Sambungan Iftar…

Ramadhan 10

Amacam wajah baru wordpress Abby? Abby suka!Simple sekali lagi temanya, tetapi padat dengan widgets.

Kiranya tidak ada masalah kawan-kawan untuk tidak mengetahui perkembangan terbaru tentang kita.

Ok, masuk Ramadhan ke 10, rumah Abby jadi sepi semula. Cuti hujung minggu yang panjang macam ini memang berlalu dengan sangat-sangat cepat. Masa betul-betul mencemburui saat-saat gemilang macam ini kan?

Sabtu lalu, kalau mengikut laporan status facebook Abby, semua pun tahu kemeriahan suasana berbuka di rumah No 31….Sg Buloh. Dah macam hari-hari raya, hanya tertinggal 1 family sahaja yang tidak dpt dpt turun serta.

Best tak mo hengat!Mr fiancee jadi saksi. Kena minta mr fiancee wat testimonial la macam ni πŸ˜‰

1 malam juga mereka berkampung. Alih-alih majlis iftar bertukar jadi majlis AJK tertinggi 24 Oktober 2009.

Wah, tarikh apa tu? Keramat benor! Sampai kena meeting…

Yes. Gambar ini menjadi bukti.

DSC_1675

See, saya tidak tipu anda bukan. πŸ˜‰

Memang ada meeting al-kisahnya. Hambo sahaja yang tidak tahu menahu. Pembahagian tugas diberitahu, tentatif program pun semua ahli keluarga kena ambil tahu. Wah, begini rupanya kalau hendak buat majlis kahwin ya.

DSC_1659

Macam khusyuk and fokus benar semua orang pun. Hehe…Abby, bukan lagi mendengar, main-main dengan D50. Momen-momen begini la best kalau diambil gambar. Masa ini, Abah yang jadi pengerusi. Bincang kesemua hal utk majlis Abby nanti, dari A-Z.

DSC_1670

Orang yang tidak berapa fokus dengan meeting. Hehe.. Mereka semua memang well-known dengan Abby yang tak reti duduk diam, sebab hobi memang suka snap sana sini. Peace! Diaorang pun dah takΒ  kaku nak pose. Bagus2.

Banyak betul initisari mesyuarat pada malam itu. Abby jadi kaget menghitung hari. Semoga segala urusan dipermudahkanNya. Amin…

Yeay, sekian sahaja cerita hujung minggu yang panjang ini. Minggu depan ada satu kali lagi. Mahu buat apa pula ya?

Persiapan kahwin pulak la.

Guess what?

I’ve tried 2 out of 3 wedding dresses! Both are lovely and dashing~

Yeay!

Kerja tetapi…

Tajuk tidak boleh blah. Apa entah yang menarik entah sampai 1 hari, 2 post?

Ekau tidak punya kerja ya Abby? Lagi mengetuk di blog, kinapa? Wah, ni kena report sama boss ni. Huhu..

Yup, esok la. Kerja tetap kerja. Kerja tetapi…

Kerja yang Jalan-Jalan.

Jalan-jalan ke mana?

Aish, banyak tanya lah ekau ini. Teruja benor gamaknya.

Hehe..Esok berjalan-jalan ke tempat yang sudah sekian lama ditinggalkan. Wangsa Maju. Tempat jauh lagi kan dikenang, begitulah.

Motif ke sana?

SHOPPING!

Untuk siapa?

ORANG LAIN.

Haha Fullstop ya di situ kawan-kawan. Bukan tanda seruan seperti mana di atas. Hilangkah keterujaan Abby? Tidak. Walaupun shopping untuk orang lain, tetapi inilah yang dinamakan menyediakan sumbangan Hari Raya untuk mereka yang memerlukan.

Antara projek yang Abby kena handle di tempat kerja baharu ini, adalah program amal a.k.a CSR (Corporate Social Responsibility) Syarikat. Masyuk kan? Sewonok yang pasti.

