Baik hati…

Ironi sungguh tajuk post ini dengan yg sebelumnya? Huhu..itulah Hukum Karma katanya. Eh ataupun lumrah hidup ini mmg ada pasangannya. baik-jahat, cantik-buruk, sopan-kasar, jengkel-baik hati….Eh betul juga?!

Rezeki Allah agaknya. Mungkin kepada kami yg bakal berkahwin mahupun atas kebaikan-kebaikan pada mama abah Abby dah taburkan sebelum2 ini. Mereka lebih layak untuk memperoleh pujian ini, walaupun rezeki nya mungkin untuk kami, anak dan bakal menantu.

Terima kasih Abah Mama, We LOVE You Both~!

Masih ingat lagi cerita mr kau? Ha, mungkin jodoh kami nak ber’tuan’kan mr kau takde~

Alhamdulilah, selamat!Dari duk makan hati ulam jantung kemudian hari……..

Kali ini, jodoh kami ada pula dengan mr kau yg baik hati..(Ingat ada perbezaan antara mr kau dan mr kau yg baik hati….Jangan disamakan? Saje mahu aku uji kamu untuk teliti baca ayat Abby yg semakin ‘bagus’ BMnye) hahaha

Mr kau yg baik hati berbangsa Cina, mahu disewakan rumahnya kepada kami. Tidak jauh pun rumahnya dari mr kau, selang 4-5 buah rumah.

Rumah teres 2 tingkat, corner lot akhrinya jadi pilihan kami walaupun perbezaan harga sewa rumah mr kau hanya rm50 SAHAJA.

Jauh lebih baik tawaran si mr kau yg baik hati berikan kepada kami.

Nak tahu apa lagi tawarannya? Kelengkapan rumah yg asas kati-tilam-meja solek 1 set, stove dapur, peti ais, air-cond, TV, VCD Player, penyidai baju etc etc Banyak, Abby jadi tak teringat semua…

Perabot rumah yg nilainya cecah 13k, tetapi dijual kepada kami dalam 3k sahaja~~~~~~~~~ Lumayan kan?

Rezeki, rezeki, rezeki…………..Terima kasih mr kau yg baik hati~!

Sekarang, urusan deposit semua sudah selesai tinggal waktu dan ketikanya sahaja utk mr fiancee mengemas dan tinggal di rumah itu. Minggu depan minggunya untuk mengemas2 pun. Hikhik..comel sgt aturan dalam rumah tu. Nice one!

Masih ingat lagi gambar ini, yg Abby tepek di sini?

Ya, gambar ini. Ini pemandangan yg dapat dilihat dari dalam umah Abby. Rumah yg bakal mr fiancee duduk….tuuuuh, nuuuuuunn depan tu je ha~ haha…mcm gitulah ghupenya. Ala country resort, tp rumahnya paling hujung sekali ( tiada dalam gambar la kira). Hikhik…Ini bermakna bakal menantu dan mertua duduk dalam 1 kejiranan la bermula Jun nnti.

Hehe..suspen saja~Citer pasal mr kau dan si mr kau yg baik hati, mcm jauuuuh sajork (pinjam ayat kak edrina). Ghupenyer depan mata je..haha

Begitulah. Seronok mertua mr fiancee pun…haha. Teruja lebih mama Abby, sama teruja dengan mr fiancee. Mana taknya tgk perabot macam2, jadi berebut kami nk yg mana 1 hehe..seronotnyer~

Ok, settle cerita rumah. Apapun, tggu ketukan jari mengenai aktiviti gotong royog kemas umah minggu depan k?

Dalam sibuk uruskan hal rumah, perkahwinan dan banyak lagi, Khamis lepas kami terasa nk berjalan2 pula. Mr fiancee lain tempat takde nk pegi, wajib harus ke IKEA. Abby…? Layankan saja. Teruja dia lebih lagi2 nk masuk rumah baru. Abby pula sedang2 aja, al-maklum tak boleh nk buat apa2 selagi belum sampai 24 Oktober.

Kalau tidak, saya dulu yg kemas itu ini!lagi2 hias, kemas cantek2 ruang saya nk belajar and ber’tenet’. Confirm cantek, sampai awok jeles ;-P

Kalau dh nama jalan2 ke IKEA, haruslah juga layan wayang. Haha..dah penat jalan2, mesti nk duduk lama kan? So tempat best utk duduk lama, ber’air-cond’ segala…dalam wayang Cathay yg best lagi selesa itulah 😉

Kali ini, kami layan cerita ini.

Best!Kelakar!Yang seronoknya, kami masih lagi ingat setiap karakter yg ada dalam Night at the Museum 1. Bezanya kali ini banyak karakter2 baru diperkenalkan disebabkan patung2 part 1 semuanya dipindahkan ke muzium baru.

Kalau dah Ben Stiller yg berlakon, sure lah best kawan2!

Lakonan Amy Adams dalam citer ni pun cumil~!Dah la dianya mmg cumil, bawa watak sebagai Amelia Earhart, pamnadu kapal terbang wanita pertama yg mengelilingi Antartik (ini sejarah…Abby sendiri kurang pasti).  Merangkap assistant kepada Ben Stiller dalam citer ni, selesaikan kemelut patung2 wax yg ada dan peperangan yg terjadi so called Battle of the Smithsonian.

Pengakhirannya best! Idea untuk muzium tersebut dibuka kepada orang ramai pada waktu malam adalah sangat brilliant~ Abby suka!Cun!Kalaulah Malaysia juga punya ‘muzim malam’……..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s