Ceritera Mac…(III)

April 15, 2009 at 2:39 am | Posted in Kewartawanan | Leave a comment

Dah habis jawab tag, dah perelok ‘rumah’ baru ini, semangat memuncak nk bercerita lagi. Yiye!

Hehe..News pun tak bnyk lagi, mood menulis pun awang-awangan lagi, so membebel la jap.

Ceritera Mac bersambung kini…

Ingat lagi tak kebusyan terlampau yg Abby duk khabor tu..? Hehe..ni antaranya. Abby dikurniakan rezeki lebih makanya dapatlah membuat kerja-kerja freelance di Kompleks Kraf bersempena Hari Kraf Kebangsaan.

1st meeting, dua hari sebelum hari pelancaran sebenarnya Abby agak cuak untuk memulakan kerja-kerja freelance. Takut expectation mereka tinggi lebih2 lagi mereka bagitau projek ‘Newsletter’ ni 1st time dibuat di HKK. Hohoho..mmg gugup. Tapi, Abby percaya Abby boleh menulis. Maka ku gagahkan juga bekerja lebih untuk 2 minggu berturut2.

Nak dijadikan cerita, bertindih pula dengan kerja2 di Bernama, bertugas di PWTC waktu itu disebabkan meeting UMNO.

Entah mana datang kekuatan, Abby gigih la membuat 2 keje dlm 1 hari sepanjang 14 hari tu, kecuali beberapa hari yg Abby terpaksa off kerana majlis bertunang tu.

Di Kompleks Kraf, sebenarnya 1 pengalaman baru utk Abby. Bekerja dalam 1 team kecil untuk hasilkan daily newsletter. Timing utk hantar stories dalam 5pm, untuk gambar2 pula jam 2pm. Mmg best! ada co-operation, ada gurau, lawak senda maka tak stress keje. Berbeza sangat lah situasinya dengan keje2 kt Bernama ha..

2805_70779072471_837937471_1598816_3710256_n

Ni lah tempat bilik penerbitan Berita Kraf, kecil tapi meriah dengan tenaga kerja. Dalam gambar PR people, together with photographer, Abg Zurin dan designers, Ucop in the house. Yeay~ Dengan kek tiramisu, yg tak dpt ku rasa..huhu

2805_70790302471_837937471_1598999_7983446_n

Me at the workstation together with akak2 dari PR & Corp Comm Kraftangan. Entah tak tahu nape, we are all can easily talk and share stories  among each other. Like 1 big family.

p/s: I loike myself in green cotton batik la..look wow!haha….

Alamak, gambar newsletter Berita Kraf yg Abby tulis tu takde plak, later will insert k..

2805_70779047471_837937471_1598813_8312160_n

Pendek kata, kerja2 freelance mcm ni mmg bagi freedom pada Abby. Abby berpuas hati dengan gaya penulisan yg Abby gunakan untuk menulis sekitar karnival HKK dan bertemu dengan pelbagai pengusaha kraf is another great, great exposure to me…Terima kasih semua~

Haha..free gift jgn cakap, banyak juga Abby dpt! nanti abby kumpulkan semua, rakamkan gambar then tampal kat sini, kalian tengok sahaja k..

2805_70779042471_837937471_1598812_4661202_n

Thanks to Pn Ruslah, Kak Shina, Fazlin, Rehan, Wan Zakirah, En Azhar, Abg Zurin, Faiz dan Ucop for being great team members for ‘Berita Kraf’ :-)

Jadual..

March 4, 2009 at 3:05 pm | Posted in Belajar, Kewartawanan | Leave a comment

Kawan-kawan dan blogger sekalian, dukacita dimaklumkan Abby tidak punya masa untuk membuat keje-keje mengemaskini blog baik di sini mahupun di sini.

ist2_400996-full-schedule

Ini adalah disebabkan kepadatan jadual kerja Abby yang sememangnya tidak dapat dielakkan dan terpaksa mengetepikan hobby feveret ku ini~ huhu

Semak jadual di bawah:

Esok - Liputan Media Kraftangan Malaysia (which means articles must be submitted a week after) + Night shift (the whole day working)

1. 8 Mac – Mid term exam

2. 10 Mac – Bajet Mini by TPM

3. 15 Mac – Reunion KMNS (yiipy, giler tak sabar jupe korang!!)

