Anda inginkan khidmat penulisan?

Alhamdulilah…

Bakat dan kelebihan yang dikurniakan olehNYA adalah suatu pemberian yang tidak terhingga kepada umatNya..Apalah kiranya kelebihan itu dijadikan sumber pendapatan mahupun sebagai ilmu untuk diamalkan bersama saudara ku yang lain?

hik3..bukannya apa..memandangkan bidang kewartawanan adalah bidang yang ku minat dan kini dah pun berada pada tahap yang membanggakan, aku yakin kebolehan menulisku adalah sesuatu yang menjadi passionate ku selama ini…

Maka dengan itu, kepada sesiapa yang inginkan khidmat penulisan tidak kisahlah apa jua tetapi khasnya kepada penulisan skrip, saya bersedia melakukannya…Insyallah, di dalam usaha saya masih melengkapkan ilmu sedia ada, dengan adanya kepercayaan dan keyakinan anda terhadap saya..Saya boleh menyiapkannya mengikut standard yang anda kehendaki…

Berilah peluang kepada diri ini untuk terus mengasah penanya sehingga bisa menulis tinta yang terulung satu hari nanti….amin….

Ikhlas,

Nabilah Saleh 

Dari jendela bernama…..

hmm, di kala ini, aku seperti biasa…di tempat kerja, mengadap PC dan setia meneliti setiap satu ruang di laman bernama.com supaya berita yg ku sunting sentiasa cepat dan tepat utk dibaca oleh pelayar laman web…

Skrg ni, semua news dh diretrievekan, maka ada lah masaku untuk blog ku ini. Well, pat few days, again…i fell sick for dunno how many times this year. Thanks to HIM for this uncomfortable zone, because of HIS gift, i still feel blessed and alhamdulilah, it alerted me!but still, dunno y..sehingga ke saat ini, batuk ku masih juga tidak hilang…huhu…sengsara nye nak tido malam…..tp, apakan daya….inilah nasib badan…hehehe

Oklah, tittle post kali ini sebenarnya datang daripada ilham yang entah datang dari mana, tp its not bad yeah?!Interesting…It can be…Dari jendela bernama..yg menjurus lebih kepada maksud nama jendela tuh(cam pelik je…hik3)…atau…lebih kepada membawa maksud Dari Jendela BERNAMA…iaitu daripada pemandangan jendela yang dapat dilihat dari pejabatku, BERNAMA..huhu..itu lebih baik…

Dari jendela BERNAMA, apa yang menarik yang dapat dilihat dari tingkap yang ada di pejabatku ini?well…ini semua gara-gara kena tunggu lif yang lama..Aku sekarang bertugas di Editorial, tingkat 11 wisma ini…sesungguhnya dari sudut pandangan ini, ianya lebih baik daripada tingkat 5 tuh…hahaha…

But still apa yang menariknya, dari jendela Bernama ini..huhu…curious tul…takdelah, ianya hanyalah sebuah pemandangan yang lebih luas, lebih cantik, lebih hijau (setakat padang Bernama &PULAPOL shj..hehe) dan lebih baik lagi lah berbanding tingkat2 yang di bawah.

Yang pentingnya, setiap kali memandang ke luar jendela, ada sahaja perkara yang ku pikirkan. Kalau tunggu lif yang rosak dan hanya berfungsi dua shj daripada empat lif, lagi lama lah aku berfikir kat situ. Antaranya tentang hal semasa (tentang kolej yang tak abis2 dengan kontroversi nya), jadual kerja (yang semakin tidak menentu atas tuntutan klien dan editorial) dan tentunya masa depan (termasuklah soal membuat simpanan dan how to generate money from now and defeat all the obstacles in front..huhu)….

Berfikir macam orang dewasa…(dewasa already meh?)…Yeah, lots to think and lots also to take action!

Wish me luck!

