Rutin…

Hampir seminggu shift kerja adalah di sebelah malam. Ulang alik dari Sungai Buloh seronok juga. Tak perlu tempuh jam dan tol, laju je Abby pecut. Kurang dari sejam dah sampai di Bernama..hehe.

Pecut dengan kadar 110km/j agak2 itu dikira pecut tak?hehe.. * Tebiat tul Abby ni..

Selama kira-kira seminggu ini jugaklah, Abby pulang lewat pagi ke rumah. Bila dh rutin kerja begini, satu-satunya insan yg Abby tak jumpa di rumah adalah Abah.*sigh…. Mana taknya, Abah pergi kerja, Abby masih tido lagi. Bila Abby pula pegi bekerja, Abah dah odw balik ke rumah. Huhu…

Begitulah rutinnya…

Ermm Hari ini 31 Jan. Esok dah masuk 1 Feb. Hari Wilayah. Abby ada tutorial. Malas pulak rasanya nk ke class. Huhu..malas saja Abby ni. Hehe..

Masuk bulan Feb, alamak bertambah stress jugak jadinya ni. And u know what…Abby rasa tahun 2009 ni akan jadi tahun paling sekejap&cepat bg Abby…ha camne tu? yelah, tup tup bulan 6 dah..then 12 plak. Tak terasa lah tahun 2009 ni gamaknya..

Oh ya, c.i.n.t.a hati sudah dalam perjalanan pulang ke KL semula. yippy yeay! Katanya mau singgah ke Sg Buloh, ketemu Abby dulu. Hehe..Abby pula tika dan saat ini, sambil blogging sambil menyiapkan tugasan U. Ralat sebenarnya study di siang hari, Abby prefer awal pagi (as Abby pun baru je tido kul 4 am tadi). Takpelah, nak liburan sekejap lagi punya pasal, Abby siapkan juga tugasan ni sekejap.

Ha..Nak dijadikan cerita, kegilaan Abby pada Korean dramas makin menjadi-jadi, gara-gara ada kawan yg sekepala. Antaranya Kristina (collegue merangkap tukang ajar sebenarnya..hahah sori LOL~) dan Nad (ni tukang rebut Jun Pyo dengan Abby). Hahaha…

Jun Pyo dan Ji Hoo je yg jadi perhatian Abby dan Nad. Tapi Nad ketegaq nak jgak Jun Pyo, si rambut curly tak mo ingat. hahaha…

Sekarang ni, sudah jadi kemestian untuk Abby mulakan kerja atau belajar sambil dengar lagu2 OST Korean Drama. Best! Enjoy every single songs in the movie. Kreatif, thats the best word to desribe jalan cerita mahupun karakter dalam drama. Walaupun seems typical to others, tapi Abby layaaaaaaankan saja nontonnya….

3201579922_80ab90a4fa

‘Nad, Abby lebih suka Jun Pyo bila rambut lurus la. Kalau kau perasan, ada 1 scene dlm movie tuh!Hehe gambar ini bisa menandingi gmbr Jun Pyo mu’…..hehehe…

Mood tengah sengal. Bersambung lagi nnti…;-)

Advertisements

Ikutan…

Duk tengok ramai kengkawan upload gambar time dolu-dolu, zaman sekolah and etc di facebook terutamanya, Abby jadi terikut mahu upload gambar-gambar lama.hikhik…

Pada sesiapa yg dh tgk di sini, terima kasih. Abby akan sambung episod membebel di wordpress ini ya.

Sebenarnya, gambar-gambar lama takde lah bnyk mana dalam simpanan Abby. Yang ada dalam bentuk digital pun sejak zaman matrik. Sebelumnya, nampak gaya kena scan. Yang peliknya, gambar masa Abby baby dulu, awal-awal lagi Abby dh scan. Hehe..ye lah, sebelum yg original hilang, baik Abby scan. Hehe…

Oh ya, Abby update entry yang ini dari rumah. Keje shift petang. Ermm malas rasanya nak pergi awal, al-maklum bertolak dari Sg Buloh…

Awal pagi jam 5am, c.i.n.t.a hati sms menyatakan dia dah selamat sampai di Penang. Alhamulilah…

Makanya, bermula lah tugas c.i.n.t.a hati di sana untuk melakukan apa yg patut…

dsc_0005-copy

Katanya, budak-budak masih lagi cuti sekolah raya Cina, biar betul..Takpelah, dptlah c.i.n.t.a hati pusing town dengan famili.

