Perempuan…

Mungkin agak ketinggalan Abby mahu memberi komentar atau mengulas lanjut mengenai cerita yg 1 ini.

perempuan-berkalung-sorban

Abby jadi kepingin bangat mau nonton gara2 membaca 1 komentar yg kawan Abby papar di facebook acc nya.

Pergh, apa angin pula engkau ni Abby? Ngomong jawa kayak reti bennar..(Sila baca dengan slanga Jawa Indonesia ya..)

Lagi pula ada slot filemnya dlm Youtube. Maka, laayaann….

Hasilnya, ermm..barangkali Abby mahu memberikan 2 pandangan peribadi Abby mengenai cerita ini.

1.Ya!Paparan realiti liberalnya Islam tentang hak-hak pembebasan wanita. Pendek kata cerita ini boleh dikategorikan sebagai memberi gambaran buruk tentang Islam. Khususnya wanita..Bayangkan…

a. Perempuan semacam kelas kedua dalam masyarakat

b. Tidak boleh melanjutkan pelajaran tanpa ditemani muhrimnya

c. Tidak boleh menunggang kedua dan cergas

d. Tidak boleh berkarya untuk menghebahkan ilmu, kerana wanita itu sudah terjamin syurganya sekiranya patuh pada suami..

d. Tidak boleh sambung kuliah, kerana lelaki yg lebih berhak peroleh pangkat tinggi..Perempuan, kesudahannya di rumah shj

dan banyak lagi…(sangat banyak, sila nonton..itu yg terbaik!)

sorban-dlm

Sementara, ada beberapa skrip dlm citer ini yg masih Abby ingat jelas…

“Disebabkan di dalam Islam, lelaki itu adalah pemimpin, maka Farid jadi ketua kelas” – walhal Nissa (Revalina S.Temat) menang majoriti.

dan banyak lagi contoh dialog lain yg bagi Abby adakala jelik, benci & hina sangat bunyinya.

Opps….relaks Abby, abaikan emosi….hehe

Walaupun Abby tidak nonton habis cerita Ayat-ayat Cinta yg genrenya lebih kurang serupa, tetapi cerita yg ini mampu memberi anda pelbagai emosi, bisa hingga kecamuk dan beristighfar panjang.

Itulah yg Abby rasakan. Adakala mahu nitis airmata sebab ya la..Perempuan diperlakukan sebegitu rupa (diperlakukan suami yg bukan muslim yg baik) . Walau baik bagaimana sekali didikan ajaran agama, tetapi Tuhan itu kalau mahu menguji tidak kira siapa dan di mana.

Ingat, ‘Life Is Drama’. Jangan ingat cerita (berdasarkan novel) ini imaginasi sahaja, mungkin ada yg benar-benar berlaku dlm kehidupan masyarakat hari ini.

2. Mcm yg Abby katakan, paparan realiti sebenar masyarakat.Ya~ Mungkin itu juga mesej yg ingin disampaikan. Bermakna ada golongan agama atau masyarakat Muslim itu sendiri tidak jelas dalam memahami agama.

Kau bayangkan, andai persekitaran Nissa dalam filem ini masih wujud?? Mungkin ada…tapi bayangkan..

perempuan-berkalung-sorban

Pendek kata cerita ini banyak buat Abby berfikir. Maaf kalau komentar Abby tidak seberapa, Abby bukan bijak pandai utk berdebat. Ilmu masih tidak banyak mana. Kerana..Abby masih belajar, sampai mati Abby pun masih dan akan terus belajar.

Sebab itu, post ini tujuan utk berkongsi pendapat dan cerita sahaja. Kalau dalam sehari tiada apa yg boleh buat anda berfikir, tontonlah apa jua bahan, video dan input yg membolehkan kita berfikir tentang kehidupan..Semoga ada manfaat dan pelajaran yg kita akan peroleh.

Perempuan Berkalung Sorban mungkin boleh menyedarkan banyak pihak, tetapi sayang di Malaysia tidak dipertontonkan…

🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s