My Boy is 5…

My boy has turned 5 already!

Sungguh sekejapan masa berlalu. Am already being a mother for more than 5 years and two children have even popped out from my womb. Sungguh tidak ku sangka yang aku pernah melaluinya, dan berjaya menempuhinya (of course, dengan bantuan dan sokongan mereka yang tersayang) sekaligus sedang di dalam proses mengenali anakku berdua itu dengan lebih dekat dan membesarkan mereka dengan segala tenaga empat kerat yang ada.

Speaking on my my elder son, Ibu tahu Imran Imtiyaz adalah sebaik-baik aset yang pernah dan akan terus ada dengan Ibu sampai masa Tuhan izinkan kita bersama.

He is not an easy boy, up till today .. but trust me, terlalu banyak perkara tentang kehidupan dan isinya yang boleh kita (yang dewasa) belajar daripada anak ini.

I’ve always tell myself that he is a really special boy, that needs special attention and care, and even special ‘treatment’ from us. Tidak semua orang boleh faham dia dan tidak semua orang boleh terima dia. Justeru, jika ada insan di luar sana, baik kawan-kawan rapat mahupun saudara mara yang boleh ‘adapt’ dengan dia sehabis baik, ia umpama besar rahmat untuk aku sedikit berasa lega.

Ramai yang menasihatkan, just bare with him cause a genius act and born that way. And most of the time, I have always nod to such statement but deep inside my heart, tiada apa yang besar saya minta dari anak ini .. melainkan selalu dikurniakan dan dirahmati kesihatannya dunia dan akhirat.

The rest of many other responsibilities, insyaAllah I am more than happy to accomplish them together with him, slowly.

Sejenis anak yang sifat penyayangnya, sama ‘tinggi’ dengan ‘kenakalannya’. Terus-terusan begini ya anakku.

Jangan pernah goyah dengan ejekan orang, dan sentiasa ingat bahawa di setiap kesusahan yang kita ada or pernah rasa, ada lagi mereka yang di luar sana jauh lebih menderita daripada kita.

As a birthday treat, I’ve decided to bring him back to one of our relative staying far from the KL city on recent long weekend. I’ve planned it precisely so that he will get the fun (as much as he can) and be satisfied being a new-boy-of-5-year-old.

We headed south and yes, as expected, he was the one who loudly cherished every moment playing with my cousins, from the moment he stepped on his foot at the south land.

Tersangat meriah walaupun dalam banyak hal, ‘permainan’ yang jadi gurauan dan ‘pergaduhan’ mereka itu adalah ayam pelbagai jenis jantan dan betinanya, upih pinang, batu, kayu dan segala macam tanah merah yang berselaput.

Dua malam berbumbungkan atap zink bersama dengan sepupu yang lain, aku tahu Imran Imtiyaz tidak puas bermain dan bergaul mesra dengan mereka sebenarnya.

Dan dalam banyak hal, memang Imran la orangnya yang paling bertenaga, paling ceria dan hanya-kong-baterinya-mula-jam-10-malam-sampai-7-pagi.

ย 

Beginilah pemandangannya, hampir setiap masa. Di luar rumah, berkejaran sesama mereka, jogging di pagi Subuh sehinggalah bermain tarik di kebun kelapa sawit (di sebelah kiri gambar).

The most peaceful and natural way of spending quality time with family, I define this.

There was a session where I brought all the kids and dine out. I had fun watching them eat in so luxurious way, padahal apa yang mereka makan walau hanya hidangan makanan segera called KFC.

Dear son,

I hope you’ll be smiling with me all the way becoming a grown up.

We have so much to tell the world that you’re precious in so many ways, also we have tonnes of love to be shared with the rest of the world.

Therefore, be grateful and always be my side. Forever.

My Precious …

To ramble anonymously about my children, the precious two.


Dua beradik ini, sudahlah berpasangan. Perangai pun ‘berpasangan’ juga. Nothing can beat their cuteness in front eyes cause they’re different to me.

