#kdramareviewbyabby

Perkara yang aku suka buat, dan teramat suka buat lebih-lebih lagi adanya demand daripada kenalan yang tahu dan menyuarakan.

Aku pun jadi kurang sedar bila sebenarnya kali pertama aku mula tonton cerita Korea, dan terus-terusan suka dan sekarang macam obses satu macam punya giler dengan siri drama dari negara yang terbahagi dua itu, South and Nouth.

Seingat diri inilah kan, drama pertama yang aku tonton dan betul-betul hayati sekaligus terus jatuh cinta gedebok adalah drama Korea, Winter Sonata. Itupun gara-gara speaker kursus penulisan skrip yang aku attend di Finas (entah tahun bila pun tak ingat), Murali Abdullah waktu berkursus itu suruh tengok dan hayati skrip yang dia tayangkan.

Masa itu, rasanya buta tuli dalam menafsirkan maksud di sebalik penceritaan sesebuah drama/skrip, apatah lagi nak menganalisis maksud tersirat yang terkandung dan seterusnya membuat review seberani dan segigih macam sekarang.

Hahaha entah dari mana datang kekuatan dan kematangan berbuat demikian pun aku kurang pasti.

But it’s kinda fun and appreaciative jugalah sebab ada rupanya yang menjadikan review sengal saya itu dibuat rujukan. Rujukan yang boleh diterima pakai kalau-kalau mereka hendak menonton siri KDrama yang lepas-lepas.

But to tell you the adventure or how I do it, memang tiada apa boleh dikongsikan kut. It’s just something that naturally comes from my brain that goes into my fingers and they clicks and dancing spontaneously.

Gituh. Kenyataan teramat poyo lah kalau orang tak kenal aku boleh cakap.

But this #kdramareviewbyabby adalah suatu cetusan yang kalau boleh mahu kekal jadi ‘darah daging’ aku sampai bila-bila. Sebab sememangnya selesa dan terus-terusan mahu jatuh cinta dengan drama-drama Korea, aku harap one fine day this hashtag could trigger the attention of the world. Gitu. Ambitious tidak?

Tetapi tidaklah tahap membuat review ini sampaikan diri sendiri pun terabai. Terkadang memang tidak mampu rasanya hendak follow segala semua drama production SBS, KBS dan TVN nieh.

Throughout the year, rasanya terlalu banyak yang mereka hasilkan. Jenis aktif dan ligat jugalah kira. Itu belum yang running game reality shows and etc.

KDrama juga kalau sesiapa yang dah terbiasa ada kategori tersendiri. Aku suka bahagikan kepada beberapa groups where there’ll be normally 16 episodes, 20 – 26 episodes and 50 episodes.

Well, 50 episodes adalah terpaling banyak boleh aku nengok.

Dan usually, to come out with such review, aku suka hendak menceritakan betanya kreatif nya plot and narrative style mereka dalam menyusun babak and what more, tangling you with the ‘nerve-wrecking’ element.

Berdebar kut. Dah berdebar satu hal, ditambah pula dengan elemen memang-takkan-boleh-sabar-hendak-tunggu-next-episode-maka-hidup-kau-jadi-bermatlamatkan-cepatlah-datang-Isnin-dan-Selasa-oit!.

Hahahaha rengsa tidak baca adjektif dan deskriptif sepanjang itu? But trust me, itulah yang terlahir dari sudut sanubari kakak.

I wish, I really wish that I can do extension review of each reviews I’ve done in my Instagram account. Walaupun ku tahu, tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia adalah peratusan yang senipis bawang, aku aku tegarkan diri menulis dengan panjang .. supaya aku yang akan lebih terhibur dalam ini hal.

Hahahaha kakak kejam, I know.

And as for this poster posted above; #CheeseInTheTrap.

In short, up to the latest episode, I could say that the character of Park Hae Jin adalah semakin cheesier and cheesier that you will always feel he’s super gorgeously cute, handsome boyfriend someone could never ask for.

Begitu.

Terkadang juga aku menulis sambil didorong emosi menggila. Bukan macam-aku-seorang-director nye feeling, tetapi lebih kepada aku-lah-heroin-dan-girlfriend-Park-Hae-Jin itu!

Bluek.

M.a.k.a.n 

Simply because of its authenticity, I am here again to taste these food again.

Bukan sesuatu yang mengketagihkan tetapi cukup untuk buat diri ini kembali lagi dan lagi setiap kali datang ke Pulau ini.

Dan … pada setiap masa pun aku ke pulau ini, hanya inilah ketagihan makanan yang boleh aku damba, bergantung harap dan sedut nutrien, tenaga daripadanya.

