1 Februari….

Wah tetiba ada tarikh keramat baru. 1 Februari. Bermula tahun ini, tarikh ini akan ditunggu dan diraikan selalu. Apakah?

1 Februari 2010. Macam senonoh je tarikh. Haha…*Senonoh eh. Rasanya selain cuti Hari Wilayah, takde perayaan lain kan? orait lah kan!

Hehe…Tarikh apa? Kalian tunggu naaa….

Berbalik kepada kehidupan normalku, chewah~ Banyak perkara menarik berlaku minggu lalu. Antaranya:

1. Diberitahu skop kerja akan bertambah

Wee!Suka3. I’ll get more exposure and exposure. Thank you for the opportunity. I’ll serve my best.

2. Skop kerja baru adalah mencabar.

Sangat! Tidak apa, apa guna ada akal kalau tidak boleh diguna?

3. Seronok ‘bicara niaga’ dengan Izyan Ahmad

Teruja!Such inspirational. Thanks friend. We cling to each other right? Insyallah will always.

4. Merangka pertemuan lagi dengan Waizuri Girls Ahad ini.

Ah, seronot!Syiok!Tunggu update.

5. Seorang lagi sahabat mencuba nasib untuk menjadi host, tetapi nasib tidak menyebelahi. But we know you’ve done your best J! Keep it up, girl!

6. Seorang lagi sahabat baik, Ainiz Nadia Ahmad Kamal sudah mahu melangsungkan pertunangan. Alhamdulilah, am so excited knowing this dear. Insyallah Abby dan Encik Suami bakal berkampung di Raub dan bercuti honeymoon di sana.

Itu adalah sebahagian. Banyak lagi tetapi kurang penting dinyatakan di sini. Minggu lalu juga kami sekali lagi berkunjung ke WOW!Studio for good. Thanks to you, Hafiz. Berkesempatan juga berjumpa Maisarah Sani, Faris Fakri‘s girl. Such a sweet girl. Happy knowing you.

Bila singgah, terasa diri ada di rumah. Sudah boleh sandar kepala dan santai. Cet, tidak sedar diri kepunyaan orang. Hahaha…*Eh lupa2. Hafiz Ismail sudah mahu kahwin!Wee. Tempias..Amin!

*Eh mana gambar-gambar kahwin dari CD? Kenapa tidak tepek?

Mahukah kalian? Wah banyak. Saya tepek hanya yang tiada di dalam facebook ok. Bolehkah? Antara yang paling abadi, adalah moment pernikahan. Saya sangat suka dengan koleksi gambar yang ada.

Sudah lenguh tangan. Letih wei. Banyak sangat. Kamu lihat di facebook, boleh? Kamu semua kan baik hati, memahami saya yang giler gambar!!! ini, boleh bukan? Sayang semua!

Status: Update tanpa ada gangguan. Encik Suami? Depan TV. Tengok Oprah. Oprah kan ‘isteri’ no 2 dia. Ahaksss…

Walimatulurus…

Walimatulurus_Undangan

Salam sejahtera buat semua. Salam kebahagiaan juga buat anda dan seisi keluarga, mahupun insan yang anda cinta dan sayang.

Sungguh petang ini, bahasa yang Abby hendak gunakan biar yang baik-baik dan lembut sahaja. Ala penuh dengan belaian kasih sayang dan seribu rahmat kebahagiaan yang bakal muncul.

Arghh, padahal hati tidak. Mr fiancee pulang ke kampung halaman utk 4 hari. Kaget!Feeling tak besh benor! Jauh je rasa…okay, berpijak di bumi nyata Abby! hehe..

Dalam duk menghitung hari, Abby akui satu-persatu simptom kronik a.k.a ‘orang nak kahwin mmg alaminya kut’ berlaku, antaranya:

1. Tidak lena tidur malam. Masuk tido seawal jam 10pm. Tetapi selang dua jam mesti terjaga. Tepat jam 6am, terjaga terus tak fikir panjang, bersiap pergi kerja. Serius, tidur yang tidak ada kualiti sejak seminggu lepas.

2. Di tempat kerja, sudah mula ada tanda-tanda ‘haywire’

Arghh tidak, memang berlaku kesilapan. Mujur tidak membawa kepada kemarahan yang menggila. Ampun, sangat-sangat dikesali. Cis, haywire benor!

3. Buat apa pun serba tak kena. Contoh situasi: sangat-sangat nervous dan cuak bila tengok rumah bersepah.

Apakah? Faham tak? Serabut. Tengok penggunaan ayat pun dah macam wayar celaru.

