Celoteh…

Ramadhan 16

Baru sahaja lepas bersahur. Hendak bercoloteh dengan sekalian umat yang ada di dalam rumah waktu ini, macam tidak relevan. Jadi, memilih untuk blogging supaya dapat celoteh segala isi hati.

Huhu, pengenalan yang tidak best. Mesti kau tiada hala tuju menulis ni Abby? Hehe..

Agak la. Sekadar mengisi waktu yang ada.

Sudah masuk ramadhan ke 16 bermakna kurang 2 minggu sahaja lagi sambutan Hari Raya pula.

Baju Raya :

Serius, TIADA.  Baju kurung tahun lalu masih elok lagi digayakan, maka memilih untuk tidak membeli apa-apa baju yg istimewa untuk raya kali ini. Kalau ingin bergaya sekalipun, mungkin Abby beratkan pada gaya pemilihan tudung dan make-up sepanjang Syawal nanti. (^_^)

Cuti Raya :

Juga tidak panjang. Masuk Syawal 4 sudah kembali bekerja. Memilih untuk tidak bercuti raya panjang kerana bakal bercuti sakan Oktober nanti. That is the most exciting part after Ramadhan. Hehehe…

Destinasi Raya :

Khabarnya pagi Raya, Abby dan keluarga akan berada di rumah sajork. Kemudian sahaja baru menziarah keluarga besar di Segambut (setengah hari lazimnya) dan diikuti Sabak Bernam (sebelah petangnya baru bertolak). Al-maklum, sudah menetap di Sungai Buloh ni, maka destinasi nak beraya tu orang kata ‘Intai kanan raya kat Segambut, intai kiri dah boleh raya kat Sabak pulak’ *peace

1 perkara tidak siyok pasal raya ni, mr fiancee yg tidak dapat beraya tahun ni. Kesian, khabarnya raya ke5 la baru boleh bercuti.

Ishk, kejam. Tak apa, barangkali rezeki tahun-tahun hadapan milik kita k, mr fiancee? Jangan sedih-sedih. Ada lagi baik kalau kita kenang kenduri bulan 10 nanti. Masyuk~~

Duit Raya:

Bab ini tidak tahu pula seronok atau tidak mahu dikhabarkan di sini. Hahahaha…

Tahun ini mesti ada alasan-alasan berikut yang terpacul dari mulut Abby :

1. ‘Economy downturn. Jangan marah kalau dapat ciput’

2. ‘Setahu Kak Bilah, kalau kat tempat kerja tu (ini pengalaman break-bulk), duit RM1 paling banyak ada kat bank-bank. So RM1 je la ya sorang satu’

3. ‘Huhu Kak Bilah bajet lari la tahun ini. Lagipun nak kahwin, so sikit je lah ya’

Hehe..Paling relevan pun jawapan no 3 tu, Abby. Mesti ramai faham. Haha…

* Sekadar gurauan. Niaya je kalau ada sepupu sepapat ku yang reti baca blog (^___^)

Pendek kata, Syawal tahun ini bagi Abby ala kadar sahaja. Ala kadar yang amat-amat la. Baik persiapan mahupun emosi dalaman ni. Tumpuan lebih kepada kenduri nanti. Abby juga yakin saudara-mara yang ada juga tentu-tentu buat persediaan (cuti esp.) untuk kenduri anak sulung Pak Ngah ni. *peace

Salam Ramadhan.

Advertisements

One thought on “Celoteh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s