M.a.k.a.nย 

Simply because of its authenticity, I am here again to taste these food again.

Bukan sesuatu yang mengketagihkan tetapi cukup untuk buat diri ini kembali lagi dan lagi setiap kali datang ke Pulau ini.

Dan … pada setiap masa pun aku ke pulau ini, hanya inilah ketagihan makanan yang boleh aku damba, bergantung harap dan sedut nutrien, tenaga daripadanya.

Makanan lain? Na daaa. Memang tidak dan tidak akan retilah aku untuk makan segala yang bukan-biasa-di-tekak-kalau-bukan-makanan-KL-dan-Johor-namanya. Gitu.

Benda bukan kebiasaan, beginilah. Tetapi kalau sekali dah suka, bertalu-talu pinggan yang datang pun aku sebat.

Yang peliknya (tidak berapa peliklah juger), sehingga ke hari ini, aku susah betul hendak hadam makanan autentik masakan Utara yang lain selain yang ada di Padang Brown nieh.

Maaflah kesayangan. Apapun, kids and I will need to survive this kinda situation setiap kali pulang ke kampung. Tidak mahu membiasakan perkara yang bukan menjadi kebiasaan mereka.

Sebolehnya, we go moderate at all time. Asalkan yang ada di atas (macam dalam gambar) ada di Pulau Mutiara itulah, selagi itulah rasanya berbaloi-baloi kalau mengidama masakan utara nieh.

Yang lain, makanan Johor juga tetap terbaik, tetap di hati. Waima, aku bukanlah orang kelahiran Johor. Tet.

Advertisements

Meriah Bila Berkumpul….

Ahh maaf ya, entry ini patut keluar lebih awal dari entri 2010. Tak apa, kamu layan gambar sambil cerita sikit-sikit ya.

Masih ingat akan rancangan ‘Suprise Birthday Abah & to Commemorate Azra’s Fiancee’ tu? Ok. Everything went well. Memang sangat meriah. Semua ahli keluarga turun. Kecuali makcik seorang itu, sibuk kursus katanya. Tak apalah, dimaafkan. Makanan pun banyak terhidang. Pendek kata, anak-anak memang ramai yg turun. Tak payah cerita, seorang demi seorang sebab kalian pun mesti dah kenal.

Bila sudah ramai camni, rumah Pak Ngah memang sempit dibuatnya. Lagi-lagi bila si kecil suka berlari-lari keliling rumah berkejaran. Jenis pula berlari tak reti nak stop, reverse, pause dan etc. Hahaha…Main lari saje, bukan kira pasu bunga, batu kayu ke di depan. Pendek kata, brutal atau ‘main lanyak’ sahaja. Untung nasib tidak luka, boleh sambung lari-lari lagi. Kalau sakit benor, apa lagi………..Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!~ Teriak habis.

Maka, dipasanglah khemah di laman rumah. Modal rendah sahaja, tetapi cukup selesa untuk semua.

Untuk gambar-gambar berikutnya, saya minta maaf atas ketidakselesaan anda melihatnya. Hahaha. Nasib baik budak, still look cute and gorjes in whatever pose or they do. Comot! Tengok sahaja, malas cerita.

Eh ada kek!Lupa!Birthday Abah yang ke-48 tahun!Si genit atas inilah yang teruja lebih. Kek orang, kek dia. Kek dia, kek dia. Hahahaha…Ammar, Ammar..

Best picture of the day!Santek!Seronok tengok. Agak-agak birthday Abah tahun depan, Abah dah potong kek bersama cucu ka? Wee!!!!!

Makan kenyang-kenyang, badan jadi lemah je. Mana boleh?! Bangun semua, kita poco-poco yok!

Eh banyak dah tepek gambar tapi gambar VIP belum ada daaa. OK! Ada satu. Layan~

Wee!Boleh dikatakan jamuan makan-makan ini adalah penutup acara bagi keluarga kami untuk Tahun 2009. Berakhir dengan adanya pertambahan ahli keluarga 2009, Encik Suami dan bakal untuk 2010, En Hakim Sabri.

p/s: Dalam diam, tak ku sangka Pak Long pun baca blog aku. Huhu. Chill la Pak Long. I like!

To Hakim: Hope you don’t mind spending time with us (havoc, crazy family) the other day. You’ll experience more and more onwards. Welcome to the club~

psst: When can we discuss business? Web hosting bla bla…Ahaks~

Cun!The End.

