1Kasih…

8222_191597217925_49012822925_3943570_6054563_n

Alhamdulilah, kami telah selamat disatukan. Tarikh keramat 23 Oktober menjadi saksi. Hubungan cinta yang terjalin lebih 3 tahun kini diikat kemas. Tiada lain melainkan rasa syukur pada Illahi kerana dipanjangkan usia dan umur untuk terus melayari kehidupan yang berlainan fasa dan rentak.

Dinikahkan oleh bapa tercinta buat Abby terharu benar waktu saat diijabkabul. Tersentuh hati kerana Abah sudi ‘menyerahkan’ sendiri anak sulungnya kepada seorang lelaki. Terima kasih Abah!Dengan semerta, mata bergenang je. Mimik muka Abah & Mama bersilih ganti dalam kepala. Tup tup, selesai. Abby sah menjadi milik Muhd Ismail Ali.

Kini, usia perkahwinan baru masuk hari ke-3. Terlalu awal untuk menilai diri di tahap mana. Hari demi hari, ada sahaja azam dan angan yang ingin Abby realisasikan bersama-sama insan yg Abby cintai. Semua sudah senang, banyak aktiviti dapat dilakukan bersama dan sudah tiada kerisauan lagi. Terima kasih Mr Hubby kerana sudi menerima diri ini 😉

Semoga perkahwinan kita kekal sampai hujung nyawa. Saya cinta kamu!

p/s: Sangat berterima kasih atas kehadiran semua kenalan dan sahabat di Hari Himpunan Bersejarah 24 Oktober lalu. Abby & Mr Hubby gembira kerana anda semua sudi berkongsi kegembiraan dan meraikan kami. Terhutang budi juga dengan jiran-jiran yang sudi membantu Abby sekeluarga. Paling tidak dilupakan, tarian ‘poco-poco’ berjaya mengeratkan cinta dan silaturahim sesama keluarga besar Abby. Thanks a lot!

Anda semua sangat sangat sangat COMEL!

Advertisements

One thought on “1Kasih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s