Keluarga…

November 2, 2009 at 1:18 pm | Posted in Ceritera Cinta, Masa Lapang | Leave a comment

Saya sangat sayang keluarga saya, keluarga besar saya dan semua lah!

Wah!Motif buat intro kekeluargaan ini kenapa? Tetiba ada idea bila membaca blog Nurulism terlebih dahulu. ;-) Padahal keluarga ku baru ada aku & suami..Apakah? hehehe…

Bila dilihat balik kembali gambar-gambar kekeluargaan yang ada dalam simpanan sepanjang hari perkahwinan minggu lalu, rasa bahagia sangat. Comel benar gambar itu ini.

Maaf ya kalau ada pembaca yang sudah meluat dengan cerita kekeluargaan Abby. Huhu..Saya suka dan akan selalu suka. Harap maaf.

Kalian ada terbaca tak status Facebook? Yang ada kt tepi tu. Yang tertulis, ” Nabilah Saleh strongly feels that Abah & Mama misses her so much~!. Time flies and it has been a week of us living as husband & wife (^_^)”.  Tidak percaya? Betul. In fact, adik-adik pun rindu keriuhan kakak diaorang yang gila-gila ini.

Itulah, dulu waktu aku ada, buat bo layan…Main gusti tak hengat. Sampai lebam-lebam. Ha sekarang masing-masing depan ‘kitab’ sampai lebam??Padan muka!

Ha sekarang, rindu-rinduan jadi kenang-kenangan……….Eh bukan, tiada maknanya kenangan. Selagi terdaya, Abby akan pastikan saat adik-beradik ini bergaul mesra akan jadi gemilang.

Ahh, ayat sangat tidak entah apa-apa. Inilah bahasa kalau berblogging tanpa suami di sisi ;-( (Dehh, alasan tul!)

DSC06796-5

Gambar tidak berapa nak ready. Ahh, cantiknya color turqoise ku……..

DSC06797-6

Syok kalau bergaduh selalu dengan diaorg ni. Sebabnya nanti baru wujud perasaan rindu. Haha..

Lagi syok lagi bergaduh dengan minah genit ni…

DSC06804-12

Batrisya. Huhu..sangat genit, kepoche dan gedik! Mak mertua Abby sangat suka Icha ni. Petanda kah? Jeng jeng jeng.

Icha ni berlari keliling rumah masa kenduri hari tu bukan main. Malam, bila sesi ‘Buka Hadiah bersama Pengantin’ dah terbungkang tidur!. Tak comel dah waktu tu. Huhu..

More stories to come. Bersambung…Encik Suami mahu balik sekejap lagi. Adios~

Puasa…

August 26, 2009 at 11:53 pm | Posted in Masa Lapang, Menjelang Hari Bahagia | Leave a comment

Ramadhan 6

Tup tup sudah masuk enam hari umat Islam berpuasa. Alhamdulilah segala urusan dipermudahkanNya, walaupun ada 1 hari itu agak ‘mati’ Abby dibuatnya, tekak mahupun tenaga badan.

Aish, itulah namanya dugaan. Walau bagaimanapun, Abby sukses pada hari itu~ Tabah sekejap! Hehe..

Bakal keluarga mertua yang juga berkampung di KL sejak Ramadhan 1 juga sudah mahu pulang ke Penang pagi ini. Abby tidak sempat jumpa kerana sudahpun sampai di pejabat. Tetapi sempat lagi terima pesanan khidmat masyarakat menerusi sms daripada mr fiancee mengingatkan supaya hati-hati memandu ke tempat kerja. Oh shweeet~

Sepanjang enam hari berpuasa ini, padat rasanya aktiviti selepas balik kerja 4.45pm. Berbuka di luar, berjalan-jalan sehingga ke Nilai 3 dan banyak lagi la.

