Lagi-lagi Episod Utara…

Bersambung lagi. Kali ini episod akhir.

Day 3

Masuk hari ketiga Abby di Pulau Mutiara, hujan lebat masih tetap setia membasahi bumi. Malam ketika Abby tidur, aishh bunyi dentuman hujan pada atap rumah keluarga mr fiancee sangat2 kuat kedengaran. Takut sekejap. Rasa sejuk menggigit-gigit tulang dah rasa. Tetapi nikmat tidur nyenyak….aduhh, part tu paling best! Persetankan perkara2 lain..hehehe

Menjelang tengahari, kami mulakan perjalanan balik ke KL. Memulakan perjalanan sebaik sahaja kami semua selesai bersarapan.

Bersarapan char kuey teow pula ya kawan2. Di waktu pagi, kau bayangkan!sedap, tetapi di waktu pagi akhir aku di Penang. Aishh..kalau lama lagi, mahu aku mengagau cari 1 penang. hehehe

Dalam kereta menuju ke jambatan, mr fiancee tanya :

Nak lalu jambatan ke nak naik feri?

Dengan segera aku jawab!

FERI la!!!!Hehe…

(Dalam kpala waktu tu, mmg terbayang angin2 laut yg bertiup kena muka~~)

pgferry5

Bezanya kali ini, kami naik feri dan parkir di bahagian atas feri!hehe….Dan kebanyakan keta yg ada dlm feri pun rata2 plat kereta dari luar Penang.

Jakun macam aku juga!. Sedikit jakun aku naik feri, sbbnya dah tua begini baru ada peluang naik. Haha..

Dah ada dalam feri, haruslah keluar dari kereta. Menikmati angin dan panorama yg ada. Apa lagi, D50 pun beraksi. Adalah beberapa keping gambar.

*mode kemalasan benor nk edit gmbr2 sekarang….malas tahap dewa

Eh sebelum ke jeti, mr fiancee sempat bawa Abby ke Pasar Chowrista, tempat membeli makanan kering atau jeruk2 yg best itu!memborong je Abby setengah kilo setiap 1 jeruk yg Abby rasakan sedap. hehe…

Berbalik citer atas feri…

Sayup2 dari atas feri, Abby dapat lihat jambatan Pulau Pinang serta Pulau yg semakin makin jauh dari pandangan, sebaik feri menghampiri Seberang Penang.

Dalam hati berbisik, nnti aku datang lagi. Tetapi dtg sebagai isteri orang dan juga menantu baru dalam keluarga. Auww…besarnya tittle!

Tidak mahu tanya kah pukul berapa kami berdua sampai ke KL? Jam 8pm kau tahu!Kereta punyalah banyak, hampir setiap perhentian penuh, teramat penuh dengan manusia2 yg sama2 mahu pulang ke destinasi masing-masing.

Kami juga banyak berhenti. Keletihan, dek terlalu fokus memandu nak elak kereta yg banyak punya pasal. Sempat singgah di Tapah, shopping jambu dan jeruk buah yang lazat itu!Best betul, puas hati rasa dapat membeli buah-buahan tempatan dengan sangat banyak!!

Sesampai sahaja di Sungai Buloh, mr fiancee dipelawa tidur di rumah kami. Ini pertama kali mr fiancee menginap (wah..mcm hotel!sekarang hotel la kan, esok lusa tulat lepas Oktober nnti jadilah pula tempat kediaman kami 😉 ).

Kau tahu, kalau mr fiancee mahu dtg ke rumah..manusia yg paling excited adalah Mrs Zaiton, mama Abby. Menantu nak mai umah katakan. Meriah terus lauk, nak jamu menantu makan. Hikhik…

Sekian sahaja episod utara kali ini.

Akan datang akan lebih banyak la episod utara edisi Abby kan kengkawan? Hehe…