Malaysia Masih Aman ..

Bukan sekadar headline di atas atau hashtag #MalaysiaMasihAman yang digembar-gemburkan itu sepatutnya jadi bahan ejekan. Tetapi tinggi kewajarannya untuk dijadikan titik peringatan sekaligus doa supaya bukan hari ini sahaja Malaysia aman, tetapi selamanya-lamanya didoakan aman.

Begitu.

Hari ini terasa hendak menulis sesuatu yang ikhlas dari hati.

Hati seorang marhaen, boleh kau panggil.

Bila mengenangkan peristiwa yang berlaku pada negara sejak akhir-akhir ini, diri ini jadi cepat terusik dan terkesan dengan kata-kata yang pernah diutarakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir dulu dalam suatu pertemuan kami, Rajawalianz dengannya.

Datuk pernah berpesan, “Awak semua ni bakal pemimpin anak-anak saya suatu hari nanti. Ingat tu.”

Allah. Terkedu sebenarnya dengan apa yang dikatakan tu. Betul, sebab itulah kenyataan yang sebenarnya saya dan rakan-rakan Rajawali lain perlu pikul dari titik mula kami tamat sekolah 12 tahun yang lalu.

Apa yang dipesan bukankah suatu seruan untuk kita sertai politik secara aktif, bukan juga seruan bangkit membuat perjuangan dengan alasan sendiri, apatah lagi menjadi agresif tidak tentu hala menyokong mana-mana parti yg ada dalam negara.

Tidak sama sekali.

Bila terkenang balik bait-bait ayat Datuk di atas, ditambah pula dalam situasi hari ini yang mana aku juga seorang Ibu kepada dua anak, ada semacam iltizam yang aku sematkan dalam diri untuk buat ‘sesuatu’ bagi menguatkan balik kesedaran ini di kalangan orang muda macam aku dan rakan-rakan lain.

Sebab apa yang kita punya hari ini, tidak akan selamanya kekal menjadi milik kita.

Termasuklah … keamanan negara hari ini.

Allahu. KuasaMU mengatasi perancangan kami hambamu. Apapun, doa kudus hambamu ini tetap hanya satu, hari ini esok dan selamanya, iaitu .. kurniakanlah ketenangan ini kepada negara kami, Ya Allah. Semoga kami terus-terusan terlindung dari cubaan menjatuhkan mahupun niat-niat manusia yang tidak senang melihat perpaduan yang sedia terjalin dalam negara.

Bukan hanya untukku dan keluarga, tetapi untuk kami yang hidupnya sepakat dalam satu negara.

Amin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s