Jangan cuba-cuba alih satu perhatian kepada salah seorang sahaja, sebab akan datanglah elemen cemburu dalam diri seorang lagi untuk menerpa kami, si Ibu dan Bapa untuk sama raih perhatian yang tidak berbelah bahagi.

Alahai. Semakin bijak akal si kecil itupun. Sudah boleh tawaf satu rumah dan masuk ceruk entah mana-mana. Pantang nampak saya bersiap, dia punya mengamuk tahap gedabom sangat!

Si abang, bila datang sesi tutorial atau homeschool aku dan dia di rumah … Memang boleh gegak gempita rumah. He’s catching up but yes, to gather and hook his focus onto things that I wanted to show and teach .. Nauzubillah punyalah liat.

Tetapi ada momennya yang kadang-kadang dia sebenarnya akan ajuk semula apa yang saya ajar dan ITU tandanya that he’s actually learning walau dalam pada aku gigih menyinga ๐Ÿ˜ณ๐Ÿ˜…. Am sorry Imran .. You must know that I really love you too much that I want the best out of many best in the world for you ๐Ÿ˜‚

Sekian. Random yang sikit-sikit sahaja.

Sebab mode testing WordPress from the iPhone me ๐Ÿ˜†

Dua Puluh Sepuluh…

2010 atau year TwentyTen atau juga Dua Puluh Sepuluh.

Sedap juga kedengaran bunyinya. Seperti menjanjikanย  ‘buah tangan’, cerita-cerita menarik sahaja bukan tahun ini?. Insyallah…Amin. Ada usaha, tawakal dari kita & keredhaanNya, mungkin rezeki itu ada.

As stated at my facebook’s status, “…2009, is my 1st year without ANY specific resolution. But to my surprise I get a new stable job, get engaged and also MARRIED! Isnโ€™t that great? I considered myself lucky and blessed (^_^) “, sumpah ianya betul. Kebetulan barangkali. Siapa duga ianya bagaikan gol hatrik dijaringkan….

Okay, okay tak kelakar. Saya tahu. Encik Suami sahaja terror bab-bab menulis laporan sukan. Ya, ya saya tidak mahir.

Rezeki, Tuhan kalau hendak bagi, kita manusia tidak boleh menolak. Sejauh mana kita merancang, kalau diredhaiNya pasti menjadi. Tanpa ketetapan apa-apa resolution tahun lalu, alhamdulilah Abby adalah di mana Abby sekarang. Abby dalam semua fasa baru kehidupan. Huhu…Kerjaya, Skop kerja, Status mahupun banyak lagi.

2010?

New year eve yang lalu, memang Abby dan Encik Suami di rumah sahaja. Masak juga biasa2 sahaja, tiada yang istimewa.

Azam/Resolution?

Tiada pula kami berdua menetapkan apa-apa yang spesific. Tetapi on my behalf, sempat juga berbisik…

Tahun ini, hendak jadi orang pandai. Pandai serba serbi.

Antaranya :

1. menjaga hati suami

2. menjaga makan minum suami

3. menjaga amal ibadat dan tambah baik yg mana kurang

3. memasak banyak hidangan dan desserts

3. pandai tackle, balance & expand kerjaya

The most challenging part. But I think I’ll appreciate and like it the most towards end of 2010. Apakah? Adalah…Harus jadi kerahsiaan saya seorang sahaja.

4. lebih dan lebih lagi menghargai kedua orang tua, Abah dan Mama. Kerap ziarah dan bercuti juga bersama mereka. Tidak dilupakan keluarga mertua yg jauh di Penang sana

& banyak lagi.

Tetapi ini bukanlah azam yang spesific. Sumpah!Tidak mahu apa2 yang spesific kerana Abby terlalu fleksibel. Hati juga mudah berubah. Keinginan apatah lagi.

Tengok, mana ada dalam resolution saya mahukan kereta Audi, Rush atau lain2. Tiada juga beg tangan LV atau sut kerja ZARA yang cantik itu. Fuh fuh, takde. (Bunyi macam bukan Abby je….kan?)

