Cerita baru…

Tup tup sudah seminggu kami tinggal serumah sebagai suami isteri. Cepat betul masa berlalu. Masih terngiang-ngiang lagi kemeriahan hari persandingan kami. Best ever di kalangan perkahwinan ahli keluarga sebelum-sebelum ini!

Masih teringat-ingat kemeriahan jiran tetangga dan ahli keluarga yang datang menolong, persalinan baju perkahwinan yang cantik-cantik belaka, keriuhan anak-anak kecil pangkat sepupu kepada Abby berlari keliling rumah, keceriaan sahabat dan kawan baik yang datang menemani Abby sepanjang 2 hari 2 malam majlis dan banyak lagi la.

Sangat seronok. Alhamdulilah, impian majlis perkahwinan yang sederhana tetapi MERIAH menjadi nyata. Terasa kebaikan kedua orang tua Abby berbayar melihat mereka gembira dengan kunjungan hadirin yang datang. Syukur.

Kehidupan bersuami?

Alhamdulilah, terasa ada pelindung sentiasa. Tidak perlu takut kerana dia ada di sisi.

Tipu je Abby tu. Kalau suami keje malam, penakut juga~ 😉

Abby lagi sedang mencuba membiasakan diri dengan fasa kehidupan yang baru ini. Abby percaya Abby boleh melakukan dan melaluinya dengan baik.

Terasa seperti mahu membuat dedikasi khas kepada kalian yang sudi hadir ke majlis keraian kami minggu lalu. Lihat sahaja gambar-gambar di bawah:

Slide1

I heart what Mr Kyle Brachon has comment about the whole wedding of mine on Facebook. It sounds so cool till my parents feel touched by it. I bet it was sincere come from your heart, Mr Kyle. Thanks a lot to you and wife for coming the other day. :-).

Tidak cukup dengan itu, zillion thanks to everyone who pray and wish for our happiness in marriage, including this:

Slide2

Slide4

Yang ini pula, moment yang paling best dan sangat sangat meninggalkan kesan pada Abby, Mr Hubby dan keluarga besar kami. Abby juga terhutang budi dengan Nayzi, kerana dengan bantuannya impian untuk membuat tarian poco-poco menjadi kenyataan. Siapa sangka sambutannya, sungguh luar biasa kan Izyan? 😉 Satu sahaja perkataan yang boleh menggambarkan bagaimana individu ceria dan sporting habis dalam video-video ini. Anda semua sangat ………..

COMEL!!!!!

Slide3

Pendek kata, saya dan suami gembira melihatkan tetamu yang hadir juga gembira. Terima kasih berbanyak-banyak. Kepada kawan baik kami dan rakan photografer, thanks sebab menceriakan suasana dan mood perkahwinan Abby & Mael.

You are all the best!!!!!

p/s: Tidak sabar pula untuk bersiap sedia ke majlis bertandang di Ayer Itam, Pulau Pinang Nov ini. Sebab kawan-kawan saya ada. Doa anda juga sentiasa ada bersama saya dan suami. Alhamdulilah.

Advertisements

2 thoughts on “Cerita baru…

    • Terima kasih atas ingatan mulia anda….
      Pada asalnya, saya memang tidak tahu menahu akan adanya seperti pada ‘link’ yg anda sertakan di atas…
      Hanya sebaik sahaja, kawan saya beritahu (walaupun tidak setuju dengan kenyataan di atas), barulah saya tahu mengenainya…

      Pada pendapat saya, nawaitu saya pada asalnya (in fact, sehingga ke hari ini), tarian itu adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga dan kejiranan. Tiada niat lain, itu pasti!Alhamdulilah, ternyata semua gembira dan pada majlis tersebut juga, semuanya terkawal.

      Pokok pangkal, niat saya. Tiada juga yang berpakaian tidak senonoh atau perkara-perkara yang mengkhayalkan berlaku. Walaupun ada yang tidak senang dengan kenyataan saya ini, sudah tentu saya serba jelas dengan apa yang saya buat dan memikirkan apa yang terbaik (serba sederhana) untuk keluarga saya. Kalau ada yang tidak kena di peringkat awal, sudah tentu saya (selaku tuan rumah) akan tegah untuk diadakan tarian ini.

      Maafkan saya, kalau ada kata-kata di atas yang menyinggung perasaan anda. Namun, terima kasih sekali lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s