Sungguhpun ini pertama kali, harap-harap Abby membeli dan mendapatkan HANYA yang terbaik untuk golongan OKU tersebut. Walaupun cuak, takut-takut tidak menepati selera mereka, tetapi MENCUBA itu tidak ada salahnya. Dengan harapan, Hari Raya nanti semua orang pun gembira πŸ™‚

Di mana kompleks membeli-belahnya, kamu berteka-tekuk la sendiri. Hamba, ikut sahaja kata BOSS. List semua sudah sedia, wang juga, tinggal serbu.

Niat di hati, mahu bekerja dan membantu. Peluang sebegini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan sudah tentu menjadi suatu ‘bonus’ buat diri. Rasa teruja itu lebih untuk membantu sedaya yang mampu. InsyaAllah.

Cuma harapnya, jangan sampai kalian nampak Abby jadi begini :

shoppinggirl

Kalau begini, bermakna Abby SHOPPING untuk diri sendiri. Hehehehe….

*Geleng-geleng kepala…..

Dalam duk bekerja tadi, terdengar lagu yang sering benar gadis comel ini menyanyikannya. Memang betul-betul mengingatkan Abby pada gadis ini.

She’s lucky to be Charice Pempengco, but I’m lucky as well to be myself πŸ˜‰

Setiap kali Abby melihat/mendengar dia yang menyanyikan lagu ini, cepat sahaja air mata mengalir. Sayup. Lagi-lagi Charice memang menyanyi dengan adanya ‘soul’ dalam lagunya.

Selamat Berbuka Semua~

Puasa…

Ramadhan 6

Tup tup sudah masuk enam hari umat Islam berpuasa. Alhamdulilah segala urusan dipermudahkanNya, walaupun ada 1 hari itu agak ‘mati’ Abby dibuatnya, tekak mahupun tenaga badan.

Aish, itulah namanya dugaan. Walau bagaimanapun, Abby sukses pada hari itu~ Tabah sekejap! Hehe..

Bakal keluarga mertua yang juga berkampung di KL sejak Ramadhan 1 juga sudah mahu pulang ke Penang pagi ini. Abby tidak sempat jumpa kerana sudahpun sampai di pejabat. Tetapi sempat lagi terima pesanan khidmat masyarakat menerusi sms daripada mr fiancee mengingatkan supaya hati-hati memandu ke tempat kerja. Oh shweeet~

Sepanjang enam hari berpuasa ini, padat rasanya aktiviti selepas balik kerja 4.45pm. Berbuka di luar, berjalan-jalan sehingga ke Nilai 3 dan banyak lagi la.

Tetamu dari jauh datang, atenyer…Dibawa berjalan-jalan la semua. Tapi syiok, sebab bukan selalu 9 orang dari 2 keluarga ini dapat berkumpul. Alhamdulilah πŸ˜‰

Esok, hari keramat, hari Gaji.

Ceh, ingatkan apa ke mendanya la…

Esok juga, rancangnya mahu ke Ampang Park itu. Mengambil persalinan untuk majlis bertandang. Sudah siap!Baru punya masa untuk ambil. Dan mungkin berbuka di luar dengan mr fiancee, untuk pertama kali Ramadhan tahun ini.

It’s…

1 month 27 days

more to go!

Bila sakit lagi…

Hari itu sudah demam. Kali ini entah apa pula ujian yang datang, kepala lebih-lebih lagi di bahagian belakang berdenyut tak mo hengat. Menekan-nekan, mencucuk-cucuk.

Ada masa di pejabat, dah bertongkat kepala. Kejap-kejap pula urut-urut tengkuk. Kalau diikutkan hati mahu sahaja kepala ditelangkupkan atas meja, tetapi mengenangkan waktu kerja, mmg tak jadi.

Sudahnya, mahu ke washroom pula memanjat la aku ke tingkat 3. Lagi pula ada lelah. Pitam sekejap rasa.

Aish, dugaan mmg dugaan. Selepas 3 hari, baru berpeluang ke klinik. Itupun esoknya sudah Ramadhan.

Alih-alih, doktor bilang ‘Kamu tidak cukup rehat, mungkin hypertension’.

Pulak! Dalam hati :

Itu je??Punyalah tahan sakit, sampaikan hendak drive pun rasa separuh nyawa.

Doktor kata lagi :

Tunggu luar. Nanti saya bagi ubat.