Tetamu dari jauh datang, atenyer…Dibawa berjalan-jalan la semua. Tapi syiok, sebab bukan selalu 9 orang dari 2 keluarga ini dapat berkumpul. Alhamdulilah ;-)

Esok, hari keramat, hari Gaji.

Ceh, ingatkan apa ke mendanya la…

Esok juga, rancangnya mahu ke Ampang Park itu. Mengambil persalinan untuk majlis bertandang. Sudah siap!Baru punya masa untuk ambil. Dan mungkin berbuka di luar dengan mr fiancee, untuk pertama kali Ramadhan tahun ini.

It’s…

1 month 27 days

more to go!

Buat kesekian kalinya…

August 17, 2009 at 11:58 pm | Posted in Masa Lapang | Leave a comment

Wah, tajuk tidak menahan. Sesekali buat comeback, tajuk mesti da bomb! Mengapa ek?

Hehe…Kalian, saya masih ada. Abbythejournalist masih wujud, jangan disangka tiada update, maka empunya badan juga lupus. Kalau lupus sekalipun, hanya sebahagian minda nye dah mcm haywire sedikit.

Eh suka pula guna perkataan haywire itu ek. kenapa eh? Haruslah suka! Saya sedang haywire!

This entry will be a short one. Inilah padahnya kalau update di awal-awal pagi. Mengira detik jam 8.30am, sebelum mula fokus membuat kerja. Huhu.. Dedikasi Abby lately, tetapi tidak juga. Curi-curi juga.

Aish Abby, bila mahu berubah ini? Sudah melupakan tagline yang satu itu ka, ‘Berani Berubah’! Eh, ada kena mengena ke tagline itu dengan Abby? Ishk semakin nk habiskan entry, semakin merapik dibuatnya.

Okies, sekian sahaja ya. Sudah mahu bersiap-siap untuk makan sarap. Minggu hadapan sudah mula berpuasa.

Alhamdulilah, berjumpa lagi Ramadhan kali ini.

Sekian.

Abah…

June 19, 2009 at 4:40 am | Posted in Masa Lapang | Leave a comment

Bicara tentang Abah, tentu ramai blogger sudah kenal siapa orangnya Saleh Ismail.

Bagaimana orangya, sikapnya dan caranya.

Sedikit informasi tentang Abah saya :

1. Anak kedua daripada 6 beradik, anak jati Selangor

2. Berpengalaman lebih 20 tahun dalam Kejuruteraan Awam, kini berkhidmat sebagai Jurutera Daerah Klang

3. Garang yg amat orangnya

4. Berdisiplin tinggi dan rajin, tidak pernah menganggap kesusahan hidup sebagai batu penghalang untuk berjaya

5. Disebabkan sewaktu kecil dan zaman Universitinya, Abah hanya menaik basikal ulang alik dari KL-Sabak Bernam, Abah kini sudah bertukar2 kereta lebih 24 jenis kenderaan pelbagai jenama dan saiz ;-)

6. Tidak berkira orangnya dan pemurah

7. Dulunya pandai cakap Jawa, sekarang sikit-sikit je reti.

8. Suka waffle and makanan-makanan lembut shj hikhik..

Kali ini sempena Hari Bapa (21 June) nanti, Abby buat kelainan sikit utk post kali ini. Dedikasi khas dalam bentuk poem yg diubah suai, khas untuk Abah~

Abah is a person
who is loving and kind,

And often Abah knows
what I have on my mind.

Abah is someone who listens,
suggests, and defends.

Abah is one
of my very best friends!

Abah is proud of my triumphs,
but when things go wrong,
Abah can be patient
and helpful and strong
In all that I do,
Abah’s love plays a part.

There’s always a place for him
deep in my heart.

And each year that passes,
I am even more glad,
More grateful and proud
just to call him MY Abah!

Thank you, Abah…
for listening and caring,
for giving and sharing,
but, especially, for just being you!

