Berhari minggu di ‘Korea’…

Ya ya, saya sekarang di Korea. Penerbangan seminggu lalu. Kalian tidak tahu?Buat apa nak hebahkan, betul tak?Sehinggalah pagi ini, Mr Hubby bagi ucapan termanis sebelum dia bertolak ke tempat kerja.

Selamat Ber’Korea’. Selamat berbulan madu dengan ‘Korea’!

Wah, bunyi cemburu habis kan? Tidak cukup dengan itu, dikatanya lagi, selepas saya bersalaman dan mengucup tanggannya…

Tengok, sebab Korea punya pasal, senyum lebar ha muka~

Wahahaha. Mr Hubby sudah kenal benar dengan isterinya kalau datang hari minggu. Bukan sahaja hari saya berada di ‘Korea’, tetapi juga di ‘Las Vegas’, ‘New York’ dan even ‘Miami’!Gosh! Jauh sungguh saya ‘berjalan’ setiap minggu. Manakan tidak suami saya cemburuuuuu, sedangkan dia fix sudah di Jalan Tun Razak setiap Ahad.

Kuang3..Sudah jadi tabiat saya tak lekang depan TV lepas mengemas rumah apa yang patut setiap pagi Ahad. Sudah semestinya melayang berbox-box Korea yang dibeli utk ditonton, kemudian pause kan sekejap bagi laluan utk Supreme Sunday: CSI! Asyik!!!Itu dah jadi rutin Mrs Ismail taw. Tak leh ganggu!

Saya tidak tipu. Buktinya, baru habis nonton cerita ini.

Baru sahaja habis nonton 16 cd setengah jam yang lalu. Next, will be watching this…..

Sungguh, Abby dapat juga ‘membazir masa’ depan TV. Puas rasanya selepas seminggu bekerja. Jangan risau kewajipan tetap isteri tetap dipenuhi. Heh, walaupun Encik Suami sentiasa berasa diri ‘dimadukan’ dengan hero dan heroin Korea yang best. Hehehe…Buktinya…

Sekarang cakap kena ada bukti ma, tak gitu? Saya mahu juga jadi surirumah berkaliber. Hahaha…

Bihun goreng!Yummy!Bihun goreng pertama hasil masakan saya untuk Encik Suami. SO signifikan, maka kena simpan elok-elok dalam blog. Semalam, gerangannya kedua-dua tidak mahu makan nasi. Maka, Abby usahakan buat bihun. Sedap, tetapi pedas!Huhu..Maaf, tersilap bajet cili. Mujur ada perkataan ‘SEDAP’, hahahaha..

Entah-entah mahu sedapkan sahaja hati kut. Tak apa, bihun pertama mesti boleh dimaafkan? Tetapi kalau dah sedap, resepi dah boleh kongsi la kira. Wahahaha, verangan. Orang lain sudah lagi hebat di dapur. Tak apa, saya akan pelan-pelan kayuh…Chaiyok!

Kesempatan bercuti hujung minggu memang jarang sekali Mr Hubby dapat. Semalam, Sabtu…dapat juga kami berjalan-jalan ‘memadu kasih’. Berjalan sehingga ke Alamanda, kemudiannya lepak juga ke IKEA. Sebab masing-masing teringin meatballs!Layan~

Itu yang petang datang idea membuat bihun!Eh Eh, mabukkah? Apa kaitan meatballs dengan bihun? Hehe Nampak sayur segar bugar di Cold Storage, Ikano terus gatal tangan membeli itu ini. Maka, kenalah membuat sesuatu utk Encik Suami yang membelanja saya sayur mayur. Hehe..

*Sungguh merepek macam hilang punca. Mana tidaknya, saya berblogging sambil layan CSI New York ni. Ahhh, terganggu benar!

Maka, kalau begitu kalian layan gambar eh. Gambar bukan sebarang gambar. Gambar kahwin kami lah, apa lagi. 🙂 Tetapi ini hasil tangkapan Kumaran, yeah jangan tak caya!Layan setiap satu adegan romantis, muka tak berapa kacak & tembam lebih kami eh.. Hehehe..Cute!

Tanpa sedar, banyak juga gambar ‘Di Sebalik Tabir WOW team..’ bersama kami. Cerita lagi di episod akan datang. Selamat bekerja sehingga Jumaat akan datang. 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s