Perjuangan

Perjuangan….bila bercakap mengenai perjuangan, ianya sebuah cerita yang panjang, rumit dan kompleks…Di kala masyarakat mahupun orang kenamaan duk memperkatakan mengenai persidangan UMNO di mana para perwakilan rancak menyampaikan perbahasan mereka…Sebenarnya, ada satu lagi agenda yang melibatkan perjuangan, tanpa ramai yang sedari… 

Apa yang aku lakukan bersama rakan-rakan mahupun tenaga pengajar kolej pada hari Khamis yang lalu, sebenarnya adalah sesuatu di luar jangkaan…Namun, berbekalkan kekuatan sokongan dan rasa keinginan yang ingin menebus maruah yang sudah lama terbungkam di dalam hati kerana sering diperlakukan sebegini rupa… Buat pertama kali, kami semua seperti ditiup satu semangat membara yang entah dari mana datangnya semangat itu…

Digigihkan jua diri ini walaupun pada hari tersebut, aku sepatutnya menikmati cuti umum daripada lima hari waktu bekerja ku…Ishk, apalah nasib malang yang menimpa kami ini…Hanya…satu harapan sahaja yang kami sandarkan, iaitu MENOLAK pengurusan orang-orang yang tidak tahu mengenal erti istilah TANGGUNGJAWAB yang sebenar… 

Kami sebulat suara pergi membuat pengaduan di Tingkat 28, Pejabat Pemuda UMNO. Alhamdulilah, berkat sokongan padu semua kakitangan, pelajar dan bekas pelajar, sidang akhbar tersebut berjalan seperti mana yang direncanakan. Semua yang hadir kalo boleh hendak bersuara, hendak menyatakan rasa ketidakpuashatian masing-masing. Aku sendiri, sehingga pada satu tahap, rasa rendah diri untuk tidak lagi mengakui diri ini menjadi wakil pelajar, tapi akhirnya kalah dengan tuntutan mereka yang hadir. Akhirnya, aku bersuara juga mewakili suara pelajar.

Huh, akibatnya…keesokan hari, muka akulah yang terpampang di dalam suratkhabar-suratkhabar utama di Malaysia…Glamour?tidak sama sekali…. Yang maha pentingnya di sini, puas hati aku terdetik dan bertanya….kenapa masih ada wujud manusia jenis ini atas muka bumi ini?Aku kira apa kalau mereka orang yang lebih berusia tetapi macam takde akal fikiran nak diguna?Aku kira apa kalau mereka punya pangkat tetapi menggunakan pangkat untuk mengaut keuntungan semata-mata?Aku kira apa kalau mereka itu orang atasan aku, kalo sendiri tidak mencerminkan apa2 juga sikap yang boleh dijadikan teladan???? 

To SAL GROUP OF COLLEGES, this post is dedicated to U!!! 

Hari kedua….

Bukan sebarangan hari kedua, tetapi hari kedua aku berada di tempat kerja yang dahulunya menjadi tempat aku mencurahkan segala ilmu kewartawan selama dua tahun aku pelajari di MIIM….

Alhamdulilah, di tempat kerja inilah aku berkesempatan melayari internet sememangnya merupakan sebahagian daripada tugas…dan juga yang maha pentingnya, aku dapat membaca pelbagai maklumat hanya dengan menekan hujung jari…hmm, teknologi hari ini!

Pada masa yang sama, kehadiranku di sini dialu-alukan seadanya…I feel hepi with the environment here….Supportive and encouraging me to polish my writing skills…Though, it isnt so great to others, but to me…every single minute im here really teach me how to discipline myself to show the best&best attitude and performance ever as a journalist!

Huhu…hari kedua ni juga sebenarnya mengingatkan diriku yang bulan Syawal belum lagi tamat. Maka, ada sahaja ‘open office’ di Wisma Bernama…Bab makan, tak payah sentuh…But, the unique thing is, as Malaysian…the culture of different races that can live and work together under one roof is another awesome feeling to work here…*wink*…hehe…Happy Hari Raya everyone!

Thanks to y’ll in Bernama.com….and also to some of new friends, lets work it out!