Tidak. Memang tidak pernah ada. Mcm lebih manis kalau tetiba sudah ada Honda City/ Jazz baru terpacak dalam garaj kereta & set perabot lengkap untuk ruang tamu & dapur ala2 mcm dalam IKEA nye showroom dalam tahun ini? Boleh!Yang penting tertulis dalam Planner 2010!! Maka, resolution itu takdelah signifikan mana kalau setakat atas diari and atas mulut sahaja? Buang karen sahaja lorh!Baik koyak-koyak masuk tong sampah.

Haha. Sebenarnya teringin juga Abby banyak benda. Lagi tak mahu ngaku. Standardlah manusia…Abby kan human? Bukannya mutant~ Huhu…

Akhir sekali, teringin ke Aussie / Korea hujung tahun depan. Sudah diberitahu pada Encik Suami. Pesannya, buatlah paperwork.

Baik!!!!!

Dengan segera Abby jawab.

Eh terlupa, ada 1 keinginan saya tulis dalam Planner. Mahu jadikan wordpress ini kepada…

http://www.abbythewifey.com

Insyallah, demikian saya butuh bantuan sepupu saya. Kalian tunggu ya. Color background biru belakang ini hanya berstatus sementara sahaja. Sekian.

Teruja Punya Pasal…

Ok, teruja punya pasal saya jadi tidak tentu hala. Ini pun curi-curi update blog. Tidak tentu hala bukan apa. Kau bayangkan, akibat clue yg saya tepek dalam entry post sebelum ini, adalah dalam 5-6 kali saya menukar dekstop wallpaper lappy saya. Kejap-kejap tukar.

Mr Hubby tidak ambil peduli. Dia tahu wifey dearie dia memang giler gambar. So, lebih mengambil dasar ‘mengabaikan isteri’ sahaja. Hahaha…Sweet2!

Nak dijadikan cerita, semalam akibat teruja punya pasal lah, kerja semua jadi dahulu. Sebab Hafiz dah kata, ‘Will be leaving at 6.30pm’. Ok2, ngerti!. Kalau ikut kapasiti kerja saya, memang saya takkan on time balik 5.30 pm. Tetapi mengenangkan ‘keterujaan’ itu, saya jadi laju menyiapkan kerja. Gosh! By 6pm, sudah ada di sini. Wee!

Rumah ka Abby? Santeknyerrrrrrrrrrrr….

Apa kau giler ini rumah? How I wish. Insyallah. Ada studio dalam rumah. Syiok wo!Angan-angan, boleh diusahakan. WOW Studio la apalagi. Saya belum pernah feature kan pasal WOW Studio kan. Orang perseorangan dalam WOW ini kalian pasti dah kenal. Al-maklum, publiti meluas oleh Abbythejournalist. Derhhhhhhhhhh~

Urusannya di sini, mahu mengambil CDs perkahwinan. Wee!Itulah ‘keterujaan’ saya maksudkan. Ada 5 CDs semuanya. Banyak kan? Bayangkan sahaja jumlah gambar. Masa dapat tu, rasa mahu bentang lappy dan belek-belek shj. Tetapi, tindakan ini hanya boleh dibuat di rumah sahaja, bukan di studio, okeyh?

Ok, ini namanya sesi berborak-tanpa-kopi. Jadi borak-borak sambil pegang, tunjuk album sahaja. Promosi dan servis perkhidmatan tidak pernah mengecewakan. Sepanjang berurusan, senang sahaja hati. Tidak adalah episod gundah-gulana kalau kau berurusan dengan WOW! TEAM.ย  Lihat sahaja kami…Kami pertaruhkan sepenuh kepercayaan kepada team ini utk merakam hari bersejarah kami, Alhamdulilah….hasilnya, WALAWEIHH~~~ ( Ini quote kegemaran saya kalau saya terkesima, jangan tiru! hehe)

Sesi perjumpaan sebegini adalah sangat digalakkan. Bagi pasangan pengantin yang ingin mendapatkan khidmat jurugambar, nasihat saya:

1. Jangan pernah segan bertanya apa jua soalan yang anda fikirkan. Kerana saya percaya kalau jurugambar itu seorang yang profesional, dengan tenang dia boleh jawab apa jua pertanyaan kita.

