Hidup Ber’masyarakat’ …

Aku sedang mengalami dilema ini.

Tersepit antara kehendak dan kerjaya.

Kalaulah dari segenap segi orang boleh faham, boleh tahu apa yang aku buat sekarang ini bukan lakonan semata-mata. Dan kalau boleh juga orang faham yang aku ini sebenarnya bukan sengaja pun mahu mengelak dari terus aktif dan menyumbang kepada ‘pembangunan’ persatuan.

Seingat aku la, sejenis orang macam aku dari zaman sekolah lagi aku dah aktif melibatkan diri dengan segala macam kegiatan ko-kurikulum dan luar kelas. Camping sana sini, program keluarga angkat dan etc.

Tetapi masa berubah. Komitmen juga berlainan dan bertambah.

Namun niat di hati dan keinginan yang membuak-buak untuk menyeimbangkan antara semua kegiatan dengan tanggungjawab hakiki sebagai seorang Ibu dan Isteri tetap ada dalam diri. Cuma apa yang diharapkan adalah secebis ihsan dan tolak ansur kerana ada masanya ‘keadaan’ dan ‘masa’ memang tidak mengizinkan, macam dalam keadaan yang aku alami sekarang.

Allah, kalaulah aku seorang yang masih bujan, sudah tentu tiada halangan waima ‘puting beliung’ yang sedia ada ini selalu menggegar aku pun, aku boleh tempuh dan lawan sengsorang. [Maksud ayat adalah sangat deep, hanya sesiapa yang mengenali dan memahami sahaja boleh tangkap maksud ayat ini … hehehe]

Pendek cerita, ‘restu’ tiada.

Dan pada aku, ‘restu’ itu adalah berkadaran juga. Tetapi kalau sudah nama ada insan yang tidak boleh nak terima logik akal yang ‘restu’ itu wujud … I am sorry, but with a happy note I am all ready to quit from the team.

Dengan mungkin pesanan terakhir, kalau boleh aku selitkan di sini:

Hidup kita ini tetap macam putaran roda. Walau ada yang merubah, putaran tetap akan menjadi putaran yang membulat laluannya. Sekalipun ini adalah mungkin dugaan dan waktunya aku diuji, tidak pernahlah terlintas di hati ingin mendoakan orang lain yang ‘tidak-berapa-memahami’ ini untuk diduga dengan ujian yang sama … cuma … beringatlah, putaran itu adakalanya sama adil, ada masa juga maha lebih hebat dari apa yang aku rasa.

Apapun, I am happy person to be tested with this thus look forward better life with a better team (or friends and colleagues) in the near future.

Sebab malas mahu mengeluh dan merintih bagai, sebab selayaknya I am well-deserved to be with more and much better people.

Sekian.

Advertisements

Malaysia Masih Aman ..

Bukan sekadar headline di atas atau hashtag #MalaysiaMasihAman yang digembar-gemburkan itu sepatutnya jadi bahan ejekan. Tetapi tinggi kewajarannya untuk dijadikan titik peringatan sekaligus doa supaya bukan hari ini sahaja Malaysia aman, tetapi selamanya-lamanya didoakan aman.

Begitu.

Hari ini terasa hendak menulis sesuatu yang ikhlas dari hati.

Hati seorang marhaen, boleh kau panggil.

Bila mengenangkan peristiwa yang berlaku pada negara sejak akhir-akhir ini, diri ini jadi cepat terusik dan terkesan dengan kata-kata yang pernah diutarakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir dulu dalam suatu pertemuan kami, Rajawalianz dengannya.

Datuk pernah berpesan, “Awak semua ni bakal pemimpin anak-anak saya suatu hari nanti. Ingat tu.”

Allah. Terkedu sebenarnya dengan apa yang dikatakan tu. Betul, sebab itulah kenyataan yang sebenarnya saya dan rakan-rakan Rajawali lain perlu pikul dari titik mula kami tamat sekolah 12 tahun yang lalu.

Apa yang dipesan bukankah suatu seruan untuk kita sertai politik secara aktif, bukan juga seruan bangkit membuat perjuangan dengan alasan sendiri, apatah lagi menjadi agresif tidak tentu hala menyokong mana-mana parti yg ada dalam negara.

Tidak sama sekali.

Bila terkenang balik bait-bait ayat Datuk di atas, ditambah pula dalam situasi hari ini yang mana aku juga seorang Ibu kepada dua anak, ada semacam iltizam yang aku sematkan dalam diri untuk buat ‘sesuatu’ bagi menguatkan balik kesedaran ini di kalangan orang muda macam aku dan rakan-rakan lain.