Maksudnya, sendiri rasa tak confident, sendiri rasa ‘tidak perfect’ dan macam-macam lagilah.Β  Aishhhh…Shouldn’t be this way, kan kengkawan? Banyak juga Abby berdoa agar semuanya OK menjelang saat-saat akhir ini.

Sekian, tidak mahu cerita lebih pasal ini.

Hadirlah rakan-rakan blogger dan semua sahabat serta kenalan
ke Hari Himpunan Bersejarah saya dan pasangan mengikut keterangan di atas. Kehadiran anda sememangnya dinantikan pasangan mempelai serta tuan rumah. Moga kegembiraan hari bersejarah ini dapat saya kongsikan bersama anda semua, yang sudi hadir meraikan cinta kami. πŸ™‚

Oh tidak sabar rasanya untuk memanjakan diri di D’Ratu minggu hadapan. Juga ‘Hen’sParty’ bersama BFF di Cineleisure. Cant cant wait. Teruja!

Hitung hari…

Yang benar, lagi nyata. Hanya tinggal…

17 hari

sahaja lagi.

Ampun memang kaget sekejap rasanya. Memang lurve tengok ticker wedding, tetapi lurve juga hati ini untuk dup dap.

Bila berborak dengan Mr fiancee, kami siap bertekak macam orang tak percaya tarikh dah dekat.

Apa kau giler Abby? Makin nak kahwin, makin bertekak?! Argh bertekak mengada-ngada. Dulu beriya citer kat orang, ‘Lama lagi….’, ‘4 bulan lagi…’. Ha amik kau…sekarang, terdiam ja. Bila ditanya, senyum kambing kami.

Persiapan?

Alhamdulilah. Bilik Abby sudah tidak seperti bilik anak dara tetapi sudah seperti bilik pengantin. Kosong, sepi. Tiap-tiap hari pun kena bebel dengan Mama. Kalau tidak, sampai ke sudah Abby tidak keruan hendak mulakan langkah mengemas itu ini.

Untuk pengetahuan, Abby bercuti kahwin pun bermula Jumaat, hari nikah itu. 22hb, Abby masih lagi bekerja. Harap-harap tidak akan banyak tekanan hari itu. Balik kerja, berehat, tolong-tolong sambil tunggu saudara mara datang.

Ah asyik, anak-anak akan datang lagi umah Kak Bilah!Tidak sabar mahu bergambar kahwin bersama mereka semua.

Kembali bekerja semula pun pada Selasa, 27hb. Memang tidak dapat bercuti panjang.

Menunggu pula majlis bertandang selang 3 minggu. Itupun kes serupa. 21 Nov, tarikh sanding. 20 Nov Subuh baru kami bertolak pulang ke Penang. Menyusul di sebelah petangnya pula, saudara mara dan keluarga Abby bertolak ke pulau. Bermalam di satu pusat peranginan yang telah pihak keluarga mertua sediakan.

Kelainan ?

Majlis kahwin semua pun serupa. Ada upacara nikah, ada juga upacara bersanding.

Cuma..

Abby ingin lakukan sedikit kelainan. Moga-moga menjadi dan lancar semuanya. Kelainan yang dimaksudkan adalah yang setakat ini di dalam keluarga Abby, tiada siapa lagi yang pernah adakan seumpamanya.

Aku tahu, orang lain lagi sakan majlisnya. Beriya!Apalah sangat kelainan yang 2 ini. Tak apa, niatnya biar semua happy. Biar aku juga happy!

Oh ya, sebelum itu biar Abby perkenalkan tema perkahwinan iaitu…

Meriah tetapi penuh kesederhanaan!

Bila sudah diagih-agih kad jemputan, terasa tidak cukup print 1000 keping shj.

Ahhh stress…backup cards takde. Cis, itupun kau nak citer ke Abby? Huhu..

Berbalik pada soalΒ  kelainan, tentatif program adalah seperti berikut :

23hb Oct (3pm) – Akad Nikah

23hb Oct (8pm) – Malam Berinai, Poco-poco dance

24hb Oct (10am) – Majlis Khatam Al-Quran

24hb Oct (2pm) – Majlis Persandingan

Ermm..ada kelainan ker? Ada ker? Lu pikirlah sendiri. Hehe

See you guys there! Cant wait!

Lebaran Kali Ini…

Lebaran kali ini cukup, cukup sederhana. Cukup dengan kehadiran keluarga tercinta di sekeliling, dengan kesihatan yang walafiat diberikan serta kehadiran seorang insan yang bakal bergelar pasangan hidup. Cukup.

