Keliling Laos …

Alhamdulilah dan akhirnya, diari 2015 ku berakhir dengan suatu episod dan persinggahan yang amat manis sekali untuk dikenang dan menjadi lipatan sejarah kerana berpeluang dan dipinjamkan kesempatan untuk bertandang ke salah sebuah negara Asean iaitu Laos.

Masa diberitahu (or in softer words I could say, ‘diminta untuk buat coverage’) sebenarnya hati kuat berbelah bahagi hendak tinggalkan Nawal yang sudah pun masuk umur 11 bulan waktu (last month baru je pun, kenapa rasa lama benar dah aku pergi Laos but the memories are still alive in me).

Dulu, Imran Imtiyaz juga ditinggalkan masa aku ke Uzbekistan. Waktu itu sudah lebih 2 tahun pun umurnya, so this one was kinda more early than her brother. Manalah tidak hati ini gundah gulana memikirkan macam mana makan dan yang pentingnya, tidur malamnya tanpa ketiak dan bau saya.

Suami mengizinkan, keluarga juga. Maka saya percaya restu yang tersayang mengiringi perjalanan karier saya ini, harapnya lebihlah diberkati dan memudahkan juga.

Bertolak saya ke Laos, lone ranger (ala-ala), dengan ditemani seorang kakak dari RTM.

Kisahnya perjalanan ke Laos, adalah bukan mudah dan nampak-mudah-apatah-lagi-mewah-sungguhpun-ditaja-sepenuhnya.

Mengenali Laos yang hanya pada nama, dan bukan sesuatu yang kita hari-hari anticipate atau mahu dengar, Laos hanyalah negara landlocked kecil dan mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 6.5 juta.

Mempunyai beberapa daerah kecil yang lain, lawatan kerja aku ke sana hanyalah sekitar Vientiane sahaja, its capital. Pengalaman lebih kurang 5 hari 4 malam di sana macam bagi satu kelaianan sikit dalam hidup, sebab aku jadi mula menghargai sekecil nilai-nilai murni seperti mengucapkan ‘Terima Kasih’ kepada orang yang tidak dikenali dan terus senang membuat kawan dengan wakil delegasi negara Asean yang lain dengan mudahnya.

Kisah perjalanan ke sana.

Well, semasa diberitahu oleh pihak Akaun yang aku perlu transit BEBERAPA buah negara sebelum betul-betul dapat mendarat di Laos, aku sebenarnya tidak berapa ambil port sangatpun.

Layan dan angguk sahaja sebab yang penting, bukan aku yang kena keluar duit sendiri purchase ticket. Makanya, yes yes OK OK.

Sampailah itenary/check in receipt aku terima dalam email.

3 countries, 4 airports in almost 9 hours journey to Laos?! Sumpah kelakar.

Perjalanan yang asalnya hanya ambil masa 2 jam, tetapi boleh jadi se lama itu untuk sampai? Rabak barai rasanya badan dibuatnya wei, bila difikirkan. Tetapi menyesal tiada guna .. tetap juga bersemangat dan terbanglah aku ke negara itu selepas 9 jam lamanya.

 

Pengalaman menyinggah sampai lebih 3 airports dalam sehari, termasuklah 3 kali depart and 3 kali landing adalah sebenarnya sesuatu yang best juger. Sebab dah lama sangat tidak fly, bila sekali dapat fly .. mmg Tuhan ubatkan kerinduan itu secara ‘lump sump’. Bertuah sungguh diri ini.

Di Ho Chi Minh, flight terpaksa delay hampir 2 jam gara-gara hujan lebat yang turun. Di satu airport domestik yang kecil tetapi sarat dengan pelbagai umat dari seluruh pelosok dunia, aku sebenarnya jadi tertanya-tanya memang beginikah senario biasa hari-hari di Ho Chi Minh? Atau sebenarnya waktu itu musim hujung tahun di mana banyak manusia gembar travel dan bercuti?

Dari sana, terbang pula ke Cambodia. Aku kira macam persinggahan (memang singgah-tapi-bukan-level-drive-tru) sekejap ajelah, dan tidak memerlukan aku keluar perut pesawat. Rupanya tidak.

Keluar sekejap, lalu Imigresen depa kemudian masuk balik dalam perut pesawat yang SAMA untuk ke Laos.