Makanan lain? Na daaa. Memang tidak dan tidak akan retilah aku untuk makan segala yang bukan-biasa-di-tekak-kalau-bukan-makanan-KL-dan-Johor-namanya. Gitu.

Benda bukan kebiasaan, beginilah. Tetapi kalau sekali dah suka, bertalu-talu pinggan yang datang pun aku sebat.

Yang peliknya (tidak berapa peliklah juger), sehingga ke hari ini, aku susah betul hendak hadam makanan autentik masakan Utara yang lain selain yang ada di Padang Brown nieh.

Maaflah kesayangan. Apapun, kids and I will need to survive this kinda situation setiap kali pulang ke kampung. Tidak mahu membiasakan perkara yang bukan menjadi kebiasaan mereka.

Sebolehnya, we go moderate at all time. Asalkan yang ada di atas (macam dalam gambar) ada di Pulau Mutiara itulah, selagi itulah rasanya berbaloi-baloi kalau mengidama masakan utara nieh.

Yang lain, makanan Johor juga tetap terbaik, tetap di hati. Waima, aku bukanlah orang kelahiran Johor. Tet.

MrMamaFood is the name …

Ya, setelah rasanya bertahun-tahun memendam rasa dan berfikir secara kritikal akan bila masanya sesuai untuk salah seorang daripada kami memulakan perniagaan atau dalam erti kata lainnya ; bekerja sendiri, akhirnya … we end up with establishing one in March this year.

Alhamdulilah for this strong will, determination and ‘force’ given by Almighty for us to finally come out with the idea. We’ve given this new baby of ours as MrMamaFood — bercirikan dengan hanya seketul kiosk sahaja di Kepong Baru.

Nothing big, fancy and giant about this initial small business of us. Tetapi syukurnya aku dan suami kerana dapat juga come out with the idea and that ‘strong’ will sebab serius mahu melakukan ia at last, tercapai.

It’s our baby which serves variety of western food, kepakaran encik suami yang aku kenali sejak mula kami bercinta lagi. Cause I can still remember he packed for me a box of mushroom soup together with roasted bread yang terpaling sedaplah aku pernah makan bila mana kalau tengah sakit demam.

Till today, I can still remember the taste though I am pretty sure he was not done it from scratch either (but from the can, instead) kah kah kah.

It has entered its three month of operation now, but of course (almost) a month absence due to husband’s condition being infected by dengue on the mid of Ramadhan recently.

For those who’re curious or not knowing of its existence, you may go and search us in Instagram, Twitter and Facebook. As the administrator incharged, I am fully responsible to promote and market our babies. Things that I’m good at and kinda forte of mine, kata encik suami.

Well, as newborn .. I am pretty sure we aren’t the best yet but we’re on our way to serve our very best delicacies for all. Walau banyak mana sekalipun persaingan di luar sana, I guess people will still need to eat everyday and will always endure good food anytime, anywhere … correct?

Label Mr MAMA

If you see this logo and design in Kepong Baru, make sure you drop by and give yourself a try peeps! It’s worth buying, I tell you!

See you after Raya, cause MrMamaFood is so gonna go wild after this. Ahaks.

#Review Novel ‘Kelabu’

Selalunya, kebiasaannya atau dalam kebanyakan masa, saya sememangnya seorang yang jenis mengamalkan keterbukaan dan selalu embrace (what is the best Malay word to replace this?) konsep keterbukaan dalam apa jua pelaksanaan kerja atau interpretasi akal dan perbuatan.

Jenis tidak suka mahu membataskan akal kepada satu-satu perkara atau judgemental yang belum tentu bagus, selamat atau ‘bajet bagus’ kinda-type. Tidak suka. Kalau secara tiba-tiba ada perasaan begitu, saya cuba kembali (dengan laju-laju) kepada kewarasan akal & mengambil kira kalau-kalau apa jua perkara baru itu mungkin sebenarnya ada manfaat atau kebaikannya tersendiri.

Walaupun demikian, keterbukaan saya jenis berbatas juga. Tidak semuanya saya boleh hadam, tidak semuanya saya boleh telan. Dan bila dijumpakan dengan insiden-yang-tidak-boleh-kita-bukakan-minda-kita-untuknya, saya mengambil dasar ambil-dan-belajar-mana-perlu sahaja. Tidak perlu, anggap sahaja ianya ‘mainan-sekali-lalu’ dan tidak perlu gusar atau menyusahkan kepala otak pikir dalam-dalam.