Berhari minggu di ‘Korea’…

Ya ya, saya sekarang di Korea. Penerbangan seminggu lalu. Kalian tidak tahu?Buat apa nak hebahkan, betul tak?Sehinggalah pagi ini, Mr Hubby bagi ucapan termanis sebelum dia bertolak ke tempat kerja.

Selamat Ber’Korea’. Selamat berbulan madu dengan ‘Korea’!

Wah, bunyi cemburu habis kan? Tidak cukup dengan itu, dikatanya lagi, selepas saya bersalaman dan mengucup tanggannya…

Tengok, sebab Korea punya pasal, senyum lebar ha muka~

Wahahaha. Mr Hubby sudah kenal benar dengan isterinya kalau datang hari minggu. Bukan sahaja hari saya berada di ‘Korea’, tetapi juga di ‘Las Vegas’, ‘New York’ dan even ‘Miami’!Gosh! Jauh sungguh saya ‘berjalan’ setiap minggu. Manakan tidak suami saya cemburuuuuu, sedangkan dia fix sudah di Jalan Tun Razak setiap Ahad.

Kuang3..Sudah jadi tabiat saya tak lekang depan TV lepas mengemas rumah apa yang patut setiap pagi Ahad. Sudah semestinya melayang berbox-box Korea yang dibeli utk ditonton, kemudian pause kan sekejap bagi laluan utk Supreme Sunday: CSI! Asyik!!!Itu dah jadi rutin Mrs Ismail taw. Tak leh ganggu!

Saya tidak tipu. Buktinya, baru habis nonton cerita ini.

Baru sahaja habis nonton 16 cd setengah jam yang lalu. Next, will be watching this…..

Sungguh, Abby dapat juga ‘membazir masa’ depan TV. Puas rasanya selepas seminggu bekerja. Jangan risau kewajipan tetap isteri tetap dipenuhi. Heh, walaupun Encik Suami sentiasa berasa diri ‘dimadukan’ dengan hero dan heroin Korea yang best. Hehehe…Buktinya…

Sekarang cakap kena ada bukti ma, tak gitu? Saya mahu juga jadi surirumah berkaliber. Hahaha…

Bihun goreng!Yummy!Bihun goreng pertama hasil masakan saya untuk Encik Suami. SO signifikan, maka kena simpan elok-elok dalam blog. Semalam, gerangannya kedua-dua tidak mahu makan nasi. Maka, Abby usahakan buat bihun. Sedap, tetapi pedas!Huhu..Maaf, tersilap bajet cili. Mujur ada perkataan ‘SEDAP’, hahahaha..

Entah-entah mahu sedapkan sahaja hati kut. Tak apa, bihun pertama mesti boleh dimaafkan? Tetapi kalau dah sedap, resepi dah boleh kongsi la kira. Wahahaha, verangan. Orang lain sudah lagi hebat di dapur. Tak apa, saya akan pelan-pelan kayuh…Chaiyok!

Kesempatan bercuti hujung minggu memang jarang sekali Mr Hubby dapat. Semalam, Sabtu…dapat juga kami berjalan-jalan ‘memadu kasih’. Berjalan sehingga ke Alamanda, kemudiannya lepak juga ke IKEA. Sebab masing-masing teringin meatballs!Layan~

Itu yang petang datang idea membuat bihun!Eh Eh, mabukkah? Apa kaitan meatballs dengan bihun? Hehe Nampak sayur segar bugar di Cold Storage, Ikano terus gatal tangan membeli itu ini. Maka, kenalah membuat sesuatu utk Encik Suami yang membelanja saya sayur mayur. Hehe..

*Sungguh merepek macam hilang punca. Mana tidaknya, saya berblogging sambil layan CSI New York ni. Ahhh, terganggu benar!

Maka, kalau begitu kalian layan gambar eh. Gambar bukan sebarang gambar. Gambar kahwin kami lah, apa lagi. ๐Ÿ™‚ Tetapi ini hasil tangkapan Kumaran, yeah jangan tak caya!Layan setiap satu adegan romantis, muka tak berapa kacak & tembam lebih kami eh.. Hehehe..Cute!

Tanpa sedar, banyak juga gambar ‘Di Sebalik Tabir WOW team..’ bersama kami. Cerita lagi di episod akan datang. Selamat bekerja sehingga Jumaat akan datang. ๐Ÿ˜‰

Cerita Lebaran….

