Mama…

10 Mei…

adalah sambutan Hari Ibu. Seluruh dunia meraikannya. Aku yakin setiap insan bergelar ibu pasti berasa bangga kerana terdapat 1 hari khas untuk meraikan mereka.

Walaupun 10 Mei jatuh pada hari Ahad, Abby terpaksa pula bekerja dan tidak dapat secara khasnya meraikan hari ibu bersama Mama.

Tetapi untuk post edisi khas kali ini, Abby nk berceloteh panjang tentang mama Abby atau nama sebenarnya Zaiton Che Mat a.k.a Cik Ton 😉

DSC_0271 copy

Aku  percaya kalau mama baca post ini, pasti dia bangga!Senyum, kembang semangkuk..pasti!Takpe, mama layak berasa bangga pun!U deserve it!

Mama Abby mmg lain dari yang lain. Kenapa? Sebab dia serba boleh!Sangat!Kagum dengan kebolehan mama yang pelbagai itu. Antaranya :

1. Seorang kotraktor yg mempunyai sijil F, berkelayakan membuat lebih 10 portfolio pelbagai bidang antaranya supplier, tukang masak, tukang jahit dan dealer

2.Pernah membuka warung makanan untuk lebih 3 tahun, di mana tidak pernah lekang dengan pengunjung yg mahukan hidangan makanan seawal jam 10 pagi hingga 6 petang. Masakan mee rebus mama sangat2 marvellous, kawan2!

3. Pembuat kuih muih yg sangat2 sedap sehinggakan mendapat tempahan daripada ibu-ibu mengandung yg idamkan kuih buatan Mama.

4. Sangat baik dan lembut hati sehinggakan adakala mudah terpedaya

5. Cepat melenting, tetapi cepat juga cool

6. Dalam diam, sangat sayang bakal menantu (haha..ini yg terbaru)

Banyak lagi kebolehan-kebolehan mama yg mana kami lima beranak sahaja yg tahu. Tetapi Mama punyai kebolehan seorang peniaga. Apa sahaja peluang perniagaan yg ada di depan matanya, dia takkan lepas peluang dan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan idea perniagaan yg baru.

Mama jenis yg tidak segan juga. Banyak perkara semuanya dia boleh lakukan sendiri.

Tentang ini, aku sedikit seperti Mama. Aku juga sedang berkira-kira untuk mempelajari ilmu perniagaan yg mama ada.

Menariknya, bakal menantu sekepala dgn mama, kepala suka berniaga!Wahh!Cant wait melihat menantu dan mertua bersatu mengusahakan bisnes. Yeay!

Sememangnya juga Mrs Saleh seorang ini tahu memasak pelbagai jenis kuih muih juga.

Sampaikan ada ibu mengandung mengidam tuu….

Walaupun menurut mama, dulunya pun dia bukan lah seorang yg selalu ke dapur waktu kecil..tetapi setelah berkahwin, perlahan2 skill memasak itu developed. Masakan tidak, kalau sampai boleh berniaga warung makan, sedaplah maksudnya tu kan…

Mama dibesarkan dalam suasana dikelilingi adik beradik lelaki seramai 5 orang yang lain. Mama satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Lasak dulu jgn ckp, apa juga yg abang dan adik2 lelaki lain mama buat dan pergi, mama ikut je.

Dalam sifat mama yg lasak itupun, mama jugalah sebenarnya 1st love Abah.

Auww, kisah cinta Abah saling tak tumpah seperti kisah cintaku. Dia lah yg pertama, dan juga yg terakhir!Yeay, my wish for this type of love story become reality now…

Mama…Mama…Mama…

Kamu tiada galang gantinya. Kelebihan mu sebagai Mama kepada kami 3 beradik tiada siapa dapat menandinginya. Setiap bebelan, kata-kata nasihat dan sifat marahmu itu tidak pernah sedikitpun buat kami rasa tidak sayang padamu, malah lebih menebal lagi rasa sayang pada kamu.

Mama, doa kami agar mama sihat dan bahagia sentiasa di samping Abah. Teruskan semai cinta mama bersama Abah, kerana kami tiga beradik senang benar melihatnya. Biar sampai hujung nyawa cinta kalian berdua. Cinta kami pada mama pula…..sampai bila-bila mama ^_^

We LOVE You, Pn Zaiton Che Mat!

Buat Hjh Rahmah (mak mr fiancee), ucapan Selamat Hari Ibu ini juga khas untukmu~~

Juga untuk makcik-makcik dan kenalan rapat yg juga di kalangan mereka yg bergelar ibu:

Cik nong, Cik mah, Along,Kak mura, kak zu, kak lis..dan ramai lagi

Advertisements

One thought on “Mama…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s