Happy Father’s Day, Abah~

Mama…

May 10, 2009 at 12:46 am | Posted in Masa Lapang | 1 Comment

10 Mei…

adalah sambutan Hari Ibu. Seluruh dunia meraikannya. Aku yakin setiap insan bergelar ibu pasti berasa bangga kerana terdapat 1 hari khas untuk meraikan mereka.

Walaupun 10 Mei jatuh pada hari Ahad, Abby terpaksa pula bekerja dan tidak dapat secara khasnya meraikan hari ibu bersama Mama.

Tetapi untuk post edisi khas kali ini, Abby nk berceloteh panjang tentang mama Abby atau nama sebenarnya Zaiton Che Mat a.k.a Cik Ton ;-)

DSC_0271 copy

Aku  percaya kalau mama baca post ini, pasti dia bangga!Senyum, kembang semangkuk..pasti!Takpe, mama layak berasa bangga pun!U deserve it!

Mama Abby mmg lain dari yang lain. Kenapa? Sebab dia serba boleh!Sangat!Kagum dengan kebolehan mama yang pelbagai itu. Antaranya :

1. Seorang kotraktor yg mempunyai sijil F, berkelayakan membuat lebih 10 portfolio pelbagai bidang antaranya supplier, tukang masak, tukang jahit dan dealer

2.Pernah membuka warung makanan untuk lebih 3 tahun, di mana tidak pernah lekang dengan pengunjung yg mahukan hidangan makanan seawal jam 10 pagi hingga 6 petang. Masakan mee rebus mama sangat2 marvellous, kawan2!

3. Pembuat kuih muih yg sangat2 sedap sehinggakan mendapat tempahan daripada ibu-ibu mengandung yg idamkan kuih buatan Mama.

4. Sangat baik dan lembut hati sehinggakan adakala mudah terpedaya

5. Cepat melenting, tetapi cepat juga cool

6. Dalam diam, sangat sayang bakal menantu (haha..ini yg terbaru)

Banyak lagi kebolehan-kebolehan mama yg mana kami lima beranak sahaja yg tahu. Tetapi Mama punyai kebolehan seorang peniaga. Apa sahaja peluang perniagaan yg ada di depan matanya, dia takkan lepas peluang dan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan idea perniagaan yg baru.

Mama jenis yg tidak segan juga. Banyak perkara semuanya dia boleh lakukan sendiri.

Tentang ini, aku sedikit seperti Mama. Aku juga sedang berkira-kira untuk mempelajari ilmu perniagaan yg mama ada.

Menariknya, bakal menantu sekepala dgn mama, kepala suka berniaga!Wahh!Cant wait melihat menantu dan mertua bersatu mengusahakan bisnes. Yeay!

Sememangnya juga Mrs Saleh seorang ini tahu memasak pelbagai jenis kuih muih juga.

Sampaikan ada ibu mengandung mengidam tuu….

Walaupun menurut mama, dulunya pun dia bukan lah seorang yg selalu ke dapur waktu kecil..tetapi setelah berkahwin, perlahan2 skill memasak itu developed. Masakan tidak, kalau sampai boleh berniaga warung makan, sedaplah maksudnya tu kan…

Mama dibesarkan dalam suasana dikelilingi adik beradik lelaki seramai 5 orang yang lain. Mama satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Lasak dulu jgn ckp, apa juga yg abang dan adik2 lelaki lain mama buat dan pergi, mama ikut je.

Dalam sifat mama yg lasak itupun, mama jugalah sebenarnya 1st love Abah.

Auww, kisah cinta Abah saling tak tumpah seperti kisah cintaku. Dia lah yg pertama, dan juga yg terakhir!Yeay, my wish for this type of love story become reality now…

Mama…Mama…Mama…

Kamu tiada galang gantinya. Kelebihan mu sebagai Mama kepada kami 3 beradik tiada siapa dapat menandinginya. Setiap bebelan, kata-kata nasihat dan sifat marahmu itu tidak pernah sedikitpun buat kami rasa tidak sayang padamu, malah lebih menebal lagi rasa sayang pada kamu.