Aduh, berat, sengal dan geram berkecamuk. Mujurlah …. mujur sesangat hand-carry luggage aku tidaklah seberat mana dan masih boleh diusung dengan tenaga muda yang aku ada. Penat tak yah kata, tetapi senyum tetap ada di bibir juger — kasi sedap itu hati juger. Dergh.

Mendaratlah aku di Vientiane sekitar jam 9.30 malam. Capek wei.

Sampai sahaja di hotel, tiada lain aku minta kecuali dua benda masa hendak check-in tu. Sepinggan nasi dan seketul iron. Ini dua, pada aku adalah ‘nyawa’ untuk beberapa hari pertama aku di sini. So end of Day 1.

Day 2 = The launching and first day of the Asean workshop.

Pertamanya, aku agak lost idea juga on what’s the meaning behind the workshop tittle which stated ‘ASEAN Journalists to Cover Biggest Cultural Event’. Dari Malaysia nieh, sakan jugalah aku buat research and soalan yang pelbagai angle, sebagai langkah persediaan. But Alhamdulilah it turned out really well yang aku sendiri puas lah juga hati (well because for some, this coverage may be too ‘chicken’ for them to do).

Episod membuat kawan baharu bermula dengan rakan delegasi dari Indonesia, Mas (Abang) Akhyari pada malam kami tiba di Lane Xang hotel. Ramah yang buat aku tidak rasa asing di bumi orang. Selepas itu dengan adik manis dari Brunei, yang ku sangkakan pada awalnya macam seseorang yang lebih senior taraf kakak-kakak, Ms. Rara.

Membuat kawan dengan rakan serumpun dari Indonesia dan Brunei bukanlah perkara yang terlalu baru untuk diberitahu.

Tetapi throughout days I had there, surprisingly rakan delegasi lain dari Thailand, Cambodia, Vietnam dan Laos juga adalah jenis mereka yang senang dirapati dan dibuat kawan.

Which to me, this was something really BIG and WARM that I found it cool dan tidak percaya kami boleh jadi serapat itu antara kami di sana. Belum pun sempat sampai ke hari terakhir workshop, sudah ada Whatsapp group yang wujud untuk kami. Oh am so loving and missing them!

Chatting and conversationing with them in very moderate English tidak menjadi halangan pun untuk kami understand each other really well. We were really bonding there, you know!


Pengamatan di sepanjang aku berada si sana, Laos adalah negara yang serba sederhana dalam segenap hal. Kenapa? Baca entry ini sampai habis. Bluek.

Dan masuk hari ketiga, kesemua delegasi dibawa for a field trip, melawat dan melihat sendiri dengan lebih dekat bagaimana sambutan terbesar di negara ini diraikan di kalangan masyarakatnya.

‘That Luang’ adalah perayaan Buddha diraikan pada November setiap tahun. Ibarat macam a holy place, tempat ini juga (the Stupa temple) jadi tumpuan dan tempat mereka bersembahyang, memanjatkan doa dan ‘menyembahkan sumbangan’ dengan harapan ada merit yang mereka peroleh untuk menempuhi kehidupan seharian.

Ada perkara menarik yang boleh aku ceritakan di sini.

Bagi wanita yang ingin memasuki kawasan kuil, mereka dikehendaki memakai Sinh skirt yang letaknya paras lutut sebagai salah satu ritual for any women who wants to perform their prayers. Sebab pada mereka, kalau bertutup habis dan labuh sehingga ke kaki, ianya dianggap ‘berdosa’.

Dan bila aku disuruh untuk melipat seluar sehingga ke paras lutut (sebabnya aku berseluar), ada ketidakselesaan di situ yang buat aku ralat betul nak melipat seluar. Acah acah juga buat, demi kerana henda k menjaga hati dan menghormati  budaya orang.

Apapun, tidaklah strict mana. Selesai tiga pusingan (sebab yang wajib pada mereka adalah 3), seluar aku pun dah kembali melurut macam biasa. Dan tidaklah gaya aku melipat tu sungguh-sungguh sampai nampak betis segala. Mujur tourist guide kami juga memahami and yes, we went through the procession happily!

Hari keempat juga adalah harinya kami berjalan-jalan tengok kawasan. Ada suatu insiden ‘menarik’ terjadi semasa kami melawat Patuxai, the Mini Paris yang memang antara lokasi wajib datang bagi pelancong, letaknya di tengah bandar Vientiane.

