Kerja tetapi…

Tajuk tidak boleh blah. Apa entah yang menarik entah sampai 1 hari, 2 post?

Ekau tidak punya kerja ya Abby? Lagi mengetuk di blog, kinapa? Wah, ni kena report sama boss ni. Huhu..

Yup, esok la. Kerja tetap kerja. Kerja tetapi…

Kerja yang Jalan-Jalan.

Jalan-jalan ke mana?

Aish, banyak tanya lah ekau ini. Teruja benor gamaknya.

Hehe..Esok berjalan-jalan ke tempat yang sudah sekian lama ditinggalkan. Wangsa Maju. Tempat jauh lagi kan dikenang, begitulah.

Motif ke sana?

SHOPPING!

Untuk siapa?

ORANG LAIN.

Haha Fullstop ya di situ kawan-kawan. Bukan tanda seruan seperti mana di atas. Hilangkah keterujaan Abby? Tidak. Walaupun shopping untuk orang lain, tetapi inilah yang dinamakan menyediakan sumbangan Hari Raya untuk mereka yang memerlukan.

Antara projek yang Abby kena handle di tempat kerja baharu ini, adalah program amal a.k.a CSR (Corporate Social Responsibility) Syarikat. Masyuk kan? Sewonok yang pasti.

Sungguhpun ini pertama kali, harap-harap Abby membeli dan mendapatkan HANYA yang terbaik untuk golongan OKU tersebut. Walaupun cuak, takut-takut tidak menepati selera mereka, tetapi MENCUBA itu tidak ada salahnya. Dengan harapan, Hari Raya nanti semua orang pun gembira πŸ™‚

Di mana kompleks membeli-belahnya, kamu berteka-tekuk la sendiri. Hamba, ikut sahaja kata BOSS. List semua sudah sedia, wang juga, tinggal serbu.

Niat di hati, mahu bekerja dan membantu. Peluang sebegini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan sudah tentu menjadi suatu ‘bonus’ buat diri. Rasa teruja itu lebih untuk membantu sedaya yang mampu. InsyaAllah.

Cuma harapnya, jangan sampai kalian nampak Abby jadi begini :

shoppinggirl

Kalau begini, bermakna Abby SHOPPING untuk diri sendiri. Hehehehe….

*Geleng-geleng kepala…..

Dalam duk bekerja tadi, terdengar lagu yang sering benar gadis comel ini menyanyikannya. Memang betul-betul mengingatkan Abby pada gadis ini.

She’s lucky to be Charice Pempengco, but I’m lucky as well to be myself πŸ˜‰

Setiap kali Abby melihat/mendengar dia yang menyanyikan lagu ini, cepat sahaja air mata mengalir. Sayup. Lagi-lagi Charice memang menyanyi dengan adanya ‘soul’ dalam lagunya.

Selamat Berbuka Semua~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s