4. 15 Mac – Deadline for assignment Intro to Comm (so dead!~ halfway written~~~~)

5. 19-22 Mac – Cuti Kecemasan (such a term exist ke untuk tarikh yg lg 2 min….hehehehe)

6. 22 Mac -Tutorial 5 (last tutorial for this semester, also deadline for 2 assignments!!!)

7. 23-29 Mac (straight for a week) – UMNO General Assembly

Dead meat! hehe…giler banyak…giler padat. So packed!Apa lagi description yang sesuai ek?

Yang event2 besar negara tu sah2 la berkaitan dengan kerja2 di pejabat. Bukan Abby sengaja menyibukkan diri ya? hehe..Cepatlah berakhir bulan Mac (wah, boleh plak mcm tu?).

Like somebody said…

You have to change because _ _ _ _ _ _ _ will never change’

Maksud? Maksudnya, Abby banyak URUSAN LAIN YANG PERLU DISELESAIKAN la~!Tak nak la terpacak di sini je, perlu lah bulan itu segera silih berganti. Hehe…thanks to somebody coz mengejutkan Abby dari mimpi ;-)

Apapun, moga Abby punya kekuatan untuk melakukan semua di atas dengan jayanyer! ;-)

Sudah lama tidak ketemu..

March 28, 2008 at 2:36 am | Posted in Kewartawanan | Leave a comment

dsc_0506-copy

Salam dan apa khabar semua… Wah, sudah lama tidak ketemu di layar ini ya? Duk asyik dan leka mengupdate layar yang satu lagi…terlupa pula, aku punya tinta yang satu ini untuk dicoretkan selalu..(^_^)

Bagi sesapa yg selalu layari portal yang satu lagi, sudah tentu ikuti perkembangan ku..Tapi, harap maaf ya kalian…Di masa-masa akan datang, akan aku janji untuk ‘update’ kedua-duanya sekali… Terkini, dengan lambakan kerja dan masa yang terhad, agak kalut juga utk coretkan luahan dan pengalaman cerita di blog.

Isu?Paling latest?Tak larat nak dikaborkan..Blogger2 lain pun aktif menulisnya di sana, sini..jadinya…sesekali kenalah ada blog yg lite&easy, lari dari isu-isu semasa..sesekali…tak gitu??

Ok..mulai sekarang juga..azam ku…there will be an image of the day..utk setiap post yg seterusnya nnti. Kadang-kadang gambar itu terkandung 1001 perkataan & citer…& pd masa yg sama, sebenarnya..memudahkan kerja aku utk tidak membebel panjang di blog…hahaha Berjumpa lagi di post seterusnya  

* status sedang blurrr utk sambung semula rencana yang separuh siap…(^_*)

Belacan?Goreng Pisang?

January 25, 2008 at 6:12 pm | Posted in Kewartawanan | Leave a comment

Wah wah wah…

Sejak status message ku di YM & MSN bertulis ‘cinta ibarat makan sambal belacan, dan bukannya goreng pisang’, tidak putus-putus respon yang ku dapat dari kenalan semua ya…

Kenapa?Apabila berkaitan cinta, mesti lah menarik…apa pulak yang tak menariknya?Pandai juga aku pilih perumpamaan untuk dijadikan top story…

Satu isu dan perumpamaan yang ringkas dan ringan sahaja ye..Bukanlah untuk dijadikan isu perdebatan yang rumit k?Take it easy…hehe…

Macam-macam yang ku terima..My friend, Sofia said….Bukan belacan, tetapi tempoyak…Tetapi aku tak laayan tempoyok walaupun konsep dan literasi nye sama…so, camne tuh? But thanks to u dear…lately, cam ada chemistry je kita…hihi…

Ada pula yang berfalsafah segala, pasti tengah hangat dilamun ombak asmara tuh…Oppps, sesiapa terbaca..jgn terasa!