Bila diberitahu yang delegasi boleh naik ke tingkat paling atas dan tengok sendiri Vientiane dari pandangan paling tinggi di bandar itu, aku tidak berapa kisahlah sangat untuk mendaki tangganya (yang confirm tinggi & confirm pancit tengah jalan menuju ke puncak tu).

Maka, bawalah juga diri menapak ke atas tu (more or less macam naik tangga sampai tingkat 14 sebab perkiraanya berdasarkan jumlah tangga kecik dan halus). Dengan semangat ala haih-bukan-selalu-dapat-datang-Laos-maka-kenalah-cuba, sampai juga aku ke kawasan tinggi itu.

Pancit jugalah dalam pada menapak itu. Kemudiannya, bila dah sampai di atas itu, cubalah juga ambil masa bertenang dan snap gambar sana sini, siap dengan video time-lapse 3 saat dapat aku buat di atas itu.

Alih-alih diri macam tidak berapa hendak stabil, pandangan macam dah mula kelam kebiruan dan diri pun macam mencari-cari ruang kalau-kalau boleh sedut udara lebih sikit. Ini sebenarnya menjurus ke arah pitam sudeh nieh.

Dalam pada kelam dan separuh sedar, sempat seru Mas Ari dan bertanyakan kalau ada manisan yang dia bawa. Aku takut kurang gula sahaja dalam badan, sebabnya seingat berada or jejak sahaja di Laos, memang sayur dan nasi sahaja jadi ruji.

Air manis pun tidak aku minum sangat sebab nak mengelak dari ulang alik masuk keluar toilet tanpa yang tanpa hos air itu. Sudahnya, memang boleh agak apa sahaja yang aku makan dan consume waktu di sana.

Cumanya, I could say that sepanjang berada di sana, perut or tekak yang memang sentiasa mendambakan makanan halal macam aku ini tidaklah lapar beriya. Memang tidak akan rasalah nikmat makanan itu, tetapi kenyang is guaranteed. Kau masih boleh bergantung harap pada nasi putih, tetapi just be cautios on the lauk/food selection. Itu sahajalah.

P/s: Am writing on this point of view about what are the challenges faced by Muslim if you’re travelling to Laos, thus kindly wait for it, ya.

Berbalik cerita di Patuxai tadi.

Dalam pada kekalutan mencari manisan untuk ditelan, sebenarnya pandangan masih kelam dan mulalah terkapai-kapai macam nak minta sokongan sebelum aku tersembam cium bumi.

Mas Ari dan adik Rara memang sentiasa di sisi, dan merekalah yang memulakan segala steps yang perlu for me to regan conciousness. Aku dah macam mencari nafas, dan macam fikir mungkin this is something to do with low blood pressure as well.

Hendak buka tudung, rasanya macam tidak perlu. Dan aku lihat Mas Ari macam orang tidak keruan minta izin mahu urut dan disuakan pertolongan dan macam sebotol balm.

Dalam pada itu, rakan delegasi lain yang sakan la bergambar pun dah macam semuanya berkumpul dan mulalah beri perhatian pada aku yang terduduk lesi. To my surprise, semuanya (YA, SEMUA) kerumun dan sama-sama sua botol balm dan minyak angin masing-masing kalau-kalau dapat membantu aku kembali stabil.

Ya ampun, terharu menangis kakak kalau diingatkan balik peristiwa itu. Terlalu drama (Ya, sedikit) dan terlalu kasih betul mereka pada kawan baru mereka yang seorang ini ya.

Dalam pada kekalutan itu, I was grateful for their concerns in offering help, considering I am a Muslim and as the one who’s wearing hijab and get covered all the time. Mereka jadi serba salah mahu membantu tetapi their attentions were caught me the most in this case.

Bila aku pun sudah mulai okay, tiada pening dan pemandangan kelam itu pun fade away, I felt so fortunate that nothing is serious on me. Di Laos kut, memang tidak terbayang kalau ada apa yang pelik jadi pada diri ini kalau di tempat orang. Alhamdulilah.

 

Speaking further on Laos, there’s nothing much fancy about this less-developed country. Cuma what I can guarantee you is the purity and naturality that this country could offer you.

