Muziknya…

Ya, hujung bulan lalu sana sini orang memperkatakan tentang kematiannya.

Tentang Pemergiannya…

Tentang Agamanya…

Tentang Hartanya…

Tentang Pengebumiannya….

dan banyak lagi persoalan yang tidak berakhir lagi sampai ke hari ini.

Yang pasti….

Cakap-cakap mengenai muziknya memang kekal sampai bila-bila. Siapa tidak kenal ikon yang seorang ini. Abby bukan mengagungkan dirinya, tetapi gemar benar dengan lagu-lagunya. Sampai sekarang, rasa ‘melekat’ dalam kepala genre muziknya. Menarik, Unik dan Lain.

Pendek kata, Abby ingat akan ikon ini bukan kerana dia seorang, tetapi kerana saudara-saudaranya. Tengok sahaja video klip di bawah, Abby jadi terhibur.

1 lg sebab, kerana ‘Nsync ada sama. Hahaha..Meriah industri muzik mereka. Bakat-bakat mereka pelbagai. Tetapi agung mana sekalipun, semuanya kembali juga padaNya. Tiada Ragu.

Semoga dia bersemadi dengan aman.

Kantor…

Alhamdulilah……

Entri Rezeki, Harapan akhirnya bertukar kenyataan.

Pencarian demi pencarian akhirnya ketemu juga sesuatu yang dapat menggembirakan Abby 🙂

Semalam, 7 Julai 09 adalah tarikhnya Abby, buat kali terakhir bergelar petugas Bernama.

Suatu keputusan yang sangat-sangat berat buat Abby. Tempat bekerja pertama lah katakan. Sudah tentu, banyak kenangan tercipta dan ramai kenalan yg sudah terjalin rapat antara Abby dengan mereka.

Sob…sob…sob (dalam hati)

Tiada pula jamu2 makan di hari2 terakhir di Bernama. Tidak mengapa, kerana itu bukan tujuan pun. Tetapi lambakan kata-kata semangat dari insan-insan yg Abby kenal sudah cukup memadai dan kuat bg Abby untuk memulakan kerja baru.

Terlalu ramai yg memberi kata-kata semangat pada Abby. Tidak adil kiranya kalau abby tertinggal walau SATU nama. Maka, kalian lebih tahu siapa diri kalian yg galak memberi dorongan. TERIMA KASIH. Akan Abby buktikan kata-kata kalian itu BENAR, satu hari nanti.

Okay, ke mana hala tuju Abby? Hehe…Masih menjadi rahsia kepada sebahagian orang. Skop kerja masih lagi menggunakan kepakaran kewartawanan tetapi ditokok tambah lagi dengan kerja-kerja yg sememangnya menjadi idaman kalbu, iaitu kerja-kerja sebuah Jabatan Komunikasi Korporat. Yup, really loike!

safeguards_03

Tidak sabar pula hendak membuka lembaran baru! Rakan-rakan doakan yg terbaik utk Abby sebagaimana Abby sentiasa mendoakan kesejahteraan utk anda semua 🙂

Tetapi………….

Kawan-kawan, adakah Abby masih lagi dibenarkan menggunakan gelaran ‘Abbythejournalist’. Rasa sudah sinonim benar dengan dunia blogging.

Am I Allowed?

Takkan, mahu berubah pula menjadi ‘AbbytheCommExe’

Siyes! Tak sesuwaiiiiiiiiiiiiiiiiiii……………!