1 Syawal adalah esok hari. Di sebelah pagi Abby dan keluarga (kemungkinan disertai juga oleh Mr fiancee) akan beraya di Segambut (tahun pertama tanpa Nenek Timah) dan diikuti sebelah petangnya pula di Sabak Bernam. Mungkin tidur di sana semalam dua.

Bila sudah berpindah ke Sungai Buloh, sudah tidak merasa kami jarak perjalanan yang jauh. Jenguk kiri, jenguk kanan…sampai dah ke kampung. Alhamdulilah πŸ™‚

Tiada apa lagi yang mahu ditintakan buat masa ini. Melainkan rasa syukur kerana dapat menunaikan ibadah puasa di samping berharap ketemu lagi Ramadhan tahun hadapan. Syukur juga kerana hari raya ini, Abby dapat meraikannya dengan ‘aman’ sekali tanpa usikan kerja. Alhamdulilah πŸ˜‰

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin

dari Nabilah Saleh & Ismail Ali

untuk sahabat handai dan semua pembaca Abbythejournalist yang setia mengikuti perjalanan suka duka hidup kami, tidak kurang juga yang tidak meminatinya (barangkali)..

Semoga Lebaran ini diraikan dengan meriah bersama keluarga dan insan tersayang, berwaspada ketika memandu pergi dan pulang ke kampung halaman serta beroleh barakah dan 1000 kegembiraan di hari yang mulia ini.

Sambungan Iftar…

Ramadhan 10

Amacam wajah baru wordpress Abby? Abby suka!Simple sekali lagi temanya, tetapi padat dengan widgets.

Kiranya tidak ada masalah kawan-kawan untuk tidak mengetahui perkembangan terbaru tentang kita.

Ok, masuk Ramadhan ke 10, rumah Abby jadi sepi semula. Cuti hujung minggu yang panjang macam ini memang berlalu dengan sangat-sangat cepat. Masa betul-betul mencemburui saat-saat gemilang macam ini kan?

Sabtu lalu, kalau mengikut laporan status facebook Abby, semua pun tahu kemeriahan suasana berbuka di rumah No 31….Sg Buloh. Dah macam hari-hari raya, hanya tertinggal 1 family sahaja yang tidak dpt dpt turun serta.

Best tak mo hengat!Mr fiancee jadi saksi. Kena minta mr fiancee wat testimonial la macam ni πŸ˜‰

1 malam juga mereka berkampung. Alih-alih majlis iftar bertukar jadi majlis AJK tertinggi 24 Oktober 2009.

Wah, tarikh apa tu? Keramat benor! Sampai kena meeting…

Yes. Gambar ini menjadi bukti.

DSC_1675

See, saya tidak tipu anda bukan. πŸ˜‰

Memang ada meeting al-kisahnya. Hambo sahaja yang tidak tahu menahu. Pembahagian tugas diberitahu, tentatif program pun semua ahli keluarga kena ambil tahu. Wah, begini rupanya kalau hendak buat majlis kahwin ya.

DSC_1659

Macam khusyuk and fokus benar semua orang pun. Hehe…Abby, bukan lagi mendengar, main-main dengan D50. Momen-momen begini la best kalau diambil gambar. Masa ini, Abah yang jadi pengerusi. Bincang kesemua hal utk majlis Abby nanti, dari A-Z.

DSC_1670

Orang yang tidak berapa fokus dengan meeting. Hehe.. Mereka semua memang well-known dengan Abby yang tak reti duduk diam, sebab hobi memang suka snap sana sini. Peace! Diaorang pun dah takΒ  kaku nak pose. Bagus2.

Banyak betul initisari mesyuarat pada malam itu. Abby jadi kaget menghitung hari. Semoga segala urusan dipermudahkanNya. Amin…

Yeay, sekian sahaja cerita hujung minggu yang panjang ini. Minggu depan ada satu kali lagi. Mahu buat apa pula ya?

Persiapan kahwin pulak la.

Guess what?

I’ve tried 2 out of 3 wedding dresses! Both are lovely and dashing~

Yeay!

Puasa…

Ramadhan 6

Tup tup sudah masuk enam hari umat Islam berpuasa. Alhamdulilah segala urusan dipermudahkanNya, walaupun ada 1 hari itu agak ‘mati’ Abby dibuatnya, tekak mahupun tenaga badan.

Aish, itulah namanya dugaan. Walau bagaimanapun, Abby sukses pada hari itu~ Tabah sekejap! Hehe..

