Libur…

Tiga hari bercuti bukanlah lama bebonar…tetapi 3 hari bagi Abby yg ‘bercuti’ daripada bekerja, memang betul-betul bercuti lah~. Tidak ke mana-mana dan tidak berbuat apa-apa. Hanya sekadar nonton dan surf internet. BEST~! Jarang-jarang betul dapat ‘bercuti’…nah, amik lepas habis 3 hari liburan nnti. Alamatnya memang tanda-tanda akan ‘bekerja keras’ la jawabnya untuk Cuti Krismas dan Tahun Baru…Dah nasib badan, tidak mengapalah. Dua perayaan tu pun tidaklah ‘gah’ mana….Lebih baik bekerja daripada duduk diam.

3 hari ni jugalah membuatkan Abby sudah ada ‘kegemaran’ baru. Pelik sebenarnya ‘kegemaran’ baru Abby ni, jarang-jarang dan tidak berapa nak sinonim sebenarnya dengan insan bernama Nabilah a.k.a Abby ni. Fuhh…Mana taknya, ‘kegemaran’ yg dimaksudkan adalah suka layaaann Korean Drama. huhu…ni semua gara-gara penangan 1 korean drama yg Abby pun tidak ingat mana dtgnya CD tersebut, lalu Abby layankan sahaja sehingga bisa jatuh cinta utk terus nonton dan nonton….13 episod Abby layan dan sekarang gila-gila mencari untuk menonton siri drama korean yg lain.

photo25775_thumb

Jalan cerita Fantastic Couple ni unik dan sangat-sangat menghiburkan. Teringat Abby masa pergi kursus penulisan skrip Drama/TV/Radio dan Filem di FINAS dulu. Fasilitator pun sarankan agar peserta mempelajari selok belok gaya penulisan skrip drama-drama Korea. Ternyata dia tepat. Memang dari satu episod ke satu episode membuatkan Abby ternanti-nanti apa akan jadi seterusnya…

Berkisar  mengenai kehidupan seorang wanita jutawan, Anna yg ego dan digambarkan sebagai seorang yg tidak pernah gembira dan tersenyum. Kemudiannya hilang ingatan akibat kemalangan dan mulai jatuh cinta dengan pemuda kampung, Jang Chui Soo yang sebenarnya diangap musuh oleh Anna. Anna sudahpun bersuami (Billy), tetapi tidak pernah dianggap sebagai seorang ‘isteri’ oleh Billy.

Wah..horrible nye summary Abby tentang jalan cerita drama ni.Huhu..maaf semua penggemar drama korea. Mesej utama yg Abby nak sampaikan adalah citer ni super duper BEST! Dan dengan rasminya, Abby nak nyatakan di sini…Abby nak mula belajar menonton dan menggemari cerita-cerita Korea yg lain. As I believe, LIFE IS DRAMA….pastinya paparan siri drama korea yang menarik lagi menghiburkan ini mampu buat Abby tersenyum dan gembira ketika hari liburan…..;-) yippy yeay!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s