Mama, doa kami agar mama sihat dan bahagia sentiasa di samping Abah. Teruskan semai cinta mama bersama Abah, kerana kami tiga beradik senang benar melihatnya. Biar sampai hujung nyawa cinta kalian berdua. Cinta kami pada mama pula…..sampai bila-bila mama ^_^

We LOVE You, Pn Zaiton Che Mat!

Buat Hjh Rahmah (mak mr fiancee), ucapan Selamat Hari Ibu ini juga khas untukmu~~

Juga untuk makcik-makcik dan kenalan rapat yg juga di kalangan mereka yg bergelar ibu:

Cik nong, Cik mah, Along,Kak mura, kak zu, kak lis..dan ramai lagi

Episod Utara…

May 5, 2009 at 2:51 am | Posted in Cuti-cuti Malaysia, Masa Lapang | 2 Comments

…back in town, back to work…

Begitulah status YM,  Facebook & Twitter Abby sekarang!

Semestinya menandakan percutian ku ke Penang 3 hari 2 malam sudah pun berakhir. *sigh…

NAK jalan-jalan lg~!(sambil hentak-hentak pale and kaki) :-)

Okay, biar Abby mulakan cerita  ‘Episod Utara’ ni k (tajuk post..cam novel laks)

DAY 1

Seawal jam 7am pagi Jumaat lepas, mr fiancee dan Abby sudahpun bertolak menyelusuri highway menuju ke Ipoh (bukannya sungai, kerana kami tidak naik tongkang..haha).

Best suasana pagi kalau bertolak ke tempat jauh. Sejuk dan nyaman sahaja rasa di hati. Kami tidak memandu deras memandangkan jam 7 pagi pun, kereta sudah mula banyak atas jalan. Cuti 1 mei, long weekend gamaknya..begitulah. Mujur juga kami keluar awal.

Separuh perjalanan hendak menuju ke Jambatan Pulau Pinang (to be exact, dari R&R Sungai Perak), Abby bergilir memandu pula sebab mr fiancee dilanda kantuk akibat kerja lewat malam. Bangun2 sahaja mr fiancee, kami sudah sampai di tol Juru/Sg Bakap camtu. (Laju aku bawa, sbb dia tido takdelah bising2 jangan bawak lebih 120kmj..haha)

Lepas bayar tol RM7, meluncur la kelisa cumil kami di atas jambatan. Ini masuk kali kedua Abby lalu jambatan ini. Tak tahu kenapa tetapi setiap kali atau momen Abby berada di jambatan yg 1 ini, perasaan hati jadi berbunga-bunga dan bangga yg amat sangat. Kemudian, leka tgk kiri tingkap, melihatkan air laut yg sayup2 penghujungnya. Best betul perasaan itu~ hanya dpt Abby rasakan setiap kali lalu jambatan ini…

Pelik tetapi sumpah mmg itu yg aku rasakan, kau pula…?

penang-bridge-12

Kami sampai betul2 di Air Itam jam 11am. Sampai sahaja di kawasan kampung tempat kelahiran mr fiancee, terasa lagi damai itu (wah..tenang2 aja perasaan kalau mula jejak kampung ni). Bakal mertua, adik dan sepupu mr fiancee sememanya ada di rumah dan menantikan kami datang.

Ha, apa lagi. Sampai2 sahaja di rumah mertua, mula sudah tugasan ku menjadi pembantu mertua di dapur a.k.a bakal menantu. hehe..

Lauk pertama hari itu : Gulai Ikan, Ikan Goreng Sambal & Kari Ikan. (Aish, ikan semua..baru perasan)

Amcam? Ada yg sudah tergiur…?

