Cuba, Menjadi…

Yeay, akhirnya berpeluang untuk berblogging!Happy!Yippy!Huuryy! Hahaha….Jom jangan buang masa. Apa benda yang ‘Cuba, Menjadi’ itu? Apakah ‘Yang Dicuba, Menjadi’ akhirnya?

Wah3…Basi la wei intro macam ini. Hoho..Macam takde idea. Sebab tangan laju mengetuk, tetapi mata gigih nonton dearie Jun Pyo!Arghhh…*Jangan ada yang cemburu. Encik suami, Jun Pyo itu kekasih gelap korea saya sahaja. Hahahaha…

Apa sebenarnya yang ‘dicuba lalu menjadi’ itu? Ok, saya boleh katakan ini percubaan pertama saya. Air tangan saya sendiri.

Fuh, berpeluh-peluh sei tulis entri ini. Macam ada chef-chef ternama dari AFC Channel mahu mengkritik sahaja. Fuhhhh~ * Ini namanya poyo tidak bertempat. Sila abaikan.

Begini, sudah 2x mencuba. Sudah ada respon baik. Antaranya;

Abby:

Kalau markah penuh 5, berapa awak kasi?

Encik Suami:

Kalau 5 itu mcm yang Cik Mah buat, awak nye score 4.5!

Purf!!!!Cemerlang tu. 4.0 flat orang kata. Hahahaha…Teruja. Sampai dah jadi kewajipan dan keinginan meuar-uarkan pada saudara mara yang saya juga sudah tahu buat. Apakah? Ok, biar gambar bercerita la. Saya malu, malu….;-)

Alamak, pecah sudah tembelang. Ok, bersedia untuk ‘tutup muka’.

Err…Perlu ke saya terangkan cara-cara membuatnya?

Ahh tak payah Abby. Orang lain sudah lagi maju, buat caramel pudding, buat lasagna etc. Setakat ini, pejam mata diaorang belum tentu mahu layan blog kamu dah lepas ni…* Errr, betul ke? Ok, saya tidak risau. Saya berbloggin untuk suka2. So ikut suka saya. Suka saya ….suka suki saya…

Bertukar sudah? Yup. Saya suka flavour ini. Amat-amat suka. Tidak sangka air tangan sendiri menjadi. Wee!

Sebelum disejukbeku. Yummy~

Yeay!Asyik!Sejak dua menjak aktiviti membuat dadih ini menjadi, pendek kata dadih saya ‘menjadi’..Abby membuatnya 2 minggu sekali. Selalu bagitahu adik-adik, biar mereka cemburu. Mereka pun sukakan flavour ini berbanding flavour2 yang lain. Hahahaha…

Sekarang, saya punya dapur sendiri. Suka hati saya bila-bila mahu mencuba dessert yang baru, saya pasti akan buat~

Kiranya sejak ada dadih, hidangan waktu makan memang lengkap dengan dessert. Hehehe…Asyik~ Eh memang suka la, berbunga-bunga rasa setiap kali buka fridge. Haha…

Cara membuatnya senang sahaja kawan-kawan. Inilah modal saya kalau setiap kali pergi rumah parents Abby. Sekurang-kurangnya, adalah buah tangan untuk mereka. Bukanlah menghadap sahaja ‘buah tangan’ dari orang tua. Hehehe…

Percubaan pertama menjadi, memang semangat giler hendak mencuba dessert yang lain pula. Sudah banyak Abby browse dan belek-belek majalah. Cuma tinggal cari ruang masa sahaja untuk membuatnya.

Moga Abby sukses dengan hobi barunya…..Wee~~~ *Applause

p/s: Gambar adalah mutu kualiti telefon bimbit berkamera N97 sahaja. My new baby 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s