepi dah boleh kongsi la kira. Wahahaha, verangan. Orang lain sudah lagi hebat di dapur. Tak apa, saya akan pelan-pelan kayuh…Chaiyok!
Kesempatan bercuti hujung minggu memang jarang sekali Mr Hubby dapat. Semalam, Sabtu…dapat juga kami berjalan-jalan ‘memadu kasih’. Berjalan sehingga ke Alamanda, kemudiannya lepak juga ke IKEA. Sebab masing-masing teringin meatballs!Layan~
Itu yang petang datang idea membuat bihun!Eh Eh, mabukkah? Apa kaitan meatballs dengan bihun? Hehe Nampak sayur segar bugar di Cold Storage, Ikano terus gatal tangan membeli itu ini. Maka, kenalah membuat sesuatu utk Encik Suami yang membelanja saya sayur mayur. Hehe..
*Sungguh merepek macam hilang punca. Mana tidaknya, saya berblogging sambil layan CSI New York ni. Ahhh, terganggu benar!
Maka, kalau begitu kalian layan gambar eh. Gambar bukan sebarang gambar. Gambar kahwin kami lah, apa lagi.
Tetapi ini hasil tangkapan Kumaran, yeah jangan tak caya!Layan setiap satu adegan romantis, muka tak berapa kacak & tembam lebih kami eh.. Hehehe..Cute!
Tanpa sedar, banyak juga gambar ‘Di Sebalik Tabir WOW team..’ bersama kami. Cerita lagi di episod akan datang. Selamat bekerja sehingga Jumaat akan datang.
Pening bukan lalat…
December 5, 2009 at 8:44 am | Posted in Ceritera Cinta, Ketidakselesaan | Leave a commentSeperti yang diuar-uarkan di dalam status facebook status kami berdua, sudah ramai membuat tekaan sendiri.
Pandai betul kamu bab pening-pening ni eh? Teruja lebih ha!Saya relaks sahaja. Apa kamu nak kata? Hehehe…
Saya sendiri setakat hari ini masih belum ada jawapan. Ada masa Mr Hubby pening, ada masa saya pening.
Mungkin, pening sebab bekerja. Noktah.
Ada masa Mr Hubby teringin makan itu, ada masa saya teringin makan ini.
Mungkin, selera kami ini macam hari-hari biasa juga. Berselera sahaja. *Peace
Ada masa Mr Hubby muntah-muntah, oh tang ni..Abby tiada masa! Hahaha…
Tidak ada pula aku rasa nk bluekkkk~ Ok tenang. Jangan panik. (Memang berlagak biasa shj)
Masalahnya…………..
Anda hebat meneka. Tetapi kami tiada jawapannya (tiada juga usaha utk merungkai teka teki tersebut). Huhu. Marilah kita terus berteka-teki. Abby dan Mr Hubby menerima rezeki seadanya. Tidak merancang, tidak juga menghalang. Maka…..
Pening saya (or kami) bukan lalat la……………..Kalau lalat, berita gembira bukan?
Visual Cinta…
November 27, 2009 at 6:47 pm | Posted in Ceritera Cinta | Leave a commentMeletssss sgt!Sangat sangat comel, menarik, terhibur, kelakar dan cukup menggambarkan betapa seronotnya kami menjadi sebahagian daripada klien WOW!Art Photography.
Thanks to the guys: Hafiz Ismail, Faris Fakri, Nazir Azhari, Nik Majid. You guys made our day!!
Cool~
Lawok~ But the best part is….
Lagu FANATIK tuu!My favourite band ever!Though depa dah kertuuuuuuuuuuu….
Opps, sekarang Aby bukan sahaja suka menrosakkan bahasa tetapi opppppppppppss….huhuhuhu
Gambar…
November 25, 2009 at 6:03 am | Posted in Ceritera Cinta | Leave a commentSerius, sekarang serius tahap malas gaban. Super duper!Sangat! Maha!Huh~
What a description? Tampar muka sekarang. Bab menrosakkan bahasa serah pada Abby sekarang, itu akibat malas benor la tu~ Tengok kasi rosak lagi bahasa. Eh apa kena ni? Kamu terlebih makan kari ka Abby? Hehehe…