Sedap!mmg sedap!Air tangan mak katakan!Aku leka perhati, bahan demi bahan yg dipotong dan dicampak ke kuali. Nak tulis, obvious sangat kan..makanya guna kan lah daya ingatan yg kuat yg masih berfungsi ni. hehe…

Sementara mr fiancee dan warga lelaki ke masjid solat jumaat tengahari tu, Abby dan mertua ada juga berborak tanya khabar. Kemudiannya dibawa ke bilik untuk Abby tukar pakaian. Bakal mertua cukup risau aku tidak selesa tidur sebab rumah kampung katanya… padahal Abby mmg tidak kisah, rumah kampung nenek pun diperbuat dari kayu juga, tetapi meriah je cucu2 berlari sana sini, tidur dan mandi.

Tidak menjadi masalah deh…

Nak dijadikan cerita, rumah mertua ku bersebelahan dengan saudara mara mr fiancee yg lain2. Kiri kanan diapit sedara mara. Bermulalah pula kunjungan dari rumah ke rumah, untuk menyatakan kehadiran Abby bersama tunang di Penang. Hehe..meriah!macam raya! (sedang ku bayangkan camna keadaannya kalau sudah berkahwin nnti, mmg ke rumah depan kiri dan kanan confirm jadi rutin…hehe)

Kakak sepupu mr fiancee, Kak Lis dan Kak Na pun balik Penang juga. Iman (si comel hensem tuuu) balik jugak!. Makanya Abby ada teman berborak juga selalin mertua.

Frame dan album tunang Abby juga sudah siap. Kebetulan, mr fiancee ambil malam sebelumnya dari photog kami. Maka orang Penang dapat lihat dulu album tersebut. Frame besar (masih sedang berfikir mahu gantung di mana).

Menjelang petang, hidung Abby buat hal. Selesema tak mo ingat!. Tak reti nak berhenti, bising saja. Mertua risau diberikannya ubat. Ubat selesema mmg kuat, ngantuk Abby dibuatnya. Terlelap juga aku untuk setengah jam (tak dapat elak, nak terus berjaga tak larat, fikir juga apa pula mertua ckp nnti…tp mujur mertua faham. hehe..timacih mak~!).

Bangun, solat asar…Abby terjun pula ke aktiviti makcik2 minum petang di laman rumah. Sambil2, Abby main juga dengan Iman, dukung bawak pusing laman. Nak borak2, tiada topik. Angguk dan iyakan sahaja.

Kuat lg perasaan malu sebenarnya, ralat sikit nk kepoche…Ah, Abby malu, mcm tak caye~

Kemudian, Abby sempat bisik ke mr fiancee.

Nak ke pantai, leh tak? Teringin!!tak mengapalah tak dpt ke Jeju Island, ke Batu Feringghi pun jadilah…..

Apa lagi, mr fiancee suruh siap2. Bersama bakal mertua, kami semua ke Batu Feringghi. Ramai nye owang, tak yah citer! Sepertinya cuti hari raya kau tahu!Penuh!

Kami duduk2 di satu sudut di tepian pantai tu. tengok2 lautan manusia membuat bnyk aktiviti laut.

Aish, semak plak rasanya mata melihat ramai2 orang. Hilang plak mood nak dptkan feel ‘Jeju Island’ di Feringghi nieh. Aishhhh!!

Shopping?!Adalah sikit, Night Market tempat yg heaven sekali utk cuci mata dan meningkat ekonomi negara!hahaha…

Abby sempat grab ‘purse LV’. Saje tambah koleksi. Hehe…Tapi ku rasakan purse di Isetan haritu lagi cun~

Takpe, buat koleksi banyak2 Abby. Sendiri rasa seronok kan beli purse LV?hehehe…

Di sebelah malamnya, mertua belanja makan2 KFC. Mr fiancee dan adik mmg hantu ayam, sesampai di rumah. Apa lagi, santap semua tanpa banyak cakap. Abby? Nugget sahaja.

Wah, diet ke? Idak eh. Tengok nugget nampak sedap.

Tengah malam.

Mata dah berat. Tak larat nak buka. Tidur. Nyenyak. Katil Abby sorang yg punya!