Bakal keluarga mertua yang juga berkampung di KL sejak Ramadhan 1 juga sudah mahu pulang ke Penang pagi ini. Abby tidak sempat jumpa kerana sudahpun sampai di pejabat. Tetapi sempat lagi terima pesanan khidmat masyarakat menerusi sms daripada mr fiancee mengingatkan supaya hati-hati memandu ke tempat kerja. Oh shweeet~

Sepanjang enam hari berpuasa ini, padat rasanya aktiviti selepas balik kerja 4.45pm. Berbuka di luar, berjalan-jalan sehingga ke Nilai 3 dan banyak lagi la.

Tetamu dari jauh datang, atenyer…Dibawa berjalan-jalan la semua. Tapi syiok, sebab bukan selalu 9 orang dari 2 keluarga ini dapat berkumpul. Alhamdulilah πŸ˜‰

Esok, hari keramat, hari Gaji.

Ceh, ingatkan apa ke mendanya la…

Esok juga, rancangnya mahu ke Ampang Park itu. Mengambil persalinan untuk majlis bertandang. Sudah siap!Baru punya masa untuk ambil. Dan mungkin berbuka di luar dengan mr fiancee, untuk pertama kali Ramadhan tahun ini.

It’s…

1 month 27 days

more to go!

Nasi minyak…

Kali ini celoteh pasal nasi minyak pula..

Musim..dah sampai musim agaknye. Kali ini nasi minyak bukan sebarang nasi minyak, nasi minyak datang dari Port Dickson lagi tu. Huhu…

Sabtu lepas, berangkat lah Abby dan mr fiancee ke PD memenuhi undangan walimatulurus teman seorang ini. Selamat sudah dik non sorang ni menjadi isteri kepada insan tersayangnya.

Pasangan Maizatul Akmar & Zul selamat diijabkabulkan pada petang 12 Jun, dan tarikh 13 Jun adalah hari persandingan mereka.

Apa yg Abby nanti-nantikan sangat time wedding ni, sebenarnya adalah kehadiran teman rapat yg sorang tu. Lamo benor lah hai tak jupenya..Duk 1 KL pun, belum tentu tangan tu nk capai2 HP nk ngedate2 kan Nadia (gedik kita ni…nak jgak menggunakan teknologi Facebook drpd handphone kita ek?? πŸ˜‰ )

Sesampai di sana, bersama-sama dengan rakan-rakan kolej dan Bernama yg lain..Mereka sedang bersanding.Β  Just nice. Dari kejauhan sudah kelihatan warna pink-ungu lembut menjadi tema. Nice, it doesnt look harsh on the couples. Sweet..

PD5

Credit goes to Amelia Ariffin, Bernama TV * sorry girl, i grab your pic without notfying u 1st..hope u dont mind πŸ˜‰

Buat Mai & Zul,

Selamat melayari bahtera perkahwinan. Sesungguhnya asam garam berumahtangga itu ada manis, ada juga pahitnya. Semoga kalian berbahagia berkongsi nikmat hidup bersama okey? πŸ˜‰

Wah, ucapan sepertinya aku sudah kahwin pula?Nehi, nehi… ada lagi 4 bulan 10 hari lg ek~!

Settle makan2 klik2 sana sini…Nadia pun sampai. So glad she finally arrived safely at Mai’s house.

Borak punyalah lama, last2 kami decide utk ke pantai. Ikut sekali pengantin buat photoshoot di pesisir pantai.

Yeah, pantai lagi~ tak pernah bosan pegi pantai! Tapi, kalau suruh pilih antara kolam renang dengan pantai untuk mandi manda, gua pilih kolam beb~ haha giler tak rock. Pantai itu sekadar penenang mata sajork~

Apa lagi, dengan berbekalkan kamer point&shoot sahaja kami beraksi..hehe. Thanks Naddy for the pics..

PD3

PD4

PD1

Aktiviti tak yah citer : Melompat, Posing, Berjalan, Berlari & banyak lagi. Apapun aktiviti yg dirakamkan dlm gmbr, bunyi-bunyian suara kami melalak ke tarak dengar eh….maka sbb itulah pose semua ala diva.

Sampai ke petang kami ada di pantai PD itu. Best + seronok + hilang tension + lupa keje jap + penat = lepak habisss…

Tak sedar-sedar lagi badan dah tahap tak bermaya dah, kami ber-3-pasangan (termasuk Hil & Aishah) gigihkan juga kaki ke night market yg ada di PD tu, nampak cam menarik & meriah…dgn lip lap lampu, sure ada menda best.

Last2 kami grab makanan sahaja. Isi pewot sbb nak balik ke KL sudeh..Adios everyone~

Looking forward more and more meetings & hangout times with y’ll next time…