Yeay!Sesi mengetuk story!

Menghitung hari sahaja Abby ni untuk ‘mengetuk’ story Lebaran 1430H taw~

Al-maklum, raya kedua sahaja kami dah kembali ke rumah tatkala kawasan perumahan masih sunyi sepi. Raya ketiga pula sudah di SOGO. Bayangkan ๐Ÿ˜‰

Perjalanan Lebaran kali ini hendak dipendekkan cerita begini sahaja :

Sg Buloh – Segambut – Sabak Bernam – Sg Buloh sajork ๐Ÿ™‚

Setakat itu sahaja!Yang benar!Tetapi tetap manis dan tetap beraya. Bermula dengan….

Pagi 1 Syawal :

Abby bersiap mengenakan pakaian berwarna coklat keperangan pemberian bakal mertua. Manis. Dipadankan dengan tudung fesyen terkini (pakai sarung) dan tudung Siti di bahagian luar sudah cukup membuatkan diri terasa dah boleh pose ala diva tak hengat.

Tak dapat bayangkan? Tengok ja gambar di bawah~

DSC_0455-1

Eh cepat betul Mr fiancee interframe ek. Tak mengapa, layankan sahaja. Kasihan dia kerna tidak dapat pulang beraya. Hanya dapat pulang ke kampung seminggu sebelum tarikh pernikahan kami.

Berbalik soal pose tadi, ala..deskripsi sahaja yang lebih. Sedangkan gaya fesyen ala biasa sahaja. Harus. Sebab yang wajib, yang meriah, yang dashing…waktu SANDING nanti. ๐Ÿ˜‰

Waktu pagi-pagi raya begini, mood raya masih lagi gemilang. Soal bergambar jangan cakap. Kamilah orangnya.

DSC_0443-2

Eh interframe lagik. ๐Ÿ˜‰ Sudah bermaafan raya, classssssss gitu.

DSC_0448-3

Ok cukup sudah mood gembira. Tukar, tukar ย mood.

Waktu bermaafan pagi itu, semerta air mata Abby mengalir sebaik sambut huluran tangan Abah. Hati sedari subuh sudah berdetik…

Raya ini raya terakhir sebelum aku bergelar isteri orang, menantu orang dan tidak lagi berada di bawah tanggungan Abah & Mama

Sayu, memang sayu rasanya. Menangis persis anak kecil. Kata-kata maaf sahaja yang terucap. Ayat panjang lebar tak mampu terucap rasanya. Tak terbendung rasanya dosa kepada Abah & Mama. Kalau hendak dibandingkan jasa mereka dengan wang ringgit bulanan itu, memang sampai kiamat pun tidak terbalas. Sedih, hanya airย mata sahaja yang dapat menginterpretasikannya.

ย Jauh di sudut hati, adik-adik mungkin tidak faham. Disangka mereka air mata Abby mungkin sebab ‘jiwa sensitif ala ala brutal luarannya’. Mr fiancee pula buat-buat faham. Tidak mengapa….Hati perempuan ini sahaja yang menggedik lebih di pagi raya. Abaikan.

Gambar sememeh itu? Jangan ditanya. Ada, tetapi segan deh. ๐Ÿ˜‰

Selesai menjamu selera, kami ke Segambut. Sesampai di sana, ternyata tiada saudara-mara yang di sana. Dua tahun kebelakangan ini, sejak pemergian Pak Itam & kini Nenek Timah, rumah kampung di Segambut seakan ‘mati’ sambutan rayanya. Sedikit kecewa, tetapi kami hiburkan sendiri dengan sakan bergaya depan D50.

DSC_0481-3

DSC_0492-5

Boring dah tengok muka kami? Okey, kita BERTUKAR!

Terus dari Segambut, kami ke Sabak Bernam. Perjalanan hanya sejam setengah sahaja.

DSC_0536-5

Di sini, saudara mara juga masih tidak ramai. Kesemuanya beraya di sebelah mertua masing-masing. Maka, keriuhan ‘anak-anak’ Abby memang tidak kedengaran dari jauh. Takpe, redha. Tahun-tahun hadapan, giliran Abby pula kena beraya di sebelah keluarga yang 1 lg. Kena praktis tidak menggedik sedih.

