Hitung hari…

Yang benar, lagi nyata. Hanya tinggal…

17 hari

sahaja lagi.

Ampun memang kaget sekejap rasanya. Memang lurve tengok ticker wedding, tetapi lurve juga hati ini untuk dup dap.

Bila berborak dengan Mr fiancee, kami siap bertekak macam orang tak percaya tarikh dah dekat.

Apa kau giler Abby? Makin nak kahwin, makin bertekak?! Argh bertekak mengada-ngada. Dulu beriya citer kat orang, ‘Lama lagi….’, ‘4 bulan lagi…’. Ha amik kau…sekarang, terdiam ja. Bila ditanya, senyum kambing kami.

Persiapan?

Alhamdulilah. Bilik Abby sudah tidak seperti bilik anak dara tetapi sudah seperti bilik pengantin. Kosong, sepi. Tiap-tiap hari pun kena bebel dengan Mama. Kalau tidak, sampai ke sudah Abby tidak keruan hendak mulakan langkah mengemas itu ini.

Untuk pengetahuan, Abby bercuti kahwin pun bermula Jumaat, hari nikah itu. 22hb, Abby masih lagi bekerja. Harap-harap tidak akan banyak tekanan hari itu. Balik kerja, berehat, tolong-tolong sambil tunggu saudara mara datang.

Ah asyik, anak-anak akan datang lagi umah Kak Bilah!Tidak sabar mahu bergambar kahwin bersama mereka semua.

Kembali bekerja semula pun pada Selasa, 27hb. Memang tidak dapat bercuti panjang.

Menunggu pula majlis bertandang selang 3 minggu. Itupun kes serupa. 21 Nov, tarikh sanding. 20 Nov Subuh baru kami bertolak pulang ke Penang. Menyusul di sebelah petangnya pula, saudara mara dan keluarga Abby bertolak ke pulau. Bermalam di satu pusat peranginan yang telah pihak keluarga mertua sediakan.

Kelainan ?

Majlis kahwin semua pun serupa. Ada upacara nikah, ada juga upacara bersanding.

Cuma..

Abby ingin lakukan sedikit kelainan. Moga-moga menjadi dan lancar semuanya. Kelainan yang dimaksudkan adalah yang setakat ini di dalam keluarga Abby, tiada siapa lagi yang pernah adakan seumpamanya.

Aku tahu, orang lain lagi sakan majlisnya. Beriya!Apalah sangat kelainan yang 2 ini. Tak apa, niatnya biar semua happy. Biar aku juga happy!

Oh ya, sebelum itu biar Abby perkenalkan tema perkahwinan iaitu…

Meriah tetapi penuh kesederhanaan!

Bila sudah diagih-agih kad jemputan, terasa tidak cukup print 1000 keping shj.

Ahhh stress…backup cards takde. Cis, itupun kau nak citer ke Abby? Huhu..

Berbalik pada soal  kelainan, tentatif program adalah seperti berikut :

23hb Oct (3pm) – Akad Nikah

23hb Oct (8pm) – Malam Berinai, Poco-poco dance

24hb Oct (10am) – Majlis Khatam Al-Quran

24hb Oct (2pm) – Majlis Persandingan

Ermm..ada kelainan ker? Ada ker? Lu pikirlah sendiri. Hehe

See you guys there! Cant wait!

Advertisements

One thought on “Hitung hari…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s