Cerita baru…

Tup tup sudah seminggu kami tinggal serumah sebagai suami isteri. Cepat betul masa berlalu. Masih terngiang-ngiang lagi kemeriahan hari persandingan kami. Best ever di kalangan perkahwinan ahli keluarga sebelum-sebelum ini!

Masih teringat-ingat kemeriahan jiran tetangga dan ahli keluarga yang datang menolong, persalinan baju perkahwinan yang cantik-cantik belaka, keriuhan anak-anak kecil pangkat sepupu kepada Abby berlari keliling rumah, keceriaan sahabat dan kawan baik yang datang menemani Abby sepanjang 2 hari 2 malam majlis dan banyak lagi la.

Sangat seronok. Alhamdulilah, impian majlis perkahwinan yang sederhana tetapi MERIAH menjadi nyata. Terasa kebaikan kedua orang tua Abby berbayar melihat mereka gembira dengan kunjungan hadirin yang datang. Syukur.

Kehidupan bersuami?

Alhamdulilah, terasa ada pelindung sentiasa. Tidak perlu takut kerana dia ada di sisi.

Tipu je Abby tu. Kalau suami keje malam, penakut juga~ 😉

Abby lagi sedang mencuba membiasakan diri dengan fasa kehidupan yang baru ini. Abby percaya Abby boleh melakukan dan melaluinya dengan baik.

Terasa seperti mahu membuat dedikasi khas kepada kalian yang sudi hadir ke majlis keraian kami minggu lalu. Lihat sahaja gambar-gambar di bawah:

Slide1

I heart what Mr Kyle Brachon has comment about the whole wedding of mine on Facebook. It sounds so cool till my parents feel touched by it. I bet it was sincere come from your heart, Mr Kyle. Thanks a lot to you and wife for coming the other day. :-).

Tidak cukup dengan itu, zillion thanks to everyone who pray and wish for our happiness in marriage, including this:

Slide2

Slide4

Yang ini pula, moment yang paling best dan sangat sangat meninggalkan kesan pada Abby, Mr Hubby dan keluarga besar kami. Abby juga terhutang budi dengan Nayzi, kerana dengan bantuannya impian untuk membuat tarian poco-poco menjadi kenyataan. Siapa sangka sambutannya, sungguh luar biasa kan Izyan? 😉 Satu sahaja perkataan yang boleh menggambarkan bagaimana individu ceria dan sporting habis dalam video-video ini. Anda semua sangat ………..

COMEL!!!!!

Slide3

Pendek kata, saya dan suami gembira melihatkan tetamu yang hadir juga gembira. Terima kasih berbanyak-banyak. Kepada kawan baik kami dan rakan photografer, thanks sebab menceriakan suasana dan mood perkahwinan Abby & Mael.

You are all the best!!!!!

p/s: Tidak sabar pula untuk bersiap sedia ke majlis bertandang di Ayer Itam, Pulau Pinang Nov ini. Sebab kawan-kawan saya ada. Doa anda juga sentiasa ada bersama saya dan suami. Alhamdulilah.

Advertisements

1Kasih…

8222_191597217925_49012822925_3943570_6054563_n

Alhamdulilah, kami telah selamat disatukan. Tarikh keramat 23 Oktober menjadi saksi. Hubungan cinta yang terjalin lebih 3 tahun kini diikat kemas. Tiada lain melainkan rasa syukur pada Illahi kerana dipanjangkan usia dan umur untuk terus melayari kehidupan yang berlainan fasa dan rentak.

Dinikahkan oleh bapa tercinta buat Abby terharu benar waktu saat diijabkabul. Tersentuh hati kerana Abah sudi ‘menyerahkan’ sendiri anak sulungnya kepada seorang lelaki. Terima kasih Abah!Dengan semerta, mata bergenang je. Mimik muka Abah & Mama bersilih ganti dalam kepala. Tup tup, selesai. Abby sah menjadi milik Muhd Ismail Ali.

Kini, usia perkahwinan baru masuk hari ke-3. Terlalu awal untuk menilai diri di tahap mana. Hari demi hari, ada sahaja azam dan angan yang ingin Abby realisasikan bersama-sama insan yg Abby cintai. Semua sudah senang, banyak aktiviti dapat dilakukan bersama dan sudah tiada kerisauan lagi. Terima kasih Mr Hubby kerana sudi menerima diri ini 😉

Semoga perkahwinan kita kekal sampai hujung nyawa. Saya cinta kamu!

p/s: Sangat berterima kasih atas kehadiran semua kenalan dan sahabat di Hari Himpunan Bersejarah 24 Oktober lalu. Abby & Mr Hubby gembira kerana anda semua sudi berkongsi kegembiraan dan meraikan kami. Terhutang budi juga dengan jiran-jiran yang sudi membantu Abby sekeluarga. Paling tidak dilupakan, tarian ‘poco-poco’ berjaya mengeratkan cinta dan silaturahim sesama keluarga besar Abby. Thanks a lot!

Anda semua sangat sangat sangat COMEL!

Ucapan Bermakna…

Tiada lain yang dapat menggembirakan, meng’gula-gula’kan dan mem’bunga-bunga’ kan hati selain mendapat khidmat pesanan ringkas seperti di bawah;

Dear Abahku: Syukur & Tahniah. Work from your heart, soul, mind and body.

Lover: Tahniah sayang, B doakan sayang terus sukses.

Asyik. Seronok habis. Abby sah bergelar pekerja selepas tamat tempoh percubaan 3 bulan.

Rezeki. Alhamdulilah.

Walimatulurus…

Walimatulurus_Undangan

Salam sejahtera buat semua. Salam kebahagiaan juga buat anda dan seisi keluarga, mahupun insan yang anda cinta dan sayang.