2. Soal kewangan dan bajet juga jangan pernah segan. Walaupun kita (pasangan pengantin, kecuali saya yang masih perasan ‘pengantin baru’) sudah mengukur tahap kemampuan, tidak salah bertanya soal figure / digit dengan jurugambar. Sebab tanpa ada duga, mungkin 1. ada Promosi 2. ada Diskaun 3. ada banyak Goodies!.ย  Ha, bukan kah rugi kalau tidak bertanya.

3. Kenapa sesi perjumpaan adalah digalakkan? Sebab anda sendiri boleh buat penilaian tentang jurugambar dan hasil kerja yang pernah mereka lakukan sebelum ini. Setakat melayari website, saya yakin itu tidak mencukupi. Maka, sila turun padang dengan pasangan anda. Kenalpasti jurugambar dan cara kerja mereka. Kerana, anda bakal ‘bekerjasama’ sepanjang hari perkahwinan. Sudah pasti anda mahukan jurugambar yang serba serbi tahu apa yg mereka lakukan, bukan? So kenali mereka, dengan berjumpa.

Wah, motif buat sesi tutorial macam ini?? Hafiz tak bayar tau publisiti begini. Huhu…How I wish dia bayar, mesti ramai yang mengaku mereka pernah jadi client Hafiz, kan3? Wah, betul katanya. Signature nanti laku lagi 10 tahun! Wee! Saya sudah ada. Jangan jeles. *Sekali lagi, saya poyo!

Ada orang sambut birthday la semalam. Ok, sila abaikan juga. Sebab dah jadi semalam. Abaikan ๐Ÿ˜›

Kalau ikutkan hati, Abby dan Encik Suami mengambil banyak dasar & pendekatan juga (ayat tidak sedar, macam ahli politik) dalam menyenarai pendek senarai jurugambar. Macam seronok pula kalau dapat berkongsi tips-tips ‘Persiapan Sebelum Perkahwinan’. Lepas tu, kita agihkan topik, perihal Wanita, Abby handle. Perihal Lelaki, Encik Suami boleh cerita.

Asyik kan, kalau ilmu dan pengalaman itu dikongsi. Ilmu dari buku atau dari jalanan itu disimpan, diperap apa guna? Saya perlekeh la orang macam ini. Harap maaf.

In fact, Abby juga aktif beri ‘tutorial’ pada besties yang bakal berkahwin. Adalah seorang dua. Nanti Abby cerita panjang tentangnya, okeyh? Oleh itu, sekian sahaja episod teruja ini. Kalau mahu tahu, Abby sedang asyik ‘edit’, belek dan gambar-gambar dari CD. Haish, entah bila mahu selesai. Banyakkkkkkkkkkkk sungguh!

Ini Principal. Nampak garang ke? Dah nama Principal. Macam guru besar jugaklah peranannya. Ok, ok gambar comel. Comellah tu. Nak tengok lagi comel, ada2. Nanti saya tepek.

Thank you guys! Am SUPERCONTENTED with all the pictures. Semestinya tidak sabar melihat output terakhir dari kalian.

‘Syiok’ Ah…

Pagi-pagi, sebaik kaki dan punggung mencecah lantai office (to be spesific, my own workstation. Opps kaki yang cecah lantai, punggung cecah kerusi daaaaaa), Internet jadi target utama. Stumble upon itu ini, browse sana sini, check email serba-serbi..CUKUP!1 pakej ‘kerja wajib’ waktu pagi bila sampai di pejabat.

Blog hiburan tidak terkecuali. Baca juga, lagi-lagi sejak akhir-akhir ini banyak sangat cerita mengarut, lagi ‘sangat di luar kotak pemikiran’ jugalah gosipnya. Purffff~ Bosan kalau trend gosip terus-terusan mcm ini. Adalah lagi bermanfaat kalau baca blogger ibu-ibu, si pembuat kek atau pemborong tudung taw!

Klik, punya klik..terjumpa artikel ini.