Situasi di atas jelas menggambarkan betapa itu yang saya rasa dan jiwai bila baca senaskhah novel terbitan syarikat penerbitan independent (tidak lagi popular sepertimana established publisher lain).

Saya mulakan bacaan dengan penulisan Nadia Khan ini:

Kelabu_Nadia Khan

Terus jatuh cinta. Atas beberapa faktor:

  1. Penceritaan jalan cerita dari muka satu sampai akhir adalah lari dari skeptikal novel-novel sedia ada di pasaran hari ini, yang selambak dan mengetengahkan pendekatan tajuk yang panjang berjela. Sangat-sangat.
  2. Plot yang boleh mendatangkan pelbagai emosi, persoalan dan tanda tanya dalam diri. Diakhiri pula dengan jalan cerita yang juga masih boleh menimbulkan kemusykilan. Fuh. Dari awal sampai akhir, bermain emosi yang tidak terjangka. Mampu?
  3. Mengetengahkan isu semasa yang tersangat-sangat semasa. Pelbagai isu. Boleh jadi juga sebenarnya apa yang diceritakan cukup menggambarkan kenyataan ‘Life Is Drama’ itu sebenarnya wujud.
  4. Tidak menjemukan sebab there’s no scene that you could expect what will happen in the next, next chapter. Sebab itu jadi leka and you can even finish reading it within 4-5 days ONLY.

… dan banyak lagi sebab-sebab lain yang hanya kalau anda bersifat terbuka dengan sesuatu pembaharuan atau menerima kepelbagaian sebagai sesuatu yang baru, boleh alami menerusi novel ini.

Give yourself a try. It can turn out to be a good addiction iaitu membaca.

Tetapi …

Seandainya pada pemikiran anda di pertengahan (or even di permulaan cerita, sudah mula merasa jengkel, jelik dan dangkal), saya nasihatkan supaya terus-terusanlah membaca novel-novel cinta yang walhasil balik asal hanya bermotifkan jalan cerita dipaksa-kahwin (kebergantungan kepada kes bagaimana boleh jadi terpaksa, teraccident dan tertipu)-dan-akhirnya-bertukar-jadi-cinta-sejati-sampai-mati.

Proudly say, this one piece of Nadia Khan makes me wanna read more and more of the-same-type-of-novel-writing which is independent, sedikit loose, ringan dan penggunaan bahasa yang niche dengan bahasa yang separa formal & seperti-ayat-blog. I am kinda embrace this kinda of coolness and I would love to share more if I find it suitable for other readers to read.

Pada saya, tiada propaganda besar cuba diperkotak-katik atau ‘ditanamkan’ dalam jiwa pembaca, cuma, some (I could predict this) will or might find it awkward sebab dek kerana isu semasa yang saya bagitahu di bahagian faktor-jatuh-cinta di atas. Nak tahu? Kena bacalah. I am sure you’ll  find a lot of reviews about this one novel, so up to you all to decide and have your pleasant time reading.

Reading will bring no harm to you in neither way. Still, bergantung kepada penerimaan. Take things that you can learn and do something with it to others (in Malay word, amal).

Surprisingly, you will feel way better, way with easy mind and easy satisfaction too 🙂

Sekarang, sedang ‘menelaah’ ini. This one piece here is kinda COOL too :

kombo-kougar-tabu
Enjoy reading everyone. In a month, I’ve read two novels! Targeting more books in more months to come, insyaAllah 🙂

Kembali ke sini…

Ini bukan lakonan semata.

Perkiraan mahu kembali ke laman ini macam perlu ditimbal balik.

Memandangkan ianya jauh lebih mudah, murah dan senang diurus, mungkin dalam sedikit hari lagi laman ini akan kembali aktif seperti dahulu yang dolu-dolu.

Memandangkan juga ada dua baby baru yang mahu dikhabarkan cerita, maka kewajipan berblogging mengenainya adalah memuncak.

Tunggu.

Di mana-mana…

Browse sana sini. Itu memang hobi. Darah daging. Alih-alih terjumpa ini.

Wee!Sukanya gambar yang di atas itu. Muka saya ada di mana-mana. Fuhh, berpeluh~ Malu. Saya bukan selebriti. Tetapi saya suka!

Thanks Faris. Credit to WOW!Team.

Mungkin ada betul kata-kata Maisarah Sani, Faris’ girl.

*Okay, saya semakin poyo. Abaikan saya. Benci kan? Abby entah apa-apa. Tetapi itulah seronotnya berblogging kan? Dapat menepek muka di sana sini. Hahaha

Tetapi saya suka. Forever suka!Apa perlu saya buat ek?.