Kalaulah anda seseorang yang menghargai and highly value the element of simplicity, Laos is where you can give a try for a visit.

Keramahan penduduknya, their generousity is highly shown by the Lao actually. Dan di sepanjang kami di sana juga, this handsome Lao couple of Souk & Ni memang sangat membantu kami mengenali Lao people dan budaya mereka dengan lebih dekat.

Sesi malam terakhir lepak minum dengan mereka berdua juga sebenarnya lebih kepada perkongsian tentang hidup dan masa depan yang kami semua ingin capai in years to come. Phewit! Indah betul pengalaman bercakap dengan so many nationalities at one single time and spot in a night.

  

Dipendekkan cerita yang dah terlebih panjang ini, do expect the unexpected bila kau menjelajah ke negara seangkatan, serumpun macam Laos.

Kalau sudah terbiasa dengan trip ala mewah, super luxury meletup kebabom, you shouldn’t have bring the same mentality with you whenever you’re entering Laos or the rest.

Apapun, Asean Community is establishing and herewith I feel, this second country in Asean that I have visited besides Singapore has opened my mind and perspective to be more grateful in evey aspects of life that I am enduring now, at this very moment of time.

Till we met again, Laos.

Hidup Ber’masyarakat’ …

Aku sedang mengalami dilema ini.

Tersepit antara kehendak dan kerjaya.

Kalaulah dari segenap segi orang boleh faham, boleh tahu apa yang aku buat sekarang ini bukan lakonan semata-mata. Dan kalau boleh juga orang faham yang aku ini sebenarnya bukan sengaja pun mahu mengelak dari terus aktif dan menyumbang kepada ‘pembangunan’ persatuan.

Seingat aku la, sejenis orang macam aku dari zaman sekolah lagi aku dah aktif melibatkan diri dengan segala macam kegiatan ko-kurikulum dan luar kelas. Camping sana sini, program keluarga angkat dan etc.

Tetapi masa berubah. Komitmen juga berlainan dan bertambah.

Namun niat di hati dan keinginan yang membuak-buak untuk menyeimbangkan antara semua kegiatan dengan tanggungjawab hakiki sebagai seorang Ibu dan Isteri tetap ada dalam diri. Cuma apa yang diharapkan adalah secebis ihsan dan tolak ansur kerana ada masanya ‘keadaan’ dan ‘masa’ memang tidak mengizinkan, macam dalam keadaan yang aku alami sekarang.

Allah, kalaulah aku seorang yang masih bujan, sudah tentu tiada halangan waima ‘puting beliung’ yang sedia ada ini selalu menggegar aku pun, aku boleh tempuh dan lawan sengsorang. [Maksud ayat adalah sangat deep, hanya sesiapa yang mengenali dan memahami sahaja boleh tangkap maksud ayat ini … hehehe]

Pendek cerita, ‘restu’ tiada.

Dan pada aku, ‘restu’ itu adalah berkadaran juga. Tetapi kalau sudah nama ada insan yang tidak boleh nak terima logik akal yang ‘restu’ itu wujud … I am sorry, but with a happy note I am all ready to quit from the team.

Dengan mungkin pesanan terakhir, kalau boleh aku selitkan di sini:

Hidup kita ini tetap macam putaran roda. Walau ada yang merubah, putaran tetap akan menjadi putaran yang membulat laluannya. Sekalipun ini adalah mungkin dugaan dan waktunya aku diuji, tidak pernahlah terlintas di hati ingin mendoakan orang lain yang ‘tidak-berapa-memahami’ ini untuk diduga dengan ujian yang sama … cuma … beringatlah, putaran itu adakalanya sama adil, ada masa juga maha lebih hebat dari apa yang aku rasa.

Apapun, I am happy person to be tested with this thus look forward better life with a better team (or friends and colleagues) in the near future.

Sebab malas mahu mengeluh dan merintih bagai, sebab selayaknya I am well-deserved to be with more and much better people.

Sekian.

Malaysia Masih Aman ..

Bukan sekadar headline di atas atau hashtag #MalaysiaMasihAman yang digembar-gemburkan itu sepatutnya jadi bahan ejekan. Tetapi tinggi kewajarannya untuk dijadikan titik peringatan sekaligus doa supaya bukan hari ini sahaja Malaysia aman, tetapi selamanya-lamanya didoakan aman.

