MrMamaFood is the name …

Ya, setelah rasanya bertahun-tahun memendam rasa dan berfikir secara kritikal akan bila masanya sesuai untuk salah seorang daripada kami memulakan perniagaan atau dalam erti kata lainnya ; bekerja sendiri, akhirnya … we end up with establishing one in March this year.

Alhamdulilah for this strong will, determination and ‘force’ given by Almighty for us to finally come out with the idea. We’ve given this new baby of ours as MrMamaFood — bercirikan dengan hanya seketul kiosk sahaja di Kepong Baru.

Nothing big, fancy and giant about this initial small business of us. Tetapi syukurnya aku dan suami kerana dapat juga come out with the idea and that ‘strong’ will sebab serius mahu melakukan ia at last, tercapai.

It’s our baby which serves variety of western food, kepakaran encik suami yang aku kenali sejak mula kami bercinta lagi. Cause I can still remember he packed for me a box of mushroom soup together with roasted bread yang terpaling sedaplah aku pernah makan bila mana kalau tengah sakit demam.

Till today, I can still remember the taste though I am pretty sure he was not done it from scratch either (but from the can, instead) kah kah kah.

It has entered its three month of operation now, but of course (almost) a month absence due to husband’s condition being infected by dengue on the mid of Ramadhan recently.

For those who’re curious or not knowing of its existence, you may go and search us in Instagram, Twitter and Facebook. As the administrator incharged, I am fully responsible to promote and market our babies. Things that I’m good at and kinda forte of mine, kata encik suami.

Well, as newborn .. I am pretty sure we aren’t the best yet but we’re on our way to serve our very best delicacies for all. Walau banyak mana sekalipun persaingan di luar sana, I guess people will still need to eat everyday and will always endure good food anytime, anywhere … correct?

Label Mr MAMA

If you see this logo and design in Kepong Baru, make sure you drop by and give yourself a try peeps! It’s worth buying, I tell you!

See you after Raya, cause MrMamaFood is so gonna go wild after this. Ahaks.

Ramadhan 2015 …

Dah bertahun-tahun buat blog, bertahun-tahun jugalah post entry pasal Ramadhan mesti ada.

Bezanya cepat atau lambat je entry Ramadhan nie keluar.

Apapun, di setiap Ramadhan yang sedang dan telah berlalu, aku dipinjamkanNYA lagi nyawa dan masa untuk meraikan bulan mulila ini dengan kepelbagaian rezeki dan nikmat lain yang sudi juga DIA pinjamkan untukku.

Tahun ini, beraya berempat nampaknya kami.

Alhamdulilah.

Dengan adanya Nawal Najah ke dalam keluarga kami, seakan melengkapkan lagi perjalanan hidup aku dan suami yang bukan calang-calang diduga dari hari ke hari, dari tahun ke tahun.

Allahuakbar.

Itulah mungkin NIKMAT hidup sebenar yang Tuhan janjikan kepada umatnya. Tidak sekalipun aku mahu cuba merungut secara gegak gempita, but I guess cukuplah sekadar mengeluh secubit dua dan bersandar bahu pada suami tercinta (sambil lap air mata sikit-sikit). Seminit dua, terus jadi lega dan YEAH, BRING IT ON!

Jenis aku, malas betul hendak meratapi perkara sedih lama-lama dalam any of my 24 hours a day. Makanya, datang perkara sedih, ingat sejam dua, then lupus! Terminated. Eceh.

Oh dan dalam pada entry ini terus-terusan dalam percubaan untuk dimuatnaik, banyak lagi rupanya dugaan Ramadhan lain yang datang.

Baru minggu sudah, suami ditahan wad di HKL kerana denggi.

Sesuatu yang sememangnya di luar kotak fikiran aku untuk berhadapan dengan situasi begini. Tetapi sejauh mana kuasa manusia untuk melawan takdirNya.

Kurang pasti, kurang arif bagaimana boleh encik suami dijangkiti. Seingat aku, balik sahaja dari bercuti pulang ke kampung suami di Penang, terus dia demam 3 hari lamanya dengan (yes) tanda-tanda denggi.

Awal juga dia mendapatkan rawatan, terus ditahan and now he’s home with less post-symptoms of the disease. Abundantly sweating and the only way to get rid of it is to consume lots and lots of water.

Alkisah semua orang pun maklum, denggi tiada lagi penawar sampai ke hari ini. The only remedy for this disease is water and papaya juice (a doctor friend of mine believed it so, thus I tend to trust him) .. makanya derdiktator la aku mengerah, mengingati suami untuk melakukan seperti apa yang disaran.

Begitu beginilah yang berlaku.

Dan pada ketika entri ini ditulis, hari ini sudah masuk Ramadhan ke-23.

Seminggu lagi, insyallah dan dengan izinNya juga besar harapan dan doaku untuk bertemu lagi Ramadhan yang lain.

Amin amin ya rabb al amin.