Lagi Episod Utara…

Day 2

Bersambung lagi…

Dek kerana hujan lebat yg amat sejak 2am, 1 famili dalam umah Hj Ali dan Hjh Rahmah jadi ngantuk bebonar dibuatnya.

Lepas subuh, masing2 lena semula.

Lebih kurang 8am, Abby dan mr fiancee keluar mencari makanan untuk sarapan pagi. Kami ke kg Melayu. Banyak juadah mr fiancee beli. Semua benda2 yg Abby tak pernah makan and jumpe di KL. Kuih2 itu biasa, cuma ada 1 juadah tu, dipanggil Nasi Murni Lemuni (hehe..setelah diberitahu semula oleh mr fiancee, silap dengaq daa..).

Entah betul ke idak namanyer.

Ianya berlemak, cuma lauknya agak meriah. Mula2 dulu, mmg Abby tak reti makan. Memang menolak utk terus bila cuba sesuap dua. Kali ini, bakal mertua sendiri yg masak. Dan nasinya kurang berlemak, mcm nasi putih je cara buatnya dan ditambah saja dgn daun pokok murni (kut..kalau tak silap). Warna nasi akan berubah jadi kelabu2 sikit. Lauk, for this time..disebabkan bakal mertua yg masak sendiri (dan bukannya kedai mari..), maka tidaklah takut sgt Abby nk cuba mkn. Sbbnya lauk pun diubah2 ikut selesa tekak.

Kebetulan, kena dengan tekak Abby. Aish, sedap tul!Untuk breakfast plak tu, jawabnya lunch tengahari tu mmg Abby tak makan..hehehe

Tidak pula Abby amik gmbr nasi murni lemuni nye kengkwn. Takkan la nk wat perangai sambil mkn, nk amik gmbr. Apa pula kata famili mr fiancee? Tak gitu..Google pun takde gmbr nasi murni lemuni tau. Ada peluang nnti aku tepek di sini ya.

Selesai breakfast, Abby bersiap2 lagi untuk jalan2 Penang. Kali ini target (wah, sudah punya target masuk hari kedua cuti) ada beberapa perkara dan barang yg ingin ditinjau2 :

1. CD/DVD

2. Handbags

3. Baran-barang hantaran utk mr fiancee

4. Buah tangan nk bwk blk KL

1st destinasi pagi tu ke Road Walk. Ramai juga org di pagi2 Sabtu. Pasar basah lebih kurang tempat ni. Cuma kelainannya ada banyak juga gerai yg menjual barangan antik lama. Abby sempat grab beberapa CD yg Abah pesan.

Seterusnya, ke Gurney Plaza (hehe..tempat mewah, berkenan betul tgk G hotel tu). Tinjau2 kut2 ada shopping complexes wat sales (seperti KL tidak meriah dengan ‘SALES’ saja).

Jalan punya jalan, Abby seperti biasa..mula kehausan. Mmg payah kalau Abby berjalan tanpa botol air dlm handbag. Mesti kena beli. Dalam kereta, mmg ada bekal 1 botol. Cepat haus, dan sangat3 bnyk minum air skrg. I bet its good for my health juga.

Dah habis pusing Gurney Plaza, Abby mati akal mahu ke mana lagi. Haruslah, tidak ketahuan pula Abby tempat2 di Penang ni. Last2 mr fiancee cadang pegi ke Balik Pulau. Balik Pulau tempat mr fiancee belajar dulu. Jauhnya tempat dia, standard la kut kan..tempat sekolah-sekolah berasrama mmg begitu. Jauh terperosok nuuun ke dalam. But we managed to reach there. Macam2 la mr fiancee cerita..itu ini..itu ini. Dah lebih 6 tahun kan? Tempat pun katanya dh bnyk berubah.

Tengok jam dah kul 1pm, terasa cam nk ngunyah2 tapi tak mo yg berat. Terasa tekak Abby waktu tu nak makan menda yg merapik2 sangat.

Kami bergerak pula ke area2 Queensbay. Di situ, Abby suka sangat pesisir tebing laut/pantai…dari situ, kita boleh nampak Pulau Jerejak. Jangan main2 sudah menjadi Pulau Jerejak Resort & Spa sekarang.

Lepas kahwin, mahu tiap2 kali balik ke Penang, aku suruh mr fiancee bercuti ke sana. Hehe..Cantek, makanan laut di sana pun dengarnya sedap2.

Di kawasan situ, Abby berjaya dapatkan makanan2 merapik! Haha..apa dia?nugget (lagi..tetiba suka)!Alah, yg kita boleh jupe ada orang berniaga di tepi jln tu. Ada juga buah kelapa, cendol…seedaapp…tu lah merapiknya tekak Abby kalau terasa nak makan macam2.

Cuaca, waktu tu kejap mendung kejap cerah. Mujur waktu Abby lepak menghadap Pulau Jerejak cuaca agak cerah. Adalah beberapa gambar, tapi memandangkan waktu Abby menulis post ini adalah di pejabat, kemudian sahaja ya Abby tepek gmbr 😉

Di sebelah petang, sekembali ke rumah bakal mertua bgtau hari ini mereka (sedara mara yg ada) pakat2 nk masak wat karipap. Ada 2 jenis, inti ayam dan daging.

Siap untuk digoreng, waktu petangnya dihidangkan (lengkap dengan bancuhan kopi) pada sedara mara yg duduk santai di laman rumah. Rutin dan senario biasa waktu petang camtu.

Aish..buat aku rindu plak tetiba kt Sabak Bernam.

Dalam kedamaian waktu petang itu, tetiba cuaca bertukar menjadi mendung dan gelap semula. Sudah mula menujukkan tanda-tanda hujan lebat bakal turun. Hujan sahaja, bertempiaran semua balik ke rumah. Katanya angkat baju la..apa2 sahaja yg ada di jemuran. Hehe….siyes suasana kampung kan? 😉

Waktu malam pula, selepas solat maghrib..sekali lagi Abby ke dapur, kali ini menggoreng Kuey Teow pula. (waktu ni, agak bentak juga hati nak makan char kuey teow..aish, tak keruan..wajib makan kalau p penang. Tapi fiancee kata kedai yg sedap char kuey teow nye tu dh tutup).

Selesai makan malam, 1 famili ngadap TV. Layan AF. Sampai habis.

Sementara di luar, hujan tetap lebat turun.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s