Wanita Ini…

Pagi ini pagi hari minggu. Alhamdulilah, dipanjangkan umur saya sehari lagi. Awal bangun, walaupun hari Ahad. Yeay!Mari kita lihat apa yang boleh diceritakan.

Ya, sejak akhir-akhir ini saya gemar ber’tweet’. Jumpa ramai kawan baru dan twitter artis sedia ada. Kawan twitter, Dieyla juga kaki twitter. Asyik bila sudah mula ber’tweet’. Yang maha penting, boleh click and share so many latest information just right on time!Wee!Teknologi hari ini itu memang tanpa sempadan.

Antara rakan twitter saya adalah wanita ini.

Siapa tidak kenal wanita ini. Saya gelar dia Financial Advisor yang sangat meletup. Huhu…Ilmu kewangan yang dia punya bagai jarak sehingga langit petala ketujuh itu.

Wah3, apa deskripsi kamu itu Abby? Suka memperbesar-besarkan benda yang tersedia besar eh? Notty sungguh.

Tetapi, jujurnya memang Suze Orman kaya ilmu. Dia dianugerahkan bakat dan akal sedemikian tetapi tidak pula kedekut untuk berkongsi. She is also an author. This is the most interesting part.

Mana saya kenal wanita ini? Sudah tentu di Oprah Winfrey Show, gedung ilmu kita.

Wah3, tagline melampau. Hahahaha…Lagak seperti TOWS tu the best la. Tetapi memang best pun. * Maaf saya sudah dipengaruhi oleh lelaki bergelar Encik Suami. Sejak akhir-akhir ini, saya berlebihan bercerita mengenai Oprah. Saya sehingga subcribe Oprah newsletter dan sudah memasang angan-angan ‘Bestnya kalau dapat jadi sebahagian daripada penonton di dalam studionya itu’!!!!! Kalian cubalah tengok sekali. Hoho…

1 lg perkara mengenai wanita ini yang memang tidak lekang berbicara pasal kewangan, duit, ekonomi semasa, duit belanja anak-anak bersekolah dan kolej, yuran, cukai dan banyak lagi, sebenarnya boleh buat Abby naik bulu roma tatkala terpaku dan khusyuk dengar penjelasan dia.

Pendek kata, dia ni alert akan segala risiko dan kesan akibat ketidaktentuan ekonomi hari ini. *Wah, ayat waktu bekerja pun sudah dipakai di blog kah, Abby? Dashyat!.

Perkara-perkara mengenai risiko, kehilangan duit simpanan di pasaran saham dan penggunaan kad kredit yang berlebihan sudah tentu MENGGERUNKAN. Memang satu kesedaran automatik akan timbullah kalau kita dengar kata wanita ini. Sebagai seorang isteri, eksekutif dan yang paling penting PENASIHAT KEWANGAN terhadap keluarga baru saya iaitu Encik Suami, panduan dari wanita ini memang saya damba. Memang saya butuh la untuk dijadikan satu peringatan.

I am telling you about this woman for free, girls and women!Sebab saya suka, saya kongsi. Sebab ianya baik, saya kongsi. Cukup mudah kan?

Semalam separuh hari saya di Kinokuniya KLCC. Mencari wanita ini.

Dia baru sahaja launching buku baru, Women & Money. Ohh harus grab. Tetapi nampak gaya belum lagi ada di pasaran Malaysia. Maka saya grab dahulu 2009 Action Plan. Buku nipis tetapi sarat dengan banyak ilmu. Walaupun sudah 2009, saya pasti 2010 adalah satu tahun yang lebih getir lagi. Tunggu, kalau-kalau wanita ini ada 2010 Action Plan nya pula nanti.

Wee!Pagi minggu yang penuh kesedaran dan rasa ingin tahu. Baru lepas baca excerpt pasal buku itu. Wah, banyak betul ada kena mengenanya dengan kehidupan saya. Cepatlah!Mahu beli!Mahu baca!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s