Namun, untuk dilihat sebagai perkara yang baik buruknya cinta itu…adalah bergantung kepada persepsi individu dan bagaimana mereka merencanakannya….Macam seolah-olah kita berlayar di lautan, pasti ada masa air tenang dan ada masa air bergelora, maka bergantung kepada kitalah bagaimana nak mengemudinya…Betul tak?

Apapun, thanx for the responses..Akan ku fikirkan perumpamaan-perumpamaan yang lebih menarik dan dapat dikongsikan bersama….Thanx!

Sebuah keluarga…

January 14, 2008 at 3:17 am | Posted in Kewartawanan | Leave a comment

Sabtu dan ahad yang lalu, aku memilih untuk tidak bekerja memandangkan kedua ibu bapaku datang ke KL membutuhkan bantuan ku….

Itupun kerana adik perempuanku yang ingin ke Education Fair The Star di KLCC…katanya hendak sukar hendak buat keputusan untuk melangkah ke alam kolej pula selepas selesainya SPM…

Adik lelakiku tidak turut serta pula….kalau tidak, memang teruk jadi mangsa buli ku..haha…

Apabila mengenangkan keluarga kita, semestinya yang indah dan manis belaka datang ke fikiran ku…:-) namun, ada juga merasakan keluarga mereka tidak sesempurna mana…tapi percayalah, bahawa rezeki setiap orang itu berlainan dan yang pasti DIA punya alasan kenapa kita dikurniakan begitu…

Apapun di dalam dunia ini, tidak dapat ditandingi dengan kasih sayang sebuah keluarga. Susah, senang manapun mereka tetap keluarga kita…Kita harus ingat, satu hari…kita akan berkeluarga, pastinya perkara yang baik ingin diterapkan dan jauhi segala yang boleh membawa kepada perpecahan keluarga…

Dalam semua perkara, kesederhanaan lebih menjamin kebahagiaan. Tidak perlu kita gah dengan kekayaan, andainya kita miskin kasih sayang….Jangan gah dengan pangkat ayah atau ibu kita, andainya kita tidak diberikan perhatian…Itu semua tidak sepatutnya berlaku di dalam sebuah keluarga…

Apa yang aku ada hari ini, sudah lebih dari cukup. Tiada galang penggantinya terhadap kedua-dua orang insan yang bergelar mama dan abah kepada diriku. Satu sahaja harapan ku kini, agar aku dapat mengekalkan didikan dan tunjuk ajar mereka sehingga kepada generasi yang mendatang.

Bagi keluarga yang ditimpa musibah pula, percayalah….Tuhan menduga kekuatan dan kesabaran kita di dalam menjaga insan bergelar mak dan bapa ini. Tiada lain yang perlu kita lakukan, agar terus berdoa supaya kesenangan dan limpahan kasih sayang itu berterusan…walaupun kita jauh dari kedua orang tua kita….

Keluarga yang menjadi idamanku biarlah bersederhana di dalam segala hal tetapi suasana meriah tetap ada apabila sesekali berjumpa….tidak ubah seperti di dalam paparan filem di bawah (menantu diraikan dan dialu-alukan ke dalam keluarga si suami dengan mengadakan sesi perkenalan yang sangat menggamit hati sesiapa yang sayangkan keluarga….i wish to be in her place *wink*………..soon)

Kesukaanku…

December 25, 2007 at 9:51 am | Posted in Kewartawanan | Leave a comment

Apa yang menjadi kesukaan, sudah tentu hanya empunya diri sahaja yang tahu…Tapi bagaimana pula dengan sesuatu yang tidak menjadi kegemaran anda?Apa perasaan yang wujud dan lahir agaknya?

