Teruja Punya Pasal…

Ok, teruja punya pasal saya jadi tidak tentu hala. Ini pun curi-curi update blog. Tidak tentu hala bukan apa. Kau bayangkan, akibat clue yg saya tepek dalam entry post sebelum ini, adalah dalam 5-6 kali saya menukar dekstop wallpaper lappy saya. Kejap-kejap tukar.

Mr Hubby tidak ambil peduli. Dia tahu wifey dearie dia memang giler gambar. So, lebih mengambil dasar ‘mengabaikan isteri’ sahaja. Hahaha…Sweet2!

Nak dijadikan cerita, semalam akibat teruja punya pasal lah, kerja semua jadi dahulu. Sebab Hafiz dah kata, ‘Will be leaving at 6.30pm’. Ok2, ngerti!. Kalau ikut kapasiti kerja saya, memang saya takkan on time balik 5.30 pm. Tetapi mengenangkan ‘keterujaan’ itu, saya jadi laju menyiapkan kerja. Gosh! By 6pm, sudah ada di sini. Wee!

Rumah ka Abby? Santeknyerrrrrrrrrrrr….

Apa kau giler ini rumah? How I wish. Insyallah. Ada studio dalam rumah. Syiok wo!Angan-angan, boleh diusahakan. WOW Studio la apalagi. Saya belum pernah feature kan pasal WOW Studio kan. Orang perseorangan dalam WOW ini kalian pasti dah kenal. Al-maklum, publiti meluas oleh Abbythejournalist. Derhhhhhhhhhh~

Urusannya di sini, mahu mengambil CDs perkahwinan. Wee!Itulah ‘keterujaan’ saya maksudkan. Ada 5 CDs semuanya. Banyak kan? Bayangkan sahaja jumlah gambar. Masa dapat tu, rasa mahu bentang lappy dan belek-belek shj. Tetapi, tindakan ini hanya boleh dibuat di rumah sahaja, bukan di studio, okeyh?

Ok, ini namanya sesi berborak-tanpa-kopi. Jadi borak-borak sambil pegang, tunjuk album sahaja. Promosi dan servis perkhidmatan tidak pernah mengecewakan. Sepanjang berurusan, senang sahaja hati. Tidak adalah episod gundah-gulana kalau kau berurusan dengan WOW! TEAM.  Lihat sahaja kami…Kami pertaruhkan sepenuh kepercayaan kepada team ini utk merakam hari bersejarah kami, Alhamdulilah….hasilnya, WALAWEIHH~~~ ( Ini quote kegemaran saya kalau saya terkesima, jangan tiru! hehe)

Sesi perjumpaan sebegini adalah sangat digalakkan. Bagi pasangan pengantin yang ingin mendapatkan khidmat jurugambar, nasihat saya:

1. Jangan pernah segan bertanya apa jua soalan yang anda fikirkan. Kerana saya percaya kalau jurugambar itu seorang yang profesional, dengan tenang dia boleh jawab apa jua pertanyaan kita.

2. Soal kewangan dan bajet juga jangan pernah segan. Walaupun kita (pasangan pengantin, kecuali saya yang masih perasan ‘pengantin baru’) sudah mengukur tahap kemampuan, tidak salah bertanya soal figure / digit dengan jurugambar. Sebab tanpa ada duga, mungkin 1. ada Promosi 2. ada Diskaun 3. ada banyak Goodies!.  Ha, bukan kah rugi kalau tidak bertanya.

3. Kenapa sesi perjumpaan adalah digalakkan? Sebab anda sendiri boleh buat penilaian tentang jurugambar dan hasil kerja yang pernah mereka lakukan sebelum ini. Setakat melayari website, saya yakin itu tidak mencukupi. Maka, sila turun padang dengan pasangan anda. Kenalpasti jurugambar dan cara kerja mereka. Kerana, anda bakal ‘bekerjasama’ sepanjang hari perkahwinan. Sudah pasti anda mahukan jurugambar yang serba serbi tahu apa yg mereka lakukan, bukan? So kenali mereka, dengan berjumpa.

Wah, motif buat sesi tutorial macam ini?? Hafiz tak bayar tau publisiti begini. Huhu…How I wish dia bayar, mesti ramai yang mengaku mereka pernah jadi client Hafiz, kan3? Wah, betul katanya. Signature nanti laku lagi 10 tahun! Wee! Saya sudah ada. Jangan jeles. *Sekali lagi, saya poyo!

Ada orang sambut birthday la semalam. Ok, sila abaikan juga. Sebab dah jadi semalam. Abaikan 😛

Kalau ikutkan hati, Abby dan Encik Suami mengambil banyak dasar & pendekatan juga (ayat tidak sedar, macam ahli politik) dalam menyenarai pendek senarai jurugambar. Macam seronok pula kalau dapat berkongsi tips-tips ‘Persiapan Sebelum Perkahwinan’. Lepas tu, kita agihkan topik, perihal Wanita, Abby handle. Perihal Lelaki, Encik Suami boleh cerita.

Asyik kan, kalau ilmu dan pengalaman itu dikongsi. Ilmu dari buku atau dari jalanan itu disimpan, diperap apa guna? Saya perlekeh la orang macam ini. Harap maaf.

In fact, Abby juga aktif beri ‘tutorial’ pada besties yang bakal berkahwin. Adalah seorang dua. Nanti Abby cerita panjang tentangnya, okeyh? Oleh itu, sekian sahaja episod teruja ini. Kalau mahu tahu, Abby sedang asyik ‘edit’, belek dan gambar-gambar dari CD. Haish, entah bila mahu selesai. Banyakkkkkkkkkkkk sungguh!

Ini Principal. Nampak garang ke? Dah nama Principal. Macam guru besar jugaklah peranannya. Ok, ok gambar comel. Comellah tu. Nak tengok lagi comel, ada2. Nanti saya tepek.

Thank you guys! Am SUPERCONTENTED with all the pictures. Semestinya tidak sabar melihat output terakhir dari kalian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s