Sungguh petang ini, bahasa yang Abby hendak gunakan biar yang baik-baik dan lembut sahaja. Ala penuh dengan belaian kasih sayang dan seribu rahmat kebahagiaan yang bakal muncul.

Arghh, padahal hati tidak. Mr fiancee pulang ke kampung halaman utk 4 hari. Kaget!Feeling tak besh benor! Jauh je rasa…okay, berpijak di bumi nyata Abby! hehe..

Dalam duk menghitung hari, Abby akui satu-persatu simptom kronik a.k.a ‘orang nak kahwin mmg alaminya kut’ berlaku, antaranya:

1. Tidak lena tidur malam. Masuk tido seawal jam 10pm. Tetapi selang dua jam mesti terjaga. Tepat jam 6am, terjaga terus tak fikir panjang, bersiap pergi kerja. Serius, tidur yang tidak ada kualiti sejak seminggu lepas.

2. Di tempat kerja, sudah mula ada tanda-tanda ‘haywire’

Arghh tidak, memang berlaku kesilapan. Mujur tidak membawa kepada kemarahan yang menggila. Ampun, sangat-sangat dikesali. Cis, haywire benor!

3. Buat apa pun serba tak kena. Contoh situasi: sangat-sangat nervous dan cuak bila tengok rumah bersepah.

Apakah? Faham tak? Serabut. Tengok penggunaan ayat pun dah macam wayar celaru.

Maksudnya, sendiri rasa tak confident, sendiri rasa ‘tidak perfect’ dan macam-macam lagilah.  Aishhhh…Shouldn’t be this way, kan kengkawan? Banyak juga Abby berdoa agar semuanya OK menjelang saat-saat akhir ini.

Sekian, tidak mahu cerita lebih pasal ini.

Hadirlah rakan-rakan blogger dan semua sahabat serta kenalan
ke Hari Himpunan Bersejarah saya dan pasangan mengikut keterangan di atas. Kehadiran anda sememangnya dinantikan pasangan mempelai serta tuan rumah. Moga kegembiraan hari bersejarah ini dapat saya kongsikan bersama anda semua, yang sudi hadir meraikan cinta kami. 🙂

Oh tidak sabar rasanya untuk memanjakan diri di D’Ratu minggu hadapan. Juga ‘Hen’sParty’ bersama BFF di Cineleisure. Cant cant wait. Teruja!

Hitung hari…

Yang benar, lagi nyata. Hanya tinggal…

17 hari

sahaja lagi.

Ampun memang kaget sekejap rasanya. Memang lurve tengok ticker wedding, tetapi lurve juga hati ini untuk dup dap.

Bila berborak dengan Mr fiancee, kami siap bertekak macam orang tak percaya tarikh dah dekat.

Apa kau giler Abby? Makin nak kahwin, makin bertekak?! Argh bertekak mengada-ngada. Dulu beriya citer kat orang, ‘Lama lagi….’, ‘4 bulan lagi…’. Ha amik kau…sekarang, terdiam ja. Bila ditanya, senyum kambing kami.

Persiapan?

Alhamdulilah. Bilik Abby sudah tidak seperti bilik anak dara tetapi sudah seperti bilik pengantin. Kosong, sepi. Tiap-tiap hari pun kena bebel dengan Mama. Kalau tidak, sampai ke sudah Abby tidak keruan hendak mulakan langkah mengemas itu ini.

Untuk pengetahuan, Abby bercuti kahwin pun bermula Jumaat, hari nikah itu. 22hb, Abby masih lagi bekerja. Harap-harap tidak akan banyak tekanan hari itu. Balik kerja, berehat, tolong-tolong sambil tunggu saudara mara datang.

Ah asyik, anak-anak akan datang lagi umah Kak Bilah!Tidak sabar mahu bergambar kahwin bersama mereka semua.

Kembali bekerja semula pun pada Selasa, 27hb. Memang tidak dapat bercuti panjang.

Menunggu pula majlis bertandang selang 3 minggu. Itupun kes serupa. 21 Nov, tarikh sanding. 20 Nov Subuh baru kami bertolak pulang ke Penang. Menyusul di sebelah petangnya pula, saudara mara dan keluarga Abby bertolak ke pulau. Bermalam di satu pusat peranginan yang telah pihak keluarga mertua sediakan.

Kelainan ?

Majlis kahwin semua pun serupa. Ada upacara nikah, ada juga upacara bersanding.

Cuma..

Abby ingin lakukan sedikit kelainan. Moga-moga menjadi dan lancar semuanya. Kelainan yang dimaksudkan adalah yang setakat ini di dalam keluarga Abby, tiada siapa lagi yang pernah adakan seumpamanya.

Aku tahu, orang lain lagi sakan majlisnya. Beriya!Apalah sangat kelainan yang 2 ini. Tak apa, niatnya biar semua happy. Biar aku juga happy!

Oh ya, sebelum itu biar Abby perkenalkan tema perkahwinan iaitu…

Meriah tetapi penuh kesederhanaan!

Bila sudah diagih-agih kad jemputan, terasa tidak cukup print 1000 keping shj.

Ahhh stress…backup cards takde. Cis, itupun kau nak citer ke Abby? Huhu..

Berbalik pada soal  kelainan, tentatif program adalah seperti berikut :

23hb Oct (3pm) – Akad Nikah

23hb Oct (8pm) – Malam Berinai, Poco-poco dance

24hb Oct (10am) – Majlis Khatam Al-Quran

24hb Oct (2pm) – Majlis Persandingan

Ermm..ada kelainan ker? Ada ker? Lu pikirlah sendiri. Hehe

See you guys there! Cant wait!