Yang pasti, diri ini gemar belajar daripada kesilapan diri sendiri mahupun kesilapan orang lain.. ;-)

Kenapa pulak dgn kesilapan orang lain nak dijadikan teladan?Kerana..saya tidak mahu mengulangi kesilapan orang lain kepada keluarga, orang tersayang mahupun kenalan kerana tindakan mempelajari dari kesilapan adalah suatu tindakan yang bukan sahaja bermain di bibir mulut, tetapi perlulah dipraktikkan…

Kematangan bukan diukur dengan perkiraan umur seseorang, tetapi ianya dinilai berdasarkan kekuatan mata hati dan sanubari di dalam dirinya  menempuh kehidupan…Bukan senang untuk bergelar si matang, kerana yang matang itu hanya dapat dilihat oleh orang lain, bukan diri sendiri ;-)

Lain orang, lain caranya…Lain orang, lain pula perangainya…Itulah yang mencerminkan diri kita yang sebenar baik dari segil lahiriah mahupun dalaman…

Apapun, bertindaklah mengikut kesukaan anda setelah menimbal balik pandangan dan nasihat orang yang lebih dewasa agar kebahagiaan di masa akan datang kekal sebagai satu jaminan hidup…amin:-)

Dan sekarang, menjadi kesukaanku yg dari dahulu lagi iaitu melihat keletah si cilik terutama seperti di bawah ini……… ;-)

Anda inginkan khidmat penulisan?

November 23, 2007 at 3:56 am | Posted in Kewartawanan | Leave a comment

Alhamdulilah…

Bakat dan kelebihan yang dikurniakan olehNYA adalah suatu pemberian yang tidak terhingga kepada umatNya..Apalah kiranya kelebihan itu dijadikan sumber pendapatan mahupun sebagai ilmu untuk diamalkan bersama saudara ku yang lain?

hik3..bukannya apa..memandangkan bidang kewartawanan adalah bidang yang ku minat dan kini dah pun berada pada tahap yang membanggakan, aku yakin kebolehan menulisku adalah sesuatu yang menjadi passionate ku selama ini…

Maka dengan itu, kepada sesiapa yang inginkan khidmat penulisan tidak kisahlah apa jua tetapi khasnya kepada penulisan skrip, saya bersedia melakukannya…Insyallah, di dalam usaha saya masih melengkapkan ilmu sedia ada, dengan adanya kepercayaan dan keyakinan anda terhadap saya..Saya boleh menyiapkannya mengikut standard yang anda kehendaki…

Berilah peluang kepada diri ini untuk terus mengasah penanya sehingga bisa menulis tinta yang terulung satu hari nanti….amin….

Ikhlas,

Nabilah Saleh 

Dari jendela bernama…..

November 21, 2007 at 4:42 am | Posted in Kewartawanan | Leave a comment

hmm, di kala ini, aku seperti biasa…di tempat kerja, mengadap PC dan setia meneliti setiap satu ruang di laman bernama.com supaya berita yg ku sunting sentiasa cepat dan tepat utk dibaca oleh pelayar laman web…

Skrg ni, semua news dh diretrievekan, maka ada lah masaku untuk blog ku ini. Well, pat few days, again…i fell sick for dunno how many times this year. Thanks to HIM for this uncomfortable zone, because of HIS gift, i still feel blessed and alhamdulilah, it alerted me!but still, dunno y..sehingga ke saat ini, batuk ku masih juga tidak hilang…huhu…sengsara nye nak tido malam…..tp, apakan daya….inilah nasib badan…hehehe

Oklah, tittle post kali ini sebenarnya datang daripada ilham yang entah datang dari mana, tp its not bad yeah?!Interesting…It can be…Dari jendela bernama..yg menjurus lebih kepada maksud nama jendela tuh(cam pelik je…hik3)…atau…lebih kepada membawa maksud Dari Jendela BERNAMA…iaitu daripada pemandangan jendela yang dapat dilihat dari pejabatku, BERNAMA..huhu..itu lebih baik…

Dari jendela BERNAMA, apa yang menarik yang dapat dilihat dari tingkap yang ada di pejabatku ini?well…ini semua gara-gara kena tunggu lif yang lama..Aku sekarang bertugas di Editorial, tingkat 11 wisma ini…sesungguhnya dari sudut pandangan ini, ianya lebih baik daripada tingkat 5 tuh…hahaha…

But still apa yang menariknya, dari jendela Bernama ini..huhu…curious tul…takdelah, ianya hanyalah sebuah pemandangan yang lebih luas, lebih cantik, lebih hijau (setakat padang Bernama &PULAPOL shj..hehe) dan lebih baik lagi lah berbanding tingkat2 yang di bawah.

