‘Ketuk’ & Mengetuk…

Eh tidak, hamba bukannya bertukang di rumah. Tidak punya masa dan benda pula la nak ditukangnya. Tetapi adegan ketuk memang ada. Memang kedengaran. Sayup-sayup sahaja. Tetapi ada masa, bunyi ketuk jadi kuat. Dengan tiba-tiba.

Tahu masa bila? Bila stress. Idea tidak datang. Buntu. ‘Ketuk’ sekejap kat Twitter, buat hilang bosan. Lepas tu buka Word, then ketuk lagi.

See, I mengetuk keyboard sahaja kawan-kawan. Jangan risau. Tiada insiden ‘Don’t Do This At Home‘ atau ‘Child Under 12 are Prohibited to Try‘ bla bla. Tiada. Ketuk keyboard semua orang buat kalau tiba hujung minggu. Malah lagi aktif mengetuk dari waktu-waktu bekerja. Lepas Twitter, WordPress. Tidak cukup ke Blogspot pula. Kalau rajin ke dokumen-dokumen kerja.

Itu kalau rajin. Kalau tidak, ramai lebih suka nonton sahaja bukan? Ketuk je. ‘Ketuk’ kat Download. Maka sudah boleh nonton kemudiannya.

WT…. la yang Abby merepek kan ini? Errmmm…Dua hari tanpa Encik Suami menemani di hujung minggu, akur, memang bosan. Macam tiada teman berbual. Macam tiada kawan untuk diajak ‘bergaduh’ je rasa. Apatah lagi tempat bermanja.

Ahakss, ini normal ayat wanita yang sudah berkahwin. Bermanja hujung minggu sudah mesti kalau 5 hari bekerja padat aktiviti clock in, clock out kerja. Setuju semua?

Ibarat macam nak layan cerita Restaurant Makeover pun sudah tidak punya selera. Yang lalu, hanya cerita Korea sahaja. Sebab Encik Suami tidak berapa nak layan. Aish, signifikan betul kehadiran seorang suami itu di sisi isterinya kan? Wee! I Suka Giler Statement Ini!

Ok, cepat-cepat hilangkan rindu pada suami masing-masing. Sms ke, Dating ke, Makan Malam Special ke…Segera!Ulang suara, pada Suami sahaja. Huhu…

Cerita ‘ketuk’ yang Abby maksudkan lebih kepada aktiviti pada minggu pertama tahun baru ini. Tup Tup sudah 3 hari kita di tahun baru!Wee, Pantas!Tinggal 362 hari sahaja tinggal~

Baru sahaja jejak langkah ke 2010, sudah ada cerita kurang enak. Salam takziah Abby ucapkan kepada rakan kolej, Siti Suhaili yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta. Pasti anda sedang bersedih dan maafkan Abby kerana tidak dapat hadir untuk beri penghormatan terakhir. Redha akan pemergiannya, Abby tahu Siti insan yang kuat.

Dan baru sahaja masuk hari kedua tahun baru, 2 orang sahabat baik Aimi dan Nadzirah sudah berumur 24 tahun. Tahniah!Sudah boleh jadi pengantin kan? Masing-masing sudah grad~

Soalan cepumas: Best ke jadi orang umur 24 tahun awal-awal ni? Heh!

Esok sesi persekolahan bermula. Nazim bakal duduki PMR tahun ini. Besar juga impian orang tua Abby untuk anak lelaki mereka seorang tu. Abby? Macam biasa akan jadi ‘warden’ dia. Pantang Abby terima report, Abby bertukar~~~~~~hahaha.

To Nazim: Kalau bagus, I’ll give u a treat. If it is not, you’ll be punish.

Kalau Nazim dengar ini, mahu dia bersuara:

Huhuhu…Takutnyerrrr~~~

Tidak apa. Kita bagi muka. Kita membentuk dia untuk jadi terbaik, yang rugi bukan kita, setuju?*Nasihat ditujukan khas juga buat anak-anak yang masih bersekolah supaya mengerti bahawa ibubapa dan mereka yang lebih dewasa daripada anda hanya mahukan ‘Yang Terbaik’ untuk anda.

Ok, Iklan Khidmat Masyarakat sekejap. Salah kah? Tidak salah kan?

Wrap Up!Nak sambung ketuk!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s