Tidur Abby tak berapa nak lena sejak akhir-akhir ini, gara-gara jiran sebelah rumah di Sg Buloh ni sedang renovate rumah. Nak tak nak, terpaksa bangun awal, walhal keje shift petang. ‘Irama’ yg dtgnya daripada keje-keje renovate ni tak lah ‘best’ mana kan, makanya Abby pasanglah lagu2 yg best kat lappy. Takdelah rasa tension dgr bunyi ketukan je..Hehe

Hari ini 28 Januari ya? Hampir sebulan dah masuk tahun baru. Coming..bulan Februari. Bulan pendek. Maknanya, tiada masa lagi utk berlengah.

Chop, apa kata Abby remind balik apa yg dh terjadi sepanjang Januari 2009 ni. Summary lah kira…Tak yah tunggu setahun..hehe

1. 2 Jan – birthday nadzirah, i wished her~

2. 15 Jan – gaji’s in. Hehe~

3. 16 -18 Jan – 1st Tutorial

4. 19 Jan – angah’s Birthday, tak belikan hadiah pun. Ee…sorry, postpone!Makan-makan hari tu okeyh kan?

4. 21 Jan – BIG appointment at Shah Alam! u guys know who u are!

Ok, tu saje. Itu sahaja yg ‘terbesar’ setakat ini dlm diari Januari Abby ๐Ÿ˜‰

Okies, mahu bersiap-siap utk bekerja ~

Orang Penting…

Apalah agaknya yang penting sangat tu ya? Dan penting ke ‘orang penting’ tu (dalam nada Kumaran yg bercakap)? hahaha….

Penting, tak penting lah jugak ( dalam nada Kumaran lagi yg bercakap!). Haha..kenapa entah Abby ni? Dengki dengan Kumaran agaknya~~

Nope la everyone. Saje..sengal. Agak letih and penat sebenarnya. Seharian dari 8am dah menuju ke KL, apalagi kalau bukan Jalan TAR. Beli punya beli, tak sedar dah jam 3 pm.ย 

Mengendong juga barangan sana sini. Tak larat tangan nak bimbit. Abby dengan mama sahaja tadi. Tapi kami gigihkan jua. Breakfast dan lunch tetap tak miss, as Jalan TAR banyak je pilihan utk makan2.

Berbalik kepada orang penting tadi, cuba tgk gmbr di bawah, ada mcm ciri2 orang penting tak? Jom..

n1066017607_108886_1065-copy1

Kenapa penting sangat mereka2 ini? Haha..gambar dirakam masa viva terakhir mereka. Abby pula, gambar ini menunjukkan itu adalah kali terakhir Abby menjejakkan kaki ke MIIM. Haha..sounds cruel je…

Looking forward to see you guys la pretty soon~ as we have lots to be done!

Ermm, geram tetiba! Dah berkali-kali tgk LMS, tapi mcm takde orang..Hallo, hallo~ mood nak wat assignment terkikis sikit tgk LMS yg sepi~. Hoho..semua orang sibuk beraya lagi kut..Takpelah, tuggu esok hari.

Esok kembali bekerja setelah SEHARI off. Sehari je…

Oh ya, c.i.n.t.a hati pulang ke Penang malam ni selepas waktu kerja. Ermm..bosan kejap takde sapa nak jadi teman borak, gaduh dan buli~ Hehe…kejam tak?

Semoga c.i.n.t.a hati selamat sampai, Amin InsyaAllah~

* Kepada orang2 penting lain yg tidak terpacak dlm gmbr di atas, jgn terasa hati. Kerana anda tetap penting pada Abby ๐Ÿ˜‰

Lunar Year..

Hari ini Sambutan Tahun Baru Cina. Kepada rakan-rakan berbangsa Cina, Selamat Tahun Baru Cina Abby ucapkan. Bagaimana Abby mulakan hari cuti umum ini?

Let me begin..

