Cerita Lebaran….

Yeay!Sesi mengetuk story!

Menghitung hari sahaja Abby ni untuk ‘mengetuk’ story Lebaran 1430H taw~

Al-maklum, raya kedua sahaja kami dah kembali ke rumah tatkala kawasan perumahan masih sunyi sepi. Raya ketiga pula sudah di SOGO. Bayangkan 😉

Perjalanan Lebaran kali ini hendak dipendekkan cerita begini sahaja :

Sg Buloh – Segambut – Sabak Bernam – Sg Buloh sajork 🙂

Setakat itu sahaja!Yang benar!Tetapi tetap manis dan tetap beraya. Bermula dengan….

Pagi 1 Syawal :

Abby bersiap mengenakan pakaian berwarna coklat keperangan pemberian bakal mertua. Manis. Dipadankan dengan tudung fesyen terkini (pakai sarung) dan tudung Siti di bahagian luar sudah cukup membuatkan diri terasa dah boleh pose ala diva tak hengat.

Tak dapat bayangkan? Tengok ja gambar di bawah~

DSC_0455-1

Eh cepat betul Mr fiancee interframe ek. Tak mengapa, layankan sahaja. Kasihan dia kerna tidak dapat pulang beraya. Hanya dapat pulang ke kampung seminggu sebelum tarikh pernikahan kami.

Berbalik soal pose tadi, ala..deskripsi sahaja yang lebih. Sedangkan gaya fesyen ala biasa sahaja. Harus. Sebab yang wajib, yang meriah, yang dashing…waktu SANDING nanti. 😉

Waktu pagi-pagi raya begini, mood raya masih lagi gemilang. Soal bergambar jangan cakap. Kamilah orangnya.

DSC_0443-2

Eh interframe lagik. 😉 Sudah bermaafan raya, classssssss gitu.

DSC_0448-3

Ok cukup sudah mood gembira. Tukar, tukar  mood.

Waktu bermaafan pagi itu, semerta air mata Abby mengalir sebaik sambut huluran tangan Abah. Hati sedari subuh sudah berdetik…

Raya ini raya terakhir sebelum aku bergelar isteri orang, menantu orang dan tidak lagi berada di bawah tanggungan Abah & Mama

Sayu, memang sayu rasanya. Menangis persis anak kecil. Kata-kata maaf sahaja yang terucap. Ayat panjang lebar tak mampu terucap rasanya. Tak terbendung rasanya dosa kepada Abah & Mama. Kalau hendak dibandingkan jasa mereka dengan wang ringgit bulanan itu, memang sampai kiamat pun tidak terbalas. Sedih, hanya air mata sahaja yang dapat menginterpretasikannya.

 Jauh di sudut hati, adik-adik mungkin tidak faham. Disangka mereka air mata Abby mungkin sebab ‘jiwa sensitif ala ala brutal luarannya’. Mr fiancee pula buat-buat faham. Tidak mengapa….Hati perempuan ini sahaja yang menggedik lebih di pagi raya. Abaikan.

Gambar sememeh itu? Jangan ditanya. Ada, tetapi segan deh. 😉

Selesai menjamu selera, kami ke Segambut. Sesampai di sana, ternyata tiada saudara-mara yang di sana. Dua tahun kebelakangan ini, sejak pemergian Pak Itam & kini Nenek Timah, rumah kampung di Segambut seakan ‘mati’ sambutan rayanya. Sedikit kecewa, tetapi kami hiburkan sendiri dengan sakan bergaya depan D50.

DSC_0481-3

DSC_0492-5

Boring dah tengok muka kami? Okey, kita BERTUKAR!

Terus dari Segambut, kami ke Sabak Bernam. Perjalanan hanya sejam setengah sahaja.

DSC_0536-5

Di sini, saudara mara juga masih tidak ramai. Kesemuanya beraya di sebelah mertua masing-masing. Maka, keriuhan ‘anak-anak’ Abby memang tidak kedengaran dari jauh. Takpe, redha. Tahun-tahun hadapan, giliran Abby pula kena beraya di sebelah keluarga yang 1 lg. Kena praktis tidak menggedik sedih.

DSC_0546-11

Petang Syawal, kami habiskan masa bersembang petang di tangga rumah. Abby dengan D50 tidak lekang, ada sahaja di sisi. Leka mereka berborak, sakan Abby mengambil gambar mereka. Borak hingga ke petang, sambil juga menunggu Cik Yak 1 famili. Menjelang Maghrib, mereka sampai.

DSC_0544-9

Pagi 2 Syawal :

Pagi-pagi lagi sudah bertempik sana sini si kecil and si genit yang ada di rumah kampung. Berlari ke depan dan belakang rumah, membuatkan orang lain termasuk Abby yang lena tak sedor diri, tak hengat nak bangun pagi.

Apa lagi?Jalan-jalan raya time la kawan.

Kita layan gambar okey?

DSC_0597-16

Isya yang comel, makin cantik.

DSC_0598-17

DSC_0603-20

Cukup. Abby nak celoteh pulak, tak kira.

1 lg aktiviti menarik untuk Syawal kali ini, bila bertandang ke rumah saudara mara jauh di Sabak Bernam, Abby, Mama & Abah adalah orang terakhir yang bersalaman dengan tuan rumah. Kenapa? Contoh situasi macam di bawah:

DSC_0614-2

Mana tidaknya, ini semua urusan jemput-menjemput untuk Oktober nanti. Yang tua, yang jauh di kampung tetap tidak Abah lupakan. Semuanya akan dibawa 1 bas nanti, untuk hadir kenduri. Best!Siyok!Saya sangat suka!Kemeriahan dari yang kecil sehinggalah yang tua semua pun ada. Sayang abah mama! Mereka baik, mereka ramah sebab tu mereka punya ramai kawan. Abby harus lebih berguru bagaimana nak ada ‘network’ sebesar Mama & Abah.

Boleh tak kita bersurai di sini?Semacam tidak punya idea untuk bertinta. Layan gambar jom.

JOM!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s