Sumber: Rotikaya

Hoho. Sangat-sangat cemburu, okeyh? Bukan soal muka dapat tayang/tepek kat TV (derghh, bab itu paling tidak minat), tetapi teruja dengan AFC channel ituuuuuuu. Ini kalau dikaborkan pada Mr Hubby, confirm dia bilang;

Huhu..Best2. Kalah Siti (definitely!!). Makanan pun sure multi-cultural ah.

As everyone know, kaitannya antara artikel di atas dengan AFC adalah Chef Wan. Sangat kagum dengan pencapaian Chef Malaysia seorang ini. Memang lagi teruja sebab dia pernah muncul dalam rancangan feveret Abby & Mr Hubby (TOWS). Huhu. Chef Wan mmg layak berada dalam talk show itu pun. 1 dalam sejuta. Modal? Masakan sahaja. Sangat ironi dengan gender nya, bukan? Tetapi, mana kita tahu rezekinya sampai situ. Impress!!

Haish, bertuah badan si Serena bukan? Tetapi bertuah lagi Abby bersuamikan Mr Hubby. Eh Serena beruntung juga. Bukan mahu mendoakan yang tidak baik utk rumahtangga para artis. Tetapi bertuahnye lagi lah hai dapat disiarkan di AFC tuuuu. Akur, memang cemburu. Huhu…

Mr Hubby mmg gemarkan saluran TV yang sangat-sangat bertentangan dgn wifey nya. Sejak duduk bersama ni, kadang-kadang kelakar juga pun ada. Kalau kerja berlainan syif, asal Abby balik rumah dan turn on TV, mesti Discovery Turbo yg ter’tepek’ kat TV. Channel Turbo ni mmg tidak ketahuan la si isteri sejak zaman anak dara lagi. Abah dulu pun tak pernah langgan. Rancangan ini Abby tidak berapa gemor.

Harap maaf, Abby gemar bab-bab beli kereta. Bab-bab tukar, modify or accessories, I know nothing~!!hehe..

1 lg rancangan TV feveretnya, Restaurant Makeover. Instead of, makeover people yg sudah biasa sampai Malaysia pun meniru-niru, overseas people renovate restoran. Alahai, cantik betul kalau lepas renovate tu. Berbunga-bunga rasa nak ada kedai mini dobi.

Ahhh, angan-angan habis. Insyallah, setakat ni banyak niat terpasang. Dobi dulu jadi minat.

Hehe…

Pendek kata, kalian tonton je AFC channel. 1 lg BIO, channel baru tu. Best jugak! Layan lah, kalau rasa-rasa nak tambah ilmu. (^_^)

Berhari minggu di ‘Korea’…

Ya ya, saya sekarang di Korea. Penerbangan seminggu lalu. Kalian tidak tahu?Buat apa nak hebahkan, betul tak?Sehinggalah pagi ini, Mr Hubby bagi ucapan termanis sebelum dia bertolak ke tempat kerja.

Selamat Ber’Korea’. Selamat berbulan madu dengan ‘Korea’!

Wah, bunyi cemburu habis kan? Tidak cukup dengan itu, dikatanya lagi, selepas saya bersalaman dan mengucup tanggannya…

Tengok, sebab Korea punya pasal, senyum lebar ha muka~

Wahahaha. Mr Hubby sudah kenal benar dengan isterinya kalau datang hari minggu. Bukan sahaja hari saya berada di ‘Korea’, tetapi juga di ‘Las Vegas’, ‘New York’ dan even ‘Miami’!Gosh! Jauh sungguh saya ‘berjalan’ setiap minggu. Manakan tidak suami saya cemburuuuuu, sedangkan dia fix sudah di Jalan Tun Razak setiap Ahad.

Kuang3..Sudah jadi tabiat saya tak lekang depan TV lepas mengemas rumah apa yang patut setiap pagi Ahad. Sudah semestinya melayang berbox-box Korea yang dibeli utk ditonton, kemudian pause kan sekejap bagi laluan utk Supreme Sunday: CSI! Asyik!!!Itu dah jadi rutin Mrs Ismail taw. Tak leh ganggu!

Saya tidak tipu. Buktinya, baru habis nonton cerita ini.

