Zaman itu…

Zaman itu…kira-kira 11 tahun yg lalu. Tahun 1998.

2651_1057855719177_1009407716_30156191_5586329_n1

Ha Tak mo besar plak kan gambar Abby time kicik2 dulu..hehe..Takpe, utk tatapan blogger semua, ku ketepikan rasa malu. Kalau pandai, carilah mana Abby 🙂

Pagi-pagi Isnin ni jgaklah Abby nak teringat cerita zaman sekolah dulu. Tak nak plak verangan sebelum tido malam td. Oppss..Hehe..

Gambar di atas diambil sewaktu Abby di Darjah 6 Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2 Kluang, Johor (sekolah tersohor la kiranya di Kluang tu. Dua orang adik Abby pun bersekolah di sini waktu zaman sekolah rendah).

Waktu tu rasanya zaman kegemilangan kami semua yg ada di dalam gmbr di atas. Hehe..Ukhwah, persahabatan dan hubungan baik antara kami masih lagi terjalin sehingga ke hari ini. Buktinya, di sini.  Tengok sahaja hasil percakapan kami di forum, huh….teringat beb zaman2 hingusan dulu. Aishh…tak mo citer, baca sendiri…;-)

Tidak dinafikan, Abby sayang semua kawan-kawan Abby di sekolah rendah ni lagi2 murid-murid 6 Kamil.

Arghh..gemilangnya saat itu. Rindu dan kangen bangat….

Pada zaman tu, student yg berjaya capai 5A bilangannya tertinggi sekali (masa tu tahun kedua 5A dikuatkuasakan). Student 6 Kamil sahaja hampir 3 suku bilangannya yg dpt 5A! Best2!

Cikgu2 waktu tu, jgn ckp~ paling garang, paling bengis ada, paling cool pun ada…

Antaranya:

1. Cikgu Baga

ya ampun, bengisnya wanita ini sampaikan Abby sanggup tak ke sekolah tkt dimarahi sbb tak siapkan homework. Mana taknya, soalan latih tubi la, latihan pengukuhan je..asal hari Jumaat je, dia bg like 10-20pages suruh siapkan (soalan Math especially)! Pastu Isnin, dia nk check…Pergh, takde life seih….(haha skrg baru tahu maksud ‘takde life’)

Secondly, cikgu baga ni sinonim sgt dengan bab2 menulis journal. Ni semua utk perbaiki our English Language. Hari2 dia suruh tulis journal ( mostly in English, tp dlm BM dia suruh quote, nnti dia bg new English word). Lepas tu, seminggu sekali dia akan check.

Yg bestnya, Journal Abby la paling meriah (mesti ada kawan2 stm2 baca ni jeles). Siap ada tulis lirik lagu, gmbr2 emoticon yg macam2 (nk lukis tak reti), luahan rasa, gossips and ‘skandal’ waktu time kicik2 dulu pun adalah. Best! Journal ni yg buat aku rapat dgn Cikgu Baga. Jgn ingat dia bengis semata2, sebenarnya cikgu Baga ni baik hati wo~!

Sayang cikgu!Nanti saya kahwin, cikgu datang k!

2. Cikgu Jehan

Ini Cikgu bahasa Malaysia Abby dari darjah 4-6~ Baik sangat2. Berkat didikan dia la, Abby skrg minat, cuba dan mahu menguasai bahasa ibunda sebaiknya (ishk, skema). Kalau bab subjek BM dulu, Abby tak yah prepare sangat2 la kiranya, sbb mesti score baik nye utk karangan and pemahaman (hahaha..riak sikit, tp….kalau dh nama students of 6 Kamil tu ramai lg scorer nye). Markah adakala tinggi best2!Mmg parents tak yah risau la..haha

Cikgu ni, sampaikan soal peribadi dia pun abby terambil tahu. Bukan terambil tahu k, sbb rapat tu kut…makanya adalah jodoh cikgu ni bersama bapa sahabat kepada Abby (wah, kecik2 dh jd matchmaker..giler r) haha…sekarang ni tak tahu apa citer..Cikgu Jehan mmg betul2 dh lama tak jupe.

Ada banyak lagi sebenarnya cikgu2 di zaman sekolah yg Abby masih ingat : Cikgu Ariffin-cikgu muzik ( Abby tak pernah lulus periksa subjek ni, mesti cikgu arifin bengang giler waktu tu, tp rupanya dia tak mrh pun sbb Abby dpt gak 5A walaupun fail music) hehe. Cikgu Zulkarnain– cikgu Kajian Tempatan (wah, subjek lama bebonar ni tak sebut). Cikgu Kalsom – ni cikgu PJ/Seni Lukisan (1 lg subjek yg Abby tak pernah suka..tp redha je la melukis). Cikgu apa lg ek kengkwn?

Abby :

Time tu, Abby Ketua Pengawas (argh..malu2 nk citer, garang n bengis gak. Seb baik skrg dh ayu sikit). Penolong Ketua Pengawas plak si Nadzirah. Disiplin time tu, okey2 r (haha tak ingat). Time sekolah ada event, Hari Guru, Hari Perlantikan Pengawas bla bla Abby la orang yg paling sibuk 🙂 (sibuk sampai ke alam sekolah menengah ha).

Soal belajar, boleh la. Seingat Abby, bila bab2 prestasi anak2 ni, parents kitaorg la yg paling ‘hangit’ kalau bercerita dan ambil tahu. Ha, wajib nk kena tahu..anak Saleh periksa nombor berapa, anak Hamizan, anak Nizal, anak cikgu Ramlee..si Eric Ng plak berapa, Harjinder and Arul plak camne..wahh..’hangit’ tau!

Tp bagus gak, disebabkan ke’hangit’an ni..Abby jadi kenal dengan parents kengkwn lain. Good kan?

Kitaorg ni jupe kt sekolah je tak cukup, kat tempat tuisyen kena jupe lg!Tuisyen kt tempat sama katakan…

Alhamdulilah, sekarang semua nye dh berjaya dalam lapangan masing2, kalau belum..Insyallah..satu hari nnti 🙂

Bercakap soal kengkwn ni, I want to shout this out….

I love each and everyone of U~~~~ in the picture~

Sayang giler kt korang~!

Tetapi itulah pengalaman yg mendewasakan Abby. Seronoknye jadi budak sekolah. Tak yah pk bnyk kan.

Sekarang ni di forum, kami STM2ian mmg aktif berborak. Sayangnya masing-masing skrg dh merata dh duduknya di Malaysia, nak jupe susah..makanya kena berjanji untuk ‘ngedate’~!

Aish, tgk balik gmbr sorang2, tersenyum, tergelak sendiri. Bestnya di….zaman itu~

Advertisements

2 thoughts on “Zaman itu…

  1. bestnye zaman sekolah..rindu plak…
    adoi..nnt dok antr anak2 lak g sekolah…
    rindu nk merasa dok ats krusi kayu …

    abby..bila la kita semua nk gathering rajawalianz ni??

  2. hehe lama lagi Darwishes nk ke sekolah tu..
    jauhnye kak zu dh pk..hehe..
    tp best apa2 pun beli sepasang (2 pairs) cunnyer~~

    Itulah, mmg ternanti2 nk wat gathering.. Rasanya masa mira rizwana (mira panjang) kahwin kut nnti ada reunion 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s