Yang pentingnya, setiap kali memandang ke luar jendela, ada sahaja perkara yang ku pikirkan. Kalau tunggu lif yang rosak dan hanya berfungsi dua shj daripada empat lif, lagi lama lah aku berfikir kat situ. Antaranya tentang hal semasa (tentang kolej yang tak abis2 dengan kontroversi nya), jadual kerja (yang semakin tidak menentu atas tuntutan klien dan editorial) dan tentunya masa depan (termasuklah soal membuat simpanan dan how to generate money from now and defeat all the obstacles in front..huhu)….

Berfikir macam orang dewasa…(dewasa already meh?)…Yeah, lots to think and lots also to take action!

Wish me luck!

Hari kedua….

November 2, 2007 at 10:02 am | Posted in Kewartawanan | Leave a comment

Bukan sebarangan hari kedua, tetapi hari kedua aku berada di tempat kerja yang dahulunya menjadi tempat aku mencurahkan segala ilmu kewartawan selama dua tahun aku pelajari di MIIM….

Alhamdulilah, di tempat kerja inilah aku berkesempatan melayari internet sememangnya merupakan sebahagian daripada tugas…dan juga yang maha pentingnya, aku dapat membaca pelbagai maklumat hanya dengan menekan hujung jari…hmm, teknologi hari ini!

Pada masa yang sama, kehadiranku di sini dialu-alukan seadanya…I feel hepi with the environment here….Supportive and encouraging me to polish my writing skills…Though, it isnt so great to others, but to me…every single minute im here really teach me how to discipline myself to show the best&best attitude and performance ever as a journalist!

Huhu…hari kedua ni juga sebenarnya mengingatkan diriku yang bulan Syawal belum lagi tamat. Maka, ada sahaja ‘open office’ di Wisma Bernama…Bab makan, tak payah sentuh…But, the unique thing is, as Malaysian…the culture of different races that can live and work together under one roof is another awesome feeling to work here…*wink*…hehe…Happy Hari Raya everyone!

Thanks to y’ll in Bernama.com….and also to some of new friends, lets work it out!

Fasa baru kehidupan…

October 28, 2007 at 4:06 pm | Posted in Kewartawanan | Leave a comment

Alhamdulilah, dapat lagi kita bersua…. 

‘A new lease of life’ membawa maksud satu kehidupan baru yang aku sememangnya akan alami selepas ini…Dengan menerima berita gembira bahawa aku memperoleh pekerjaan di Bernama, itu juga menandakan liku-liku kehidupan diriku juga akan berubah. Banyak lagi yang perlu aku pelajari sebenarnya….. 

Dan, pada masa yang sama, baru aku tersedar bahawa cepat sungguh waktu berlalu…Aku sendiri tidak ingat bila aku membesar menjadi dewasa….Namun, terselit satu kenangan di mana pada waktu itu aku bersedih, murung hendak menghadapi peperiksaan…Mummy Ezihaslinda lah org yang bertanggungjawab menaikkan semangatku pada waktu itu…aku masih ingat lagi, mummy minta aku hayati lirik lagu ini..yang pernah dipopularkan oleh Hazami, Tekad. 

Thanx Mummy!U boost my spirit at that time and even until now…wherever I go, whatever I do, I know I CAN DO IT!

Perjalanan….Kehidupan…. Di kiri kanan Dugaan dan cabaran Keseorangan tempuh ujian Meneruskan perjuangan Takdir Maha Esa Restu Ayah Bonda Mencapai cita-cita Usah putus asa Kelak kau berjaya Membela nasibmu Masa mu kan tiba Keimanan….Keyakinan Sinar cahaya penunjuk haluan Walaupun payah, kau harus tabah Demi mencapai seindah impian Jika satu ketika Langkah tidak terdaya Berkat doa usahaTuhan Maha Esa Takdir Maha Esa Restu Ayah Bonda Mencapai cita-cita Usah putus asa Kelak kau berjaya Membela nasibmu Masa mu kan tiba

Next Page »

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.