Ramadhan 2015 …

Dah bertahun-tahun buat blog, bertahun-tahun jugalah post entry pasal Ramadhan mesti ada.

Bezanya cepat atau lambat je entry Ramadhan nie keluar.

Apapun, di setiap Ramadhan yang sedang dan telah berlalu, aku dipinjamkanNYA lagi nyawa dan masa untuk meraikan bulan mulila ini dengan kepelbagaian rezeki dan nikmat lain yang sudi juga DIA pinjamkan untukku.

Tahun ini, beraya berempat nampaknya kami.

Alhamdulilah.

Dengan adanya Nawal Najah ke dalam keluarga kami, seakan melengkapkan lagi perjalanan hidup aku dan suami yang bukan calang-calang diduga dari hari ke hari, dari tahun ke tahun.

Allahuakbar.

Itulah mungkin NIKMAT hidup sebenar yang Tuhan janjikan kepada umatnya. Tidak sekalipun aku mahu cuba merungut secara gegak gempita, but I guess cukuplah sekadar mengeluh secubit dua dan bersandar bahu pada suami tercinta (sambil lap air mata sikit-sikit). Seminit dua, terus jadi lega dan YEAH, BRING IT ON!

Jenis aku, malas betul hendak meratapi perkara sedih lama-lama dalam any of my 24 hours a day. Makanya, datang perkara sedih, ingat sejam dua, then lupus! Terminated. Eceh.

Oh dan dalam pada entry ini terus-terusan dalam percubaan untuk dimuatnaik, banyak lagi rupanya dugaan Ramadhan lain yang datang.

Baru minggu sudah, suami ditahan wad di HKL kerana denggi.

Sesuatu yang sememangnya di luar kotak fikiran aku untuk berhadapan dengan situasi begini. Tetapi sejauh mana kuasa manusia untuk melawan takdirNya.

Kurang pasti, kurang arif bagaimana boleh encik suami dijangkiti. Seingat aku, balik sahaja dari bercuti pulang ke kampung suami di Penang, terus dia demam 3 hari lamanya dengan (yes) tanda-tanda denggi.

Awal juga dia mendapatkan rawatan, terus ditahan and now he’s home with less post-symptoms of the disease. Abundantly sweating and the only way to get rid of it is to consume lots and lots of water.

Alkisah semua orang pun maklum, denggi tiada lagi penawar sampai ke hari ini. The only remedy for this disease is water and papaya juice (a doctor friend of mine believed it so, thus I tend to trust him) .. makanya derdiktator la aku mengerah, mengingati suami untuk melakukan seperti apa yang disaran.

Begitu beginilah yang berlaku.

Dan pada ketika entri ini ditulis, hari ini sudah masuk Ramadhan ke-23.

Seminggu lagi, insyallah dan dengan izinNya juga besar harapan dan doaku untuk bertemu lagi Ramadhan yang lain.

Amin amin ya rabb al amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s