Baru sahaja habis nonton 16 cd setengah jam yang lalu. Next, will be watching this…..

Sungguh, Abby dapat juga ‘membazir masa’ depan TV. Puas rasanya selepas seminggu bekerja. Jangan risau kewajipan tetap isteri tetap dipenuhi. Heh, walaupun Encik Suami sentiasa berasa diri ‘dimadukan’ dengan hero dan heroin Korea yang best. Hehehe…Buktinya…

Sekarang cakap kena ada bukti ma, tak gitu? Saya mahu juga jadi surirumah berkaliber. Hahaha…

Bihun goreng!Yummy!Bihun goreng pertama hasil masakan saya untuk Encik Suami. SO signifikan, maka kena simpan elok-elok dalam blog. Semalam, gerangannya kedua-dua tidak mahu makan nasi. Maka, Abby usahakan buat bihun. Sedap, tetapi pedas!Huhu..Maaf, tersilap bajet cili. Mujur ada perkataan ‘SEDAP’, hahahaha..

Entah-entah mahu sedapkan sahaja hati kut. Tak apa, bihun pertama mesti boleh dimaafkan? Tetapi kalau dah sedap, resepi dah boleh kongsi la kira. Wahahaha, verangan. Orang lain sudah lagi hebat di dapur. Tak apa, saya akan pelan-pelan kayuh…Chaiyok!

Kesempatan bercuti hujung minggu memang jarang sekali Mr Hubby dapat. Semalam, Sabtu…dapat juga kami berjalan-jalan ‘memadu kasih’. Berjalan sehingga ke Alamanda, kemudiannya lepak juga ke IKEA. Sebab masing-masing teringin meatballs!Layan~

Itu yang petang datang idea membuat bihun!Eh Eh, mabukkah? Apa kaitan meatballs dengan bihun? Hehe Nampak sayur segar bugar di Cold Storage, Ikano terus gatal tangan membeli itu ini. Maka, kenalah membuat sesuatu utk Encik Suami yang membelanja saya sayur mayur. Hehe..

*Sungguh merepek macam hilang punca. Mana tidaknya, saya berblogging sambil layan CSI New York ni. Ahhh, terganggu benar!

Maka, kalau begitu kalian layan gambar eh. Gambar bukan sebarang gambar. Gambar kahwin kami lah, apa lagi. ๐Ÿ™‚ Tetapi ini hasil tangkapan Kumaran, yeah jangan tak caya!Layan setiap satu adegan romantis, muka tak berapa kacak & tembam lebih kami eh.. Hehehe..Cute!

Tanpa sedar, banyak juga gambar ‘Di Sebalik Tabir WOW team..’ bersama kami. Cerita lagi di episod akan datang. Selamat bekerja sehingga Jumaat akan datang. ๐Ÿ˜‰

Pening bukan lalat…

Seperti yang diuar-uarkan di dalam status facebook status kami berdua, sudah ramai membuat tekaan sendiri.

Pandai betul kamu bab pening-pening ni eh? Teruja lebih ha!Saya relaks sahaja. Apa kamu nak kata? Hehehe…

Saya sendiri setakat hari ini masih belum ada jawapan. Ada masa Mr Hubby pening, ada masa saya pening.

Mungkin, pening sebab bekerja. Noktah.

Ada masa Mr Hubby teringin makan itu, ada masa saya teringin makan ini.

Mungkin, selera kami ini macam hari-hari biasa juga. Berselera sahaja. *Peace

Ada masa Mr Hubby muntah-muntah, oh tang ni..Abby tiada masa! Hahaha…

Tidak ada pula aku rasa nk bluekkkk~ Ok tenang. Jangan panik. (Memang berlagak biasa shj)

Masalahnya…………..

Anda hebat meneka. Tetapi kami tiada jawapannya (tiada juga usaha utk merungkai teka teki tersebut). Huhu. Marilah kita terus berteka-teki. Abby dan Mr Hubby menerima rezeki seadanya. Tidak merancang, tidak juga menghalang. Maka…..

Pening saya (or kami) bukan lalat la……………..Kalau lalat, berita gembira bukan? ๐Ÿ™‚