Begitu.

Hari ini terasa hendak menulis sesuatu yang ikhlas dari hati.

Hati seorang marhaen, boleh kau panggil.

Bila mengenangkan peristiwa yang berlaku pada negara sejak akhir-akhir ini, diri ini jadi cepat terusik dan terkesan dengan kata-kata yang pernah diutarakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir dulu dalam suatu pertemuan kami, Rajawalianz dengannya.

Datuk pernah berpesan, “Awak semua ni bakal pemimpin anak-anak saya suatu hari nanti. Ingat tu.”

Allah. Terkedu sebenarnya dengan apa yang dikatakan tu. Betul, sebab itulah kenyataan yang sebenarnya saya dan rakan-rakan Rajawali lain perlu pikul dari titik mula kami tamat sekolah 12 tahun yang lalu.

Apa yang dipesan bukankah suatu seruan untuk kita sertai politik secara aktif, bukan juga seruan bangkit membuat perjuangan dengan alasan sendiri, apatah lagi menjadi agresif tidak tentu hala menyokong mana-mana parti yg ada dalam negara.

Tidak sama sekali.

Bila terkenang balik bait-bait ayat Datuk di atas, ditambah pula dalam situasi hari ini yang mana aku juga seorang Ibu kepada dua anak, ada semacam iltizam yang aku sematkan dalam diri untuk buat ‘sesuatu’ bagi menguatkan balik kesedaran ini di kalangan orang muda macam aku dan rakan-rakan lain.

Sebab apa yang kita punya hari ini, tidak akan selamanya kekal menjadi milik kita.

Termasuklah … keamanan negara hari ini.

Allahu. KuasaMU mengatasi perancangan kami hambamu. Apapun, doa kudus hambamu ini tetap hanya satu, hari ini esok dan selamanya, iaitu .. kurniakanlah ketenangan ini kepada negara kami, Ya Allah. Semoga kami terus-terusan terlindung dari cubaan menjatuhkan mahupun niat-niat manusia yang tidak senang melihat perpaduan yang sedia terjalin dalam negara.

Bukan hanya untukku dan keluarga, tetapi untuk kami yang hidupnya sepakat dalam satu negara.

Amin

MrMamaFood Menu …

Although as a small entrepreneur, I could say husband has done (to date) extra miles to invent his own menu for his baby’s business.

Now, almost into 3 months of operation, the menu themselves are consists of things or stuff that he do it from scratch, which this is unlikely to what he had used doing at the early stage.

In short, if he’s about to prepare daily stock or prepping stuff before bringing them to the kiosk, everything will be done from scratch and raw and then breaded, marinated and frozen them properly before inserting them into plastic packs.

It’s not an easy job for him to do it alone though, but he’s managing it and adapting to it slowly Alhamdulilah.

Both pictures below are two menu where he breaded them himself.

It’s a thumbs-up menu and I rated it as 4 over 5 marks.

Keep it up, honey!

The only reason why our baby MrMamaFood is here, only the two of us know. Thus, let’s make it this happen, smoothly and ambitiously.

Insyallah.

Tahun Ketiga …

Ya, tahun ini adalah tahun ketiga aku kembali bekerja ke ‘daerah’ ini. Kalau dahulunya, hampir tiga tahun juga aku bergelar kakitangan sambilan di ‘daerah’ ini, tetapi ini tahun ketiga aku di sini sebagai kakitangan tetap sekaligus penjawat awam yang berkhidmat untuk negara demi kelangsungan hidup & minat yang menebal terhadap penulisan dalam diri. Thus roughly, apa yang aku dapat selepas hampir enam tahun bergelumang dalam alam pekerjaan?

Pengalaman.

Cikgu kepada segala cikgu yang ada. Angka tiga dalam terma perjawatan ini pun sebenarnya diuar-uarkan sebagai satu angka yang macam penentu kepada duduk diri engkau di dalam dunia kewartawanan ini — menurut seorang senior reporter yang pernah menyatakan kenyataan sedemikian kepada aku.

Dan kembalinya angka tiga itu kepada ku dalam perjawatan kali ini, semestinya sesuatu yang ada perubahan dan bezanya kalau hendak dibandingkan dengan kali pertama aku mulai sertai daerah ini semula.

