Hidup Ber’masyarakat’ …

Aku sedang mengalami dilema ini.

Tersepit antara kehendak dan kerjaya.

Kalaulah dari segenap segi orang boleh faham, boleh tahu apa yang aku buat sekarang ini bukan lakonan semata-mata. Dan kalau boleh juga orang faham yang aku ini sebenarnya bukan sengaja pun mahu mengelak dari terus aktif dan menyumbang kepada ‘pembangunan’ persatuan.

Seingat aku la, sejenis orang macam aku dari zaman sekolah lagi aku dah aktif melibatkan diri dengan segala macam kegiatan ko-kurikulum dan luar kelas. Camping sana sini, program keluarga angkat dan etc.

Tetapi masa berubah. Komitmen juga berlainan dan bertambah.

Namun niat di hati dan keinginan yang membuak-buak untuk menyeimbangkan antara semua kegiatan dengan tanggungjawab hakiki sebagai seorang Ibu dan Isteri tetap ada dalam diri. Cuma apa yang diharapkan adalah secebis ihsan dan tolak ansur kerana ada masanya ‘keadaan’ dan ‘masa’ memang tidak mengizinkan, macam dalam keadaan yang aku alami sekarang.

Allah, kalaulah aku seorang yang masih bujan, sudah tentu tiada halangan waima ‘puting beliung’ yang sedia ada ini selalu menggegar aku pun, aku boleh tempuh dan lawan sengsorang. [Maksud ayat adalah sangat deep, hanya sesiapa yang mengenali dan memahami sahaja boleh tangkap maksud ayat ini … hehehe]

Pendek cerita, ‘restu’ tiada.

Dan pada aku, ‘restu’ itu adalah berkadaran juga. Tetapi kalau sudah nama ada insan yang tidak boleh nak terima logik akal yang ‘restu’ itu wujud … I am sorry, but with a happy note I am all ready to quit from the team.

Dengan mungkin pesanan terakhir, kalau boleh aku selitkan di sini:

Hidup kita ini tetap macam putaran roda. Walau ada yang merubah, putaran tetap akan menjadi putaran yang membulat laluannya. Sekalipun ini adalah mungkin dugaan dan waktunya aku diuji, tidak pernahlah terlintas di hati ingin mendoakan orang lain yang ‘tidak-berapa-memahami’ ini untuk diduga dengan ujian yang sama … cuma … beringatlah, putaran itu adakalanya sama adil, ada masa juga maha lebih hebat dari apa yang aku rasa.

Apapun, I am happy person to be tested with this thus look forward better life with a better team (or friends and colleagues) in the near future.

Sebab malas mahu mengeluh dan merintih bagai, sebab selayaknya I am well-deserved to be with more and much better people.

Sekian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s