Jengkel…

Jengkel?Tahukah anda semua maksudnya?tak tahu? Semak karyanet.com atau kamus dewan bahasa yang anda punya. Secara segera pasti anda tahu apa maksudnya.

Malas? Kau memang…Apa yang engkau rajin?

Ha, rujuk pernyataan di bawah :

jengkel

berasa sangat kesal (kerana tidak sampai maksud dll), sebal hati, mendongkol

menjengkelkan

1. berasa jengkel tentang sesuatu hal, mengesalkan hati: tidaklah ini membosankan dan ~ hati; 2. menyebabkan kesal (sebal dll): perbuatan Ahmad ~ orang tuanya; kejengkelan perihal jengkel (sebal dll)

Jelas dan nyata semua kini faham kan maksudnya. Bagi mereka yang menguasai bahasa ibunda kita dengan lebih baik, pasti sudah merasa jengkel dengan elaborasi Abby yg entah apa *lagi lah Abby bakal bebelkan ni…

Haha siapa suruh mr kau (bukan nama sebenar) buat hal..Jangankan ada belas ihsan, entah ada hati atau jantung ke idak

Siapa mr kau? Adalah seorang hamba Allah. Abby jadi pelik bin hairan kenapalah ada lagi insan secara amnya lelaki, berbangsa Melayu khasnya seperti sangat-sangatlah tidak ada budi bahasa.

Begini al-kisah ceritanya. Abby dan mr fiancee sedang dalam pencarian mencari rumah sewa untuk kami duduk selepas berkahwin nnti. Sementara menantikan rumah baru (yang kami beli..insyaAllah) siap, kami bercadang untuk menyewa terlebih dahulu hatta barang pun tidaklah banyak mana.

Sepertinya kami berminat untuk mencari rumah di kawasan Saujana Utama juga. Tempat aman lagikan jauh dari KL, sewa pun berkadaran, punya laman sendiri sudah cukup best buat kami.

Tetapi hadir pula si mr kau yang seolah-olah menyekat mood pencarian kami.

Dikenakan banyak syarat bagai  mcm tak nak lepaskan pula rumah sewa yg berstatus ‘anak dara’ tu. Serupa lebih baik tidak disewakan pada orang lain.

‘Anak dara’ lagi ke? Ye la, acceptable! Sebabnya org lain byr sewa bulan2, tapi kawal ketat tak boleh buat itu ini~!

Leceh dan naik menyampah kami dibuatnya. Abby malas mengulas panjang tindak tanduk si mr kau. Tetapi gaya bercakap persis egois yg pantang dan berkira amat soal duit!~

Wah!Kejam sungguh bahasa Abby hari ini!~ Mana tidaknya, keluarga aku dapat tempias sama~ Seperti menghina kami tidak punya wang pun ada, kau tahu~~

Mmg Abby tak mahu ulas panjang. Cukup setakat ini. Pendek kata, jangan perlakukan orang lain sedemikian rupa..nanti terkena batang hidung sendiri…Abby senyum 7 hari 7 malam okeyh tak?~

Senang cerita, tuhan itu maha adil. Ada lagi rumah sewa yg beri kami tawaran yang lebih lumayan, 10 kali ganda lebih baik. Serius, tak tipu~

Alhamdulilah 😉 Doa Abby agar Abby sekeluarga mahupun sahabat semua dijauhi daripada sikap manusia yg menjengkelkan ini. Sadisnya, sesama bangsa Melayu diperlakukan begini…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s