In short, selepas tiga tahun ini jugalah … aku boleh rumuskan (sedikit) yang dengan kenaikan pangkat baru-baru ini, I feel I am a little bit more secured and guaranteed of my current position. Flexible and still getting used of myself to the international affairs every single day I am here attached to the desk, overall I could say and sum up that I’m still in the learning process to be better each day.

Ibaratnya … sudah terbentang peluang dan kepercayaan di ‘daerah’ ini that I think if I am doing better and good each day, on each assigments given … insyaAllah and with His bless, I can earn more money and experiences within this space.

Jenis aku bukanlah berharap sesuatu yang super mega menanti di hadapan. Cukup sekadar dapat menggembirakan hati anak-anak, suami dan keluarga, aku sudah lebih dari bersyukur untuk memajukan diri, anytime anywhere. Dan perlulah dengan adanya kesihatan dan sedikit duit bersama.

Jangan ditanya, “Tidak mahu ke jelajah dunia?,” atau “Tidak teringin ke merasa guna kereta mewah?” atau segala seangkatan yang melibatkan darjat dan pangkat di petala entah ke berapa tingginya.

AKU juga marhaen. Angan tetap dipasang, kalau-kalau ada rezeki yang boleh dicari dan datang kepada kami sekeluarga. Tetapi … biarlah atas usaha kaki sendiri dan dengan adanya keizinan dariNya … insyallah angan-angan si marhaen macam aku inilah yang kadang-kadang nanti buat orang lain cemburu tidak memasal, ye dok?

And berbalik kepada angka tiga di atas, tidaklah pula memasang cita-cita mahu menimang anak ketiga lagi walaupun si Nawal sudah jangkau umur 8 bulan bulan ini. Allahuakbar those kids yang aku punya sekarang ini, entah dari mana datangnya  .. terlalu comel dan berharga untuk aku melupakan atau meluangkan masa bersama-sama kalau-kalau ada lagi adik ketiga mereka muncul kelak.

Makanya, this is not a good time and not a good idea at all. For the time being. Ahaks.

Speaking on the word ‘three’, our MrMamaFood also has entered its 3 month-operation this August. Alhamdulilah. Air tangan suami memang ada golongan penggemarnya sendiri. Am blessed and honoured to be given him, by my side. Semoga terus sukses, dan semoga terus menjana pendapatan yang lebih lagi untuk keluarga.

Semoga angka ‘tiga’ dalam hidup anda juga membawa tuah. Hargai kelebihan dan rezeki yang anda punya, dan jangan sekali-kali membandingkan diri dengan orang lain. You can never feel satisfied and grateful, then. Thus, let’s live our life to the fullest even more better from now on, insyaAllah.

All the best!

MrMamaFood is the name …

Ya, setelah rasanya bertahun-tahun memendam rasa dan berfikir secara kritikal akan bila masanya sesuai untuk salah seorang daripada kami memulakan perniagaan atau dalam erti kata lainnya ; bekerja sendiri, akhirnya … we end up with establishing one in March this year.

Alhamdulilah for this strong will, determination and ‘force’ given by Almighty for us to finally come out with the idea. We’ve given this new baby of ours as MrMamaFood — bercirikan dengan hanya seketul kiosk sahaja di Kepong Baru.

Nothing big, fancy and giant about this initial small business of us. Tetapi syukurnya aku dan suami kerana dapat juga come out with the idea and that ‘strong’ will sebab serius mahu melakukan ia at last, tercapai.

It’s our baby which serves variety of western food, kepakaran encik suami yang aku kenali sejak mula kami bercinta lagi. Cause I can still remember he packed for me a box of mushroom soup together with roasted bread yang terpaling sedaplah aku pernah makan bila mana kalau tengah sakit demam.

Till today, I can still remember the taste though I am pretty sure he was not done it from scratch either (but from the can, instead) kah kah kah.

It has entered its three month of operation now, but of course (almost) a month absence due to husband’s condition being infected by dengue on the mid of Ramadhan recently.

For those who’re curious or not knowing of its existence, you may go and search us in Instagram, Twitter and Facebook. As the administrator incharged, I am fully responsible to promote and market our babies. Things that I’m good at and kinda forte of mine, kata encik suami.

