Tidak Selesa…
December 22, 2009 at 5:38 am | Posted in Ketidakselesaan | Leave a commentHanya mampu menulis keypoint sahaja. Boleh tak?
1. Tidak rasa selesa ah. Turun dari kereta tadi mcm OK lagi.
2. Mula sok sek, hidung selsema.
Wah, rasa-rasanya sejak kahwin jarang benar dapat selsema. Tetiba hari ini, selsema datang. Hoho..Ada benda pelik kah?
3. Aish, sedang belajar dari pengalaman untuk tidak mempercayai ‘taburan janji-janji manis’ yang dilemparkan oleh ‘mulut’.
Manis lah kan, kalau kata-kata itu cukup dengan lenggok, liuk lentok yang lembut kan?!kan?!
4. Ngantuk. Mak aii, super duper!Tak tertahan rasa mata dan kepala nak landing.
Huh, selalu pun macam itu. Tetapi kalau sudah mengadap TV, tukar channel sana sini…ada kau peduli bantal empuk? Huhu..Kesal2. Tidur awal hari ini.
5. Tak terasa mahu lunch. Sehingga sanggup tinggal di pejabat, berblogging sambil menanti cendol yg sedap. *Pesan kat college belikan. Tq eh~
6. Dah pukul 2pm daaaaaaaaaaaaaaa???
Tetapi kesal macam kurang produktif di sebelah paginya. Jom tengok, kalau-kalau 2nd half (2-5.30pm) boleh jadi cergas? Jom3!!!
7. Teringin SUSHI la!!!!!!!!!!!!Boleh tak?*Please….
Murung itu biasa…
December 11, 2009 at 10:34 am | Posted in Ketidakselesaan | Leave a commentMenjadi normal sebuah kehidupan itu kalau ada waktu sedihnya. Sepanjang masa kalau gembira sahaja tidak ‘manis’ juga kehidupan ini. Mungkin kenyataan ini macam tidak manis dijadikan ‘pembuka kata’. Tetapi kenyataannya…’Murung Itu Biasa’.
Dipendekkan cerita, ada sangkut paut soal kerja. Normal, itu semua normal. Akan cuba diperbaiki dan terus diperbaiki untuk kebaikan Abby juga. Kesilapan atau tidak, bukan soal. Pendek cerita, baik pulihkan sahaja. Terima kasih kepada yang prihatin.
Okay!Nak dijadikan cerita, Encik Suami pun bertanya apakah gerangan airmata di senja Khamis? Wahahahaha…Terima kasih kepada Mr Prihatin Yang Amat lagi seorang ini. Bercerita sambil bersandar bahu padanya memang mendamaikan, maka murung yang ada berkurangan.
Wah3, jadi mendamaikan secara tetiba. Dah tentu, itu belum lagi disua sesuap dua aiskrim perasa strawberri/vanila yang best itu? Hahaha…*Gediks statement…(Bila dah punya suami sahaja boleh begitu ya?)
Sudah-sudah cerita pasal murung, kerana murung itu bukan sahaja biasa tetapi sementara. Lepas sahaja duduk di dalam kereta, mama dearie sms ajak dinner bersama. Abby dan Encik Suami apa lagi, tidak fikir panjang turut ikut serta. Lupa sudah apa yang berlaku selepas itu.
The End…
Pening bukan lalat…
December 5, 2009 at 8:44 am | Posted in Ceritera Cinta, Ketidakselesaan | Leave a commentSeperti yang diuar-uarkan di dalam status facebook status kami berdua, sudah ramai membuat tekaan sendiri.
Pandai betul kamu bab pening-pening ni eh? Teruja lebih ha!Saya relaks sahaja. Apa kamu nak kata? Hehehe…
Saya sendiri setakat hari ini masih belum ada jawapan. Ada masa Mr Hubby pening, ada masa saya pening.
Mungkin, pening sebab bekerja. Noktah.
Ada masa Mr Hubby teringin makan itu, ada masa saya teringin makan ini.
Mungkin, selera kami ini macam hari-hari biasa juga. Berselera sahaja. *Peace
Ada masa Mr Hubby muntah-muntah, oh tang ni..Abby tiada masa! Hahaha…
Tidak ada pula aku rasa nk bluekkkk~ Ok tenang. Jangan panik. (Memang berlagak biasa shj)
Masalahnya…………..
