H.A.R.I R.A.Y.A

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada penggemar setia blog tidak kira yang mengenali diri ini mahupun tidak…

Kita bebas berkarya…tidak kira di atas tinta mahupun ruangan portal…(Ye ke?Ada kebenarankah di sebalik pernyataan tadi?hehe…). Dan untuk ke sekian kalinya, saya kembali untuk mencoretkan sesuatu tidak kira berkaitan dengan kehidupan saya mahupun isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita semua….

Dua minggu yang lalu, semua umat Islam meraikan lebaran 1 Syawal dengan penuh kesyukuran dan penuh suasana meriah hari raya seperti kelazimannya.Bg diriku yang tidak pernah ketinggalan meraikannya, tiada kata-kata lain yang boleh diungkapkan melainkan kata-kata syukur ke hadratNya kerana masih menemukan Syawal kali ini untukku dan keluarga…Alhamdulilah…pd Dia yang Esa!

Syawal kali ini, bermula Ramadan yang lalu, aku menghabiskan masa di rumah keluargaku. Itupun setelah tugas dan kewajipan sebagai seorang anak&pelajar telah terlaksana sepenuhnya. Tiga bulan bergelar pelatih di Bernama benar-benar membawa aku ke satu dunia lain iaitu alam pekerjaan…Aku bersyukur dilingkari dengan kakitangan yang sedia membantuku dari hari pertama sehinggalah hari terakhir aku di sana…Terima kasih semua!

Pagi raya, tidak sah tanpa gema takbir yang syahdu apabila dialunkan…Bermula daripada nyanyian takbir ini, aku jatuh cinta untuk meraikan Syawal dengan penuh rasa syukur dan serba sederhana.

Sesi bermaafan di pagi raya juga tidak sah tanpa lelehan air mata dariku, bezanya dari tahun ke tahun…Sedikit atau banyak airmata yang mengalir…hehe…Sesungguhnya kesalahan ku pada kedua ibu bapa seperti tidak terkira rasanya, sukar untuk ku lafazkan…namun, doaku untuk mereka tidak pernah luput apabila acapkali teringatkan mereka…Ah, manis sungguh perasaanku pada waktu itu….Moga aku dilimpahi doa berkat kedua ibu bapa ku….aminnnn

Kami bertolak ke kampung halaman pagi itu juga…dua kenderaan dipandu oleh ku dan abah menyusuri lebuh raya dalam keadaan hujan lebat pula…Hujan rahmat agaknya…

Satu lagi perkara yang aku nanti-nantikan setiap kali pulang ke kg, adalah bertemu dengan si cilik yang makin bertambah jumlahnya…Meriah hari raya apabila mereka juga turut serta…Walaupun hanya reti bermain, menangis, bergaduh sesama mereka, duit raya dan berjalan raya..itu semua cukup menggembirakan hati ini. Sekelumit rasa bahagia dan gembira terus mekar melihatkan keletah mereka sepanjang berada di kg…

Jadi, tidak sah kalo tidak merakam gambar dan aksi mereka…Inilah keistimewaan Syawal yang ku rasakan tidak akan luput sampai bila-bila…insyallah,harapannya sehingga tiba giliran aku pula yang berkeluarga..hehe..

Masih tidak terlambat untukku titipkan ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua 😉 Setiap kali raya, tidak sah tanpa lagu ‘Bila Raya Menjelma’ *wink*

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s