Well, as newborn .. I am pretty sure we aren’t the best yet but we’re on our way to serve our very best delicacies for all. Walau banyak mana sekalipun persaingan di luar sana, I guess people will still need to eat everyday and will always endure good food anytime, anywhere … correct?

Label Mr MAMA

If you see this logo and design in Kepong Baru, make sure you drop by and give yourself a try peeps! It’s worth buying, I tell you!

See you after Raya, cause MrMamaFood is so gonna go wild after this. Ahaks.

Wanita Ini…

Pagi ini pagi hari minggu. Alhamdulilah, dipanjangkan umur saya sehari lagi. Awal bangun, walaupun hari Ahad. Yeay!Mari kita lihat apa yang boleh diceritakan.

Ya, sejak akhir-akhir ini saya gemar ber’tweet’. Jumpa ramai kawan baru dan twitter artis sedia ada. Kawan twitter, Dieyla juga kaki twitter. Asyik bila sudah mula ber’tweet’. Yang maha penting, boleh click and share so many latest information just right on time!Wee!Teknologi hari ini itu memang tanpa sempadan.

Antara rakan twitter saya adalah wanita ini.

Siapa tidak kenal wanita ini. Saya gelar dia Financial Advisor yang sangat meletup. Huhu…Ilmu kewangan yang dia punya bagai jarak sehingga langit petala ketujuh itu.

Wah3, apa deskripsi kamu itu Abby? Suka memperbesar-besarkan benda yang tersedia besar eh? Notty sungguh.

Tetapi, jujurnya memang Suze Orman kaya ilmu. Dia dianugerahkan bakat dan akal sedemikian tetapi tidak pula kedekut untuk berkongsi. She is also an author. This is the most interesting part.

Mana saya kenal wanita ini? Sudah tentu di Oprah Winfrey Show, gedung ilmu kita.

Wah3, tagline melampau. Hahahaha…Lagak seperti TOWS tu the best la. Tetapi memang best pun. * Maaf saya sudah dipengaruhi oleh lelaki bergelar Encik Suami. Sejak akhir-akhir ini, saya berlebihan bercerita mengenai Oprah. Saya sehingga subcribe Oprah newsletter dan sudah memasang angan-angan ‘Bestnya kalau dapat jadi sebahagian daripada penonton di dalam studionya itu’!!!!! Kalian cubalah tengok sekali. Hoho…

1 lg perkara mengenai wanita ini yang memang tidak lekang berbicara pasal kewangan, duit, ekonomi semasa, duit belanja anak-anak bersekolah dan kolej, yuran, cukai dan banyak lagi, sebenarnya boleh buat Abby naik bulu roma tatkala terpaku dan khusyuk dengar penjelasan dia.

Pendek kata, dia ni alert akan segala risiko dan kesan akibat ketidaktentuan ekonomi hari ini. *Wah, ayat waktu bekerja pun sudah dipakai di blog kah, Abby? Dashyat!.

Perkara-perkara mengenai risiko, kehilangan duit simpanan di pasaran saham dan penggunaan kad kredit yang berlebihan sudah tentu MENGGERUNKAN. Memang satu kesedaran automatik akan timbullah kalau kita dengar kata wanita ini. Sebagai seorang isteri, eksekutif dan yang paling penting PENASIHAT KEWANGAN terhadap keluarga baru saya iaitu Encik Suami, panduan dari wanita ini memang saya damba. Memang saya butuh la untuk dijadikan satu peringatan.

I am telling you about this woman for free, girls and women!Sebab saya suka, saya kongsi. Sebab ianya baik, saya kongsi. Cukup mudah kan?

Semalam separuh hari saya di Kinokuniya KLCC. Mencari wanita ini.

Dia baru sahaja launching buku baru, Women & Money. Ohh harus grab. Tetapi nampak gaya belum lagi ada di pasaran Malaysia. Maka saya grab dahulu 2009 Action Plan. Buku nipis tetapi sarat dengan banyak ilmu. Walaupun sudah 2009, saya pasti 2010 adalah satu tahun yang lebih getir lagi. Tunggu, kalau-kalau wanita ini ada 2010 Action Plan nya pula nanti.

Wee!Pagi minggu yang penuh kesedaran dan rasa ingin tahu. Baru lepas baca excerpt pasal buku itu. Wah, banyak betul ada kena mengenanya dengan kehidupan saya. Cepatlah!Mahu beli!Mahu baca!