Pagi, celik mata waktu subuh. Selesai solat, tidur balik. Tak mampu mata nk bukak dek kerana lately kerap kerja malam. Hari ini pun Abby bertugas sebelah malam. Famili semua takde balik ke kampung, makanya tilam bantal jadi sandaran sampai 11 lebih. haha..bad bad site of me lol~

Sekarang, sudah di kantor..

Seperti biasa, tidak ramai yg ada di ofis. Abby juga menunggu giliran utk mulai kerja2 subbing news. But at the moment, tengah layan baca sebuah buku…Thanks Kumar sebab pinjamkan Abby.

dsc_24861

Setakat post ini ditulis,ย  Abby sudah baca separuh perjalanan hidup mengenai Che Det menerusi illustrated biography di atas. Susahnya hidup che det dari kecil sehinggalah meniti dewasa sebenarnya mampu memberikan motivasi kepada sesiapa yang membacanya.

Dalam gaya penyampaian menerusi lukisan kartun, Abby jelas faham rentetan kehidupan seorang pemimpin negara yg cukup2 tersohor seantero dunia, siapa lagi kalau bukan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berbalik kepada tugasan seharian, mcm biasa. Cuti umum seperti ini membenarkan Abby untuk menggunakan masa yg ada untuk study. hehe…

Eddy ada juga telefon tadi, katanya ajak dinner bersama. Kumaran pun akan turut serta. Tapi tak dapet la jawabnya sebab eden bekerja. Kalau dpt makan malam dgn mereka berdua inipun, banyak benda hendak dibincangkan. hehe….

Esok, Abby cuti!Yeay!Akhirnya!Tetapi Abby sudah punya rencana utk hari esok!Shopping…!Membazir?Nope, this time its for my own good…Wah, boleh tak gitu?

Apa dia nak beli?

Tunggu Abby tulis entry lagi ya esok~

Cerita baru…

Cerita 3 dads 1 mom adalah paling comel setakat ini. Best, best and best sgt3! Jalan cerita menarik, comel dan menghiburkan. Terubat sikit rasa tension, hilang sikit serabut di kepala..Diselang selikan dengan membaca buku, memang tak serabut la jawabnya..hehe

Ending, cun!happy ending!hehe…entah apa lak sindrom melanda Abby sekarang..kemaruk habis tgk drama-drama Korea ni.

Sekarang, giliran Abby utk layan citer ni plak…Boys Before Flowers. Thanks to my old friend, Nad coz introducing me this drama.

boys20before20flowers1111

Baru layan 2 episod, Abby sudah jatuh cinta dengan jalan ceritanya. Sesuai sangat dengan mood pagi hari minggu…di pejabat!haha…menjelang tengahari sikit, baru ingat nak study…~ hehe…

Jangan diikut tabiat Abby ni ya..

Sinopsis tentang cerita ni, tak dapet la Abby nk include here as im only watching until 2nd episode. tapi ceritanya nak ala2 komedi romantik ala2 fantasi gitu…

4 orang jejaka yg menggelar diri mereka F4 adalah di antara anak hartawan di Korea tu. Alahai, gaya poyo habis. Tipikal characteristic diaorg ni suka buli. Ermm..sakiiit hati gak la nengok. Aishh, mcm kena torture rasa bila minah (heroin) kena buli. Tapi rasanya towards the end, gonna be love story scene. Suka3!Tu la, menyombong bongkak sakan pun tak guna, last2 tunduk gak (my prediction…). Hehe..Emosi kekadang tgk citer Korea ni. Kalau 3 dads 1 mom bisa wat Abby menangis, mana tahu Baby before Flowers pun bisa….haha

Oh ya, Esok dan lusa cuti umum. Cuti Tahun Baru Cina. Di ofis, ada dua kotak warna merah yg masih lagi sarat dengan buah limau. Nampak gaya, Abby kedarah sorang la lunch ni..hehe

Mama, Abah, Ajim dan Angah pula balik kampung pagi tadi. Abah ada urusan kerja, tgk rumah KSU. Tak ku sangka KSU Kementerian Kerja Raya rupanya orang kampung Abah. Wahh…Abby dpt rasakan Abah boleh jadi KSU jugak la…Aminn~.