Anda hebat meneka. Tetapi kami tiada jawapannya (tiada juga usaha utk merungkai teka teki tersebut). Huhu. Marilah kita terus berteka-teki. Abby dan Mr Hubby menerima rezeki seadanya. Tidak merancang, tidak juga menghalang. Maka…..
Pening saya (or kami) bukan lalat la……………..Kalau lalat, berita gembira bukan?
Bila sakit lagi…
August 21, 2009 at 3:00 pm | Posted in Ketidakselesaan | Leave a commentHari itu sudah demam. Kali ini entah apa pula ujian yang datang, kepala lebih-lebih lagi di bahagian belakang berdenyut tak mo hengat. Menekan-nekan, mencucuk-cucuk.
Ada masa di pejabat, dah bertongkat kepala. Kejap-kejap pula urut-urut tengkuk. Kalau diikutkan hati mahu sahaja kepala ditelangkupkan atas meja, tetapi mengenangkan waktu kerja, mmg tak jadi.
Sudahnya, mahu ke washroom pula memanjat la aku ke tingkat 3. Lagi pula ada lelah. Pitam sekejap rasa.
Aish, dugaan mmg dugaan. Selepas 3 hari, baru berpeluang ke klinik. Itupun esoknya sudah Ramadhan.
Alih-alih, doktor bilang ‘Kamu tidak cukup rehat, mungkin hypertension’.
Pulak! Dalam hati :
Itu je??Punyalah tahan sakit, sampaikan hendak drive pun rasa separuh nyawa.
Doktor kata lagi :
Tunggu luar. Nanti saya bagi ubat.
Perjalanan dari klinik ke dalam kereta, aku berdetik lagi :
Biar betul?. Tak boleh jadi, mahu pergi klinik lain la, cek lagi. Esok.
Sampai di rumah, terus-terus rehat. Capai remote Astro, nonton. Denyut lagi kepala ni, tidak boleh tunduk sekalipun. Ada sahaja bahagian yg menjerit sakit.
Tak boleh jadi, turun bawah, makan. Dinner terus. Telan ubat sebelum dan selepas makan, macam yg doktor suruh. Tetapi sedikit takut melihat ubat tahan sakitnya, color biru. Confirm KUAT!
Lepas makan, rehat-rehat. Tunggu Nur Kasih. Dalam duk layan ‘excitement’ dalam episod yg best kali ini, baru tersedar denyut kepala mulai takde.
Giler r. Dasar dadah.
Betul ka?
Aku hypertension???!
Kalau boss baca ini, apakah dia fikir aku mmg tension? Huhu….Wonder.
Macam TIDAK je. Tetapi………….
Rezeki, Harapan…
June 27, 2009 at 10:18 am | Posted in Ketidakselesaan | Leave a commentBarangkali ini yang dinamakan rezeki. Walaupun hanya sekadar panggilan untuk ‘menyenangkan’ gundah gulana hati Abby selama ini, sekurang-kurangnya panggilan tersebut memang memberi ‘warna’ sedikit pada hari-hari yg dilalui Abby.
Besar harapan Abby untuk berjaya ‘menempuh’nya. Moga tiada ‘halangan’ dan ‘rintangan’ besar utk Abby. Semoga segala-galanya dipermudahkan.
Buat masa ini, mood untuk ;
1. Bekerja : ZERO, NADA…
2. Freelance : Meluap-luap, ingin mencuba kepelbagaian bakat yg lain
3. Study : 50-50. Tetapi peratusan dijangka meningkat menjelang Julai kerana Mid-Term will be on July.
4. Assignment (U) : Masih dalam mode research bahan2 and material. Cepat betul deadline this semester as May semester is a short sem.
Huhu begitulah situasinya aktiviti2 Ilmiah Abby.
Ilmiah ya?Yang tidak berapa nak Ilmiah adalah seperti berikut ;
1. Blogging : Ikut mood dan tahap kerajinan. Mahu jadi dedicated blogger dalam sedikit masa lagi (entahkan jadi, entahkan tidak..bergantung pada masa dan komitmen lain)
2. Korean series : 100%! Sajian cerita adalah pelbagai, kreatif dan tidak pernah membosankan. Satu medium pengenalan kepada budaya luar, sesuatu yang baru…asing daripada apa yg ada di Malaysia (derhh..obviously..)
