Lebaran Kali Ini…

Lebaran kali ini cukup, cukup sederhana. Cukup dengan kehadiran keluarga tercinta di sekeliling, dengan kesihatan yang walafiat diberikan serta kehadiran seorang insan yang bakal bergelar pasangan hidup. Cukup.

1 Syawal adalah esok hari. Di sebelah pagi Abby dan keluarga (kemungkinan disertai juga oleh Mr fiancee) akan beraya di Segambut (tahun pertama tanpa Nenek Timah) dan diikuti sebelah petangnya pula di Sabak Bernam. Mungkin tidur di sana semalam dua.

Bila sudah berpindah ke Sungai Buloh, sudah tidak merasa kami jarak perjalanan yang jauh. Jenguk kiri, jenguk kanan…sampai dah ke kampung. Alhamdulilah 🙂

Tiada apa lagi yang mahu ditintakan buat masa ini. Melainkan rasa syukur kerana dapat menunaikan ibadah puasa di samping berharap ketemu lagi Ramadhan tahun hadapan. Syukur juga kerana hari raya ini, Abby dapat meraikannya dengan ‘aman’ sekali tanpa usikan kerja. Alhamdulilah 😉

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin

dari Nabilah Saleh & Ismail Ali

untuk sahabat handai dan semua pembaca Abbythejournalist yang setia mengikuti perjalanan suka duka hidup kami, tidak kurang juga yang tidak meminatinya (barangkali)..

Semoga Lebaran ini diraikan dengan meriah bersama keluarga dan insan tersayang, berwaspada ketika memandu pergi dan pulang ke kampung halaman serta beroleh barakah dan 1000 kegembiraan di hari yang mulia ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s