Episod Utara…

…back in town, back to work…

Begitulah status YM,  Facebook & Twitter Abby sekarang!

Semestinya menandakan percutian ku ke Penang 3 hari 2 malam sudah pun berakhir. *sigh…

NAK jalan-jalan lg~!(sambil hentak-hentak pale and kaki) 🙂

Okay, biar Abby mulakan cerita  ‘Episod Utara’ ni k (tajuk post..cam novel laks)

DAY 1

Seawal jam 7am pagi Jumaat lepas, mr fiancee dan Abby sudahpun bertolak menyelusuri highway menuju ke Ipoh (bukannya sungai, kerana kami tidak naik tongkang..haha).

Best suasana pagi kalau bertolak ke tempat jauh. Sejuk dan nyaman sahaja rasa di hati. Kami tidak memandu deras memandangkan jam 7 pagi pun, kereta sudah mula banyak atas jalan. Cuti 1 mei, long weekend gamaknya..begitulah. Mujur juga kami keluar awal.

Separuh perjalanan hendak menuju ke Jambatan Pulau Pinang (to be exact, dari R&R Sungai Perak), Abby bergilir memandu pula sebab mr fiancee dilanda kantuk akibat kerja lewat malam. Bangun2 sahaja mr fiancee, kami sudah sampai di tol Juru/Sg Bakap camtu. (Laju aku bawa, sbb dia tido takdelah bising2 jangan bawak lebih 120kmj..haha)

Lepas bayar tol RM7, meluncur la kelisa cumil kami di atas jambatan. Ini masuk kali kedua Abby lalu jambatan ini. Tak tahu kenapa tetapi setiap kali atau momen Abby berada di jambatan yg 1 ini, perasaan hati jadi berbunga-bunga dan bangga yg amat sangat. Kemudian, leka tgk kiri tingkap, melihatkan air laut yg sayup2 penghujungnya. Best betul perasaan itu~ hanya dpt Abby rasakan setiap kali lalu jambatan ini…

Pelik tetapi sumpah mmg itu yg aku rasakan, kau pula…?

penang-bridge-12

Kami sampai betul2 di Air Itam jam 11am. Sampai sahaja di kawasan kampung tempat kelahiran mr fiancee, terasa lagi damai itu (wah..tenang2 aja perasaan kalau mula jejak kampung ni). Bakal mertua, adik dan sepupu mr fiancee sememanya ada di rumah dan menantikan kami datang.

Ha, apa lagi. Sampai2 sahaja di rumah mertua, mula sudah tugasan ku menjadi pembantu mertua di dapur a.k.a bakal menantu. hehe..

Lauk pertama hari itu : Gulai Ikan, Ikan Goreng Sambal & Kari Ikan. (Aish, ikan semua..baru perasan)

Amcam? Ada yg sudah tergiur…?

Sedap!mmg sedap!Air tangan mak katakan!Aku leka perhati, bahan demi bahan yg dipotong dan dicampak ke kuali. Nak tulis, obvious sangat kan..makanya guna kan lah daya ingatan yg kuat yg masih berfungsi ni. hehe…

Sementara mr fiancee dan warga lelaki ke masjid solat jumaat tengahari tu, Abby dan mertua ada juga berborak tanya khabar. Kemudiannya dibawa ke bilik untuk Abby tukar pakaian. Bakal mertua cukup risau aku tidak selesa tidur sebab rumah kampung katanya… padahal Abby mmg tidak kisah, rumah kampung nenek pun diperbuat dari kayu juga, tetapi meriah je cucu2 berlari sana sini, tidur dan mandi.

Tidak menjadi masalah deh…

Nak dijadikan cerita, rumah mertua ku bersebelahan dengan saudara mara mr fiancee yg lain2. Kiri kanan diapit sedara mara. Bermulalah pula kunjungan dari rumah ke rumah, untuk menyatakan kehadiran Abby bersama tunang di Penang. Hehe..meriah!macam raya! (sedang ku bayangkan camna keadaannya kalau sudah berkahwin nnti, mmg ke rumah depan kiri dan kanan confirm jadi rutin…hehe)

Kakak sepupu mr fiancee, Kak Lis dan Kak Na pun balik Penang juga. Iman (si comel hensem tuuu) balik jugak!. Makanya Abby ada teman berborak juga selalin mertua.

Frame dan album tunang Abby juga sudah siap. Kebetulan, mr fiancee ambil malam sebelumnya dari photog kami. Maka orang Penang dapat lihat dulu album tersebut. Frame besar (masih sedang berfikir mahu gantung di mana).

Menjelang petang, hidung Abby buat hal. Selesema tak mo ingat!. Tak reti nak berhenti, bising saja. Mertua risau diberikannya ubat. Ubat selesema mmg kuat, ngantuk Abby dibuatnya. Terlelap juga aku untuk setengah jam (tak dapat elak, nak terus berjaga tak larat, fikir juga apa pula mertua ckp nnti…tp mujur mertua faham. hehe..timacih mak~!).

Bangun, solat asar…Abby terjun pula ke aktiviti makcik2 minum petang di laman rumah. Sambil2, Abby main juga dengan Iman, dukung bawak pusing laman. Nak borak2, tiada topik. Angguk dan iyakan sahaja.

Kuat lg perasaan malu sebenarnya, ralat sikit nk kepoche…Ah, Abby malu, mcm tak caye~

Kemudian, Abby sempat bisik ke mr fiancee.

Nak ke pantai, leh tak? Teringin!!tak mengapalah tak dpt ke Jeju Island, ke Batu Feringghi pun jadilah…..

Apa lagi, mr fiancee suruh siap2. Bersama bakal mertua, kami semua ke Batu Feringghi. Ramai nye owang, tak yah citer! Sepertinya cuti hari raya kau tahu!Penuh!

Kami duduk2 di satu sudut di tepian pantai tu. tengok2 lautan manusia membuat bnyk aktiviti laut.

Aish, semak plak rasanya mata melihat ramai2 orang. Hilang plak mood nak dptkan feel ‘Jeju Island’ di Feringghi nieh. Aishhhh!!

Shopping?!Adalah sikit, Night Market tempat yg heaven sekali utk cuci mata dan meningkat ekonomi negara!hahaha…

Abby sempat grab ‘purse LV’. Saje tambah koleksi. Hehe…Tapi ku rasakan purse di Isetan haritu lagi cun~

Takpe, buat koleksi banyak2 Abby. Sendiri rasa seronok kan beli purse LV?hehehe…

Di sebelah malamnya, mertua belanja makan2 KFC. Mr fiancee dan adik mmg hantu ayam, sesampai di rumah. Apa lagi, santap semua tanpa banyak cakap. Abby? Nugget sahaja.

Wah, diet ke? Idak eh. Tengok nugget nampak sedap.

Tengah malam.

Mata dah berat. Tak larat nak buka. Tidur. Nyenyak. Katil Abby sorang yg punya!

2am terjaga, terkejut dengar bunyi hujan yg amat kuat menghentam bumbung rumah. Hujan, sejuk..Tidur la, apa lagi!

Advertisements

2 thoughts on “Episod Utara…

  1. salam

    Cik abby, saya nak tanya. boleh tak saya guna gambar Jambatan Pulau Pinang kat atas nu? tak, saya tak buat iklan ke apa. tapi saya tgh organise division outing to Penang. Ingat nak buat banner and tgh2 surf jumpak pix yg cantek kat atas. Ingat kalau dibenarkan, boleh la buat background banner.

    Kalau tak boleh, takpa la. terpaksa soh org pi ambik gambar ori :p.
    Kalau buleh, tolong habaq kat email no.

    sekian. wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s