Muziknya…

Ya, hujung bulan lalu sana sini orang memperkatakan tentang kematiannya.

Tentang Pemergiannya…

Tentang Agamanya…

Tentang Hartanya…

Tentang Pengebumiannya….

dan banyak lagi persoalan yang tidak berakhir lagi sampai ke hari ini.

Yang pasti….

Cakap-cakap mengenai muziknya memang kekal sampai bila-bila. Siapa tidak kenal ikon yang seorang ini. Abby bukan mengagungkan dirinya, tetapi gemar benar dengan lagu-lagunya. Sampai sekarang, rasa ‘melekat’ dalam kepala genre muziknya. Menarik, Unik dan Lain.

Pendek kata, Abby ingat akan ikon ini bukan kerana dia seorang, tetapi kerana saudara-saudaranya. Tengok sahaja video klip di bawah, Abby jadi terhibur.

1 lg sebab, kerana ‘Nsync ada sama. Hahaha..Meriah industri muzik mereka. Bakat-bakat mereka pelbagai. Tetapi agung mana sekalipun, semuanya kembali juga padaNya. Tiada Ragu.

Semoga dia bersemadi dengan aman.

Perempuan…

Mungkin agak ketinggalan Abby mahu memberi komentar atau mengulas lanjut mengenai cerita yg 1 ini.

perempuan-berkalung-sorban

Abby jadi kepingin bangat mau nonton gara2 membaca 1 komentar yg kawan Abby papar di facebook acc nya.

Pergh, apa angin pula engkau ni Abby? Ngomong jawa kayak reti bennar..(Sila baca dengan slanga Jawa Indonesia ya..)

Lagi pula ada slot filemnya dlm Youtube. Maka, laayaann….

Hasilnya, ermm..barangkali Abby mahu memberikan 2 pandangan peribadi Abby mengenai cerita ini.

1.Ya!Paparan realiti liberalnya Islam tentang hak-hak pembebasan wanita. Pendek kata cerita ini boleh dikategorikan sebagai memberi gambaran buruk tentang Islam. Khususnya wanita..Bayangkan…

a. Perempuan semacam kelas kedua dalam masyarakat

b. Tidak boleh melanjutkan pelajaran tanpa ditemani muhrimnya

c. Tidak boleh menunggang kedua dan cergas

d. Tidak boleh berkarya untuk menghebahkan ilmu, kerana wanita itu sudah terjamin syurganya sekiranya patuh pada suami..

d. Tidak boleh sambung kuliah, kerana lelaki yg lebih berhak peroleh pangkat tinggi..Perempuan, kesudahannya di rumah shj

dan banyak lagi…(sangat banyak, sila nonton..itu yg terbaik!)

sorban-dlm

Sementara, ada beberapa skrip dlm citer ini yg masih Abby ingat jelas…

“Disebabkan di dalam Islam, lelaki itu adalah pemimpin, maka Farid jadi ketua kelas” – walhal Nissa (Revalina S.Temat) menang majoriti.

dan banyak lagi contoh dialog lain yg bagi Abby adakala jelik, benci & hina sangat bunyinya.

Opps….relaks Abby, abaikan emosi….hehe

Walaupun Abby tidak nonton habis cerita Ayat-ayat Cinta yg genrenya lebih kurang serupa, tetapi cerita yg ini mampu memberi anda pelbagai emosi, bisa hingga kecamuk dan beristighfar panjang.

Itulah yg Abby rasakan. Adakala mahu nitis airmata sebab ya la..Perempuan diperlakukan sebegitu rupa (diperlakukan suami yg bukan muslim yg baik) . Walau baik bagaimana sekali didikan ajaran agama, tetapi Tuhan itu kalau mahu menguji tidak kira siapa dan di mana.

Ingat, ‘Life Is Drama’. Jangan ingat cerita (berdasarkan novel) ini imaginasi sahaja, mungkin ada yg benar-benar berlaku dlm kehidupan masyarakat hari ini.

2. Mcm yg Abby katakan, paparan realiti sebenar masyarakat.Ya~ Mungkin itu juga mesej yg ingin disampaikan. Bermakna ada golongan agama atau masyarakat Muslim itu sendiri tidak jelas dalam memahami agama.

Kau bayangkan, andai persekitaran Nissa dalam filem ini masih wujud?? Mungkin ada…tapi bayangkan..

perempuan-berkalung-sorban

Pendek kata cerita ini banyak buat Abby berfikir. Maaf kalau komentar Abby tidak seberapa, Abby bukan bijak pandai utk berdebat. Ilmu masih tidak banyak mana. Kerana..Abby masih belajar, sampai mati Abby pun masih dan akan terus belajar.

Sebab itu, post ini tujuan utk berkongsi pendapat dan cerita sahaja. Kalau dalam sehari tiada apa yg boleh buat anda berfikir, tontonlah apa jua bahan, video dan input yg membolehkan kita berfikir tentang kehidupan..Semoga ada manfaat dan pelajaran yg kita akan peroleh.

Perempuan Berkalung Sorban mungkin boleh menyedarkan banyak pihak, tetapi sayang di Malaysia tidak dipertontonkan…

šŸ™‚

Peragut…

Peragut?Apakah itu?

