Puasa…

Ramadhan 6

Tup tup sudah masuk enam hari umat Islam berpuasa. Alhamdulilah segala urusan dipermudahkanNya, walaupun ada 1 hari itu agak ‘mati’ Abby dibuatnya, tekak mahupun tenaga badan.

Aish, itulah namanya dugaan. Walau bagaimanapun, Abby sukses pada hari itu~ Tabah sekejap! Hehe..

Bakal keluarga mertua yang juga berkampung di KL sejak Ramadhan 1 juga sudah mahu pulang ke Penang pagi ini. Abby tidak sempat jumpa kerana sudahpun sampai di pejabat. Tetapi sempat lagi terima pesanan khidmat masyarakat menerusi sms daripada mr fiancee mengingatkan supaya hati-hati memandu ke tempat kerja. Oh shweeet~

Sepanjang enam hari berpuasa ini, padat rasanya aktiviti selepas balik kerja 4.45pm. Berbuka di luar, berjalan-jalan sehingga ke Nilai 3 dan banyak lagi la.

Tetamu dari jauh datang, atenyer…Dibawa berjalan-jalan la semua. Tapi syiok, sebab bukan selalu 9 orang dari 2 keluarga ini dapat berkumpul. Alhamdulilah 😉

Esok, hari keramat, hari Gaji.

Ceh, ingatkan apa ke mendanya la…

Esok juga, rancangnya mahu ke Ampang Park itu. Mengambil persalinan untuk majlis bertandang. Sudah siap!Baru punya masa untuk ambil. Dan mungkin berbuka di luar dengan mr fiancee, untuk pertama kali Ramadhan tahun ini.

It’s…

1 month 27 days

more to go!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s