Psst…

Ni nak bergosip sikit.

Well, bukan lah bergosip. cuma ada cerita Abby nk cerita. Tetapi sumber penceritaan adalah daripada pendengaran Abby sendiri, bukannya sesi perbualan. Opps, i overheard something. Dush dush dush. Bad habit of u  Abby, but still Abby nak cerita jugak!

Pagi2 Khamis yang damai ini, ehem…Abby dh sampai di ofis. Seawal jam 6.50am. Alhamdulilah, Abby diizinkanNYA utk terus bernafas dan beramal.

Sesampai di ofis, dua rakan sekerja (1 level) sudah pun ada di ofis seperti biasa. Pendek kata, golongan yg dtg awal waktu2 begini semuanya yg duduk jauh luar KL. Macam kes Abby. Lagi2 Abby yg bencikan kesesakan. Datang awal dikira sbg 1 pilihan dan ianya tidak mendatangkan masalah kpd Abby, in fact its a good option.

Dalam duk Abby browse satu2 Mozilla dan monitoring page, Abby overheard their conversation.

Terdengar ya, bukan sengaja pasang telinga. Tetapi lama kelamaan aku jadi ‘terlekat’ terus mendengarnya. Kenapa?! Baca ni.

Mereka, mr Z dan kak M berborak psl anak2 di rumah. Mereka dah berkeluarga. Pangkat kakak2 and abang2 kepada Abby. mr Z merintih tentang anak-anaknya yg meniti dewasa. Sedang membesar tetapi seperti sudah tidak mengendah dirinya sebagai bapa.

Aduh, sedih sebenarnya kalau dengar satu2 bait ceritanya. Bayangkan kalau bapa kita merintih, kita terdengar. Apa kau rasa?

Mr Z menambah (mcm artikel style of writing dah..) anak perempuannya ada blog, he found out by himself. Sadly, blog anak perempuannya itu bnyk bercerita lebih tentang kengkwn, dan tiada langsung cerita psl famili.

Aduh, bertambah sadis. Tersentap sekejap aku dengar..

Bezanya sekrg juga, kalau dulu..mr Z balik dari kerja, anak2 dia mesti terjerit2 depan pintu, “Papa balik, yeay!”. Tetapi skrg kalau dia pulang bekerja, belum tentu anak2 ada di rumah. Kalau ada, mesti dalam bilik, entah buat apa.

Kemudian, kak M si pendengar setia berselang seli tanya soalan pada mr Z. Samada, kerap ke mr Z berborak dengan anak2, waktu makan selalu makan bersama kah & banyak lagi (yg Abby fikir, mungkin mencari punca2 kelakuan si anak2 mr Z).

Bila diteliti semula dan hasil percakapan mereka berdua, mungkin betul juga faktor usia anak2 itu yg mengubah kelakuan mereka. mungkin si bapa, mr Z terasa sedikit mengenangkan perangai sorang2. Anak perempuan seorang, anak lelaki seorang, dan seorang kanak2 kecil yg kurang sihat sejak lahir (pernah mendapat perhatian media).

Yg buat Abby ‘terpaku’ utk terus mendengar adalah kerana mendengar sendiri bagaimana seorang bapa itu merintih. Kasihan, lebih2 lagi mengenangkan mr Z adalah seorang OKU (tetapi tidak pada mata Abby kerana dia kuat, gigih bekerja mcm manusia biasa) .

Abah Abby walaupun sihat walafiat, tidak bermakna dia tidak pernah merintih. Pasti, mesti ada!Sekelumit perasaan kecewa mesti pernah terbit dalam hatinya, mungkin dek gelagat kami tiga beradik.

Argh, tak suka~ mata sudah bergenang. Cerita tentang Abah mmg senang buat Abby menangis. Lagikan mama.

Apapun, terima kasih mr Z kerana luahan rasa anda. Buat Abby sedar sekejap akan tujuan Abby hidup atas muka bumi ini. Harapannya, bukanlah ianya utk sekejap cuma, tetapi sampai bila2.

Buat sesiapa bergelar anak di luar sana, berbicaralah selalu dengan keluarga anda kerana itu lebih membahagiakan mereka. :’-)

dsc_0282-copy

p/s : 1. Blog ini bukannya utk membodek Abah. Err..Abah tak baca kut blog Abby. hehehe

2. Abby akan bercuti 3 hari di Penang mulai esok. Birthday bakal mertua jatuh pd esok hari. Yeeha!Cuti2!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s