Pekerjaan profesional?Tahap pengurusan?A passion?

Cis, bedebah sungguh peragut2 hari ini. Sampai bila-bila pun keturunan dan generasi peragut ini takkan senang hidup, tak betah duduk kalau tidak meragut agaknya!Apa kau fikir lumayan menjadi seorang peragut?!

Ya, ‘lumayan’ dosa dan caci hina!

Berani-berani mereka meragut wanita berbadan dua~

Kau sudah membunuh lebih dari 1 nyawa kau tahu, bila kau meragut!

Sakit hati seawal jam 7 pagi Abby memandu ke pejabat!Berang dan panas hati dibuatnya. Belum lagi Abby menghadap suratkhabar tu. Dengar sahaja di Hot FM, Abby sudah boleh tangkap dan bayangkan betapa kejamnya perilaku si peragut.

Wanita hamil, ibu tua pun boleh jadi mangsa~ Sungguh hati binatang!

Emosikah aku? Aku percaya ramai lagi di luar sana berperasaan begini pada pagi ini!

Justeru wanita di luar sana berhati2 la kalian semua. Peringatan juga utk diri ini, yg beremosi sakan pagi ini. Teringat akan setiap kali bebelan mr fiancee supaya lebih berhati2 kalau berjalan seorang~

Ya, tunangku mmg kerap mengingatkan. Ada yg aku ikut, ada yg aku wat endah tak endah…Lihat, kesannya kalau tidak beringat, sungguh….nyawa boleh jadi pertaruhan šŸ˜¦

Semoga isu ini menemui jalan penyelesaiannya…SEGERA!.

Dan dia, IGP masih boleh mengulas begini, “Polis tidak boleh berada di setiap tempat…,”

Sungguh tidak ‘profesional’ langsung jawapanmu itu!!!

Psst…

Ni nak bergosip sikit.

Well, bukan lah bergosip. cuma ada cerita Abby nk cerita. Tetapi sumber penceritaan adalah daripada pendengaran Abby sendiri, bukannya sesi perbualan. Opps, i overheard something. Dush dush dush. Bad habit of uĀ  Abby, but still Abby nak cerita jugak!

Pagi2 Khamis yang damai ini, ehem…Abby dh sampai di ofis. Seawal jam 6.50am. Alhamdulilah, Abby diizinkanNYA utk terus bernafas dan beramal.

Sesampai di ofis, dua rakan sekerja (1 level) sudah pun ada di ofis seperti biasa. Pendek kata, golongan yg dtg awal waktu2 begini semuanya yg duduk jauh luar KL. Macam kes Abby. Lagi2 Abby yg bencikan kesesakan. Datang awal dikira sbg 1 pilihan dan ianya tidak mendatangkan masalah kpd Abby, in fact its a good option.

Dalam duk Abby browse satu2 Mozilla dan monitoring page, Abby overheard their conversation.

Terdengar ya, bukan sengaja pasang telinga. Tetapi lama kelamaan aku jadi ‘terlekat’ terus mendengarnya. Kenapa?! Baca ni.

Mereka, mr Z dan kak M berborak psl anak2 di rumah. Mereka dah berkeluarga. Pangkat kakak2 and abang2 kepada Abby. mr Z merintih tentang anak-anaknya yg meniti dewasa. Sedang membesar tetapi seperti sudah tidak mengendah dirinya sebagai bapa.

Aduh, sedih sebenarnya kalau dengar satu2 bait ceritanya. Bayangkan kalau bapa kita merintih, kita terdengar. Apa kau rasa?

Mr Z menambah (mcm artikel style of writing dah..) anak perempuannya ada blog, he found out by himself. Sadly, blog anak perempuannya itu bnyk bercerita lebih tentang kengkwn, dan tiada langsung cerita psl famili.

Aduh, bertambah sadis. Tersentap sekejap aku dengar..

Bezanya sekrg juga, kalau dulu..mr Z balik dari kerja, anak2 dia mesti terjerit2 depan pintu, “Papa balik, yeay!”. Tetapi skrg kalau dia pulang bekerja, belum tentu anak2 ada di rumah. Kalau ada, mesti dalam bilik, entah buat apa.

Kemudian, kak M si pendengar setia berselang seli tanya soalan pada mr Z. Samada, kerap ke mr Z berborak dengan anak2, waktu makan selalu makan bersama kah & banyak lagi (yg Abby fikir, mungkin mencari punca2 kelakuan si anak2 mr Z).

Bila diteliti semula dan hasil percakapan mereka berdua, mungkin betul juga faktor usia anak2 itu yg mengubah kelakuan mereka. mungkin si bapa, mr Z terasa sedikit mengenangkan perangai sorang2. Anak perempuan seorang, anak lelaki seorang, dan seorang kanak2 kecil yg kurang sihat sejak lahir (pernah mendapat perhatian media).

Yg buat Abby ‘terpaku’ utk terus mendengar adalah kerana mendengar sendiri bagaimana seorang bapa itu merintih. Kasihan, lebih2 lagi mengenangkan mr Z adalah seorang OKU (tetapi tidak pada mata Abby kerana dia kuat, gigih bekerja mcm manusia biasa) .