Abah sememangnya layak. Sebagai Jurutera Daerah Klang sekarang, 1001 kisah Abby dengar daripada mulut Abah sendiri. Ermm…kesian juga tengok, ke mana2 Abah pergi mcm selebriti pulak…kena tegur sana sini. JD je pun, bukannya CEO syarikat swasta. Korang dapat tangkap maksud Abby? Hehe….

Abby bersendirian la jawabnya di Sungai Buloh malam ni. Apa-apa aje…

*Apa lagi, layan Boys before Flowers la~~~~~

sambil2 lawat LMS. LMS cam tak aktif, susah nak wat assignment kalau tiada updates..*sigh

Keputusan…

presentation11

Wah!What a day!Alhamdulilah…1 semester sudah selesai dengan jayanya!

Hari ini, sampai di pejabat terus2 buka LMS. cek punya cek, result dah keluar!alhamdulilah…penat buat assignment berbayar hahaha.

Mama Abah dh dimaklumkan. C.i.n.t.a hati belum lg…later la, lepas kerja baru bagitau.

Huhu..Tajuk postย  ‘Keputusan’ not only refer to the result je. Tetapi juga pada keputusan-keputusan yang telah dibuat dan sedang diaturkan sekarang. Perghh, capek gue…mikirin je setiap masa. Tetapi bila difikirkan semula, keputusan ini adalah terbaik untuk semua..maka Abby tidak kisah mencongak itu ini utk memastikan semuanya berjalan dgn baik.

Semalam, kami berdua jalan2 di Shah Alam selepas c.i.n.t.a hati selesai solat Jumaat bersama Ajim dan kawan2. Jalan-jalan kami sekarang ni bukan suka suki tetapi semunya ada matlamat. Haha…Selesai sudah 1 bab semalam.

We were so happy meeting you guys yesterday..!who really appreciate our passion so much~! thanks you, thank you~! (well…u know who you are rite?Later Abby will reveal it here..soon!). Semacam ada 1 kepuasan yg terbit…well, we trust you guys!

Haha…Apa ke menda la Abby merapik ni kan?Apa-apa aje..

Buat masa sekarang, memang bnyk la benda yang terbuku dlm kepala nk diceritakan menerusi blog. Tetapi rasanya belum boleh lagi…waktu tidak mengizinkan.

Aturan demi aturan Abby sedang rangka sekarang. Sambil bekerja, sambil belajar tak menjadi halangan la~ enjoy lagi ada~! nak wat write up plak lepas ni…..ttg apa?anything!

So..

Research time!

Mencari, Tercari….

ist2_1849148-phone-contacts

Hmm, rasanya Abby dah perlu memulakan tugas mencari, menyelongkar dan mengenal pasti kawan-kawan lama dari zaman tadika (wahh, kalau ‘masih ada yg sayang’ hehe), sekolah rendah, sekolah menengah, MRSM dan Matrikulasi sampailah kepada kawan-kawan di zaman kegemilangan MIIM.

Kenapa mencari? Saje…Kamu2 di luar sana tidak perlu fening-fening kepala bertekak-tekuk segala…Sebabnya Abby mmg nak mencari dan tercari-cari mereka semua.

Ok, let me list down…*sesiapa yg tiada di dalam list, jgn terasa hati ya. Mungkin Abby terlepas pandang dan percayalah ianya tidak disengajakan..okeyh?

1. Tadika Intan & Al-Husna (wah, Abby ingat nama tadika lagi la~~)

– siapa ek? huhu…tak boleh la nk ingat, sapa2 rakan tadika Abby sila comment..so that i can include you here ๐Ÿ˜‰

2. Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2, Kluang

– 1 Setia

– 2 Setia

– 3 Setia

– 4 Setia

– 5 Setia

– 6 Kamil (class yang paling unik and best~!) with Cikgu Baga (miss y’ll damn much)

* Nadzirah, Halimah, Marina, Fateen Fakhariah, Liyana Jamaluddin, Faiz Faisaal, Hisham, Taufiq, Haris Hamizan, Syahrul Azlan Syah, Rauf, Khir, Azizan, Geetha Rani, Atiqah, Azhar, Azrul, Liew Yang Yee, Loke Chun Wai, Eric Ng, Harjinder Singh, Suhaida Musa, Linda, Jehan dan Arul Selvam (mamat ni mana ntah peginya, nak buli dia kalau jumpa~!!) …..