DSC_0546-11

Petang Syawal, kami habiskan masa bersembang petang di tangga rumah. Abby dengan D50 tidak lekang, ada sahaja di sisi. Leka mereka berborak, sakan Abby mengambil gambar mereka. Borak hingga ke petang, sambil juga menunggu Cik Yak 1 famili. Menjelang Maghrib, mereka sampai.

DSC_0544-9

Pagi 2 Syawal :

Pagi-pagi lagi sudah bertempik sana sini si kecil and si genit yang ada di rumah kampung. Berlari ke depan dan belakang rumah, membuatkan orang lain termasuk Abby yang lena tak sedor diri, tak hengat nak bangun pagi.

Apa lagi?Jalan-jalan raya time la kawan.

Kita layan gambar okey?

DSC_0597-16

Isya yang comel, makin cantik.

DSC_0598-17

DSC_0603-20

Cukup. Abby nak celoteh pulak, tak kira.

1 lg aktiviti menarik untuk Syawal kali ini, bila bertandang ke rumah saudara mara jauh di Sabak Bernam, Abby, Mama & Abah adalah orang terakhir yang bersalaman dengan tuan rumah. Kenapa? Contoh situasi macam di bawah:

DSC_0614-2

Mana tidaknya, ini semua urusan jemput-menjemput untuk Oktober nanti. Yang tua, yang jauh di kampung tetap tidak Abah lupakan. Semuanya akan dibawa 1 bas nanti, untuk hadir kenduri. Best!Siyok!Saya sangat suka!Kemeriahan dari yang kecil sehinggalah yang tua semua pun ada. Sayang abah mama! Mereka baik, mereka ramah sebab tu mereka punya ramai kawan. Abby harus lebih berguru bagaimana nak ada ‘network’ sebesar Mama & Abah.

Boleh tak kita bersurai di sini?Semacam tidak punya idea untuk bertinta. Layan gambar jom.

JOM!

ย 

Sambungan Iftar…

Ramadhan 10

Amacam wajah baru wordpress Abby? Abby suka!Simple sekali lagi temanya, tetapi padat dengan widgets.

Kiranya tidak ada masalah kawan-kawan untuk tidak mengetahui perkembangan terbaru tentang kita.

Ok, masuk Ramadhan ke 10, rumah Abby jadi sepi semula. Cuti hujung minggu yang panjang macam ini memang berlalu dengan sangat-sangat cepat. Masa betul-betul mencemburui saat-saat gemilang macam ini kan?

Sabtu lalu, kalau mengikut laporan status facebook Abby, semua pun tahu kemeriahan suasana berbuka di rumah No 31….Sg Buloh. Dah macam hari-hari raya, hanya tertinggal 1 family sahaja yang tidak dpt dpt turun serta.

Best tak mo hengat!Mr fiancee jadi saksi. Kena minta mr fiancee wat testimonial la macam ni ๐Ÿ˜‰

1 malam juga mereka berkampung. Alih-alih majlis iftar bertukar jadi majlis AJK tertinggi 24 Oktober 2009.

Wah, tarikh apa tu? Keramat benor! Sampai kena meeting…

Yes. Gambar ini menjadi bukti.

DSC_1675

See, saya tidak tipu anda bukan. ๐Ÿ˜‰

Memang ada meeting al-kisahnya. Hambo sahaja yang tidak tahu menahu. Pembahagian tugas diberitahu, tentatif program pun semua ahli keluarga kena ambil tahu. Wah, begini rupanya kalau hendak buat majlis kahwin ya.

DSC_1659

Macam khusyuk and fokus benar semua orang pun. Hehe…Abby, bukan lagi mendengar, main-main dengan D50. Momen-momen begini la best kalau diambil gambar. Masa ini, Abah yang jadi pengerusi. Bincang kesemua hal utk majlis Abby nanti, dari A-Z.

DSC_1670

Orang yang tidak berapa fokus dengan meeting. Hehe.. Mereka semua memang well-known dengan Abby yang tak reti duduk diam, sebab hobi memang suka snap sana sini. Peace! Diaorang pun dah takย  kaku nak pose. Bagus2.

Banyak betul initisari mesyuarat pada malam itu. Abby jadi kaget menghitung hari. Semoga segala urusan dipermudahkanNya. Amin…

Yeay, sekian sahaja cerita hujung minggu yang panjang ini. Minggu depan ada satu kali lagi. Mahu buat apa pula ya?

Persiapan kahwin pulak la.

Guess what?

