Jantung hati…

Bila si jantung hati ada di depan mata, berlari ke arah mu, apa kau rasa?

Wah, belum apa-apa sudah bermadah. Angin rendang kus-kus separa masak ke Abby, yang kau makan?

Argh, mana ada rendang yang tak sedap pagi raya. Lagi-lagi rendang ayam & daging di kampung tempoh hari. Walaweihh….~ Nikmat!

Abby mana punya ramai jantung hati, yang ada yang itu sahajalah….yang seorang itu. Tetapi dia bermadu. Adat la bukan. Bermadu pun dia rela, baik sungguh si jantung hati saya. Mana tidaknya bermadu dengan seramai ini, mahu tak mahu kenalah rela…Tak begitu, mr fiancee?

Ramai kan ‘madu’ you, cubalah you kira…

DSC_0646-3

Kesian Mr fiancee, belum lagi memulakan perjalanan hidup bersama Abby, sudah dimadukan. Tetapi tidak mengapa, kerana Mr fiancee serba memahami bakal isterinya. Pantang tengok budak kecil, Mr fiancee sudah tahu tunangannya akan ‘naik hantu’.

Terjerit-jerit, sama jerit dengan si kecil. Mr fiancee juga tahu, kalau kami sekeluarga besar sudah berkumpul beramai-ramai, tukang jerit dan teriak bertukar jadi ramai lebih-lebih lagi time bebudak di atas tengah buas. Huhu…

Meriah, kawan-kawan!

Bukan bebudak sahaja yang buas, makcik-makcik pun lebih kurang. Mujur pakcik-pakcik pendiam and senyum atau gelak ala-ala gadis melayu sahaja (nasib…kecuali pakcik giloz yang seorang tu, yg syg benar dengan KLCC, sampai tidak beraya dengan kami ;-p ).

Ini semua gambaran suasana raya apabila kesemua ‘madu-madu’ Mr fiancee, serta pakcik makcik yang datang beraya ke rumah Abby semalam.

Abby yang sudah bekerja semalam, diambil oleh Mr fiancee waktu balik kerja (so shweet of you!). Di rumah, sudah terbayang dalam kepala confirm hingar bingar jadinya dengan si kecil berlari keluar masuk rumah Pak Ngah yang bersegi-segi itu.

Memang betul!. Sesampai sahaja di rumah, Abby jadi tak keruan hendak peluk yang mana satu anak-anak yang ada.

Wah, statement. Sorry, anak orang ngaku anak sendiri!I peduli apa. Nak tunggu anak sendiri, lama lagi. Hehe…Kalau ada (InsyaAllah), bila join ‘madu-madu’ yang ramai ini, huhu…tidak terbayang dalam kepala macam mana rupanyer 😉

Mereka semua datang empat kereta. Tetapi perjumpaan untuk sekejap cuma. But what I loike best, bila bersalaman untuk balik, semua pun berkata ;

Kita jumpa bulan 10 nanti!

Abby balas :

Ok!Sayang sikit?

Ada juga anak-anak yang menjerit ;

Kak Bilah, nanti cuti sekolah kita datang lagi eh. Kak Bilah bawak jalan-jalan okeyh?

Abby pun balas ;

Belajar rajin-rajin dulu, jangan lawan cakap mak abah, baru boleh datang rumah Pak Ngah. Nanti kak Bilah bawak jejalan.

Yang tidak menahannya, ada pula yang sudah pun berkata begini ;

Selamat Pengantin Baru!

Eh tetiba sangat. Sungguh saya tidak bersedia. Mr fiancee lagi lah tersipu malu mendengarnya. Hahaha…

DSC_0688-11

Luqman paling genit, paling comel and paling diam dalam banyak anak-anak yang ada.

Cukup ke episod Jantung Hati setakat ini?

Tadi cam banyak giler idea nk citer pasal anak-anak. Bersambung ah…Putus idea.

xoxo

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s