2am terjaga, terkejut dengar bunyi hujan yg amat kuat menghentam bumbung rumah. Hujan, sejuk..Tidur la, apa lagi!

Demam rindu…

April 29, 2009 at 1:23 am | Posted in Masa Lapang | Leave a comment

Bercakap psl demam rindu ni, kelmarin Abah dpt call dari Cik Yak (pakcik Abby di Johor). Katanya nak no telefon Ajim.

Bila ditanya kenapa, Nabil demam, rindu asyik duk tanya pasal Ajim.

Tekanan sekejap. Kenapa Ajim yg dirindu, bukannya Abby?!! Kalau Abil (nama manja) rindukan kak long, sekarang gak kak long sampai Batu Pahat ;-)

Waktu Cik Yak call, Abby and famili having dinner kt restaurant. Sekali dengan Cik Lina, makcik Abby dari Banting. Ada exam ‘pengesahan jawatan’ di Shah Alam. Tido semalaman di rumah Abby.

Nabil ni mmg…degil yg amat, ganas!Alih2 jenis yg berdemam2 rindu segala, tunjuk manja la tu. Tak rock langsung…Anyway, yg berbaju kuning di bawah ni la Abil. Sebelahnya Kiki.

3197_1134725451417_1325751091_325231_8255446_n

Baru ku sedar, lama bebonar la tak jupe anak-anak Abby ni semua. Pangkat sepupu sebenarnya, tapi tak rasa mcm sepupu pun. Rasa mcm kakak dan makcik2 sgt. Hehe..Besar tanggungjawab Abby sebagai sepupu yg besar nak ‘pengaruh’ mereka2 ni utk belajar & jangan main2. Setiap kali jupe, dah jadi rutin. Lagipun pakcik2 dan makcik2 mmg harapkan begitu, biar mereka2 ni nak belajar dan jangan leka sangat.

Hehe persis seorang motivator gitu…

Last berjumpa diaorg2 ni pun waktu Abby bertunang bulan Mac. Sebulan baru, tapi cam lama je, nape ek?.

Dan dah lama juga Abby tak bawa mereka jalan2, paling tidak makan aiskrim kat taman permainan. Ishk, tak boleh jadi. Seperti yang akak Abby ni janjikan, cuti semester pertengahan tahun ni kita jupe k! Cuti and jalan2 KL atau mana2 je yg sesuai utk korang ;-)

3197_1140767202457_1325751091_343206_5841522_n

Zaman itu…

April 27, 2009 at 2:40 am | Posted in Masa Lapang | 2 Comments

Zaman itu…kira-kira 11 tahun yg lalu. Tahun 1998.

2651_1057855719177_1009407716_30156191_5586329_n1

Ha Tak mo besar plak kan gambar Abby time kicik2 dulu..hehe..Takpe, utk tatapan blogger semua, ku ketepikan rasa malu. Kalau pandai, carilah mana Abby :-)

Pagi-pagi Isnin ni jgaklah Abby nak teringat cerita zaman sekolah dulu. Tak nak plak verangan sebelum tido malam td. Oppss..Hehe..

Gambar di atas diambil sewaktu Abby di Darjah 6 Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2 Kluang, Johor (sekolah tersohor la kiranya di Kluang tu. Dua orang adik Abby pun bersekolah di sini waktu zaman sekolah rendah).

Waktu tu rasanya zaman kegemilangan kami semua yg ada di dalam gmbr di atas. Hehe..Ukhwah, persahabatan dan hubungan baik antara kami masih lagi terjalin sehingga ke hari ini. Buktinya, di sini.  Tengok sahaja hasil percakapan kami di forum, huh….teringat beb zaman2 hingusan dulu. Aishh…tak mo citer, baca sendiri…;-)

Tidak dinafikan, Abby sayang semua kawan-kawan Abby di sekolah rendah ni lagi2 murid-murid 6 Kamil.

Arghh..gemilangnya saat itu. Rindu dan kangen bangat….