Perjalanan dari klinik ke dalam kereta, aku berdetik lagi :

Biar betul?. Tak boleh jadi, mahu pergi klinik lain la, cek lagi. Esok.

Sampai di rumah, terus-terus rehat. Capai remote Astro, nonton. Denyut lagi kepala ni, tidak boleh tunduk sekalipun. Ada sahaja bahagian yg menjerit sakit.

Tak boleh jadi, turun bawah, makan. Dinner terus. Telan ubat sebelum dan selepas makan, macam yg doktor suruh. Tetapi sedikit takut melihat ubat tahan sakitnya, color biru. Confirm KUAT!

Lepas makan, rehat-rehat. Tunggu Nur Kasih. Dalam duk layan ‘excitement’ dalam episodΒ yg best kali ini, baru tersedar denyut kepala mulai takde.

Giler r. Dasar dadah.

Betul ka?

Aku hypertension???!

Kalau boss baca ini, apakah dia fikir aku mmg tension? Huhu….Wonder.

Macam TIDAK je. Tetapi………….

Pagi hari…

Yeay!Sudah sampai di ofis. Seawal jam 7.40am. Kalau tidak, lagi awal. Tetapi hari ini mr fiancee bermurah hati untuk menghantar tunangannya ke tempat kerja. Apa lagi, cik Abby hanya bergoyang kaki, bersandar bahu sahaja la di dalam kereta pagi ini. Hikhik…

Sudah tentu la tidak. Waktu-waktu begini la time nak luah perasaan, luah tekanan, cerita-cerita pahit manis di tempat kerja, hal ehwal semasa negara dan tidak kurang juga membuat ‘ketupat’ (kadangkala topik yang tidak disengajakan). Ahh di pagi hari, sungguh tidak baik kami. Huhu…

Macam biasa, kalau sudah mr fiancee yang menghantar, Abby sudah tidak perlu risau soal nak parking kereta. Maka, kami dapat juga bersarapan bersama. Chit-chat tak berhenti. Al-maklum, dapat buat begini hanya sekali seminggu. Itupun kalau mr fiancee dapat cuti weekdays.

Malam tadi sebelum tidur, dapat layan K-Drama kejap!Best!Cerita K tidak pernah bosan dari aspek jalan cerita & latar cerita. Tgh layan citer ni.

7ef3f76cfcf2c5348f96fb3559cb08471248506843_full

Best sebab si comel, Kim Bum ada! Latar cerita tentang sukan, dunia sukan baik dari karakter si manager sport talents agency, ahli sukan tu sendiri (Bummy) and si awek Don Bi (yang tidak kurang hebat juga skill tinjunye, dlm citer ni je kut). Begitulah….sebab baru nonton episod 1. Tapi dijamin confirm tidak bosan sampai hujung cerita. Pasal sukan, maka scene demi scene dalam citer ini sudah tentu lari dari streotaip cerita-cerita cinta K-Drama yang lain.

20090604213126

Okies, boss dah sampai. Sign out.

Buat kesekian kalinya…

Wah, tajuk tidak menahan. Sesekali buat comeback, tajuk mesti da bomb! Mengapa ek?

Hehe…Kalian, saya masih ada. Abbythejournalist masih wujud, jangan disangka tiada update, maka empunya badan juga lupus. Kalau lupus sekalipun, hanya sebahagian minda nye dah mcm haywire sedikit.

Eh suka pula guna perkataan haywire itu ek. kenapa eh? Haruslah suka! Saya sedang haywire!

This entry will be a short one. Inilah padahnya kalau update di awal-awal pagi. Mengira detik jam 8.30am, sebelum mula fokus membuat kerja. Huhu.. Dedikasi Abby lately, tetapi tidak juga. Curi-curi juga.

Aish Abby, bila mahu berubah ini? Sudah melupakan tagline yang satu itu ka, ‘Berani Berubah’! Eh, ada kena mengena ke tagline itu dengan Abby? Ishk semakin nk habiskan entry, semakin merapik dibuatnya.

Okies, sekian sahaja ya. Sudah mahu bersiap-siap untuk makan sarap. Minggu hadapan sudah mula berpuasa.

Alhamdulilah, berjumpa lagi Ramadhan kali ini.

Sekian.