Moga ada harapan dan rezeki untuk Abby….
Supaya apa yg Abby nyatakan di atas dapat Abby lakukan tak kira waktu masa lapang mahupun sesibuk mana. Tidak mahu ada yg ZERO lagi..
Jengkel…
May 19, 2009 at 11:17 am | Posted in Ketidakselesaan | Leave a commentJengkel?Tahukah anda semua maksudnya?tak tahu? Semak karyanet.com atau kamus dewan bahasa yang anda punya. Secara segera pasti anda tahu apa maksudnya.
Malas? Kau memang…Apa yang engkau rajin?
Ha, rujuk pernyataan di bawah :
jengkel
berasa sangat kesal (kerana tidak sampai maksud dll), sebal hati, mendongkol
menjengkelkan
1. berasa jengkel tentang sesuatu hal, mengesalkan hati: tidaklah ini membosankan dan ~ hati; 2. menyebabkan kesal (sebal dll): perbuatan Ahmad ~ orang tuanya; kejengkelan perihal jengkel (sebal dll)
Jelas dan nyata semua kini faham kan maksudnya. Bagi mereka yang menguasai bahasa ibunda kita dengan lebih baik, pasti sudah merasa jengkel dengan elaborasi Abby yg entah apa *lagi lah Abby bakal bebelkan ni…
Haha siapa suruh mr kau (bukan nama sebenar) buat hal..Jangankan ada belas ihsan, entah ada hati atau jantung ke idak
Siapa mr kau? Adalah seorang hamba Allah. Abby jadi pelik bin hairan kenapalah ada lagi insan secara amnya lelaki, berbangsa Melayu khasnya seperti sangat-sangatlah tidak ada budi bahasa.
Begini al-kisah ceritanya. Abby dan mr fiancee sedang dalam pencarian mencari rumah sewa untuk kami duduk selepas berkahwin nnti. Sementara menantikan rumah baru (yang kami beli..insyaAllah) siap, kami bercadang untuk menyewa terlebih dahulu hatta barang pun tidaklah banyak mana.
Sepertinya kami berminat untuk mencari rumah di kawasan Saujana Utama juga. Tempat aman lagikan jauh dari KL, sewa pun berkadaran, punya laman sendiri sudah cukup best buat kami.
Tetapi hadir pula si mr kau yang seolah-olah menyekat mood pencarian kami.
Dikenakan banyak syarat bagai mcm tak nak lepaskan pula rumah sewa yg berstatus ‘anak dara’ tu. Serupa lebih baik tidak disewakan pada orang lain.
‘Anak dara’ lagi ke? Ye la, acceptable! Sebabnya org lain byr sewa bulan2, tapi kawal ketat tak boleh buat itu ini~!
Leceh dan naik menyampah kami dibuatnya. Abby malas mengulas panjang tindak tanduk si mr kau. Tetapi gaya bercakap persis egois yg pantang dan berkira amat soal duit!~
Wah!Kejam sungguh bahasa Abby hari ini!~ Mana tidaknya, keluarga aku dapat tempias sama~ Seperti menghina kami tidak punya wang pun ada, kau tahu~~
Mmg Abby tak mahu ulas panjang. Cukup setakat ini. Pendek kata, jangan perlakukan orang lain sedemikian rupa..nanti terkena batang hidung sendiri…Abby senyum 7 hari 7 malam okeyh tak?~
Senang cerita, tuhan itu maha adil. Ada lagi rumah sewa yg beri kami tawaran yang lebih lumayan, 10 kali ganda lebih baik. Serius, tak tipu~
Alhamdulilah
Doa Abby agar Abby sekeluarga mahupun sahabat semua dijauhi daripada sikap manusia yg menjengkelkan ini. Sadisnya, sesama bangsa Melayu diperlakukan begini…..
Entah…
April 17, 2009 at 5:44 am | Posted in Ketidakselesaan, Masa Lapang | Leave a commentEntah, tajuk single baru Aghan. Best! Tapi tu bukan ceritanya yang Abby nak ‘ketuk’ di sini..
Entah kenapa Abby jadi tidak faham akan perangai segelintir pihak atau golongan manusia atau ‘manusia’ itu sendiri.