Pada zaman tu, student yg berjaya capai 5A bilangannya tertinggi sekali (masa tu tahun kedua 5A dikuatkuasakan). Student 6 Kamil sahaja hampir 3 suku bilangannya yg dpt 5A! Best2!

Cikgu2 waktu tu, jgn ckp~ paling garang, paling bengis ada, paling cool pun ada…

Antaranya:

1. Cikgu Baga

ya ampun, bengisnya wanita ini sampaikan Abby sanggup tak ke sekolah tkt dimarahi sbb tak siapkan homework. Mana taknya, soalan latih tubi la, latihan pengukuhan je..asal hari Jumaat je, dia bg like 10-20pages suruh siapkan (soalan Math especially)! Pastu Isnin, dia nk check…Pergh, takde life seih….(haha skrg baru tahu maksud ‘takde life’)

Secondly, cikgu baga ni sinonim sgt dengan bab2 menulis journal. Ni semua utk perbaiki our English Language. Hari2 dia suruh tulis journal ( mostly in English, tp dlm BM dia suruh quote, nnti dia bg new English word). Lepas tu, seminggu sekali dia akan check.

Yg bestnya, Journal Abby la paling meriah (mesti ada kawan2 stm2 baca ni jeles). Siap ada tulis lirik lagu, gmbr2 emoticon yg macam2 (nk lukis tak reti), luahan rasa, gossips and ‘skandal’ waktu time kicik2 dulu pun adalah. Best! Journal ni yg buat aku rapat dgn Cikgu Baga. Jgn ingat dia bengis semata2, sebenarnya cikgu Baga ni baik hati wo~!

Sayang cikgu!Nanti saya kahwin, cikgu datang k!

2. Cikgu Jehan

Ini Cikgu bahasa Malaysia Abby dari darjah 4-6~ Baik sangat2. Berkat didikan dia la, Abby skrg minat, cuba dan mahu menguasai bahasa ibunda sebaiknya (ishk, skema). Kalau bab subjek BM dulu, Abby tak yah prepare sangat2 la kiranya, sbb mesti score baik nye utk karangan and pemahaman (hahaha..riak sikit, tp….kalau dh nama students of 6 Kamil tu ramai lg scorer nye). Markah adakala tinggi best2!Mmg parents tak yah risau la..haha

Cikgu ni, sampaikan soal peribadi dia pun abby terambil tahu. Bukan terambil tahu k, sbb rapat tu kut…makanya adalah jodoh cikgu ni bersama bapa sahabat kepada Abby (wah, kecik2 dh jd matchmaker..giler r) haha…sekarang ni tak tahu apa citer..Cikgu Jehan mmg betul2 dh lama tak jupe.

Ada banyak lagi sebenarnya cikgu2 di zaman sekolah yg Abby masih ingat : Cikgu Ariffin-cikgu muzik ( Abby tak pernah lulus periksa subjek ni, mesti cikgu arifin bengang giler waktu tu, tp rupanya dia tak mrh pun sbb Abby dpt gak 5A walaupun fail music) hehe. Cikgu Zulkarnain- cikgu Kajian Tempatan (wah, subjek lama bebonar ni tak sebut). Cikgu Kalsom – ni cikgu PJ/Seni Lukisan (1 lg subjek yg Abby tak pernah suka..tp redha je la melukis). Cikgu apa lg ek kengkwn?

Abby :

Time tu, Abby Ketua Pengawas (argh..malu2 nk citer, garang n bengis gak. Seb baik skrg dh ayu sikit). Penolong Ketua Pengawas plak si Nadzirah. Disiplin time tu, okey2 r (haha tak ingat). Time sekolah ada event, Hari Guru, Hari Perlantikan Pengawas bla bla Abby la orang yg paling sibuk :-) (sibuk sampai ke alam sekolah menengah ha).

