Happy…

Abby kembali!Yeah!Penat drive ulang alik ke Sabak Bernam pun tak hilang lagi dan semalam dah masuk keje semula…!Alhamdulilah, agaknya memang Tuhan nk bagi Abby rehat, kebetulan ada yg nk mengantikan Abby bekerja hari ini..super duper yeay!!Abby cuti hari ini….

Okies, anda ternanti-nantikan cerita dari Sabak Bernam…?Hehe..okies…

Seawal jam 8.30am c.i.n.t.a hati dah sampai rumah Abby di Sungai Buloh. Kemudian kami bertiga termasuk Ajim breakfast kemudian baru memulakan perjalanan. Ku sangkakan sepanjang perjalanan c.i.n.t.a hati akan terlelap sakan sebab dia keje shift malam sebelumnya, tetapi tak..segar bugar plak. Ajim pun sama, terlelap sekejap sahaja kemudian sepanjang jalan berjaga. Excited agaknya nemanin bakal abg ipar balik kg..hehe

Hari cerah membuatkan Abby pantas memecut di jalanan. Dalam 11 lebih, tibalah kami di kg halaman Abby. Senyap sunyi dari hiruk pikuk. Tenang, kata c.i.nt.a hati. Hanya nenek dan mak long shj ada di rumah. Terpekik lah Abby dan Ajim memanggil nenek. Al kisah ada di belakang dapur, tengah amik sayur…Alih-alih c.i.nt.a hati pun menjengah sama, nenek terus menjerit ‘Alah..Mael tgk nenek pakai baju comot la’..hahaha..

Tunggu punya tunggu, kami bertiga lepak-lepak sahaja di rumah kampung. Tunggu Pak long balik dari sekolah. Kemudian kami semua makan tengahari bersama. Sedap, lauk kampung!yummy…!!

Lepas makan, kami lepak-lepak lagi. Al maklum, tiada sedara-mara yang lain pun yg balik sbbnya cuti sekolah pun dah nak mula.

Nak dijadikan citer, rupanya kedatangan c.i.n.t.a hati ke kampung, seperti membawa petanda pula. Mana tidaknya, c.i.n.t.a hati dapat ‘kata-kata azimat’ dari nenek Abby lah….! apa dia? kita tunggu blog c.i.n.t.a hati Abby bercerita k?

Kemudian jam 2.30pm, kami bertiga bersama paklong, maklong dan nenek bertolak ke Sg Buloh. Setelah ku pujuk-pujuk, pak long ikut juga!monteng keje ler tu!hahaha..

Sampainya kami di Sg Buloh, kami semua lepak2 pula minum petang. C.i.n.t.a hati masih turut serta. Selesa pula lepak minum di ‘serambi’ rumah Abby ni. ‘Serambi’ buatan Abby panggil. Best3!

Sebelah malamnya, wahh…malam paling gamat!Ajim mcm joker sekarang, suka wat lawak entah apa2. Selesai makan malam (di mana Nasi Ambang yg lazat adalah santapannya…..yummmmmmmmy!), kami semua kumpul di ruang tamu, dihiburkan Ajim. Pecah gelak la!Aishh..Abby pun kantoi la burok rupa bila gelak besar..haha…mcm tak sedar c.i.n.t.a hati ada di sisi…hehe..

Dalam 10pm, kesemua kami bersurai. C.i.n.t.a hati berunsur pulang berbekalkan mangga dan tandan pisang yg diberi nenek. Heheh…Paklong dan maklong pun pulang..

Abby?Lepas tu masuk tidur la..Ponet!Dengan perasaan yg berbunga-bunga…i’m HAPPY!!!!

* happynyer dia sepanjang ada di sana!!!!!!!~~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s