Sebab apa yang kita punya hari ini, tidak akan selamanya kekal menjadi milik kita.

Termasuklah … keamanan negara hari ini.

Allahu. KuasaMU mengatasi perancangan kami hambamu. Apapun, doa kudus hambamu ini tetap hanya satu, hari ini esok dan selamanya, iaitu .. kurniakanlah ketenangan ini kepada negara kami, Ya Allah. Semoga kami terus-terusan terlindung dari cubaan menjatuhkan mahupun niat-niat manusia yang tidak senang melihat perpaduan yang sedia terjalin dalam negara.

Bukan hanya untukku dan keluarga, tetapi untuk kami yang hidupnya sepakat dalam satu negara.

Amin

My Boy is 5…

My boy has turned 5 already!

Sungguh sekejapan masa berlalu. Am already being a mother for more than 5 years and two children have even popped out from my womb. Sungguh tidak ku sangka yang aku pernah melaluinya, dan berjaya menempuhinya (of course, dengan bantuan dan sokongan mereka yang tersayang) sekaligus sedang di dalam proses mengenali anakku berdua itu dengan lebih dekat dan membesarkan mereka dengan segala tenaga empat kerat yang ada.

Speaking on my my elder son, Ibu tahu Imran Imtiyaz adalah sebaik-baik aset yang pernah dan akan terus ada dengan Ibu sampai masa Tuhan izinkan kita bersama.

He is not an easy boy, up till today .. but trust me, terlalu banyak perkara tentang kehidupan dan isinya yang boleh kita (yang dewasa) belajar daripada anak ini.

I’ve always tell myself that he is a really special boy, that needs special attention and care, and even special ‘treatment’ from us. Tidak semua orang boleh faham dia dan tidak semua orang boleh terima dia. Justeru, jika ada insan di luar sana, baik kawan-kawan rapat mahupun saudara mara yang boleh ‘adapt’ dengan dia sehabis baik, ia umpama besar rahmat untuk aku sedikit berasa lega.

Ramai yang menasihatkan, just bare with him cause a genius act and born that way. And most of the time, I have always nod to such statement but deep inside my heart, tiada apa yang besar saya minta dari anak ini .. melainkan selalu dikurniakan dan dirahmati kesihatannya dunia dan akhirat.

The rest of many other responsibilities, insyaAllah I am more than happy to accomplish them together with him, slowly.

Sejenis anak yang sifat penyayangnya, sama ‘tinggi’ dengan ‘kenakalannya’. Terus-terusan begini ya anakku.

Jangan pernah goyah dengan ejekan orang, dan sentiasa ingat bahawa di setiap kesusahan yang kita ada or pernah rasa, ada lagi mereka yang di luar sana jauh lebih menderita daripada kita.

As a birthday treat, I’ve decided to bring him back to one of our relative staying far from the KL city on recent long weekend. I’ve planned it precisely so that he will get the fun (as much as he can) and be satisfied being a new-boy-of-5-year-old.

We headed south and yes, as expected, he was the one who loudly cherished every moment playing with my cousins, from the moment he stepped on his foot at the south land.

Tersangat meriah walaupun dalam banyak hal, ‘permainan’ yang jadi gurauan dan ‘pergaduhan’ mereka itu adalah ayam pelbagai jenis jantan dan betinanya, upih pinang, batu, kayu dan segala macam tanah merah yang berselaput.

Dua malam berbumbungkan atap zink bersama dengan sepupu yang lain, aku tahu Imran Imtiyaz tidak puas bermain dan bergaul mesra dengan mereka sebenarnya.

Dan dalam banyak hal, memang Imran la orangnya yang paling bertenaga, paling ceria dan hanya-kong-baterinya-mula-jam-10-malam-sampai-7-pagi.

 

Beginilah pemandangannya, hampir setiap masa. Di luar rumah, berkejaran sesama mereka, jogging di pagi Subuh sehinggalah bermain tarik di kebun kelapa sawit (di sebelah kiri gambar).

The most peaceful and natural way of spending quality time with family, I define this.

There was a session where I brought all the kids and dine out. I had fun watching them eat in so luxurious way, padahal apa yang mereka makan walau hanya hidangan makanan segera called KFC.

Dear son,

I hope you’ll be smiling with me all the way becoming a grown up.

We have so much to tell the world that you’re precious in so many ways, also we have tonnes of love to be shared with the rest of the world.

Therefore, be grateful and always be my side. Forever.