M.a.k.a.n 

Simply because of its authenticity, I am here again to taste these food again.

Bukan sesuatu yang mengketagihkan tetapi cukup untuk buat diri ini kembali lagi dan lagi setiap kali datang ke Pulau ini.

Dan … pada setiap masa pun aku ke pulau ini, hanya inilah ketagihan makanan yang boleh aku damba, bergantung harap dan sedut nutrien, tenaga daripadanya.

Makanan lain? Na daaa. Memang tidak dan tidak akan retilah aku untuk makan segala yang bukan-biasa-di-tekak-kalau-bukan-makanan-KL-dan-Johor-namanya. Gitu.

Benda bukan kebiasaan, beginilah. Tetapi kalau sekali dah suka, bertalu-talu pinggan yang datang pun aku sebat.

Yang peliknya (tidak berapa peliklah juger), sehingga ke hari ini, aku susah betul hendak hadam makanan autentik masakan Utara yang lain selain yang ada di Padang Brown nieh.

Maaflah kesayangan. Apapun, kids and I will need to survive this kinda situation setiap kali pulang ke kampung. Tidak mahu membiasakan perkara yang bukan menjadi kebiasaan mereka.

Sebolehnya, we go moderate at all time. Asalkan yang ada di atas (macam dalam gambar) ada di Pulau Mutiara itulah, selagi itulah rasanya berbaloi-baloi kalau mengidama masakan utara nieh.

Yang lain, makanan Johor juga tetap terbaik, tetap di hati. Waima, aku bukanlah orang kelahiran Johor. Tet.