3. Sekolah Tinggi Kluang

– Abby sekolah STK sampai Tingkatan 3 shj. Ermm, ok kebanyakan kawan-kawan di sekolah rendah sama2 belajar di STK ni..tapi biar Abby tambah sikit ek?Termasuk senior-senior yg masih Abby ingat..

* Kak Wana (rinduunyer…), Kak Sharifah, Kak Azlin, Zaim, Hafizal, Liyana Busari etc….

4. MRSM Mersing

– wah ini kawan-kawan sekolah yg mmg Abby betul2 lama tak jupe dan keep in touch. Harap kalian semua ingat Abby lol~

– 4/5 Uranus & Mummy Ezi (missing you always….)

– 4/5 Musytari (jiran sebelah kelas).

– 4/5 Zuhal

– 4/5 Bimasakti

4/5 Acturus

– Blog Aspuri (hehe…tak tahulah ada tak yg masih ingat pada Abby…hehe. Paling tak leh lupa roomate Shasya, Husna, Alin, jiran2 sebelah menyebelah bilik, Pika, Ekin, Mas, Atiqah &Ayuni (rindu kebingitan korang….) and ramai lagi junior2 sebelah menyebelah….

– Paling-paling tidak dapat dilupakan, ikatan persahabatan di antara semua peserta-peserta Kem Kepimpinan anjuran Sekretariat Tamadun Melatu (STEM) di bawah kelolaan Datuk Mukhriz Mahathir. Pada kalian semua, ingat2 perjumpaan kita yg lepas2 ya dan jgn dilupakan perjuangan yg masih belum selesai itu… Nak list kan kamu2, terlalu ramai rasanya…

but to besties, BILA NAK GATHERING lagi ni???

5. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah

– Persinggahan Abby di matrik hanya sementara, utk 6 bulan sahaja. Tetapi dlm tempoh yg singkat, ramai kenalan Abby di sini. Roommate dan rakan sepraktikum sangat2 best!supportive!tq y’ll~

– Fizah, Hasnida, Azy, Shareena, Azrin, Syahrulazmir, Danial dan bebudak aras 1 Blok A KMNS, Ena, Ida, Azi, Huda, Ekin (hehe..rindu2 kamu), Faezah, Eja and semua la…

6. MIIM

-Tamat di matrik, Abby bawak diri ikut minat dan kebolehan. maka, MIIM adalah destinasinya. Di sini, Abby kenal dunia. Dunia baru. Dunia penyiaran dan realiti kehidupan sebenar di kota besar mcm KL ni. Alhamdulilah, Abby berjaya tempuhi dengan cemerlang sehinggalah membawa Abby diri ke tahap di mana Abby berada sekarang.

Lebih istimewa, Abby berjumpa c.i.n.t.a hati di MIIM inilah.

*Kawan2 yg cool, best, superb, chill and sporting ever is Yzuri Gurls~ korang2, glamer dah..tak yah sebut sorang2 nama kat sini ek. hahaha…marah diaorg kalau baca ni..hehe

Gurls, its about to time to have girls outing again la sayang2….~!!!!!

– kawan sama2 belajar Ecah, dan junior2 ku..terima kasih kalian. Then lecturer2 yg bnyk membantu Pn Nisa, En Salleh Kassim, Pn Ayu and ramai lagi…Alhamdulilah sampai hari ini masih lagi berhubungan dengan mereka2 ini..

7. Open University Malaysia

– Ini tempatnya. Tempat di mana Abby masih lagi menuntut dan mengkehendakkan diri ini untuk menelaah walaupun sesibuk mana Abby menguruskan kehidupan seharian. Kenalan silih berganti setiap semester. Menarik kan?

8. Bernama

Wah, di tempat ini tak usah bilang..Jelas nyata, Abby ingat anda semua sementelah bekerja di sini katakan. kenalan di ofis takkan Abby lupanya…so you are all included here in my list. Untuk apa ek?tunggu ja..

*Bagi sesiapa yg tidak disebutkan atau dinyatakan sepanjang post ini, sudi2 lah kiranya singgah2 ke Blogspot dan WordPress kepunyaan Abby. Drop words and contact numbers, surely i’ll get back to y’ll.

Sekian….