Fasa baru kehidupan…

Alhamdulilah, dapat lagi kita bersua…. 

‘A new lease of life’ membawa maksud satu kehidupan baru yang aku sememangnya akan alami selepas ini…Dengan menerima berita gembira bahawa aku memperoleh pekerjaan di Bernama, itu juga menandakan liku-liku kehidupan diriku juga akan berubah. Banyak lagi yang perlu aku pelajari sebenarnya….. 

Dan, pada masa yang sama, baru aku tersedar bahawa cepat sungguh waktu berlalu…Aku sendiri tidak ingat bila aku membesar menjadi dewasa….Namun, terselit satu kenangan di mana pada waktu itu aku bersedih, murung hendak menghadapi peperiksaan…Mummy Ezihaslinda lah org yang bertanggungjawab menaikkan semangatku pada waktu itu…aku masih ingat lagi, mummy minta aku hayati lirik lagu ini..yang pernah dipopularkan oleh Hazami, Tekad. 

Thanx Mummy!U boost my spirit at that time and even until now…wherever I go, whatever I do, I know I CAN DO IT!

Perjalanan….Kehidupan…. Di kiri kanan Dugaan dan cabaran Keseorangan tempuh ujian Meneruskan perjuangan Takdir Maha Esa Restu Ayah Bonda Mencapai cita-cita Usah putus asa Kelak kau berjaya Membela nasibmu Masa mu kan tiba Keimanan….Keyakinan Sinar cahaya penunjuk haluan Walaupun payah, kau harus tabah Demi mencapai seindah impian Jika satu ketika Langkah tidak terdaya Berkat doa usahaTuhan Maha Esa Takdir Maha Esa Restu Ayah Bonda Mencapai cita-cita Usah putus asa Kelak kau berjaya Membela nasibmu Masa mu kan tiba

H.A.R.I R.A.Y.A

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada penggemar setia blog tidak kira yang mengenali diri ini mahupun tidak…

Kita bebas berkarya…tidak kira di atas tinta mahupun ruangan portal…(Ye ke?Ada kebenarankah di sebalik pernyataan tadi?hehe…). Dan untuk ke sekian kalinya, saya kembali untuk mencoretkan sesuatu tidak kira berkaitan dengan kehidupan saya mahupun isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita semua….

Dua minggu yang lalu, semua umat Islam meraikan lebaran 1 Syawal dengan penuh kesyukuran dan penuh suasana meriah hari raya seperti kelazimannya.Bg diriku yang tidak pernah ketinggalan meraikannya, tiada kata-kata lain yang boleh diungkapkan melainkan kata-kata syukur ke hadratNya kerana masih menemukan Syawal kali ini untukku dan keluarga…Alhamdulilah…pd Dia yang Esa!

Syawal kali ini, bermula Ramadan yang lalu, aku menghabiskan masa di rumah keluargaku. Itupun setelah tugas dan kewajipan sebagai seorang anak&pelajar telah terlaksana sepenuhnya. Tiga bulan bergelar pelatih di Bernama benar-benar membawa aku ke satu dunia lain iaitu alam pekerjaan…Aku bersyukur dilingkari dengan kakitangan yang sedia membantuku dari hari pertama sehinggalah hari terakhir aku di sana…Terima kasih semua!

Pagi raya, tidak sah tanpa gema takbir yang syahdu apabila dialunkan…Bermula daripada nyanyian takbir ini, aku jatuh cinta untuk meraikan Syawal dengan penuh rasa syukur dan serba sederhana.

Sesi bermaafan di pagi raya juga tidak sah tanpa lelehan air mata dariku, bezanya dari tahun ke tahun…Sedikit atau banyak airmata yang mengalir…hehe…Sesungguhnya kesalahan ku pada kedua ibu bapa seperti tidak terkira rasanya, sukar untuk ku lafazkan…namun, doaku untuk mereka tidak pernah luput apabila acapkali teringatkan mereka…Ah, manis sungguh perasaanku pada waktu itu….Moga aku dilimpahi doa berkat kedua ibu bapa ku….aminnnn

Kami bertolak ke kampung halaman pagi itu juga…dua kenderaan dipandu oleh ku dan abah menyusuri lebuh raya dalam keadaan hujan lebat pula…Hujan rahmat agaknya…

Satu lagi perkara yang aku nanti-nantikan setiap kali pulang ke kg, adalah bertemu dengan si cilik yang makin bertambah jumlahnya…Meriah hari raya apabila mereka juga turut serta…Walaupun hanya reti bermain, menangis, bergaduh sesama mereka, duit raya dan berjalan raya..itu semua cukup menggembirakan hati ini. Sekelumit rasa bahagia dan gembira terus mekar melihatkan keletah mereka sepanjang berada di kg…

Jadi, tidak sah kalo tidak merakam gambar dan aksi mereka…Inilah keistimewaan Syawal yang ku rasakan tidak akan luput sampai bila-bila…insyallah,harapannya sehingga tiba giliran aku pula yang berkeluarga..hehe..

Masih tidak terlambat untukku titipkan ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua 😉 Setiap kali raya, tidak sah tanpa lagu ‘Bila Raya Menjelma’ *wink*