Abah Abby walaupun sihat walafiat, tidak bermakna dia tidak pernah merintih. Pasti, mesti ada!Sekelumit perasaan kecewa mesti pernah terbit dalam hatinya, mungkin dek gelagat kami tiga beradik.

Argh, tak suka~ mata sudah bergenang. Cerita tentang Abah mmg senang buat Abby menangis. Lagikan mama.

Apapun, terima kasih mr Z kerana luahan rasa anda. Buat Abby sedar sekejap akan tujuan Abby hidup atas muka bumi ini. Harapannya, bukanlah ianya utk sekejap cuma, tetapi sampai bila2.

Buat sesiapa bergelar anak di luar sana, berbicaralah selalu dengan keluarga anda kerana itu lebih membahagiakan mereka. :’-)

dsc_0282-copy

p/s : 1. Blog ini bukannya utk membodek Abah. Err..Abah tak baca kut blog Abby. hehehe

2. Abby akan bercuti 3 hari di Penang mulai esok. Birthday bakal mertua jatuh pd esok hari. Yeeha!Cuti2!

The -ve side of me….

Semua orang, tidak sempurna…walaupun kesempurnaan itu menjadi impian semua orang di muka bumi ini.

Sudah tentu, aku tidak lari daripada ketidaksempurnaan yang sememangnya wujud….Apakah ketidaksempurnaan ku?Aku sahaja yang tahu….

Ketidaksempurnaan samalah ertinya dengan sifat negatif yang ada pada diri…

Hendak mengeluh, itu tidak digalakkan. Lagipun ianya akan berakhir sebagai satu keluhan semata-mata…

Hendak dikesali,ianya masih boleh diubah…tidak pernah wujud istilah ‘sudah terlambat’ dalam kamus hidup ku…

Dan, sememangnya itu yang aku harapkan…Berubah kepada yang lebih baik!

Tidak kira apa sahaja yang aku ingin dan akan lakukan…aku perlu terapkan sesuatu nilai yang baik dalam diri…dan dengan itu, aku perlukan contoh!

I have my own idol and determine to be good though life’s POP me every single day!

Mengejar impian….satu perjuangan!

Langkah…

Beribu langkah…

Ke destinasi yang diimpi..

Tiba terhenti tercari-cari

Haluan arah yang telah pun musnah…

Harapan takkan kesampaian..

Hina..Hinanya diri..

Hanya menantikan bantuan…

Bagaimanakah ini terjadi…

Kerdilnya diri bukan lagi tuan…

Inikah rupanya nasib bangsaku…

Langkah demi langkah…

Biarkan bertatih…

Impian kan juga kan terlaksana..

Martabat diri ini tiada kan berakhir tanpa usaha..

Janganlah leka..

Tuah negaraku…

Semerbak harumnya…

Bingkisan keringat oh bangsaku…

Teruskan langkah ini..

Biarkan ia kekal sentiasa…

” Hari ini..jalan ini..pasti semakin berliku..kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga, bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa..Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya cekal dan tabah dapat membela mercu tanda bangsanya yang berjaya” – Tun Dr Mahathir

Tangisan ini untuk….

Perjuangan yang belum selesai

Buat kesekian kalinya, Abby menitiskan airmata seringkali lagu ini berkumandang…

Lagu ini jarang-jarang sekali diketahui oleh ramai orang…

Bagiku, setiap lirik dan butir perkataan lagu ini, terlalu menusuk kalbu…apatah lagi diselangi dengan dendangan pencak silat diiringi bersama kata-kata tangis bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad…

Abby..turut hiba…pilu…mendengarkan lagu ini, yang asalahnya sebuah sajak nukilan Tun..bukan sahaja melalui deria telinga, malah paparan video klip di dalam post ini juga cukup menyentuh hati insan bergelar manusia, bangsa Melayu yang hidup di bumi Malaysia ini, harapanku…..

malah, di kala menaipkan post ini, aku menitis air mata mengenangkan apa yang telah, belum dan akan aku lakukan kepada bangsa dan neragaku

Raut wajah si ayah tua…memegang keris pusaka bangsa melambangkan kedaulatan bangsa Melayu yang perlu dibela…dijumpai pula di tepian pantai yang cukup simbolik dengan negara Malaysia yang penuh kedamaian…gambar anak kecil yang mengaji muqaddam menggambarkan kepentingan agama dalam kehidupan…tidak kurang juga anak kecil yang mengira jari mempelajari ilmu duniawi yang baginya perlu untuk berjaya…

Semua ini, cukup membuatkan diri Abby teringat akan Abah…yang berusaha keras bekerja siang dan malam, membesarkan anak-anak..memberi pendidikan dunia dan akhirat dengan sempurna…semuanya kerana ingin melihat aku menjadi manusia yang berjaya sebelum dirinya menutup mata……………..

Hanya dengan sebuah lagu ini, ianya menyingkap lebih dari 1001 kesedaran dan keinsafan..

Ayuh, rakan…bangsaku…sedarlah akan kedudukan kita hari ini….