Wah, sudah sebulan satu hari bergelar isteri. Sekejap sahaja rasanya, tup tap tup tap dah sebulan. Nanti setahun pula. Huhu..Setiap saat dirasakan terlalu cepat. Terlalu banyak lagi rasanya nak membebel, bertukar hobi dan etc la dgn Mr Hubby.
Masa tu dah jadi pengantin lama (kata orang…), tapi pada I, tetap ‘pengantin hari-hari’! Boleh gitu? Boleh ja!
Okay-okay malas cerita. Disebakan ada akak ituuuuuuuuuu (kakak segosip I bila di YM) gelar I pengantin fofular, so saya post gambar kahwin mana yg ada ya everyone.
Serius, gambar tak siap lg. Kalau tanya lagi, standard jawapan kami, 3 bulan? Eh bolehkah Hafiz? Kalau salah, minta maaf. (^_^)
Wah, tertipu semua!Serius takde niat, cuma suka sangat gambar terbaru kami yg WOW Team! ambil di Penang. Gambar-gambar lain pasti korang dah jemu tengok di facebook.Pasti jemu. Sure…Jangan tipu ah.
Tetapi, I ada kesah…. Hahahaahahaha
WOW Team , y’ll are awesome!Thanks~~~!
Rutin…
November 7, 2009 at 8:07 am | Posted in Ceritera Cinta | Leave a commentRutin itu perkara yang dilalui setiap hari. Tidak kisahlah rutin kerja, rutin rumah, rutin isteri….
Opps, semua pun dah berubah sekarang. So sekarang apabila nak bercerita or membebel, cerita selok belok kehidupan seorang isteri itu kena ada okeyh?Setuju? Setuju!!!!!!!!! (Entah dari mana datang suara itu?)
Teringat, semalam majikan Abby ada bertanyakan satu soalan cepumas : ‘So far, how’s your new life?’
Pergh sumpah. Soalan susah giler nak jawab. Err…err..Ambo ini baru 13 hari kawinnya, ditanya pula oleh orang yang dah setahun kahwin. Err…err.. kaku beb, kaku!
Dipendekkan cerita, Abby menjawab soalan majikan itu seperti di bawah:
1. Ok, masih dalam peringkat kenal hati budi lagi. (Statement artis habis!!Sangat….)
2. Mula terasa penat dan terkejar-kejar lebih-lebih lagi soal makan, pakai dan minum Encik Suami. Dulu pewot sendiri, tak makan malam pun takpe. Paling tidak boleh skip 1-2 waktu makan. Tetapi sekarang, kasihan pula tengok Encik Suami cari rezeki siang malam nak tanggung isteri yang seorang ini. Makanya, pelbagai variasi hidangan memang tersedia lah utk Encik Suami I tu.
Wah, mcm bagus2 ja Chef Abby. Encik Suami, saya masak OK ka?huhuhu…senyum kambing dulu!
3. Life is getting fun since kitaorg memang terlalu banyak perkara mahu dikongsikan bersama. Na na, kongsi passion da. Kongsi minat, kongsi kegilaan and paling senang, kongsi cerita la. Bekas wartawan ni still forever rasa dia wartawan, so pok pek pok pek aje kerjanya pagi petang.
Haha pok pek tu jadi lumrah. Enck Suami sudah sungguh terbiasa. Kalau saya diam, confirm dia wat muka pelik 1 hari. Paling tidak, pujuk-pujuk mcm Abby ni baby. Giler syiok dia kalau pujuk eden. Encik Suami memang pandai memujuk, serious tu sebab saya kahwin dengan dia.
![]()
4. Eh ada lagi ka?
Panjang juga perbualan pasal soalan yang satu ini. Tetapi nama pun dipendekkan, so setakat itu sahaja ya?
Ada ke viewer yang berminat untuk tahu kehidupan Mrs Ismail ini? Wah, angkat tangan cepat!Biar saya kira!Giler korang perli gua eh? Underestimate saya eh? Huhu..well En Suami knows me best. Tak caya, tanya dia je…bluekkk
![]()
Begitulah kiranya perbualan kami. Pastu, rasanya lama dah kan Abby tak update dengan korang tentang my new workstation. Sekarang cun melecun. Nak nengok?