Mr fiancee, jgn risau ini tiada kena mengena dengan kita, keluarga atau rakan kenalan kita..hehe
Abby sendiri sentiasa ingat akan kelemahan dan kekurangan diri. Sah-sahlah roh kita, badan dan jasad kita. Sudah tentu serba serbi kita tahu semuanya. Tetapi ini tidak bermakna Abby lupa diri, sbbnya ada juga blind or hidden area dlm diri Abby yg mungkin Abby tak tahu (ha amik kau…ini dah masuk Basic Interpersonal Communication dah…haha)
Pendek kata, Abby sedia menerima teguran, kritikan mahupun tohmahan sekali. Namun…
Biarlah dengan cara beradab, berpada-pada dan bersopan santun. Bukan kah lebih mulia kalau teguran itu membina semangat orang lain dan bukannya menjatuhkan maruah orang lain?
Aku mungkin bukan Melayu yang tinggi budi-bahasanya, tetapi sangat sangat peka kalau tiadanya nilai budi bahasa itu pada orang lain. Kadang-kadang aku belajar daripada berbudi daripada orang lain, kadang-kadang aku sampai tidak berbudi kerana orang lain yg juga sepertinya ‘macam tiada budi bahasa’
Ha amik…Entahkan faham atau tidak blogger sekalian membacanya…
Penat, Geram, Merepek dan Entah apa-apa….
Apa yang Abby buat?
Ambil semua teguran tersebut, dengar dan ubah.
Kalau tak boleh pakai?
Ambil dulu~~~!!!Kemudian dengar, teliti dan abaikan jika perlu.
Keras kepala?
Seperti ke? Tidak sebab i always stick to these words ;
MISERY IS WASTEFUL
tak kisahlah apa punca dan gerangannya, apa kisah dan ceritanya…ianya tetap mendatangkan SENGSARA~!
Haha…Sekian
Tukar topik. Tak seronok la menulis dengan emosi yang entah apa2 ni..
But the good thing is..
walaupun Abby dilanda mood yang entah apa2, hiburan minda tetap Abby sajikan. Tetap tidak dilupakan.
Daripada kepala otak Abby terus terusan melalak, meronta yg bukan2…..
Hehe..kepada sesiapa yg mahu ikut jejak langkah, Abby sekarang asyik melayan 2 drama Korea.
1. Reality show actually – We’ve Got Married
Pasangan favourite sudah tentu lah – Kim Hyun Joong & Hwang Bo
Ada banyak lagi pasangan selebriti lain yang terlibat. Tugasan atau mission mereka setiap minggu bertukar dan kesemuanya samada untuk menguat/melemahkan hubungan’perkahwinan’ mereka!
Very entertaining. Dan banyak kemahiran menjaga hati pasangan boleh dipelajari…
Hehe..Jangan jeles, diamuk perasaan hangat bercinta katanya…hehe
2. Queen of Housewives
Yang ini, Abby baru layan 1 episod. Tarikan utama adanya watak si gantang Oh Ji Hoo..hehehe…

Hari ini Jumaat, maka esok adalah Sabtu!yeay!Liburan?
No No..
Ada appointment sama :
1. wedding planner
2. loan house personnel in charge
3. Modul Communication Theory ;-P
Stress…
April 16, 2009 at 12:40 am | Posted in Ketidakselesaan | Leave a commentTak semena-mena semalam stress giler!
Mood entah apa2. Sebelah pagi elok je, menjelang petang, mula pissed off~!

Satu-satu incident berlaku~!yikes, giler tak suka!
1. A staff at the ofis quit so sudden…
Kristina, why? Well, tak marah dia pun. Cuma ketiadaannya affected the whole desk
2. Artikel berlambak kena tulis
Bila dh shorthanded, camne nk perform menulis?subbing lagi..aishh
3. Mr Lappy, internet connection lak tak dpt detect
Abby ni perangai, kalau barang2 gadget sakit, mulalah….sendiri rasa mcm nk jerit2, last2 9pm mlm td masuk tido dah
Pendek kata, bila dh stress camni…turut stress sama, mr fiancee la. *sigh
Kesian awak, nk kena ngadap antu Abby semalam. huhu..ampun, maaf, sorri, biyane’ (korean words)..
![]()
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.