I’ve tried 2 out of 3 wedding dresses! Both are lovely and dashing~

Yeay!

Budak ‘kampung’…

Hye everyone!Im back…though to work, but Im happy! (Cuti 1 Jun lalu)

Dalam kau bergembira, sempat lagi kau nak menyelit di situ..soal kerja yg tak habis2 *()*$*@&$& ya? Hehe..biasalah Abby mmg gitu, di pagi hari begini..sasau sediikiit. Haha…

Yup!Walaupun cuti daripada bekerja 2 hari cuma..Ulang suara! 2 HARI cuma, tetapi ianya tetap best! Sebab ‘anak-anak’ Abby dari Medan, Batu Pahat datang!

Si Syahmi, Nabil & Batrisya~

Girang yg amat la ‘Kak Long’ seorang ini kan. Mmg pantang bab2 si cilik kalau ada keliling, kerja-kerja freelance/belajar apa pun tak jalan.. Haha..

Maaf ya buku2 sekalian. Sampai kapan bisa aku tekun niehhhh??huhu

Mereka tiba rumah sudah jam 12am. Abby terima panggilan dari Cik Yak, waktu masih di ofis. Melompat, menjerit sekejap. Rasa tak sabar nk balik, pecut laju highway…

Sampai2 di rumah, ‘anak-anak’ tak tidur lg. Apa lagi, bertempik Kak Long depan pintu umah. Sironok~

Peluk cium depa dulu, kemudian Abby biarkan diaorg tidur.

Confirm ‘penat mereka sepanjang dlm keta dari Medan’. Budak…Tidur 3-4 jam pun tak cukup.

Keesokannya Abby bangun awal (walaupun tidak bekerja). ‘Anak-anak’ lagi awal bangun dari Abby. Masyukkk, pagi-pagi terus mood ‘anak-anak’ baik. Dah boleh diajak bergusti, gelak dan usik bagai.

Teringat pula tetiba mr fiancee. Janjinya mahu keluar cari barang2 keperluan rumahnya. Aduss..

Mujur mr fiancee faham perangai tunangannye kalau ada ‘anak-anak’. Best2, sayang kamu!

Maka sepanjang hari, Abby di rumah sajork melayan ‘anak-anak’ dari pagi-ke-petang!

Chop, di sebelah tengaharinya bawa juga Cik Yak, Cik Lin, Nabil & Isya ke Hospital Sungai Buloh. Khabar berita tidak sedap sedikit. Adik Abby, si Angah suspek denggi. Beberapa hari ulang alik ke hospital. Mujur kian sembuh, cuma ke hospital hari itu utk ambil MC.

Alhamdulilah.Sakit2 kronik begini minta dijauhkan daripada kita semua…

Keletah ‘anak-anak’ korang tahu sahajalah kan, bagaimana rupanya. Abby mmg sakan mengusik, layan & buli.

Sebelah petangnya, keterujaan ‘anak-anak’ nak naik kuda dtg. Mmg ada club house di kawasan rumah sediakan ‘horse-riding’ utk sesiapapun.

Image035

Geram tetiba. Si Nabil, ‘anak’ no2 penakut yg amat!Aishh Abby ni aishhh pantang lelaki tak mencuba. Seb baik Nabil budak lg taw….comel je tgk kuda tu diusung ke hulur hilir. Besor juga…

Image037

Selesai acara tunggang kuda, pulang semula ke rumah tak habis lagi sesi ‘main petang’. Ada shj game yg hendak bebudak ni main, ada sahaja cara mereka tidak mahu berhenti bermain. Yg tua2 termasuk mr fiancee yg sentiasa ada sepanjang hari di rumah, layankan sahaja…

Sampaikan….berlaku kejadian ini….

Image048

Hah??!!Isya!!!! Menjerit kami 1 famili. Gelak sakan. Apa Isya buat dalam pasu Mak Ngah tu Isya yang oii?

Nengok, camnilah gaya budak ‘kampung’. Anak yg dilahir dan dibesarkan dalam suasana kampung, ginilah gamaknya…

Image047

Tak segan silu. Lasak, brutal…I loike. Jenis tak manja & gedik2. Isya da best lah~!!!Memang sempoi minah ni. Dengar citer, di Batu Pahat..Isya kejar ayam. ganassszz…~!

Jangan kau ingat aku panggil budak ‘kampung’ itu bawa maksud -ve shj. Budak kampung lg maha tahu bnyk perkara taww…..