Soal belajar, boleh la. Seingat Abby, bila bab2 prestasi anak2 ni, parents kitaorg la yg paling ‘hangit’ kalau bercerita dan ambil tahu. Ha, wajib nk kena tahu..anak Saleh periksa nombor berapa, anak Hamizan, anak Nizal, anak cikgu Ramlee..si Eric Ng plak berapa, Harjinder and Arul plak camne..wahh..’hangit’ tau!

Tp bagus gak, disebabkan ke’hangit’an ni..Abby jadi kenal dengan parents kengkwn lain. Good kan?

Kitaorg ni jupe kt sekolah je tak cukup, kat tempat tuisyen kena jupe lg!Tuisyen kt tempat sama katakan…

Alhamdulilah, sekarang semua nye dh berjaya dalam lapangan masing2, kalau belum..Insyallah..satu hari nnti :-)

Bercakap soal kengkwn ni, I want to shout this out….

I love each and everyone of U~~~~ in the picture~

Sayang giler kt korang~!

Tetapi itulah pengalaman yg mendewasakan Abby. Seronoknye jadi budak sekolah. Tak yah pk bnyk kan.

Sekarang ni di forum, kami STM2ian mmg aktif berborak. Sayangnya masing-masing skrg dh merata dh duduknya di Malaysia, nak jupe susah..makanya kena berjanji untuk ‘ngedate’~!

Aish, tgk balik gmbr sorang2, tersenyum, tergelak sendiri. Bestnya di….zaman itu~

Lega…

April 21, 2009 at 7:59 am | Posted in Kegemaran, Masa Lapang | Leave a comment

Haha tadi stress, tetiba dh lega plak?

Kenapa?

Lihat di bawah :

slide11

Nampak tak apa2 pernyataan atau perkataan yang ada kena mengena dengan Abby?

Tak nampak? Kecik? I dunno how to fix it la.

Apapun, Abby mmg rasa lega~!Soal photog dah tak yah risau, in fact hari2 pun verangan pose2/ jalan cerita/ storyboard photoshoot session nnti?

Really cant wait!!!!

Penamat…

April 21, 2009 at 4:29 am | Posted in Masa Lapang | 1 Comment

Penamat? Ending la maknanya!~

Ending yg tak best, agak stress nk tggu ending citer Korea yg 1 ni…huhu

Parts by parts, jenuh Abby tunggu.

Though agak stress dgn ending yg sedemikian rupa, tetapi the script was so fascinate!

Jiwang + Puitis + Meaningful + Simple yet very touchy la..

Nanti ada masa Abby ‘tepek’ kt sini k ;-)

Sebab leka sgt duk nengok subtittle and kecomelan wajah Rain….

perfect61957

Jalan Cerita?

Ermm panjang la nak citer. But within3 days, dah boleh habis tonton kesemua episod~

Mengisahkan tentan Rain (gangster dalam citer ni, ganas habis~!) yg mempunyai seorang abang yg memeliharanya sejak kecil, ekoran ibubapa mereka yg seolah-olah lari dr tanggungjwb.

Disebabkan cinta si abg kpd Korean Top star, Chan Eau Sok ni sangat2 mendalam ( sampaikan boleh terjatuh bangunan gara2 leka tgk muka si heroin kt billboard),  Rain @ Bok Goo ingin balas dendam terhadap si heroin.

Tetapi sebaliknya bertukar jadi perasaan cinta..

Hoho..haru tak haru..~~

Giler tak giler la kan…Takpe, hiburan..hiburan :-)

Yang paling-paling best kalau bab2 tgk citer Korean ni adalah senarai lagu2 OSTnya….

Walaweih…best2…Korang youtube/google je..Sure enjoy!

Wajib buat ringtone. Sedap plak tu Rain nyanyi~~~

A Love to Kill tajuknya kawan2… ;-)

alovetokill9mv

Another poster of him utk drama siri tersebut. Ganas tak ganas la kan?

Teringat karakternya yg comel dlm Full House, more adorable ;-)

Next Page »

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.