Forever BOF spirit!!

Eh manisnya gambar itu~ Eh eh bukan, saya memang tamak. Tidak cukup 1, 2 PC ya utk saya
Seronok kalau ada workstation. Moga-moga rasa seronok ini boleh bertahan sehingga 8 tahun lamanya. InsyaAllah..
8?? Kenapa 8?? Entah, Abby sendiri kurang pasti.
Ada sesuatu yg menarik berjaya Abby temui. Tengok ni!

CANTEKNYERRRRRRRRR………promo di atas!EH siapa tuh? Siapa tuh eh? Bagitau cepat!!hehe…
Keluarga…
November 2, 2009 at 1:18 pm | Posted in Ceritera Cinta, Masa Lapang | Leave a commentSaya sangat sayang keluarga saya, keluarga besar saya dan semua lah!
Wah!Motif buat intro kekeluargaan ini kenapa? Tetiba ada idea bila membaca blog Nurulism terlebih dahulu.
Padahal keluarga ku baru ada aku & suami..Apakah? hehehe…
Bila dilihat balik kembali gambar-gambar kekeluargaan yang ada dalam simpanan sepanjang hari perkahwinan minggu lalu, rasa bahagia sangat. Comel benar gambar itu ini.
Maaf ya kalau ada pembaca yang sudah meluat dengan cerita kekeluargaan Abby. Huhu..Saya suka dan akan selalu suka. Harap maaf.
Kalian ada terbaca tak status Facebook? Yang ada kt tepi tu. Yang tertulis, ” Nabilah Saleh strongly feels that Abah & Mama misses her so much~!. Time flies and it has been a week of us living as husband & wife (^_^)”. Tidak percaya? Betul. In fact, adik-adik pun rindu keriuhan kakak diaorang yang gila-gila ini.
Itulah, dulu waktu aku ada, buat bo layan…Main gusti tak hengat. Sampai lebam-lebam. Ha sekarang masing-masing depan ‘kitab’ sampai lebam??Padan muka!
Ha sekarang, rindu-rinduan jadi kenang-kenangan……….Eh bukan, tiada maknanya kenangan. Selagi terdaya, Abby akan pastikan saat adik-beradik ini bergaul mesra akan jadi gemilang.
Ahh, ayat sangat tidak entah apa-apa. Inilah bahasa kalau berblogging tanpa suami di sisi ;-( (Dehh, alasan tul!)

Gambar tidak berapa nak ready. Ahh, cantiknya color turqoise ku……..

Syok kalau bergaduh selalu dengan diaorg ni. Sebabnya nanti baru wujud perasaan rindu. Haha..
Lagi syok lagi bergaduh dengan minah genit ni…

Batrisya. Huhu..sangat genit, kepoche dan gedik! Mak mertua Abby sangat suka Icha ni. Petanda kah? Jeng jeng jeng.
Icha ni berlari keliling rumah masa kenduri hari tu bukan main. Malam, bila sesi ‘Buka Hadiah bersama Pengantin’ dah terbungkang tidur!. Tak comel dah waktu tu. Huhu..
More stories to come. Bersambung…Encik Suami mahu balik sekejap lagi. Adios~
Cerita baru…
October 31, 2009 at 7:11 am | Posted in Ceritera Cinta | 2 CommentsTup tup sudah seminggu kami tinggal serumah sebagai suami isteri. Cepat betul masa berlalu. Masih terngiang-ngiang lagi kemeriahan hari persandingan kami. Best ever di kalangan perkahwinan ahli keluarga sebelum-sebelum ini!
Masih teringat-ingat kemeriahan jiran tetangga dan ahli keluarga yang datang menolong, persalinan baju perkahwinan yang cantik-cantik belaka, keriuhan anak-anak kecil pangkat sepupu kepada Abby berlari keliling rumah, keceriaan sahabat dan kawan baik yang datang menemani Abby sepanjang 2 hari 2 malam majlis dan banyak lagi la.
Sangat seronok. Alhamdulilah, impian majlis perkahwinan yang sederhana tetapi MERIAH menjadi nyata. Terasa kebaikan kedua orang tua Abby berbayar melihat mereka gembira dengan kunjungan hadirin yang datang. Syukur.
Kehidupan bersuami?
Alhamdulilah, terasa ada pelindung sentiasa. Tidak perlu takut kerana dia ada di sisi.
Tipu je Abby tu. Kalau suami keje malam, penakut juga~
![]()
Abby lagi sedang mencuba membiasakan diri dengan fasa kehidupan yang baru ini. Abby percaya Abby boleh melakukan dan melaluinya dengan baik.
Terasa seperti mahu membuat dedikasi khas kepada kalian yang sudi hadir ke majlis keraian kami minggu lalu. Lihat sahaja gambar-gambar di bawah:

I heart what Mr Kyle Brachon has comment about the whole wedding of mine on Facebook. It sounds so cool till my parents feel touched by it. I bet it was sincere come from your heart, Mr Kyle. Thanks a lot to you and wife for coming the other day.
.
Tidak cukup dengan itu, zillion thanks to everyone who pray and wish for our happiness in marriage, including this:


Yang ini pula, moment yang paling best dan sangat sangat meninggalkan kesan pada Abby, Mr Hubby dan keluarga besar kami. Abby juga terhutang budi dengan Nayzi, kerana dengan bantuannya impian untuk membuat tarian poco-poco menjadi kenyataan. Siapa sangka sambutannya, sungguh luar biasa kan Izyan?
Satu sahaja perkataan yang boleh menggambarkan bagaimana individu ceria dan sporting habis dalam video-video ini. Anda semua sangat ………..
COMEL!!!!!

Pendek kata, saya dan suami gembira melihatkan tetamu yang hadir juga gembira. Terima kasih berbanyak-banyak. Kepada kawan baik kami dan rakan photografer, thanks sebab menceriakan suasana dan mood perkahwinan Abby & Mael.
You are all the best!!!!!
p/s: Tidak sabar pula untuk bersiap sedia ke majlis bertandang di Ayer Itam, Pulau Pinang Nov ini. Sebab kawan-kawan saya ada. Doa anda juga sentiasa ada bersama saya dan suami. Alhamdulilah.
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.





