Image046

Aish comellah Isya ni. Secomel Kim Joon.

Aish idak2 sama. Kim Joon tak muat masuk pasu mama. Hahahahahaha…

Huhu ceria habis 1 famili Abby dibuatnya. Keletah ‘anak-anak’ memang tak leh diduga. 1 hari bersama diaorg mmg tak cukup..

Kalian, nnti kita jupe lg k~!TIME raya dan hari kahwin Kak Long!

Sayang Syahmi, Nabil & Isya sangat3! ๐Ÿ˜‰

Lagi-lagi Episod Utara…

Bersambung lagi. Kali ini episod akhir.

Day 3

Masuk hari ketiga Abby di Pulau Mutiara, hujan lebat masih tetap setia membasahi bumi. Malam ketika Abby tidur, aishh bunyi dentuman hujan pada atap rumah keluarga mr fiancee sangat2 kuat kedengaran. Takut sekejap. Rasa sejuk menggigit-gigit tulang dah rasa. Tetapi nikmat tidur nyenyak….aduhh, part tu paling best! Persetankan perkara2 lain..hehehe

Menjelang tengahari, kami mulakan perjalanan balik ke KL. Memulakan perjalanan sebaik sahaja kami semua selesai bersarapan.

Bersarapan char kuey teow pula ya kawan2. Di waktu pagi, kau bayangkan!sedap, tetapi di waktu pagi akhir aku di Penang. Aishh..kalau lama lagi, mahu aku mengagau cari 1 penang. hehehe

Dalam kereta menuju ke jambatan, mr fiancee tanya :

Nak lalu jambatan ke nak naik feri?

Dengan segera aku jawab!

FERI la!!!!Hehe…

(Dalam kpala waktu tu, mmg terbayang angin2 laut yg bertiup kena muka~~)

pgferry5

Bezanya kali ini, kami naik feri dan parkir di bahagian atas feri!hehe….Dan kebanyakan keta yg ada dlm feri pun rata2 plat kereta dari luar Penang.

Jakun macam aku juga!. Sedikit jakun aku naik feri, sbbnya dah tua begini baru ada peluang naik. Haha..

Dah ada dalam feri, haruslah keluar dari kereta. Menikmati angin dan panorama yg ada. Apa lagi, D50 pun beraksi. Adalah beberapa keping gambar.

*mode kemalasan benor nk edit gmbr2 sekarang….malas tahap dewa

Eh sebelum ke jeti, mr fiancee sempat bawa Abby ke Pasar Chowrista, tempat membeli makanan kering atau jeruk2 yg best itu!memborong je Abby setengah kilo setiap 1 jeruk yg Abby rasakan sedap. hehe…

Berbalik citer atas feri…

Sayup2 dari atas feri, Abby dapat lihat jambatan Pulau Pinang serta Pulau yg semakin makin jauh dari pandangan, sebaik feri menghampiri Seberang Penang.

Dalam hati berbisik, nnti aku datang lagi. Tetapi dtg sebagai isteri orang dan juga menantu baru dalam keluarga. Auww…besarnya tittle!

Tidak mahu tanya kah pukul berapa kami berdua sampai ke KL? Jam 8pm kau tahu!Kereta punyalah banyak, hampir setiap perhentian penuh, teramat penuh dengan manusia2 yg sama2 mahu pulang ke destinasi masing-masing.

Kami juga banyak berhenti. Keletihan, dek terlalu fokus memandu nak elak kereta yg banyak punya pasal. Sempat singgah di Tapah, shopping jambu dan jeruk buah yang lazat itu!Best betul, puas hati rasa dapat membeli buah-buahan tempatan dengan sangat banyak!!

Sesampai sahaja di Sungai Buloh, mr fiancee dipelawa tidur di rumah kami. Ini pertama kali mr fiancee menginap (wah..mcm hotel!sekarang hotel la kan, esok lusa tulat lepas Oktober nnti jadilah pula tempat kediaman kami ๐Ÿ˜‰ ).

Kau tahu, kalau mr fiancee mahu dtg ke rumah..manusia yg paling excited adalah Mrs Zaiton, mama Abby. Menantu nak mai umah katakan. Meriah terus lauk, nak jamu menantu makan. Hikhik…

Sekian sahaja episod utara kali ini.

Akan datang akan lebih banyak la episod utara edisi Abby kan kengkawan? Hehe…