Perjuangan

Perjuangan….bila bercakap mengenai perjuangan, ianya sebuah cerita yang panjang, rumit dan kompleks…Di kala masyarakat mahupun orang kenamaan duk memperkatakan mengenai persidangan UMNO di mana para perwakilan rancak menyampaikan perbahasan mereka…Sebenarnya, ada satu lagi agenda yang melibatkan perjuangan, tanpa ramai yang sedari… 

Apa yang aku lakukan bersama rakan-rakan mahupun tenaga pengajar kolej pada hari Khamis yang lalu, sebenarnya adalah sesuatu di luar jangkaan…Namun, berbekalkan kekuatan sokongan dan rasa keinginan yang ingin menebus maruah yang sudah lama terbungkam di dalam hati kerana sering diperlakukan sebegini rupa… Buat pertama kali, kami semua seperti ditiup satu semangat membara yang entah dari mana datangnya semangat itu…

Digigihkan jua diri ini walaupun pada hari tersebut, aku sepatutnya menikmati cuti umum daripada lima hari waktu bekerja ku…Ishk, apalah nasib malang yang menimpa kami ini…Hanya…satu harapan sahaja yang kami sandarkan, iaitu MENOLAK pengurusan orang-orang yang tidak tahu mengenal erti istilah TANGGUNGJAWAB yang sebenar… 

Kami sebulat suara pergi membuat pengaduan di Tingkat 28, Pejabat Pemuda UMNO. Alhamdulilah, berkat sokongan padu semua kakitangan, pelajar dan bekas pelajar, sidang akhbar tersebut berjalan seperti mana yang direncanakan. Semua yang hadir kalo boleh hendak bersuara, hendak menyatakan rasa ketidakpuashatian masing-masing. Aku sendiri, sehingga pada satu tahap, rasa rendah diri untuk tidak lagi mengakui diri ini menjadi wakil pelajar, tapi akhirnya kalah dengan tuntutan mereka yang hadir. Akhirnya, aku bersuara juga mewakili suara pelajar.

Huh, akibatnya…keesokan hari, muka akulah yang terpampang di dalam suratkhabar-suratkhabar utama di Malaysia…Glamour?tidak sama sekali…. Yang maha pentingnya di sini, puas hati aku terdetik dan bertanya….kenapa masih ada wujud manusia jenis ini atas muka bumi ini?Aku kira apa kalau mereka orang yang lebih berusia tetapi macam takde akal fikiran nak diguna?Aku kira apa kalau mereka punya pangkat tetapi menggunakan pangkat untuk mengaut keuntungan semata-mata?Aku kira apa kalau mereka itu orang atasan aku, kalo sendiri tidak mencerminkan apa2 juga sikap yang boleh dijadikan teladan???? 

To SAL GROUP OF COLLEGES, this post is dedicated to U!!! 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s